Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN BAGI PROJEK PROGRAM DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI (DAPJ)

KURSUS TEKNIK ASAS BOLASEPAK KEPADA MURID SEKOLAH BAWAH 12 TAHUN DI ZON SENTUL

Nama : MUHAMMAD HAFIZ BIN AZMAN Nombor Kad Pengenalan : 831102016597 Kumpulan : 4_A JOHOR(ZON SELATAN) Nombor Telefon : 012-7065316 (HP) / 03-62583469 (PEJ) Alamat : SK KEPONG BARU JALAN API-API EMPAT, KEPONG BARU, 52100 KUALA LUMPUR

Tajuk KURSUS TEKNIK ASAS BOLASEPAK KEPADA MURID SEKOLAH BAWAH 12 TAHUN DI ZON SENTUL

Latar Belakang Bolasepak merupakan sukan nombor satu dimalaysia, satu ketika dahulu, prestasi bolasepak Malaysia boleh dikatakan setanding dengan Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara arab seperti Kuwait, Arab Saudi dan Iraq. Tetapi hari ini, semua pasukan tersebut telah berjaya melayakkan diri ke kejohanan berprestij seperti piala dunia dan sukan olimpik. Malaysia sebaliknya masih kekal ditakuk lama dan semakin mundur prestasinya. Setelah dikaji, punca permasalahan ini bermula dari akar umbi iaitu asas bermain bola sepak dari sekolah rendah. Bolasepak malaysia harus berubah untuk berjaya diperingkat antarabangsa. Segala program haruslah dirangka dari awal untuk membolehkan bakat baru dicungkil dan seterusnya bakat baru ini digilap untuk mewakili negara dan mengharumkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa.

Matlamat Membolehkan pelajar mengetahui asas bolasepak iaitu menendang, menahan dan menghantar bola dengan baik dan menerapkan kepada murid bahawa sukan bola sepak boleh menjadi profesion yang bagus dimasa hadapan.

Objektif Mahu menarik pelajar yang meminati sukan bola sepak belajar asas bermain bolasepak dengan baik disamping mengurangkan aktiviti kurang sihat dikalangan pelajar bandar dan menerapkan disiplin dikalangan mereka.

Kumpulan Sasaran Seramai 32 orang pelajar berumur dibawah 12 tahun dan menetap disekitar zon sentul akan dikumpulkan dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 16 orang pelajar pelbagai lapisan umur dan kaum. Setiap kumpulan akan dilatih oleh 3 orang jurulatih yang berpengalaman dan seorang pegawai fisioterapi. Tujuan dibahagikan kepada 2 kumpulan ini adalah untuk memudahkan jurulatih memantau perkembangan pemain dan membolehkan jurulatih mengadakan perlawanan dan latihan antara dua kumpulan tersebut.

Asas Pertimbangan Secara asasnya, setiap sekolah di Malaysia telah mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri untuk dihantar mewakili sekolah diperingkat zon. Untuk contoh, zon sentul mempunyai 20 buah sekolah dan setiap sekolah mempunyai 16 orang pemain maka akan ada 320 orang pemain berumur dibawah 12 tahun yang boleh bermain bolasepak. Jika ini diambil ukuran, maka tidak mustahil untuk kami mendapatkan 32 orang pelajar yang ingin betul betul mendalami asas dan teknik yang betul dalam bermain bolasepak dan seterusnya membantu pihak persatuan bolasepak malaysia (FAM) dalam melahirkan bakat baru yang akan mewakili negara pada masa hadapan.

Perancangan Masa Hadapan Dengan 32 orang pelajar yang ada ini sebagai perintis dan dengan modul dan teknik latihan yang diterapkan, kami berharap agar program ini berjaya membentuk dan melahirkan bakat baru pemain bola sepak yang mahir dalam segala aspek yang diperlukan untuk bermain bolasepak dan seterusnya menjadi model yang terbaik yang diperlukan untuk meneruskan program ini dimasa akan datang. Untuk perancangan masa hadapan, kami akan meneruskan kesinambungan program ini disamping menambah baik modul

latihan yang ada. Kami juga berharap akan memanjangkan lagi jangka masa kursus ini dan seterusnya membina sebuah akademi bola sepak yang dilengkapi dengan fasiliti terbaik untuk melatih pelajar bermain bolasepak.

Jadual Pelaksanaan/Carta Gantt RANCANGAN PEMBANGUNAN SUKAN BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON SENTUL (SETENGAH TAHUN) Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. ACARA Asas menendang bola Asas menahan bola Asas menghantar bola Teknik dan skill Teknik dan persefahaman Latihan dan Perlawanan persahabatan Jan X X X X X X Feb Mac Apr Mei Jun

*Asas dan teknik akan dijalankan pada sabtu dan ahad setiap minggu. *Perlawanan persahabatan akan diadakan dua kali seminggu pada bulan Jun.

Implikasi Kewangan Anggaran bagi 32 orang pelajar 6 Bulan PENDAPATAN PERBELANJAAN

1. Yuran RM50 x 6 bln x peserta 2. Sumbangan peribadi 3. Bantuan ADUN 4. Lain-lain

RM 9600 RM 300 RM 1000 RM 100

1. Jersi, baju latihan dan bola 2. Makanan dan minuman 3. Saguhati jurulatih x 8 orang 4. Perubatan 5. Hadiah/Sijil

RM 1300 RM 4600 RM 4750 RM 100 RM 250

JUMLAH

RM 11,000

JUMLAH

RM11000

Anda mungkin juga menyukai