Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 1

Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
berbekalkan wang 1 juta yg diperoleh, saya akan menjalankan perniagaan fotokopi dan alat tulis. sasaran saya bukan sahaja kepada pelajar UMS bahkan juga kepada penduduk setempat. perniagaan ini pasti menguntungkan kerana ianya merupakan satu keperluan kepada pelajar serta terletak di tempat yang strategik.

Tugasan 2

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
bagi memastikan perniagaan saya mendapat untung yang maksima, lokasi kedai yang strategik sangat penting iaitu mestilah berdekatan dengan kawasan tempat tinggal pelajar. golongan sasaran adalah lebih kepada pelajar UMS dan juga pelajar-pelajar sekolah serta pelajar dari politeknik,UiTM dan juga kolej-kolej yang berdekatan. saya juga akan memastikan kedai saya sentiasa kemas dan tersusun supaya pelanggan yang datang akan berasa selesa. selain itu, saya akan meletakkan harga yang berpatutan kepada pelajar serta memberikan diskaun setiap sebulan sekali.

Tugasan 3

Sila respon untuk isu ini pula i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i) video - stail pembelajaran: dengan penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai, guru dpt menarik perhatian pelajar tanpa perlu banyak penerangan (berpusatkan guru). pelajar pula mudah memahami dgn melihat peristiwa sebenar seperti dlm subjek sejarah dengan penggunaan kronologi,

penerokaan bukti dan sebagainya tanpa perlu penerangan panjang lebar drpd guru. ii) video - ubiquitous learning guru dapat melakukan aktiviti pembelajaran di mana-mana shj tanpa mengira tempat. pelajar dan guru dapat berinteraksi dgn mudah serta dapat menyelesaikan masalah pembelajaran tanpa menangguhkan waktu kerana guru dapat merujuk atau mencari bahan dengan cepat. iii) video - HOTS penggunaan HOTS dpt menjana pemikiran pelajar dalam mentafsir dan menganalisis fakta dalam video yang ditayangkan. pelajar dpt membuat penerokaan terhadap pembelajaran serta mampu memberi pandangan yang bernas. iv) video - kemahiran sosial pelajar sudut positif: pelajar dpt mengembangkan kemahiran sosial dgn bekerjasama dgn rakan-rakan dalam menafsirkan video tersebut serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka. sudut negatif: sesetengah pelajar hanya akan berinteraksi dgn komputer menyebabkan mereka menjadi pasif. v) video - peningkatan kesedaran dpt memupuk nilai prihatin dan peka terhadap sesuatu isu mengenai pembelajaran yg ditayangkan serta pelajar dpt mengaplikasikannya dlm kehidupan seharian.

Tugasan 4

Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
Daripada hasil carian dan pembacaan saya, multi modality ialah penggunaan pelbagai variasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru merangkumi pembacaan, penulisan, penggunaan visual dan sebagainya. Guru-guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap kecerdasan pelajar seperti yang disarankan oleh Howard Gardner yang mengklasifikasikan kepada 8 tahap kecerdasan manusia. Menurut laporan dalam satu artikel yang dilakukan oleh rangkaian dan syarikat komunikasi, Cisco Systems, dapat disimpulkan bahawa "pelajar cenderung untuk mengetahui lebih lanjut apabila diajar melalui kaedah dan pelbagai media, bukannya hanya dalam mod tunggal". Ini menunjukkan pelajar sangat berminat dan fokus terhadap pengajaran guru apabila guru-guru menggunakan lebih dari satu mod dalam sesi p&p. Multi Modality Instuction pula ialah memberikan maklumat yang penting dalam bentuk lisan atau visual supaya dapat membantu pelajar lebih memahami sesuatu tugasan atau kursus. Pelajar dapat mengakses kandungan dalam sesuatu subjek dengan lebih mendalam dengan penggunaan ICT setelah diterangkan secara lisan oleh guru-guru di sekolah.

Tugasan 5

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?


saya senaraikan kekangan-kekangannya: 1- kekurangan kemudahan alatan ICT seperti komputer, laptop dsb 2- kelembapan jaringan internet 3 -tiada bekalan elektrik atau terputus bekalan elektrik 4- kerosakan video sewaktu tayangan diadakan 5- guru tidak dapat mengawal pelajar semasa menonton video seperti pelajar terlalu teruja dan menyebabkan kebisingan 6- kekurangan pengetahuan guru dalam pengendalian alatan ICT

Tugasan 6

Penggunaan video dalam kelas:


sebelum - guru perlu memeriksa peralatan yg hendak digunakan dalam keadaan baik dan berfungsi, memastikan video yg ditayangkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, memastikan pelajar sudah bersedia, memberi sedikit penerangan berkaitan content video, menyediakan soalan-soalan untuk ditanya kepada pelajar. semasa - guru perlu sentiasa peka terhadap penyampaian video tersebut kerana mungkin ada sebahagian content video yg tidak difahami pelajar, memberi penerangan apabila perlu, mengawal kelas, menyelitkan beberapa soalan yang berkaitan tentang apa yang ditayangkan. selepas - memastikan segala peralatan dikemas dan dlm keadaan baik, menerapkan nilai-nilai murni dalam tayangan video spy pelajar dpt mempraktikkan dlm kehidupan seharian, memberikan soalan sebagai latihan.

Tugasan 7

Manipulatives Question 3 Obtain an example of a manipulative's that you could use for instruction. Submit the manipulative's and a description of how you would use it, including an objective. (Dapatkan satu contoh daripada manipulasi yang anda boleh gunakan untuk arahan. Kemukakan manipulasi dan penerangan bagaimana anda akan menggunakan, termasuk objektif.)
Pengajaran yang akan dilakukan oleh saya adalah dengan menggunakan objek sebenar (real object). Sebagai contoh saya akan mengajar subjek Sejarah bertajuk Perkembangan

Perusahaan Getah dalam Bab 6 (British Mengeksploit Ekonomi) Tingkatan 2. Pengajaran dapat dilaksanakan dengan menunjukkan biji getah, susu getah atau hasil daripada susu getah seperti tayar, kasut atau selipar getah, sarung tangan dan sebagainya supaya pelajar dapat memahami kepentingan perusahaan getah pada kurun ke-20. Penerangan penting berkaitannya adalah akibat daripada kejatuhan harga kopi di pasaran dunia, getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi. Getah telah menjadi hasil tanaman eksport yang penting di Tanah Melayu pada kurun ke 20. Objektif yang hendak disampaikan kepada pelajar adalah menjelaskan jenis tanaman baru iaitu getah yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

Question 4 Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson. (Rancang satu pengajaran yang akan merangkumi perjalanan medan (sebenar atau maya). Cari sekurang-kurangnya satu laman web di World Wide Web yang boleh menjadi tempat untuk lawatan sebagai perjalanan medan maya dalam pelajaran anda.)
Bagi menjawab soalan ini, saya memilih subjek Sejarah sebagai pengajaran yang melibatkan pembelajaran sebenar. Saya memilih tajuk Kedatangan Portugis dalam Bab 6 (Kemerosotan Melaka) Tingkatan 1. Setelah penaklukan Melaka oleh Portugis pada 24 Ogos 1511 oleh Alfonso de Albuquerque, beliau telah mengarahkan sebuah kota didirikan di kaki Bukit St. Paul dan diberi nama Kota A Famosa yang bermaksud Kota Yang Termasyhur. Saya akan membawa pelajar-pelajar melawat sambil melihat sendiri tinggalan pintu kota yang masih kekal sehingga hari ini. Pelajar dapat merasai sendiri pengalaman di luar bilik darjah supaya mereka mengambil iktibar tentang kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa tersebut tidak akan berulang lagi. Di samping itu, pelajar juga dapat menghargai usaha nenek moyang dalam mempertahankan negara dari penjajah luar. Segala maklumat berkaitan dengan Kota A Famosa ini dapat diterokai dalam lama web http://www.arkib.gov.my/kota-a-famosa-melaka1

Tugasan 8

Video Dalam pendidikan


Soalan 1

Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video?

Literasi video adalah gabungan di antara pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang untuk menggunakan video pada tahap maksima. Ianya merangkumi kemahiran menggunakan video (tahu cara mengendalikannya), menonton video (memahami serta mentafsirkan secara bermakna) dan juga menghasilkan video (cara-cara yg betul).

Soalan 2

Nyatakan 5 konsep utama menonton dan menghasilkan video.

5 Konsep Menonton video ialah: 1)Pemahaman Mendengar 2)Tayangan Senyap 3)Tayangan Bersilang 4)Tayangan Bersinar dengan Komentar 5)Urutan 5 Konsep menghasilkan video ialah: 1)Perkara yang perlu dihasilkan. 2) Perkara yang dihasilkan perlukan kefahaman format, kreativiti dan teknologi. 3) Perlu menarik minat dan citarasa sasaran penonton. 4) Perlu jelas dan konsisten dalam meletakkan nilai gaya hidup dan pandangan dalam penghasilan tersebut. 5) Lihat semula adakah tujuan yg hendak disampaikan tersebut efektif. Soalan 3

Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? Pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan 4 cara iaitu:
i)) Bidang Pengetahuan Pelajar dapat belajar dengan menonton video tentang pelbagai isu semasa dan juga perkara yang telah berlaku. Dengan penggunaan warna yang menarik, bunyi yang sebenar dan pergerakan yang nyata, pelajar akan mudah memahami dan mengingati sesuatu pelajaran dengan cepat. Penggunaan video juga dapat menambahkan kefahaman pelajar kerana penjelasannya lebih mudah difahami mengenai sesuatu proses dan teknik. ii)Bidang Pengaruh Emosi Elemen emosi sangat mudah disampaikan dengan penggunaan video berbanding penerangan secara lisan. Apabila pelajar menonton sesuatu kisah berkaitan pembelajaran, mereka akan mudah menghayatinya seumpama mereka berada di tempat tersebut. Contohnya, video tentang kesengsaraan rakyat semasa zaman pendudukan Jepun di Malaya. c)Bidang Psikomotor Penggunaan video dapat memberi penerangan satu persatu langkah bagaimana sesuatu komponen mekanikal dibuat, berfungsi dan diselenggarakan. Contohnya komponen-komponen yang terdapat pada televisyen dan juga fungsi bagi setiap komponen tersebut yang boleh menghasilkan gambar, suara, bunyi dan sebagainya. d)Bidang Interpersonal Pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran daripada tontonan mereka dengan berkongsi pengetahuan yang diperolehi bersama. Merek dapat bertukar-tukar fikiran serta berbincang tentang sesuatu isu dengan memberi pandangan, kritikan dan sebagainya. Ini dapat memupuk semangat yakin diri dan kerjasama antara pelajar.

Soalan 4

Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar.
Jenis Video dalampendidikan a) Dokumentari Penggunaan video sebagai satu alat media berfungsi memberi penerangan dalam bentuk dokumentari iaitu menerangkan sesuatu peristiwa sama ada sebenar atau lakonan semula yang berbentuk fakta. Ia menggambarkan peristiwa sebenar yang berlaku serta urutannya. Pelajar dapat menambah kefahaman mereka dengan lebih mendalam seperti letupan gunung berapi, bagaimana ia berlaku, kesannya kepada alam sekitar dan sebagainya. b)Mendramakan (Dramatization) Tayangan video membantu pelajar lebih memahami jalan cerita sesuatu topic/tajuk. Sesetengah subjek sesuai dibuat lakonan atau drama contohnya subjek Sejarah tentang cerita Hang Tuah lima sahabat. Cerita mengenainya mungkin sudah dibaca dalam buku tetapi dengan melakonkan semula, pelajar dapat menghayati jalan cerita serta mengingati dengan lebih baik. c)Video Penyampai Cerita Penceritaan dapat disampaikan dengan penggunaan video. Sesuatu cerita boleh dimuat turun ke dalam video untuk tontonan pelajar. Oleh itu, pelajar dapat mempelajari cara bercerita serta memberi idea kepada pelajat supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif. d)Virtual Field Trip Video dapat menambahkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu tempat, keadaan sekitar, aktiviti dan sebagainya. Pelajar dapat pergi ke sesuatu tempat tanpa benar-benar berada di sana seperti ke benua Antartika, benua Afrika atau ke mana sahaja di seluruh dunia. Soalan 5

Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
a)Memperolehi bahan video - ketahui sumbernya seperti daripada internet, syarikat-syarikat yang mengeluarkan video, persatuan, agensi kerajaan dan lain-lain lagi. Setiap video yang diperolehi perlu dilihat kepada kesesuaiannya terhadap pembelajaran pelajar. b)Penilaian Video Bagi menilai kesesuaian sesuatu video, hendaklah dilihat daripada aspek kesesuaian dengan sesuatu subjek serta peringkat umur pelajar berdasarkan standard penilaian yang boleh didapati daripada sekolah, internet, syarikat yang mengeluarkan bahan pendidikan dan sebagainya.

Tugasan 9

Design of Video
PROSES: 1. Encoding: Creating Visual Proses mengarang/menulis boleh merangsang kita membaca dan menghasilkan visual sesuai dengan kehendak pengguna. Sebagai contoh seorang guru boleh menggalakkan pelajar membuat pembentangan di dalam kelas berkenaan dengan pembelajaran pada hari tersebut dengan memilih imej dari cd. Pelajar boleh membuat atau mencipta sesuatu mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar perlu belajar mereka cipta video sendiri agar memudahkan mereka lebih memahami maksud penggunaan visual dan secara tidak langsung, mereka mampu menyampaikan/mengutarakan idea mereka kepada orang lain. 2. Decoding: Interpreting visuals bermaksud melihat visual tidak secara automatic. Dalam masa yang sama, pastikan kita dapat belajar daripadanya. Seseorang perlu ada kemahiran mentafsir dan mewujudkan makna daripada visual. Seseorang guru perlu sedia maklum bahawa dalam pengajaran, guru mesti ingat bahawa perbuatan decoding visual mungkin akan dipengaruhi oleh latar belakang budaya penonton. Contohnya, kumpulan budaya yang berbeza mungkin mentafsirkan bahan-bahan visual dalam cara yang berbeza. Oleh itu, guru perlu membuat pilihan yang sesuai daripada pelbagai visual untuk menarik perhatian penonton. CIRI-CIRI: i. Universal Design ii. Arrangement iii. Colour iv. Balance v. Legibility vi. Appeal

Anda mungkin juga menyukai

  • Edmodo: Turn-In
    Edmodo: Turn-In
    Dokumen9 halaman
    Edmodo: Turn-In
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Infografik'ku
    Infografik'ku
    Dokumen1 halaman
    Infografik'ku
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Powerpoint
    Powerpoint
    Dokumen6 halaman
    Powerpoint
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Powerpoint
    Powerpoint
    Dokumen5 halaman
    Powerpoint
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Powerpoint
    Powerpoint
    Dokumen5 halaman
    Powerpoint
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Dokumen12 halaman
    Rancangan Pengajaran Harian
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Edmodo-Turn in
    Edmodo-Turn in
    Dokumen8 halaman
    Edmodo-Turn in
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Edmodo-Turn in
    Edmodo-Turn in
    Dokumen6 halaman
    Edmodo-Turn in
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat
  • Pendidikan Abad Ke-21
    Pendidikan Abad Ke-21
    Dokumen17 halaman
    Pendidikan Abad Ke-21
    Groupsejarahdpliums
    100% (10)
  • Laman Web 2.0
    Laman Web 2.0
    Dokumen15 halaman
    Laman Web 2.0
    Groupsejarahdpliums
    Belum ada peringkat