Anda di halaman 1dari 4

FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 20% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT PENYELESAIAN HUTANG PINJAMAN/PEMBIAYAAN BAGI

TEMPOH 1 OKTOBER 2012 HINGGA 30 SEPTEMBER 2013 SOALAN 1 Siapakah yang layak mendapat pemberian diskaun ini? Jawapan : Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan PTPTN dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. SOALAN 2 Bagaimana pemberian diskaun 20% akan diberikan, sama ada atas baki prinsipal/ kos pentadbiran/ baki keseluruhan/ baki tunggakan/ termasuk kos-kos guaman? Jawapan : Pemberian diskaun 20% dikira atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dilakukan. SOALAN 3 Bagaimanakah diskaun 20% ini dikira? Jawapan : Diskaun 20% ini dikira peminjam/penerima biaya. berasaskan baki hutang semasa

SOALAN 4 Bilakah tarikh pemberian diskaun 20% dikuatkuasakan? Jawapan : Pemberian diskaun 20% berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

SOALAN 5 Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan pemberian diskaun 20%? Jawapan: Peminjam perlu membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. SOALAN 6 Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan baki hutang semasa? Jawapan: Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455. Bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya, baki hutang boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTN, e-mel ke bakihutang@ptptn.gov.my atau faks ke talian 03-20921590. SOALAN 7 Bolehkah saya membuat pembayaran berdasarkan baki hutang semasa di penyata online? Jawapan: Boleh. Bayaran sebanyak 80% daripada baki hutang semasa boleh dibuat melalui semua saluran sediada kutipan balik PTPTN. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web PTPTN www.ptptn.gov.my. Selain daripada pembayaran melalui kaunter PTPTN, butiran bayaran hendaklah dihantar melalui e-mel kepada bakihutang@ptptn.gov.my atau difakskan kepada 03-20921590.

SOALAN 8 Adakah saya boleh mendapat pemberian diskaun 20% sekiranya saya berhasrat membuat penyelesaian hutang pada bulan terakhir promosi iaitu September 2013? Jawapan: Boleh. Walau bagaimanapun, peminjam dinasihatkan membuat pembayaran penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan secara tunai atau bankdraf di kaunter PTPTN sahaja dan tidak melalui ejen kerana bayaran balik melalui ejen mengambil masa untuk dikemaskini. SOALAN 9 Adakah pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan ini diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN? Jawapan: Ya, pemberian diskaun 20% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN. SOALAN 10 Adakah pemberian diskaun 20% ini diberikan kepada baki hutang Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) bagi penerima WPP yang tidak membuat pinjaman/ pembiayaan PTPTN Jawapan: Ya, pemberian diskaun juga diberikan kepada baki hutang Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP).

SOALAN 11 Adakah Surat Pelepasan Hutang (SPH) dikeluarkan selepas bayaran balik dilakukan? Jawapan: Surat Pelepasan Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas pembayaran dilakukan di kaunter PTPTN secara tunai atau bankdraf. Bagi pembayaran bukan tunai (cek, kiriman wang dsbnya), SPH akan dikeluarkan selepas cek berkenaan ditunaikan/ dijelaskan. Bagi bayaran melalui ejen atau online, SPH akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh PTPTN. SOALAN 12 Saya telah dikenakan tindakan senarai hitam, adakah PTPTN akan melakukan penarikan balik/ pemutihan senarai hitam selepas saya membuat penyelesaian hutang? Jawapan: Ya, proses ini akan dilakukan oleh PTPTN dalam tempoh 7 hari bekerja.

Anda mungkin juga menyukai