Anda di halaman 1dari 6

MENCARI POTENSI DIRI

Sekiranya inginkan perubahan dalam kehidupan, kenali potensi diri. Jangan biarkan ia terpendam dan berlalu tanpa digilap. Namun, mengapa mesti berkaitan dengan potensi diri? Dan kenapa perlu untuk mengenali potensi diri? Apa kaitan potensi diri kita dengan sebuah kehidupan? Jawapannya mudah, kerana dengan mengenali potensi dirilah kita dapat mengukur tahap kekuatan dan kelemahan diri yang dimiliki tanpa diketahui orang lain. Dan tanpa kita sedar, dengan mengenali potensi diri sendiri juga sebenarnya dapat membantu orang lain untuk mengenali potensi diri mereka. Apabila telah mengenal potensi diri, maka barulah dapat mengatur strategi untuk sebuah perubahan diri.

Setiap insan dilahirkan dengan potensi diri sendiri. Walaupun kehadiran seseorang ke dunia kurang sempurna seperti insan lain, namun tetap mempunyai kemampuan dan kelebihan yang tersendiri. Semua insan di'pasangsiap' dengan komponen yang sama. Seakan-akan sama namun tidak serupa dan itulah yang dinamakan akal dan potensi diri. Kemilauan sinarnya tidak terserlah andai tidak dicanai dengan baik. Sesungguhnya Allah SWT memuji kemampuan ciptaan-Nya yang terulung iaitu Adam AS kerana mampu menjawab soalansoalan yang dikemukakan. Para malaikat AHS turut terpegun sedangkan pada peringkat awal mereka menentang penciptaanya. Segalanya tercatat di dalam AlQuran, Mukzijat teragung nabi kita Muhammad SAW.

Namun Dialah yang Maha Bijaksana, mengajar dan menyediakan segala keperluan Adam AS dan anak keturunannya. Allah SWT mengetahui makhluk manusia memiliki kemampuan untuk memahami dan melaksana perintah dan larangan-Nya kelak. Walaupun ciptaan-Nya yang lain lebih hebat tetapi manusia jua menjadi pilihan untuk melaksanakan syariat di alam dunia. Kemampuan ini ternyata tidak dimiliki makhluk lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan rezeki

kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan" (Surah al-Isra' ayat 70)

Langkah pertama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan adalah mengenal diri sendiri. Siapakah diri kita? Apakah kemampuan kita? Kenapa kita dijadikan dan siapa yang menjadikan kita? Manakala ahli falsafah Islam telah merumuskan bahawa barang siapa yang kenal dirinya nescaya kenallah ia akan Tuhannya. Saidina Ali RA pula pernah berkata: Dirimu ini hanyalah kecil sahaja, tetapi dalam diri yang kecil ini engkau dapat melihat alam yang besar. Alam adalah manusia besar,dan manusia adalah alam kecil. Akhirnya dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibni Hajar al-Asqalani, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Tidak ada seorang pun hamba di dunia mahupun di syurga akan menjadi mukmin yang sebenar melainkan apabila dia hampir dengan Allah SWT. Dia tidak akan hampir dengan Allah SWT melainkan lidah dan tangannya selamat dari menyakiti orang lain. Dia juga tidak akan menjadi muslim yang sebenar melainkan dia adalah seorang yang berilmu (alim). Dia bukanlah seorang alim yang sebenar melainkan dia mengamalkan ilmunya. Dia bukanlah pengamal ilmu yang sebenar melainkan dia seorang yang zahid. Dia tidak akan mencapai taraf zahid melainkan dia seorang yang warak. Dia tidak akan mencapai tahap warak melainkan apabila dia benar-benar mengenali dirinya. Dan dia bukanlah seorang yang benar-benar mengenali dirinya melainkan dia tahu apa yang diperkatakannya.

Mengenali Hakikat Kejadian Manusia.


Manusia selalunya dikatakan mempunyai 3 unsur penting di dalam dirinya iaitu jasmani, aqli dan rohani. Setiap unsurunsur ini mempunyai makanannya. Bagi melahirkan manusia yang seimbang, unsur-unsur ini hendaklah disuap dengan makanan yang telah ditetapkan oleh Penciptanya iaitu Allah SWT. Manusia akan menjadi rosak binasa sekiranya unsur-unsur ini diracuni dengan pengisian yang memudaratkan.

1.Jasmani (Fizikal).
Iaitu tubuh badan yang sihat dan bersih. Ia merangkumi bahagian manusia yang dapat dilihat oleh pandangan mata kasar dan bahagian yang tersembunyi di dalamnya. Makanan bagi fizikal ialah keperluan lahiriah merangkumi makanan yang sihat dan berzat, pakaian yang bersih dan menutup aurat, persekitaran yang nyaman dan harmoni, tempat tinggal yang selesa dan aktiviti yang cergas. Islam menutup keperibadian dalam mendidik fizikal kita. Justeru, Islam menuntut disiplin kehidupan dengan menuntut pemakanan yang halal dan bersih, berpuasa di bulan Ramadhan dan sebagainya. Ini kerana penjagaan tubuh badan memberi kesan kepada kedua unsur-unsur iaitu mental dan rohani. Justeru, Islam mengharamkan arak kerana ia boleh merosakkan mental dan merangsang manusia melakukan maksiat. Pemakanan yng halal memastikan darah daging yang bersih bagi memberi kesan kepada rohani yang bersih,mental yang sihat dan zuriat yang baik. Ini disebut di dalam sebuah hadith yang bermaksud: Dari Abu Hurairah RA berkata,Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT itu baik,tidak Ia terima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang mukmin dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian Rasul. Maka Allah SWT berfirman :Hai sekalian Rasul? Makanlah dari segala yang baikbaik yang telah direzekikan kepada kamu.Kemudian ia menyebut seorang lelaki yang menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Hai Tuhanku!Hai Tuhanku! Padahal makanannya haram,dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya!. (Hadith Riwayat Muslim)

2. Akal Dan Mental.


Iaitu minda yang baik dengan pemahaman dan pemikiran yang baik. Ia bukan sahaja dilihat daripada kemampuan otak yang cerdik dan cerdas IQ-nya, tetapi akan yang mempunyai firasat dan pemahaman yang berlandaskan pemikiran dan pemahaman Islam yang sebenarnya. Maka, ia memerlukan pengisian yang keilmuan yang tinggi dan seimbang dari segi ilmu fardhu ain dan ilmu-ilmu lain. Justeru, proses talim dalam menuntut ilmu diperlukan bagi mendidik akal manusia supaya mampu mengimbangi unsur-unsur fizikal dan rohani. Rasulullah SAW telah bersabda dalam menunjukkan kepentingan ilmu kepada manusia: Sesiapa yang mahukan dunia maka hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang mahukan keduanya maka hendaklah dengan ilmu.

3. Rohani (Hati)
Unsur ini merupakan unsur yang terpenting dan menjadi pemimpin kepada unsur lain dalam mentadbir haluan manusia. Dari hati ia akan menyelaraskan jasmani yang bersih, emosi yang stabil dan pemikiran yang waras. Hati yang dimaksudkan ialah hati yang mampu berkata-kata mengerakkan segala pancaindera dan mempunyai makna diri manusia itu sendiri. Bagi mendidik roh ia memerlukan tarbiyyah. Tarbiyyah dilakukan dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT dalam erti kata melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya dengan sebenar-benar penghayatan. Bagi menambah nilai kerohanian yang wujud ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui amalan-amalan sunat serta melakukan kebajikan. Dari Abu Hurairah An-Numan bin Basyir RA katanya,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya yang halal itu nyata dan haram itupun nyata dan diantara keduanya adalah perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Maka barangsiapa memelihara diri dari perkara kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh di dalam kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala di sekeliling kawasan larangannya. Ketahuilah!Bahawa larangan Allah SWT ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak,rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itu yang dikatakan hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap hambaNya akan dikurniakan kelebihan dan kebaikan yang berbeza dan bertahap. Justeru, perlu bagi kita untuk mencari kelebihan dan kebaikan itu untuk dimanfaatkan. Samada untuk diri sendiri atau kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Demikianlah juga dengan potensi diri yang ada pada diri. Perlu digali dan dikaji. Semakin ia dikaji maka semakin pula kita mudah mengenali dan memahami diri kita sendiri. Semakin kita memahami diri sendiri, insyaAllah kita akan dapat membantu insan di sekeliling kita untuk mengetahui dan mengenal potensi diri mereka pula. Seterusnya akan dapat mengubah diri kita dan orang lain ke arah yang lebih baik.

Kesimpulannya, berjaya atau tidak terletak pada diri sendiri berserta dengan izin daripada Allah SWT. Seandainya potensi diri sendiri diyakini dan disertai dengan kegigihan tanpa mengenal erti susah payah, kejayaan yang didambakan pasti menjadi kenyataan. Demikianlah pepatah arab ada mengatakan, "Sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan berjaya"

Cara menjadikan diri cerdik iman minda emosi dan jasmani 1. Mengambil wudhu 2. Ikhlaskan niat & matlamat 3. Istighfar Tsawwuz dan Basmallah 4. Makanan berkat lg halal 5. Elakkan makanan yg tak berkhasiat 6. Jauhi rokok 7. Hormati guru bawa kejayaan 8. Berkawan dgn org positif

9. Pelihara hubungan sesama manusia 10. Riadah 11. Ibadah menggangkat darjat 12. Berbakti kpd ibu bapa 13. Tawakkal kpd Allah

Anda mungkin juga menyukai