Anda di halaman 1dari 26

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

DISEDIAKAN OLEH NAMA WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH:

NO. ID D20112052745

NO. TELEFON 013-3250980

EN NIK MOHD ZAKI BIN NIK MOHAMED


24 NOVEMBER 2012

Course ID : KPD3026 < Group Name : Group EL-N01(A121PJJ) < Full Name : WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Title
forum 1

Message Salam memakmurkan majlis ilmu. Menurut Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan

Date posted
14 Sep 2012 04:05:02 PM

Full Name WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

FORUM KPD 3026

seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Releksi memberi pelbagai impak positif. Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Refleksi amat berkesan diaplikasikan untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan.
forum 1

Izinkan saya memurnikan majlis ilmu ini dengan memaparkan pandangan beberapa pendapat ahli fikir yang telah saya baca. Menurut John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan. Ringkasnya, dalam belajar mengajar, kebaikan amalan refleksi membolehkan seseorang guru: membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkahlaku Salam sejahtera. Semoga

14 Sep 2012 04:19:08 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

forum 1

14 Sep 04:38:18

para 2012

WAN MOHD AFFENDY BIN

pendidik yang memakmurkan majlis PM ilmu akan sentiasa memperoleh hidayah dan ketakwaan. Izinkan saya mengutarakan beberapa kupasan untuk kita renungkan bersama. Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru. Amalan reflektif yang berterusan juga membolehkan guru menjadi selfdirected, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Secara peribadi, saya mengungkapkankan bahawa amalan reflektif akan membawa suatu anjakan paradigma yang menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih. Amalan reflektif jua membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal . Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru: menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
forum 1 Rasanya untuk ruang ini kita hanya fokuskan kepada maksud dan kebaikan refleksi sebagai santapan ilmiah. Secara sedar dalam kehidupan seharian, refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa (passion ). Secara khusus pula, refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan lebih bermatlamat. Kebaikan refleksi saya catatkan dalam suatu skop untuk dikupaskan bersama. Kebaikan refleksi kendiri menitik 16 Sep 2012 10:41:50 PM

MUSTAPAI

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

beratkan penerokaan doman affective ( emosional mind ), spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaranterhadap ilmu yang dipelajari. Dengan melakukan refleksi ianya

membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatifsemasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan. Wajar bagi seorang guru dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkahlaku atau amalannya setelah melakukan refleksi secara tulus dalam situasi menangmenang untuk semua pihak.
forum 1 Izinkan saya berkongsi pandangan, agar dapat kita samasama memurnikan majlis ilmu ini. Refleksi merupakan suatu aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan. Refleksi yang diadakan dengan hikhmah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran guru dalam elemen mendidik. Secara umumnya kebaikan refleksi akan dinikmati oleh pelajar dan guru. Antaranya ialah: i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahandalam pengajaran pembelajaran. ii. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan. iv. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan. v. Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal. 14 Sep 2012 03:52:46 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

forum 2

Salam sejahtera. Sebelum saya mengupas satu daripada kemahiran mikropengajaran, saya akan berkongi maklumat asas berkaitan mikropengajaran. Pengajaranmerupakan satu proses rumit

18 Sep 2012 12:23:11 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajarboleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut. 1. Kemahiran Menyoal.Tujuan menyoal saya galurkan secara ringkas agar mudah kita memahami intipatinya. Antaranya:
Memulakan inkuiri Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu Menumpukan perhatian pelajarkepada sesuatu idea atau konsep Menggalakkan pelajar bertanyasoalan Membina kemahiran berfikir Meminta penjelasan idea pelajar Mengenal pasti dan menangani masalah terpesong dari konsep. Mentaksir kefahamanpelajar. forum 2 Salam sejahtera, izinkan saya fokuskan tujuanfasa kemahiran mencungkil idea dan elemen-elemen penting yang perlu diadaptasikan.Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea) 18 Sep 2012 12:38:28 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Tujuan fasa permulaan pengajaran (kemahiran mencungkil idea): Menarik perhatianpelajar Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif Memperkenalkan objektif pembelajaran Membina aliran pemikiran Mengetahui pengetahuan sediaada

dan miskonsepsi pelajar Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran: Menarik perhatian menggunakan suara, pergerakan, isyarat badan dan eye contact menggunakan bantuan alat pandang dengar mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar Menimbulkanmotivasi pelajar mewujudkan hubungan baik menunjukkan keghairahan mengajar merangsang sifat ingin tahu bercerita Menstruktur pengajaran dan pembelajaran menunjukkan hasil pembelajaran membuat ringkasan keseluruhanaktiviti P&P (overview) mencungkil ideapelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar Membuat perkaitan membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar.
forum 2

Salam sejahtera. Izinkan saya mengupas seadanya maklumat kemahiran mencungkil idea untuk lebih dimaksimakan ledakan ilmu yang sama-sama kita miliki. Kemahiran mencungkil idea yang merupakan sebahagian kemahiran memulakan pengajaran terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Menurut Ausubel (1978), aktiviti mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan; If I had to reduce all of educational psychology to just one principle, I would say this: The most importantsingle factor influencing learning is what the learner already knows. Ascertain this and teach him accordingly." Mencungkil idea penting kerana ia; merupakan langkah pertama ke arah

18 Sep 2012 12:47:43 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

memurni, menstruktur semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada pada pelajar. .Melalui aktiviti mencungkil idea ini, pelajar akan lebih menyedari tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada percanggahan. Guru pula akan mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian. Tindakan mencungkil idea ini sebenarnya menyokong sepenuhnya premis asas teori pembelajaran konstruktivisme. Beberapa cara mencungkil idea pelajar. Antaranya:
Soal jawab keseluruhan kelas Perbincangan kumpulan Demonstrasi guru Kuiz pendek atau praujian Ramal-Perhati-Terang (PredictObserve-Explain, POE) Peta konsep (Concept map) Kartun konsep (Concept Cartoon) Peristiwa bercanggah (Discrepant event) Interview about events Interview about instances forum 2

Salam sejahtera. saya hanya akan fokuskan huraian berkaitan kemahiran penerangan yang wajar dimiliki oleh seorang pendidik agar P&P nya berkesan. Tujuan menerang adalah wajar difahami dengan tulus agar tidak berlakunya riak, assumah dan ujub. Antara tujuannya adalah; Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar Pelajar dapat mengikut arahan. Jenis-jenis penerangan yang boleh diadaptasikan dalam p&p seharian adalah; Penaakulan

18 Sep 2012 01:11:01 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan Menstruktur semula konsep atau idea Interpretatif Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori Deskriptif Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur Arahan yang jelas dalam melaksanakan langkah-langkah p&p. Komponen penerangan yang wajar dimiliki oleh seorang pendidik pula adalah; 1 Ayat pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, cthnya dengan bertanya soalan 2 Isi kandungan: Intipati tentang apa yang hendak diterangkan 3 Penghubung: Perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan, iaitu penanda wacana (cth: oleh itu, adalah disebabkan oleh, Inilah sebabnya) 4 Ayat penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan 5 Soalan bagi menilai kefahaman: soalan pendek untuk menilai kefahaman pelajar forum 2

Salam sejahtera. Pertamanya maafkan saya jika saya minta secara hikmah agar cikgu betulkan kata panggilan yang cikgu catatkan semasa membalas forus saya. Yang keduanya saya pohon dengan kejelasan tajuk (iaitu kemahiran menerang)agar dapat kita bincangkan untuk ruang forum ini sahaja.Kemahiran menyoal yang cikgu coretkan telah wujud di ruang forum yang lain. Kali ini izinkan saya menyenaraikan empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang agar dapat dimurnikan untuk penambahan ilmu dan kebaikan sesi p&p bersama. Antara empat prinsip utama kemahiran memerang ialah: Tumpukan kepada aspek yang spesifik Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik

19 Sep 2012 09:49:27 AM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Fokus semula dengan membuat ringkasan Gunakan bahasa mudahdan sesuai dengan pelajar Elak kekaburan dan ayat tidak relevan Gunakan penegasan Intonasi berbeza Penunjuk / penyerlah diwujudkan. Pergerakan,gerak isyarat yang sesuai Urutan/Kesinambungan sentiasa terkawal Induktif/deduktif Bantu ingat (prompts) dengan menggunakan kata kunci yang sesuai Variasi dan kata penghubung Pelbagaikan kelajuan penyampaian Dapatkan maklum balas Libatkan keseluruhan pelajar Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap. forum 3

Saya akan kupaskan beberapa lagi maklumat yang diharapkan dapat dijadikan sumbangan perbezaan antara kedua-dua pendekatan. Pendekatan pengajaran masteri. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. instrumen Guru yang perlu menggunakan bagi bersesuaian

20 Sep 2012 06:53:46 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti perlu pengayaan mengikuti mengikut tahap penguasaan setiap murid. Setiap pelajar aktiviti permulihan belum sekiranya mereka masih

menguasai

aras

masteri

yang

telah

ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

Prosedur Kaedah Inkuiri. Kaedah inkuiri merupakan satu model penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, peringkatperingkat turutan inkuiri selalunya dibuat iaitu seumpama: Peringkat pertama, berdasarkan kepada memberi fokus kepada sesuatu masalah yang dipelajari (dikaji). Peringkat yang kedua ialah membentuk rangka tindakan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Peringkat ketiga ialah mengumpulkan datadata atau maklumatmaklumat yang relevan. Menganalisis data atau maklumatmaklumat merupakan kaedah yang keempat dan diikuti dengan kaedah yang kelima iaitu membentuk kesimpulan
forum 3 Konsep Kaedah Pengajaran Inkuiri. Kaedah inkuiri atau tinjau siasat atau 19 Sep 2012 10:16:27 AM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

pertemuan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru (terutamanya dalam pengajaran sejarah). Dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial, kaedah ini menjadi penting bagi mengembangkan kemahiran kemahiran belajar yang bermakna kepada murid. Ia menitikberatkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorentasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan masalahdalam pembelajaran. Pengajaran secara inkuiri akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar melakukan operasi intelektual dan memerlukan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman melalui proses inkuiri yang mereka jalankan.

Konsep Kaedah Pengajaran Mestari. Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menerangkan beberapa konsep iaitu berfokuskan penguasaan muriddalam sesuatu perkara yang diajar. Falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinansekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
forum 3 Melalui kaedah pengajaran inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh murid melalui proses mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Murid akan melibatkan diri secara aktifdalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan mementingkan soalan yang terbuka serta mencabar pemikiran murid. Kaedah ini membolehkan guru tidak terlalu terikat menyampaikan data atau maklumat sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid. 19 Sep 2012 10:48:45 AM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Murid sendiri akan bertindak memainkan peranan sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran. Dalam hal ini guru berindak sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Hazri Jamil, 2003:69).

Melalui keadah pengajaran mestari, Menurut Anderson dan Block (1975), Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalahpembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum

(2001), menyatakan pembelajaran Masteri suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
forum 3 20 Sep 2012 Saya akan kupaskan beberapa lagi 06:22:49 maklumat yang memaparkan perbezaan PM antara kedua-dua pendekatan. Pendekatan pengajaran masteri. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya.

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

ArasMasteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras

80%.Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu. Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Aspek-aspek Pengajaran Inkuir. Menurut Abd Rahim Abd Rashid, 1989:149; Banyak isu-isu sains sosial dalam mata pelajaran mengkehendaki inkuiri digunakan dalam pengajaran terutamanya berkaitan dengan konsepkonsep dan kebolehankebolehan membuat generalisasi. Kaedah inkuiri adalah berasaskan kepada pengetahuan saintifik untuk mendapatkan maklumatmaklumat.

Kaedah ini bertujuan mengembangkan kemahirankemahiran dalam membuat kesimpulan-kesimpulan, membuat dan menyusun data serta menganalisis data(maklumat). Salah satu kepentingan kaedah inkuiri dalam pengajaran Sejarah ialah menekankan kepada kepentingan membuat generalisasi bercorak deskriptif, faktual, pensejarahan, bersyarat (conditional), penjelasan (explanatory), memberi definisi, orientasi nilai, sebabmunasab dan sebagainya. forum 3

PRINSIP-PRINSIP MESTARI.

PEMBELAJARAN

19 Sep 2012 11:21:36 AM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh guru. Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan disusun daripada mudah kepada yang sukar supaya boleh difahami murid. Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan. Guru berkeyakinan semua pelajar berbeza dalam menguasai pembelajaran maka guru perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu yang diajar. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan mengambil kira gayapembelajaran pelajar. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti supaya pelajar dapat menguasai sesuatu dalam masa yang singkat. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
Kaedah pengajaran inkuiri. Kaedah pengajaran inkuiri

boleh dibahagikan kepada 2 pendekatan iaitu kaedah inkuiri pendekatan deduktifdan kaedah inkuiri pendekatan induktif. Pendekatan deduktif ialah kaedah pengajaran yang beralih daripada peraturan atau generalisasi kepada contohcontoh khusus dan seterusnya membuat kesimpulan. Konsep pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsipprinsip berikut (Shipley, 1968):

1. Cadangkan masalah yang mencabar 2.Bantu murid-murid menganalisis masalah 3. Bantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiranyang boleh dipertimbangkan 4. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid 5.Memandu dan mengarahkan murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahir menggunakannya. 6. Elakkan daripada memberi jawapan kepada muriddan galakkan mereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan masalah tersebut sendiri. 7. Pastikan murid mencari penyelesaian masalahtersebut dan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul atau salah.
forum 4

Salam sejahtera. Saya catatkan beberapa perbandingan amalan kepentingan kajian tindakan kepada pendidik. Moga dapat dijadikannya sebagai elemen kekuatan bersama.Amalan kajian tindakan selalunya mewujudkan situasi seperti::

21 Sep 2012 12:03:08 AM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Guru bertindak sebagai penyelidik semasa guru membina teori tentang situasi kerja mereka melalui refleksi, inkuiri dan tindakan. Guru bertindak sebagai perekabentuk kurikulum berasakan dapatan kajian mereka. Dengan kajian yang dijalankan, guru boleh menambah pengetahuan sedia ada untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan sebagai pemudah cara apabila mereka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian. Guru serta pihak-pihak lain dapat mencari kesefahamanyang lebih baik tentang pendidikan dan persekolahan bagi meningkatkan kualiti pengalaman persekolahan. Dapat meningkatkan kualiti modal insansupaya menjadi lebih kreatif dan inovatif. Guru mendapat ilmu dan sumber maklumat bagi meningkatkan amalan, kemahiran, teknik, strategi dan perubahan pengajaran demi untuk memberi impak kepada pelajar. Melalui penyelidikan yang telah dijalankan, ia memberi ruang bagi guru untuk belajar tentang diri mereka, pelajar mereka dan dapatan kajian guru lain. Guru boleh menukar polisi, rancangan dan keperluan mengenai pengajaran atau program yang telah dibina sebelum proses pengajaran program itu bermula sekali lagi. Guru dapat meneliti peranan mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan teknologi baru serta perubahanperubahan yang berlaku. Guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dibimbangani akan: 1 tidak peka akan keperluan sukatan pelajaran dan standard pembelajaran 2 emosional, hipokrit,

mementingkan diri, mempunyai agenda peribadi yang songsang dan menimbulkan gangguan secara tidak sedar dalam proses p&p dan lain-lain tugas harian. 3 semakin longgar memegang amanah harian , etika perguruan dan etika kerja. 4 berlakunya pemesongan konsep, teori, fatwa dan etika keluhuruan yang mengugat keseimbangan pembntukan modal insan. 5 lemahnya adaptasi kesantunan bahasa dan nilai murni, keperibadian mulia, penguasaan kepelbagaian ilmu dan kemahiran.

forum 4

Salam sejahtera. Saya rasa wujud keperluan bagi saya mencatatkan pengertian sebenar kajian tindakan menurut kaca mata ahli akedemik. Menurut Bartlett (2001),kajian bermaksudpengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analsis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah. Maka wujud kebaikan bagi pendidik yang menjadikan kajian tindakan sebagai mentor kendiri yang tidak merotan atau mengherdek. Antara kebaikannya adalah: Membantu menaiktaraf teknik dan proses pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasiterutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme, kefahaman barudan kemahiran mendidik . Membantu guru meneroka pendekatan pengajaran yang lebih sesuai dan menghasilkan suatu teori baru yang membina. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memurni amalan guru sendiri. Membentuk budaya penyelidikansebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan

20 Sep 2012 11:14:38 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Dapat merancang huraian mata pelajarandengan lebih berkesan Saya doakan guru yang telah mencapai hakikat bakti mendidik semakin bertakwa secara ikhsan dan istikomah. Sementara guru yang belum berkesempatan didoakan agar akan memperolehi hidayah agar apa yang membelenggunya terungkai dan bersama-sama kembali berjuang memperkasakan fardu menuntut ilmu. forum 4 Catatan cikgu mengingatkan saya kepada beberapa kenalan guru-guru lama yang amat cekal, tulus dan kuat azam serta istikamah perjuangannya. Izinkan saya yang masih mentah dalam dunia pendidikan mencatatkan keberhasilan perkembangan profesionalisme guru yang melaksanakan ibadah kajian tindakan. Kebiasaannya Yang Maha Esa akan mewujudkan suatu situasi yang murni iaitu guru dapat: Mengenal pasti masalah yang timbuldi sekolah dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya dengan suasana yang hikmah. Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajarandi sekolah supaya lebih efektif dan dihormati. Meningkatkan kualiti modal insanselaras dengan matlamat dasar pendidikan negara ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Menjadi medium perubahan kemurnian tingkah lakupelajar dan pendidik itu sendiri. Membina kemahiran melakukan penyelidikandalam kalangan pendidik. Mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah disiplin dan pengurusan bilik darjah. Melahirkan warga pendidik yang kreatif dan inovatifsecara tulus. Menambahbaik amalan secara teori dan praktikal. Menggalakkan pendidik menjadi seorang yang peka dan prihatindengan setiap isu yang dibangkitkan di sekolah dalam satu-satu masa. Memperkembangkan lagi pengetahuan sedia ada dan menggalakkan penemuan idea baruyang lebih bernas serta berkualiti. Sebaliknya guru yang tidak mengaplikasikan kajian tindakan akan sentiasa berada dalam 20 Sep 2012 10:33:50 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

situasi yang diragui keberkesanan pendapat yang diajukan, langkah perlaksanaan yang mengengkelkan dan mewujudkan kebimbangan dalam mengekalkan pencapaian kefarduan menuntut ilmu. forum 4 Penulisan cikgu juga merupakan kajian tindakan yang membina bagi saya secara umum. Terima kasih cikgu. Saya hanya akan fokuskan fungsi kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan pengajaran dalam kelasyang mempunyai beberapa kebaikan, antaranya: Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budayapengajaran dalam kelas. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasiterutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalismemelalui proses penemuan kendiri. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam kelas masing-masing, maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu pembelajaran murid. Penggunaan kaedah barudalam pengajaran membolehkan guru mengubahsuai amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu perubahan budaya lama dan seterusnya perubahan sikap. Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatandalam kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama. Saya mula terasa wujudnya kerisauan jika amalan kajian tindakan ini diketepikan. Tidak melakukan muhasabah akan mewujudkan kebimbangan, was-was, syak, zan dan kekeburan yang akhirnya melenyapkan kemanisan nikmat menuntut ilmu sebagai di antara kepelbagaian nikmat mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. 20 Sep 2012 10:47:31 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

forum 4

Di negara ini, kaedah kajian tindakan

21 Sep 2012

WAN MOHD AFFENDY BIN

dipelopori oleh Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. BPPDP selanjutnya bekerjasama dengan universiti tempatan, maktab dan seterusnya sekolah-sekolah untuk melaksanakan kajian tindakan. Guru yang melaksanakan kajian tindakan ini (saya fokuskan keadah pendekatan inkuari (penemuan) berasaskan bahan maujud ) akan melihat anjakan paradigman dalam beberapa elemen. Antaranya: menjana mindapelajar. mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar. menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif secara budiman. menggalakan pelajar berfikir di luar kotak fikirandan kehidupan hariannya. menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik kepada pelajar. membolehkan apa yang dipelajari disimpan dalam ruang ingatan jangka panjang. Guru yang tidak berkesempatan melaksanakan kajian tindakan dikhuatiri akan: membekukan perkembangan minda dan kebolehan pelajar. Hanya melalui pembelajaran berpusatkan guru dan sehala. Terlalu menghadkan pelajar dengan sistem hanya berteraskan peperiksaan. forum 5 Sesuatu kajian tindakan jua perlu diiktiraf kebolehpercayaannya. Kebolehpercayaan adalah keluasan untuk memilih yang mana mencuba atau tatacara mengeluarkan keputusan dibawah keadaan yang teguh pada semua kejadian (Bell, 1999). Kebolehpercayaan kajian tindakan mengaitkan mengumpulkan data metod yang digunakan mestilah ada kebolehpercayaannya, keputusan yang diberikan mestilah sama untuk hari ini, semalam mahupun esok dan tidak berubah. Walaubagaimanapun, perlu percaya apabila sesuatu fakta itu tidak ada aspek penipuan yang membawa kepada ukuran yang tidak akan

09:16:33 AM

MUSTAPAI

24 Oct 2012 11:24:57 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

berubah, dan kualiti penyelidikan tidak ada jaminan. Contohnya, guru mungkin mahu mengumpul data yang ada hubungan dengan tingkah laku di dalam kelas, seperti maklumat tentang tindakan khusus, tapi mungkin tindakan ini dipengaruhi dengan pelbagai jenis faktor, termasuk individu, perubahan persekitaran, interpersonal yang dinamis dan sebagainya. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian, atau menjadikan apa yang perlu saya tahu sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan pengkaji. forum 5 24 Oct 2012 11:16:11 PM

Salam sejahtera. Saya rumuskan bahawa, maksud masalahdalam sesuatu kajian tindakan adalah suatu yang menganggu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar. Masalah ini wujud dalam p&p dan menghalang tujuan untuk menjayakan amalan pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan merupakan fokus masalah yang telah cikgu utarakan. Izinkan saya wujudkan ruang untuk difikirkan, iaitu berkaitan penyelidikan dan etika yang membabitkannya. Etika adalah garis panduan yang mesti diikut. Ini merupakan perkara penting yang perlu diingat, sebagai pengkaji kita perlu membuat kajian yang tepat agar tidak terpesong dari ketepatan yang telah digariskan dalam pendidikan. Adalah menjadi kemestian untuk memberitahu peserta berkaitan garis panduan sesuatu projek (menerangkan tujuan untuk melakukan kajian) dan untuk mendapatkan persetujuan bertulis daripada sesiapa yang mengambil bahagian. Ini dipanggil sebagai maklumat persetujuan. Jika melibatkan kanak-kanak, perlulah mendapatkan keizinan daripada ibubapa mereka. Oleh itu, pengkaji perlu mendapatkan tempat yang sesuai untuk berunding seperti menggunakan peralatan video atau penggambaran di sekolah. Merahsiakan maklumat pesertamerupakan perkara penting kepada peserta sebagai menghormati pendirian mereka. Penyelidik perlu memberi ruang untuk peserta yang ingin menarik diri dari projek pada bila-bila masa. Pengkaji wajar memberikan penjelasan

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

mengenai projek yang akan dilakukan dengan sejelas-jelasnya iaitu seperti 1. Memberitahu tujuan menjalankan penyelidikan 2. Meminta persetujuan dari semua yang terlibat forum 5 Izinkan saya menambah kupasan yang cikgu telah ulaskan.Secara peribadi saya ujakan bahawa masalah bermaksud sesuatu menganggu keseimbangan berorientasikan nilai melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi untuk memperbaiki fenomena atau isu yang berlaku di persekitaran sendiri. Untuk melakukan kajian tindakan,tidak semestinya bermula dengan masalah. Dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan, apaapa idea/ isu pun boleh digunakan tetapi ia hendaklah sesuatu yang bertujuan untuk penambahbaikan. Eviden mampu diwujudkan seperti yang ada berkait dengan perkembangan sekolah, target sekolah, target dan misi untuk perkembangan diri dan juga profesion perguruan selain dari meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengenalpasti masalah, idea-idea / isuisu hendaklah dicatat terlebih dahulu, tetapi isu yang dipilih hendaklah bukan sesutu isu yang memang tidak boleh lagi diubah. Eviden seperti mengubah isi buku teks dalam tempoh yang singkat atau sebagainya. Isu yang dipilih juga hendaklah spesifik dan dalam skop yang kecil sahaja. Ini bertujuan, untuk memudahkan kita mengenalpasti masalah yang sebenar dan juga menyelesaikannya, di samping senang untuk merancang penggunaan masa yang diperlukan. Apabila terdapat sesuatu isu yang difokus, guru hendaklah mengenalpasti beberapa item iaitu: Mengemukakan soalan-soalan bagi tujuan penyelesaian masalah tersebut. Walaubagaimanapun, guru juga boleh melakukan hipotesisjika terdapat 1isu yang spesifik yang telah dikenalpasti. Ini bermaksud, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan berdasarkan refleksi pengalaman guru itu 01 Oct 2012 01:01:50 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

sendiri di dalam bilik darjah, Sebaliknya mendapat idea baru mengenai sesuatu isu tersebut dan kemudian membuat satu hipotesis, seterusnya melakukan kajian tindakan untuk melihat kebenaran hipotesis tersebut. Hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)). Ianya melibatkan 2 proses iaitu persoalandan hasil daripada persoalan yang dikemukakan pengkaji akan menjalankan proses kajian tindakan. Ini hanya bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul. forum 5 Salam sejahtera. Kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian adalah kombinasi yang kompleks dari berbagai deria (pandangan, pendengaran, sentuhan, bau dan juga rasa) (Gray, 2004). Pemerhatian melibatkan cara yang sistematik, tinjauan yang dilakukan, merekod tindakan dan yang lebih penting adalah menganalisis dan menafsir apa yang telah dilihat. Secara peribadi saya jua berpendapat pemerhatian merupakan elemen terakhir yang boleh menyebabkan berlaku kesukaran dalam mengesahkan hasil pemerhatian. Perkara ini terjadi atas faktor: yang mana tafsiran yang dilakukan mempengaruhi seseorang untuk menafsir dan menganalisis dengan pandangan sendiri dan akan berlaku ketidaksamarataan dari segi pengumpulan data. Pengesahanjua adalah sesuatu yang sedikit kompleks daripada kebolehpercayaan samaada dari segi pengumpulan data, tindakan yang dilakukan atau pengumpulan maklumat. Contohnya, penyelidik mungkin akan bertanya soalan yang mana yang boleh dipercayai, tetapi mungkin juga tidak sah mengikut syarat dari maklumat yang diperolehi. Secara pemerihatian peribadi, masalah dapat saya ertikan dengan sesuatu menganggu keseimbangan berorientasikan 24 Oct 2012 11:46:23 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

forum 5

01 Oct 2012 01:17:44 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

misi, visi, objektif, nilai dan etikauntuk melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi untuk memurnikan sesuatu situasi atau isu yang berlaku di persekitaran sendiri. Izinkan saya ajukan eviden ringkas contoh sesuatu masalah itu dikenalpasti. Kelemahan tajuk mini kajian tindakan Kemahiran Hidup Pengalaman / refleksi secara individu # Kebanyakan pelajar tidak dapat mengenal objek atau peralatan yang diterangkan oleh guru. # Pelajar sukar untuk mengecam peralatan berdasarkan perkataan yang guru tunjukkan atau sebutkan. # Pelajar kurang berminat dengan proses P&P di dalam kelas kerana sukar untuk memahami topik yang di ajar oleh guru. Pengalaman pasukan # Kekangan masa bagi pelaksanaan pembelajaran secara praktikal. # Pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam subjek kemahiran hidup terhad. # Pelajar bermasalah pembelajaran kurang memberi perhatian dan cepat bosan bagi setiap sesi pengajaran. Pengalaman Pasukan Luar # Guru terikat dengan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam masa yang terhad. # Peralatan dan BBM yang tidak mencukupi di sekolah. # Guru tidak kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran. forum 5 Secara jelasnya, maksud masalahdalam sesuatu kajian tindakan adalah suatu yang menganggu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam p&p dan menghalang tujuan untuk menjayakan amalan 01 Oct 2012 12:30:10 PM

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengenalpasti perkara di atas, guru perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara berikut : Apakah kepincangan yang sedang berlaku Bagaimanakah sesuatu isu/masalah/ situasi itu telah wujud Apakah yang boleh dilakukan/dimurnikansebagai tindakan guru Menghadkan kajian kepada isu spesifik, tidak rencam. Memberi keutamaanberdasarkan persoalan yang mana perlu didahului seiringan dengan kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan sekerja) Pemilihan isu kajian juga perlu diberikan perhatian agar dapat dijadikan eviden yang murni. Antara kateria pemilihan isu adalah: i. Subjek dalam kawalan penyelidik/ guru terlibat. ii. Perlu tindakan segera. iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian iv. Melibatkan penyelidik dan rakan sejawat v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik selepas tindakan sesulan kajian tindakan forum 5 24 Oct 2012 Salam sejahtera. Cikgu telah fokuskan masalah elemen pengumpulan data dalam 11:34:36 PM suatu kajian tindakan, Izinkan saya memurnikan maklumat berkaitan dengannya. Untuk melakukan projek pendidikan, guru perlu mengumpul data dari pelbagai sumber dengan menggunakan berbagai cara.

WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI

Cabarannya disini adalah, bagaimana untuk mengetahui cara untuk menggunakan data yang dikumpulkan. untuk melakukannya, guru perlu mengenakan beberapa bahan untuk digunakan ketika menerangkan perkara tersebut dan perlu mendapatkan keizinan untuk mentafsir apa yang diperolehi.

proses ini memerlukan guru untuk mempelajari data tersebut untuk kamu mengaitkan dengan trend (kecenderungan), kejadian, jenis dan tema. (Macintyre, 2000) Menurut Brown dan Dowling, analisis data adalah satu peringkat yang menyebabkan wujudnya kebimbangan yang tinggi, dan ia juga merupakan peringkat yang kurang jelas.

Freeman (1998),menggambarkan proses kajian tindakan adalah satu penyelidikan yang mana penyelidik perlu bersedia untuk mengubah kajian, sebagai peningkatan diri untuk memastikan keberkesanannya , pendedahan, penelitian, dan penyoalan bagi mengelakkan dari berlakunya kesilapan. Tidak menghimpunkan dan penghimpunan semula adalah proses yang amat penting yang mana keduaduanya mempunyai hubungan dan cabaran. Beliau mencadangkan 4 aktiviti iaitu: 1. Nama 2. Kumpulan 3. Mencari perhubungan 4. Mempamerkan

Anda mungkin juga menyukai