Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PERMAINAN OLAHRAGA 2012

Aktiviti kokurikulum telah dijalankan pada tahun ini dengan jayanya. Permainan Olahraga telah dijalankan sepanjang tahun ini pada hari Rabu, 3.00 hingga 4.00 petang seperti dalam takwim tahunan. Murid-murid tahun 3 hingga 6 telah bergiat cergas sepanjang aktiviti Olahraga dijalankan. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan sepanjang tahun ini. Antara aktivitiaktiviti yang telah dijalankan adalah pendedahan mengenai olahraga dan peraturan, persediaan sebelum dan selepas melakukan aktiviti, latihan olahraga,larian pecut, lari berpagar, lari berganti-ganti, lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang, lempar cekera, lontar peluru,lari jarak jauh dan jarak sederhana. Pada bulan Oktober, sekolah telah menganjurkan sukan peringkat sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ini, telah mencungkil bakat serta semangat dalam diri murid-murid. Murid-murid juga telah mempunyai pengetahuan tentang Permainan Olahraga dengan lebih mendalam. Aktiviti-aktiviti ini telah mengeratkan lagi hubungan di antara murid-murid serta mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan. Saya berharap lebih aktiviti yang menarik akan dirancang dan dijalankan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, ____________________ __________________ (Subasheni Balakrishnan)

Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai