P. 1
Alat Artikulasi

Alat Artikulasi

4.76

|Views: 8,714|Likes:
Dipublikasikan oleh mohd hakimee bin md nasir

More info:

Published by: mohd hakimee bin md nasir on Feb 07, 2009
Hak Cipta:Traditional Copyright: All rights reserved
Harga Terdaftar: $5.00 Beli Sekarang

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

07/22/2013

$5.00

USD

Sections

  • KEDUDUKAN ALAT-ALAT ARTIKULASI
  • JENIS-JENIS ALAT ARTIKULASI
  • CARA MENGHASILKAN BUNYI VOKAL
  • BUNYI-BUNYI KONSONAN
  • KONSONAN LETUPAN LELANGIT LEMBUT TIDAK BERSUARA [ k ]
  • KONSONAN LETUPAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ g ]
  • HENTIAN GLOTIS [ ? ]
  • KONSONAN LETUSAN LELANGIT KERAS-GUSI TIDAK BERSUARA [ č]
  • LETUSAN LELANGIT KERAS GUSI BERSUARA [ J ]
  • KONSONAN GESERAN GUSI TAK BERSUARA [ s ]
  • KONSONAN GETARAN GUSI BERSUARA [ r ]
  • KONSONAN SENGAU DUA BIBIR BERSUARA [ m ]
  • KONSONAN SENGAU GUSI BERSUARA [ n ]
  • KONSONAN SENGAU LELANGIT KERAS GUSI BERSUARA [ ת ]
  • KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ ŋ ]
  • SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUARA [ w ]
  • SEPARUH VOKAL LELANGIT KERAS BERSUARA [ j ]
  • CARA-CARA MENGHASILKAN BUNYI KONSONAN PINJAMAN
  • GESEAN BIBIR GIGI TAK BERSUARA [ f ]
  • GESARAN BIBIR GIGI BERSUARA [ v ]
  • GESERAN GIGI TIDAK BERSUARA [ θ ]
  • GESERAN GIGI BERSUARA [δ ]
  • GESERAN LELANGIT KERAS TIDAK BERSUARA [~] ATAU [ š ]
  • GESERAN LELANGIT LEMBUT TIDAK BERSUARA [ x ]
  • GESERAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ γ ]
  • GESERAN GUSI BERSUARA [ z ]
  • BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN BESUT

TUGASAN BAHASA MELAYU
NAMA PELAJAR : MOHD HAKIMEE BIN MD NASIR 891228-03-5595 : HAMZAH BIN MAT HASSAN 890829-03-5625 UNIT : PPISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1 SEMESTER 1 NAMA PENSYARAH : MOHD HANIFF TAJUK TUGASAN : ALAT ARTIKULASI

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan,

Tandatangan,

.............................. MOHD HAKIMEE BIN MD NASIR 891228-03-5595 8 SEPTEMBER 2008

.............................. HAMZAH BIN MAT HASSAN 890829-03-5625 8 SEPTEMBER 2008

KEDUDUKAN ALAT-ALAT ARTIKULASI

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

ALAT-ALAT ARTIKULASI Dalam mengeluarkan bunyi bahasa, banyak alat yang terlibat. Alat-alat ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1. Alat yang terlibat dengan sistem pernafasan, yakni yang berkaitan dengan sistem udara yang keluar dan masuk ke dalam paru-paru; dan 2. Alat yang terlibat secara langsung dengan proses pengeluaran bunyi bahasa, misalnya bahagian-bahagian lidah. ALAT PERNAFASAN

Badan kita mempunyai sistem pernafasan yang bertujuan untuk menedut oksigen bagi proses pembersihan darah. Di samping tugas hakiki ini, sistem pernafasan juga berfungsi sebagai alat mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam sistem pernafasan, alat-alat penting yang terlibat dengan penghasilan bunyi bahasa ialah:

1. 2. 3. 4. 5.

Paru-paru Rongga rengkung Rongga tekak Rongga hidung Rongga mulut

PARU-PARU

Udara yang masuk ke paru-paru ditahan keluar oleh paru-paru apabila dinding paruparu dikecutkan. Sewaktu udara sedang keluar dari paru-paru ini berlaku proses penghasilan bunyi, iaitu melalui pelbagai jenis sekatan ke atas arus udara ini. Melalui kelainan titik artikulasi dan cara penyekatan udara, bunyi-bunyi bahasa yang berlainan akan terhasil, misalnya bunyi-bunyi vokal a dan i serta bnyi-bunyi konsonan p, t, dan g.

Kotak atau peti suara itu amat penting bagi penghasilan bunyi. jika tidak bunyi itu tidak bersuara. Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung. Jikalau pita suara ini digetarkan (oleh udara). yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah berdasarkan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu tinggi atau rendah. Di sisilah terletaknya halkum. Rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan. bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara. RONGGA MULUT Rongga mulut ialah ruang yang terletak antara rongga tekak dengan bibir. dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit lembut. Di dalamnya terdapat pita suara atau glotis. RONGGA TEKAK Rongga tekak bermula dari rongga rengkung hingga kehujung hidung. Lelangit lembut yang terletak didalam rongga ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan ruang rongga ini supaya udara dapat melaluinya.RONGGA RENGKUNG Rongga rengkung terdiri daripada sembilan keping tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan kotak dan diberi nama kotak suara atau peti suara. Rongga ini lebar di atas dan meruncing ke bawah. RONGGA HIDUNG Rongga hidung ialah ruang yang terdapat di atas rongga mulut. .

Antara alat artikulasi ialah bibir atas dan bibir bawah. dan v. TULANG RAHANG Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. dihamparkan an dibundarkan. gusi. lidah. . gigi. tulang rahang. atau alat artikulasi 2.ALAT SEBUTAN Alat sebutan ialah alat-alat yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi. bunyi-bunyi bahasa dapat dihasilkan oleh tiga kategori alat. Alat-alat ini ialah lidah. w. Pada amnya. artikulator. Misalnya. lelangit keras. lelangit lembut. udara ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat pemyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. untuk menghasilkan bunyi-bunyi b. dan pita suara. lelangit lembut dan pita suara. bibir. BIBIR ATAS DAN BIBIR BAWAH Kedua-dua bibir atas dan bawah dapat digerakkan. iaitu: 1. titk atau daerah artikulasi 3.

Jika lelangit lembut diturunkan. Lidah dibahagikan kepada lima bahagian berikut: 1. Depan lidah. Jika lelangit lembut dinaikkan. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran saluran rongga tekak dan rongga hidung. Belakang lidah.LIDAH Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. 3. 2. 5. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengawal kelasan rongga tekak. uara akan keluar melalui rongga hidung. Hujung lidah. udara dari paruparu dapat keluar melalui rongga tekak. . menghasilkan bunyi-bunyi sengau. iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Daun lidah. 4. Akar lidah. Kelihatan bahawa peranan lelangit lembt adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau. iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. LELANGIT LEMBUT Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. iaitu bahagian liah yang paling belakang.

glotis terbuka. Dengan kata lain. Jka glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat mengakibatkan rapatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Glotis boleh disempitkan.PITA SUARA Peti suara dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Sewaktu pernafasan biasa. jika pita suara tidak bergetar. contohnya. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. dikecilkan atau drapatkan hingga tertutup sama sekali. pernafasan biasa. Sebaliknya. Jika laluan udara itu menggetarkan pita. . Ruang antara pita suara itu sebagai itu dipanggil glotis. udara dari paru-paru dapat lalu. pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutupi keseluruhan ruang. terjadilah bunyi letupan pita suara. contohnya. yang dilambangkan seperti [ ? ]. [ a ]. bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara. [ s ]. bunyi yang dihasilkan dikatakan tidak bersuara.

RAJAH ALAT ARTIKULASI 2 JENIS-JENIS ALAT ARTIKULASI .

Glotis boleh disempitkan. -Lelangit lembut. depan lidah dan belakang lidah. Sewaktu pernafasan biasa. boleh diangkat ke atas lelangit keras. . pasif. Oleh itu ia dipanggil alat pasif. -Gigi. Hujung lidah boleh digerakkan ke depan dan belakang bagi menghasilkan bunyi. pita suara di renggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. ruang antara pta suara di panggil glotis. dan belakang lidah boleh menyentuh lelangit lelangit lembut. yakni alat lain menyentuhnya. ALAT ARTIKULASI AKTIF -Lidah. gigi bawah boleh di gerakkan ke atas bagi menyentuh bibir atas. adalah alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. ALAT ARTIKULASI PASIF -Gigi atas. dikecilkan atua di rapatkan. Dengan kata lain pernafasan biasa glotis. atau bibir atas menyentuh gigi bawah dan sebaliknya bagi menghasilkan bunyi. boleh digerakkan ke bawah bagi menyentuh belakang lidah dan ini dapat menghasilkan bunyi sengau. 2. -Bibir. -Peti suara.Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Depan lidah pula. kedua-dua bibir boleh menyentuh antara satu sama lain. Terdapat beberapa jenis alat artikulasi: aktif. terletak dalam rongga rengkung. tidaklah boleh digerakkan. Lidah terbahagi kepada hujung lidah. Terdapat selaput nipis peti suara. 1.

Udara yang keluar dar paru-paru menerusi alat-alat ujaran menyebabkan terhasilnya bunyi. untuk tujuan kajian.-Lelangit keras. tidak semua bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran manusia itu bersifat bunyi bahasa. Contohnya. terdapat unsur-unsur bunyi lain yang tidak bersifat penggalan. Bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berterusan. bunyi-bunyi itu dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon. contohna bunyi-bunyi [ p ]. ialah unsur kepanjangan. yang membazakan perkataan inggeris [ sit ] (vokal i yang pendek) daripada perkataan [si:t ] (vokal i panjang yang ditandai dengan [ : ] selepas vokal i) . yakni berentetan. batuk. manusia menghasilkan bunyi. kita cuba menghasilkan bunyi-bunyi yang bermakna. Sebagai contoh. Di samping itu. Namun begitu. Namun begitu. Ia boleh di sentuh oleh alat artikulasi yang lain BUNYI DAN BUNYI BAHASA Dengan menggunakan alat-alat ujaran. Dalam pertuturan. bunyi-bunyi ini disebut bunyi-bunyi soprapenggalan. dan berdehem hanya bunyi semata-mata dan bukan bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk tujuan pertuturan. adalah juga alat pasif. [ w] dan [ a ]. bersin.

CARA MENGHASILKAN BUNYI VOKAL CARTA VOKAL BAHASA MELAYU .

Bibir dihamparkan glotis dirapatkan. udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. jahitan VOKAL ( e ) -dikenali vokal depan separuh sempit. pelita. geser. Contoh: Ekor. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit (i) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru.dikenali sebagai vokal depan luas/ lapang. tauge. Lelangit lembut dinaikkan.VOKAL ( i ) -dikenali vokal depan sempit. lelangit lembut dinaikkan. Bibir dihamparkan dan glotis dirapatkan. hasil. Bibir dihamparkan. usang. pahit. petak. Untuk menghasilkannya bahagian depan lidah dinaikkan ke bahagian depan rongga mulut. pagi. Contoh: Ikan. mereka VOKAL ( a ) . tidur . Contoh : Atur. Untuk menghasilkannya depan lidah diturunkan serendah-rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tanpa sekatan. Untuk menghasilkannya. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. peluang VOKAL ( u ) . Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. dia. tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru.

Contoh : Oleh.dikenali sebagai vokal depan separuh luas/lapang. kuno VOKAL ( ԑ ) . boleh. Bibir dibundarkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Dalam bahasa baku vokal ini merupakan kelainan bagi vokal (e).dikenalli sebagai vokal belakang separuh sempit. Bibir dihamparkan. gunting. Untuk menghasilkannya. hujung lidah diturunkan kira-kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit (i) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. belakang lidah dinaikkan setinggi-tinggi yang mungkin. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. pidato. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. haru. [ԑlo] untuk elo . tikus VOKAL ( o ) . Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. glotis dirapatkan dari lelangit lembut dinaikkan. Contoh . Untuk menghasilkannya. tetapi tidak menyekat arus udara dari paruparu. vokal ini hadir dalam bentuk dialek. Untuk menghasilkannya..dikenali sebagai vokal belakang sempit. belakang lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukan semasa menhaslkan bunyi vokal belakang sempit (o). Bibir dibundarkan. Ular.

VOKAL ( ᵓ) .Untuk menghasilkan vokal ini bahagian tengah dinaikkan pada kedudukan antara menghasilkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. VOKAL ( ᵊ ) . Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. . Bibir dibundarkan. belakang lidah diturunkan 2/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal (u) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contoh : EMAK. Untuk menghasilkannya. Udara ditekan dari paru-paru dan pita suara bergetar.dikenali vokl belakang separuh luas/lapang. Bibir berada dalam keadaan biasa.

g. c.BUNYI-BUNYI KONSONAN Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara. n. Proses ini dinamakan sengauan. i. Ketika mengeluarkan bunyi konsonan. Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Konsonan terbahagi kepada dua bahagian. Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]. h. iaitu: i. sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut. Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]. iaitu: a. Konsonan geseran glotis bersuara [ h ]. Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]. Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. Konsonan letupan lelangit keras gusi tidak bersuara [ 6 ]. Konsonan juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. b. Konsonan letupan lelangit keras bersuara [ ĵ ]. Konsonan sengau gusi bersuara [ n ]. j. Ini berlaku dalam konsonan sengau. tekak atau hidung. . k. e. o. iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu. ii. m. Konsonan sisian gusi bersuara [ 1 ]. Konsonan Melayu asli Konsonan pinjaman Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli. udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan. l. f. Konsonan letupan gusi bersuara [ d ]. Konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ]. Hentian glotis [ ? ] . Konsonan letupan lelangit lembut tidah bersuara [ k ]. Konsonan sengau dua bibir bersuara [ m ]. d.

Kosonana geseran bibir gigi bersuara [ v ]. Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara [ f ]. h. c. Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ]. Separuh vokal dua bibir bersuara [ w ].p. r. e. s. Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]. Konsonan geseran gigi tidak bersuara [ θ ]. Konsonan geseran lelangit keras tidak bersuara [ š ]. b. g. d. f.] ת‬ q. Konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [ ‫. Konsonan geseran lelangit lembut bersuara [ ‫.] ﻻ‬ CARTA KOMPONEN ASLI BAHASA MELAYU . Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ]. Konsonan geseran gigi bersuara [ δ ] Konsonan geseran gusi bersuara [ z ]. Terdapat 8 konsonan Melayu pinjaman: a.

KONSONAN LETUPAN DUA BIBIR BERSUARA [ p ] .

2. Pita suara dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan konsonan dua bibir bersuara [ b } seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: Bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ] di hadapan pasu [ pasu ] di tengah apit [ apit ] di belakang atap [ atap ] di belakang rebab [ rebab ] Bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [b] di hadapan di tengah balik [ bale ? ] sabun [ sabun ] KONSONAN LETUPAN GUSI BERSUARA [ t ] . yang berbeza ialah: i. 5. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung 3. Sama seperti menghasilkan bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta merta. Pita suara direnggangkan.1 . ii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 6 . Bunyi yang dihasilkan ialah letupan konsonan dua bibir tidak bersuara[ p ] KONSONAN LETUPAN DUA BIBIR BERSUARA [ b ]. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 4. iii.

Pita suara direnggangkan. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. di hadapan duduk [ duduk ] daun [ daun ] di tengah tanduk [ tandu? ] tunduk [ tundu? ] di belakang abjad [ abj әd ] abad [ abad ] KONSONAN LETUPAN LELANGIT LEMBUT TIDAK BERSUARA [ k ] . Pita suara dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ].Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. ii. i. bezanya ialah: i. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta merta. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi bersuara [ d ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: Bunyi perkataan konsonan letupan gusi bersuara [ d ]. Bunyi perkataan konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ] di hadapan di tengah di belakang tutup [ tutup ] tuntut [ tuntut ] atas [ atas ] bakti [ bakti ] pahat [ pahat ] jahat [ jahat ] KONSONAN LETUPAN GIGI GUSI BERSUARA [ d ] Letupan gusi bersuara [ t ]. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. ii. iii.

v. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. iii.i. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. ii. Bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ] di hadapan kata [ kata ] kota [ kota ] di tengah akan [ akan ] akur [ akur ] di belakang cek [ cek ] budak [ budak ] KONSONAN LETUPAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ g ] . vi. Pita suara direnggangkan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. iv. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

iii. Pita suara dirapatkan. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di bahagian rapatan pita suara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. ii.Untuk membunyikan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. yang berbeza ialah: i. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan lelangit lembut bersuara [ g ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: Bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ] di hadapan gali [ gali ] guru [ guru ] di tengah sagu [ sagu ] agar [ agar ] di belakang dialog [ dialog ] monolog [ monolog ] HENTIAN GLOTIS [ ? ] i. Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [ ? ] seperti dalam perkataanperkataan yang berikut: di hadapan anak [ ?ana? ] ikan [ ?ikan ] di tengah saat [ sa?at ] soal { so?al ] di belakang budak [ buda? ] tidak [ tida? ] KONSONAN LETUSAN LELANGIT KERAS-GUSI TIDAK BERSUARA [ č] . ii. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya iii. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. iv. sama dengan cara membunyikan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara. Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara v.

iv. Pita suara direnggangkan. Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letusan lelangit keras gusi tidak bersuara[č ]. ii. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. ii. i. Bunyi perkataan konsonan letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [ č ]: di hadapan curi [č uri ] cari [č ari ] di tengah kunci [ kun č i ] suci [ su č i] di belakang Mac [ ma č ] koc [ ko č ] LETUSAN LELANGIT KERAS GUSI BERSUARA [ J ] . iii. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah dengan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.i.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak III. II. III. VI. Pita suara direnggangkan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letusan lelangit keras gusi bersuara [ ĵ ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan jangan [ ĵ angan ] juga [ ĵ uga ] di tengah janji [ ĵ a n ĵ i | tajam [ ta ĵ am] di belakang garaj [ gara ĵ ] kolej [kole ĵ ] KONSONAN GESERAN GUSI TAK BERSUARA [ s ] I. Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arusudara. Pita suara dirapatkan. untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. V. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untukmenghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ] sepertidalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan saya [ saya ] sudah [ sudah ] di tengah susu [ susu ] jasa [ jasa ] di belakang malas [ malas ] tebas [ tebas ] KONSONAN GETARAN GUSI BERSUARA [ r ] . IV. II. yang berbeza ialah: I. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkanpita suara.Untuk menghasilkan bunyi konsonan letusan lelangit keras gusi bersuara [ ĵ ] caranya sama dengan menghasilkan konsonan letusan lelangit keras gusi ĵtidak bersuara [ č ].

vi. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak meng¬getarkan pita suara. V.I. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [ r ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan rasa [ rasa ] rusa [ rusa ] di tengah tiru [ tiru ] lari [ lari ] di belakang takbir [takbir ] ikrar [ikrar] KONSONAN SENGAU DUA BIBIR BERSUARA [ m ] i. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. Hujung lidah dikenakan pada gusi. v. iii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberi laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan musuh [ musuh ] muka [ muka ] di tengah demam [ damam ] ambil [ambil ] di belakang talam [ talam ] kelam [ kalam ] KONSONAN SENGAU GUSI BERSUARA [ n ] . Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. III. iv. II. IV. VI. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. ii.

Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [ n ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan nanah [ nanah ] nama [ nama ] di tengah panas [ panas ] panah [ panah ] di belakang lipan [ lipan ] papan [ papan ] KONSONAN SENGAU LELANGIT KERAS GUSI BERSUARA [ ‫] ת‬ . vi. iv.i. ii. v. Lelangit lembut atau anak tekak diturunkan untuk memberi laluan pada arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. iii. Hujung lidah dinaikkan kepada gusi (gigi-gusi) untuk membuat sekatan arusudara. Pita suara dirapatkan. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

iii. iv. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung. IV. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [ ‫ ] ת‬seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan nyonya [ ‫ת‬ŏ ‫ת‬ă] nyaris [‫ת‬ăris ] di tengah lanyak [ la ‫ת‬ă? ] sunyi [ su ‫תת‬ĭ ] di belakang - KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ ŋ ] i. V. vi. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. III. v.I. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahanlahan. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. II. ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberi laluan kepada udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan. Depan lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. vi. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan ngeri [ ŋә ri ] di tengah pengakap [ peŋãkap ] di belakang dulang [ dulaŋ ] . Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk membuat laluan pada arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

iii.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. vi.menerbitkan vokal tengah [ a ].Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. ii.ngilu [ ŋĩlu ] tingkap [ tiŋkap ] belang [ bәlaŋ ] SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUARA [ w ] i. bibir dibundarkan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk menerbitkan vokal tengah [ә] bunyi yang dihasilkan ialah separuhvokal dua bibir dalam perkataan yang berikut: di tengah ketawa [ kәtawa ] di belakang takraw [ ta?raw ] di hadapan warung [ waruŋ ] SEPARUH VOKAL LELANGIT KERAS BERSUARA [ j ] i.Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk iv. iii.Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan yatim [ jatim ] yayasan [ jajasan ] di tengah bayang [ bajang ] payah [ pajah ] di belakang - CARA-CARA MENGHASILKAN BUNYI KONSONAN PINJAMAN GESEAN BIBIR GIGI TAK BERSUARA [ f ] . v.Bibir dihamparkan. iv. ii. v.

Bibir bawah dirapatkan pada gigi atas untuk membuat sempitan. Daerah lidah diletakkan antara gigi atas dan gigi bawah untuk membuat . Pita suara dirapatkan dan digetarkan. iii. v. Pita suara direnggangkan dan tidak digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah geseran bibir gigi tidak bersuara [ f ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di tengah sifar [ sifar ] sifir [ sifir ] di belakang alif f alif ] taraf [ taraf ] hadapan fitnah [ fitnah ] fardu [ fardu ] GESARAN BIBIR GIGI BERSUARA [ v ] Untuk menghasilkan geseran bibir gigi bersuara [ v ] sama seperti menghasilkan geseran bibir gigi tidak bersuara [ f ].i. i. perbezaannya ialah: ii. Bunyi yang dihasilkan ialah geseran bibir gigi bersuara [ v ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan di tengah di belakang versi [ vәrsi ] varnis [ varnis ] universiti [ junivәrsiti ] novel [ novel ] — — GESERAN GIGI TIDAK BERSUARA [ θ ] i. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga nasal. iv. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan bergeser di kawasan sempitan. ii.

perbezaannya ialah: i. Bunyi yang dihasilkan ialah geseran gigi tidak bersuara [ θ ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: iii.sempitan udara. ii. Pita suara tidak digetarkan. bergeser keluar di daerah sempitan depan lidah dan gigi. v. di hadapan thalatha [ θalaθa ] thabit [ θabet ] di tengah ithnin [ iθnin ] othman [ oθman ] di belakang hadith [ hadiθ ] Harith [ hariθ ] GESERAN GIGI BERSUARA [δ ] Untuk menghasilkan geseran gigi bersuara [δ ] sama seperti menghasilkan geseran gigi tidak bersuara [ θ ]. iv. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke rongga tekak untuk menyekat arus udara. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut. Pita suara digetarkan Bunyi yang dihasilkan ialah geseran gigi bersuara [δ ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan dzalim [ðalem ] di tengah hadzir [ haðer ] di belakang - GESERAN LELANGIT KERAS TIDAK BERSUARA [~] ATAU [ š ] . ii.

i. vi. Pita suara tidak digetarkan. v. . viii. Bunyi yang 'dihasilkan ialah geseran lelangit keras tidak bersuara [~ ] atau [ š ]. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan ke rongga tekak untuk membuat sempitan. Bunyi geseran lelangit keras tidak bersuara [J~ ] atau [ I ] terdapat dalam perkataanperkataan yang berikut: di hadapan syabas [ ~ abas ] syahdu [~ ahdu ] di tengah isytihar [ i~ tihar ] isyak [ i ~ ak ] di belakang - GESERAN LELANGIT LEMBUT TIDAK BERSUARA [ x ] i. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan bergeser di bahagian sempitan depan lidah dan gusi lelangit keras. ix. iv. Hadapan lidah dinaikkan antara gusi dan lelangit keras untuk membuat sempitan. vii. iii. ii.

Bunyi yang dihasilkan ialah geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan di tengah di belakang khabar [ xabar ] akhirat [ axerat ] - Rajah cara membunyikan geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ] dan geseran lelangit lembut bersuara [γ ]: GESERAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ γ ] .ii. iv. iii. Pita suara tidak digetarkan. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di kawasan sempitan belakang lidah dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru memasuki rongga hidung. iv.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak ii. Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan melalui sempitan di antara daun lidah dan gusi. perbezaannya ialah: i. Bunyi yang dihasilkan ialah geseran gusi bersuara [z] Bunyi geseran gusi bersuara [ z ] terdapat dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan zuriat [ zuriat ] di tangah azam [ azam ] di belakang lafaz [ lafaz ] . Hujung lidah dinaikkan dan menyentuh sedikit bahagian gusi. iii. ii. untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara digetarkan. iv. Pita suara digetarkan. sama seperti menghasilkan geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ].Untuk menghasilkan geseran lelangit lembut bersuara [ γ ]. Bunyi yang dihasilkan ialah geseran lelangit lembut bersuara [γ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: di hadapan di tengah di belakang ghaib [ γ aeb ] loghat [ lo γ at] - GESERAN GUSI BERSUARA [ z ] i. v.

DIFTONG .

Diftong bertindak sebagai satu bunyi tetapi dilambangkan dengan dua huruf vokal. Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.CARTA PENGHASILAN DIFTONG Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkandengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. au. dan oi. Contoh kehadiran dalam perkataan: Haiwan pandai ghairah gulai CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ au ] . Lelangit lmbut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut.. iaitu ai. Hujung lidah menyentuh bahagian gigi bawah. Bibir dibundarkan. lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ]. CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ ai ] Untuk menghasilkan diftong ai.

Contoh kehadiran dalam perkataan: Aurat tauladan kerbau pulau CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ oi ] Untuk menghasilkan difong oi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak danarus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. Pada mulanya. lidah mula-mula brada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal dean separuh sempit [ i ]. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. Contoh dalam perkataan: Boikot sepoi amboi BIBLIOGRAFI . Pada mulanya bibir dibundarkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat kedinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. tetapi kemudian menjadi semakin hampar.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Untuk menghasilkan diftong au. lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah pada kedudukn belakang sempit [ u ].

.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS IPG NAMA PELAJAR : INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN : MOHD HAKIMEE BIN MD NASIR : HAMZAH BIN MAT HASSAN NO. MATRIK : 4795 : 4792 KUMPULAN SEM SUBJEK NAMA PENSYARAH : PPISMP RBT1 SEM 1 : BAHASA MELAYU : TARIKH PERKARA KOMEN TANDA TANGAN .

b. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Haniff yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kami pada masa akan datang.PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahin… Assalamualaikum w. .W. baik serta lengkap.t… Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat kami menyiapkan tugasan Kerja Khusus Berasaskan Ilmu (KKBI) untuk program persediaan ijazah sarjana muda perguruan bagi subjek ini.T membalas segala jasa baik kalian di atas bantuan serta tunjuk ajar yang telah diberikan secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkaitan tugasan ini terutamanya rakan-rakan dari unit Reka Bentuk dan Teknologi 1 bagi menghasilkan tugasan ini dengan berkualiti. semoga Allah S. Akhir kata.

akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.tugasan ini agak sukar bagi kami. Kesimpulannya. Pada mulanya. Selain itu. Sekian.Walaupun tugas ini mencabar.terima kasih.kami dapat memahami tentang alat-alat artikulasi serta penggunaannya dalam menghasilkan sesuatu bunyi yang bermakna.dengan limpah dan kurnianya berjayalah kami menyiapkan kerja kursus bagi semester ini. Semoga apa yang kami telah pelajari ini akan dapat membantu kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian nanti.namun berbekalkan pertolongan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan. Alhamdulillah..kami dapat mengatasi masalah tersebut. kami juga dapat memahami Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Bersyukur kehadrat Ilahi.seterusnya .namun hal ini tidak mematahkan semangat kami bagi menyiapkan tugasan ini.kami melakukan perbincangan bagi mencari bahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam tugasan kami. .REFLEKSI Bismillahhirrahmanirrahim……. Kami berusaha mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan ini.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->