Anda di halaman 1dari 6

1. Perniagaan di Jalan UMS Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?

Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG? Dengan menggunakan RM1 juta itu, saya akan membuka kedai makanan. Ini adalah kerana harga makanan di sini agak mahal,jadi saya akan membuka sebuah kedai makanan yang harganya lebih berpatutan. Selain ini, saya juga akan mengadakan baucer diskaun bagi pelajar bagi memastikan pelajar tetap berkunjung ke kedai makan saya. Saya akan memulakan perniagaan ini bersama dengan rakan kongsi saya iaitu Darlenny dan Nur Ilyana.

2.Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan? Untuk memastikan perniagaan kita mendapat keuntungun 100% , faktor modal merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan. Kita perlu menggunakan bahan mentah dan peralatan yang segar tetapi murah, Selain itu, kos untuk mengupah pekerja dan tukang masak juga perlu dikurangkan dengan melibatkan diri sendiri dalam penyediaan dan pengurusan perniagaan.

3.Multimodality Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction

Selamat sejahtera, pada pendapat saya multi modality adalah merupakan penggunaan pelbagai kaedah atau gaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, para guru boleh menggunakan muzik,visual grafik, video dan sebagainya. Dengan penggunaan ini, pelajar akan lebih memahami dan tumpuan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Multi modality instruction pula ialah cara menyediakan dan memberi maklumat yang penting dan tugasan dalam format keduadua lisan dan bertulis untuk membantu menggalakkan akses kepada kandungan kursus. Ia juga merupakan satu pendekatan multi modaliti yang memberi arahan untuk membantu pelajar-pelajar dalam mencari modaliti yang konsisten dengan kekuatan pmbelajaran mereka. Contohnya, pelajar boleh mengakses melalui laman web untuk mendapatkan nota sebelum masuk ke dalam kelas. Dengan adanya penyediaan awal ini, pelajar boleh belajar dengan lebih berkesan.

4. Assignment 1 Sila respon untuk isu ini pula i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

Pada pendapat saya, i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran penggunaan video - ia dapat memenuhi keseluruhan stail pembelajaran iaitu Visual, aural, pembacaan dan kinestatik. Semua ini boleh diaplikasikan di dalam video ii)Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning - Cara pembelajaran ini boleh dijalankan di mana-mana tempat sahaja mengikut keinginan dan kemahuan kita. Dengan ubiquitous learning ini, pelajar akan lebih berminat di dalam P&P. iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) video boleh mengaplikasikan HOTS dengan memaparkan sesuatu yang membuatkan seseorang yang menonton video tersebut berfikir lebih mendalam atau berfikir diluar kotak pemikiran. Selain ini, ia juga bermaksud boleh berfikir dengan logik dan membuat persediaan awal sebelum bertindak dan boleh menyelesaikan masalah. iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. Sebagai contoh, video conference membolehkan setiap pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam sesuatu sesi perbincangan. Dengan penggunaan video ini, minat pelajar terhadap P&P juga akan meningkat. Tambahan pula, ia juga boleh berlatih seorang pelajar menjadi kreatif, mempunyai sikap kepimpinan dan bermotivasi. v) cuba kaitan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran Dengan penggunaan video, kesedaran pelajar juga boleh meningkat. Ini termasuklah kesedaran terhadap isu social, komunity dan keluarga. Sebagai contoh, jika seorang pelajar yang kurang bersopan dan tidak berhormat pada orang tua, mungkin pandangan dan sikapnya boleh berubah, apabila ia sudah menonton video yang berkaitan dengan agama atau bermoral.

5.Assignment 2 Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas? kekangan yang kita sering temui adalah tidak ada bekalan elektrik, Saya pernah mengajar di sebuah sekolah rendah di pedalaman Sarawak. Sekolah itu hanya guna "generator" untuk membekalkan elektrik. Elektrik hanya akan dibekalkan selepas waktu rehat. Semasa saya mengajar, kelas saya pada waktu pagi( 7:30-8:30) jadi saya langsung tidak dapt guna video dalam kelas. Selain ini, kebanyakan sekolah rendah iaitu terutama sekolah di pedalaman. Sekolah jenis ini tidak mempunyai LCD dan Skrin. Tambahan pula, sekolah yang dibina dengan papan juga tidak digalakkan menggunakan video.Ini adalah bunyi audio yang kuat akan mengganggu P&P disebelah kelas.

6.Assignment 3 Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Sebelum kita menggunakan video dalam kelas, kita mesti buat persediaan awal. Persediaan awal yang perlu kita sedia adalah seperti menyediakan LCD, speaker dan skrin. Jika kelas tersebut, mempunyai LCD, speaker dan skrin,kita mesti pastikan ia boleh berfungsi. Semasa menggunakan video, kita mesti pastikan volume bagi video adalah sesuai dan boleh didengar oleh semua pelajar. Selain volume, kita mesti pastikan skrinnya adalah jelas dan video itu boleh dijalan dengan lancar dan tidak tersekat. Selepas mengguna video, kita mesti pastikan suis bagi LCD,speaker dan skrin sudah ditutup.

7. Assignment manipulatives Salam Sejahtera , Question 3 Obtain an example of a manipulative(s) that you could use instruction submit the manipulative(s) and a description of how you would use it, including an objective. (ISTE NETS-T2.C &3: B). Pada pendapat saya, pengajaran yang saya guna adalah menggunakan Model. Model adalah tiga dimensi yang mewakili benda asal. Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti kertas, plastic dan gegelung rotan. Model yang digunakan adalah model berskala iaitu model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contonya menggunakan latihan berkonsepkan parcourse. Parcourse merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen. Model stesen berkonsepkan parcourse ini adalah dibina dengan gegelung rotan iaitu 4 gegelung rotan digunakan untuk menjadikan lompat kuadran. Model lompat kuadran ini merupakan salah satu stesen. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar faham terutamanya bagi sekolah yang tidak mempunyai kemudahan latihan parcourse. Oleh demikian, dengan model ini pelajar boleh menjalankan latihan berkonsepkan parcourse.

Question 4 Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson. (ISTE NETS- T2.A). Saya akan membuat pengajaran dan pembelajaran tentang mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Contohnya saya memilih mata pelajaran Pendidikan Jasmani membuat pengajaran dan pembelajaran ini, saya akan membawa para pelajar ke kompleks sukan (Bahagian Parcourse)di Universiti Malaysia Sabah. Parcourse merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot jantung. Di samping itu, latihan ini juga dapat meningkatkan daya tahan otot-otot rangka dan menjadikan badan bertambah sihat dan cergas. Parcourse meliputi beberapa jenis aktiviti di sepanjang laluan larian yang disediakan dari 400m hingga 1600m. Murid boleh berjalan, lari pecut atau berjogging di antara satu stesen dengan satu stesen yang lain. Setiap stesen mempunyai aktiviti kecergasan yang berlainan. Contoh aktivitinya ialah lompat kuadran, bergayut di palang, duduk jangkau, tangga tegak, angkat kaki, lompat sentuh palang, naik turun bangku dan meniti palang. Oleh hal demikian, dengan adanya lawatan seperti ini, pelajar boleh membuat latihan di setiap stesen. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memahami tentang konsep latihan parcourse. Sebagai contoh melawat ke kompleks sukan di Universiti Malaysia Sabah seperti yang terdapat di dalam pautan web di bawah : seperti yang terdapat di:http://www.ums.edu.my/

8. Video dalam pendidikan Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 1) Apa kah yang dimaksudkan dengan literasi video? Literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil atau melihat video bagi menghasilkan video. 2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 1. Pengarang membina atau membentuk mesej. 2. Mesej yang disampaikan perlu menggunakan format, kreativiti dan teknologi yang unik. 3. Setiap penonton mentafsirkan mesej secara berbeza. 4. Setiap mesej mempunyai nilai dan pandangan yang berbeza. 5. Kebanyakan mesej yang dibina bertujuan untuk mempromosikan sesutu tujuan yang spesifik. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? Dari segi kognitif, pelajar dapat mendalami tentang proses, hubungan, teknik, teks berdasarkan pertunjukan video yang dibuat. Selain daripada membaca, pelajar itu juga boleh melihat video tersebut secara grafik dan pergerakan serta penggunaan video boleh menarik minat pelajar dalam pembelajaran tersebut. . Selain itu, bagi afektif domain pula melalui aplikasi video, sikap pelajar dapat dipengaruhi melalui ikutan teladan dan dapat mengetahui sebarang mesej yang tersirat. Program dokumentari kebiasaannya menjadi satu video yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Dari segi psikomotor,menerusi video yang ditayangkan, pelajar dapat mempelajari proses pembelajaran dengan lebih mudah melalui pergerakan. Video juga boleh memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran secara teratur. Dari interpersonal domain,berdasarkan pertunjukan video, pelajar dapat meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan menerusi pengalaman untuk pemangkin di dalam perbincangan. 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? Dokumentari, pelakonan (dramatization), Video Storytelling (Bercerita) dan Virtual fields trips merupakan empat jenis video dalam pendidikan yang menyokong pembelajaran pelajar. Video dokumentari merupakan medium utama untuk melihat dokumentasi yang pernah berlaku secara sebenar untuk dibawa ke dalam kelas. Ianya dibuat berdasarkan fakta. Video dokumentari juga mengisahkan kisah benar mengenai orang dan tempat. Contohnya persembahan dokumentari dari National Geographic yang banyak menayangkan tentang pembelajaran bagi subjek geografi, alam sekitar, budaya, dan lain-lain. Selain itu, pelakonan (dramatization) video jenis ini juga dapat membawa pelajar terpesona dan terus dibentangkan di hadapan mata mereka. Tambahan pula, ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk membina sahsiah pelajar dan sikap positif dalam bidang seperti budaya, kurang upaya, harga diri, dan bekerjasama. Video sastera klasik juga merupakan salah satu contoh. Contohnya seperti Anne GreenGGables, Hamlet dan Moby Dick. Bercerita merupakan kemahiran yang penting untuk membentuk pelajar-pelajar dari semua peringkat umur. Ia juga membenarkan pelajar untuk menjadi kreatif semasa membentuk penulisan, literasi visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamat ini adalah untuk mengajar pelajar-pelajar agar mereka boleh mengajar dan belajar antara satu sama lain. Bagi virtual fields trips ia boleh membawa pelajar ke tempat-tempat yang mereka tidak mungkin dapat pergi. Ia juga membina dan meningkatkan pengetahuan yang diperolehi daripada buku teks bacaan,

penerangan internet atau mendengar ceramah-ceramah. 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. Ini terdiri daripada dua langkah, iaitu langkah pertama dan langkah kedua. Langkah pertama adalah sumber-sumber yang berguna untuk mencari video yang akan menyokong pencapaian objektif pelajaran. Manakala langkah kedua ialah menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya sama dengan matlamat anda dan memenuhi keperluan pelajar anda. 9. Design of Visual Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual Selamat pagi, Proses 1. Decoding or read:(Interpreting visuals) Melihat visual tidak secara automatik memastikan bahawa seseorang itu akan belajar daripada ia. Perlu ada kemahiran mentafsir dan mewujudkan makna daripada visual. Contohnya, anak-anak muda cenderung untuk mentafsirkan imej yang lebih literal daripada kanak-kanak lebih tua.dalam mengajar, seseorang guru perlu sedia maklum. dalam pengajaran, kita/guru mesti ingat bahawa perbuatan decoding visual mungkin akan dipengaruhi oleh latar belakang budaya penonton. Contohnya, kumpulan budaya yang berbeza mungkin menganggap bahan-bahan visual dalam cara yang berbeza.dalam memilih visual, guru perlu untuk membuat pilihan yang sesuai antara pelbagai visual yang disukai dan orang-orang yang paling berkesan. 2. Encoding: Creating Visual Satu lagi aspek literasi visual adalah keupayaan untuk mencipta persembahan visual. Dengan mengarang/menulis ia boleh merangsang kita membaca dan menghasilkan visual sesuai dengan kehendak penggunaanya contohnya, sebagai seorang guru, kita perlu menggalakkan pelajar untuk membentangkan sesuatu laporan kepada kelas dengan memilih imej dari cd dengan berhati-hati di mana ia boleh yang akan membantu mereka untuk membangunkan bakat aesthetic mereka. Pelajar perlu belajar mereka cipt video agar memudahkan mereka lebih memahami maksud penggunaan visual dan secara tidak langsung mereka mampun menyampaikan/mengutarakan idea mereka. Ciri-ciri i. Mudah dan jelas dibaca / difahami ii. Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual iii. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual iv. Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

Anda mungkin juga menyukai