Anda di halaman 1dari 8

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 3 PKG BOTA

KUMPULAN 6

1. PN HAMISAH BT SHAHLAN 2. PN SITI HASMIZA BT MOHD HASSAN 3. PN AMINAH BT 4. PN NORLELA BT KASIAR 5. CIK NURUL AKMAR BT KAMARUZAMAN

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA (DENGAR TUTUR)

Mata Pelajaran dan Kelas Tema/Tajuk Masa Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia,3 Gemilang Pertanian(Kebun Pak Yazid)


8.45 9.45 pagi

1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan yang sesuai bagi kalangan bukan ahli keluarga dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. / Literasi 2.1

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya: i) Berbual menggunakan dua daripada beberapa kata panggilan bagi kalangan bukan ahli keluarga secara lisan dalam pelbagai situasi dengan bertatasusila. ii) Menyatakan 4 kata panggilan bagi kalangan bukan ahli keluarga secara bertatasusila. iii) Membaca 4 suku kata terbuka./ literasi

Aktiviti

1. Murid diperdengarkan lagu Kebun Pak Cik Yazid dalam set induksi dan menyanyikan lagu bersamasama. 2. Murid meneliti gambar kebun Pak Cik Yazid dan bersoal jawab mengenainya. 3. Murid mendengar rakaman dialog berkaitan dengan kebun Pak Cik Yazid dengan intonasi yang betul. 4. Murid membaca dialog dengan intonasi yang sesuai

yang mengandungi kata panggilan bukan kalangan keluarga yang terdapat di dalam petikan dialog tersebut pada skrin.Murid mengaitkan watak dengan kata panggilan keluarga bukan kalangan ahli keluarga. 5. Murid menyebut 4 kata panggilan bukan kalangan ahli keluarga selain yang terdapat dalam dialog. 6. Murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka secara berulang-ulang pada kad suku kata .(Aktiviti literasi) . 7. (Penutup) Nyanyian semula lagu Kebun Pak Cik Yazid oleh murid. Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan nilai-nilai murni yang diterapkan.

EMK

1. EMK: Keusahawanan, kecerdasan pelbagai (naturalis) dan kontekstual 2. Nilai: Rajin, bekerjasama, hormat bertatasusila, .

dan

BAHAN BANTU MENGAJAR

Gambar Rakaman dan petikan dialog Kad perkataan Murid membaca dialog yang tertera pada skrin secara berkumpulan ( 5 orang setiap kumpulan ).

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI

1. 20/30 murid mencapai objektif diberi pengukuhan. 2. lapan orang murid akan diberi bimbingan berkaitan. 3. Dua orang murid literasi diberi bimbingan.

Lagu: Kebun Pak Cik Yazid

Pak Cik Yazid ada kebun ..eieio Di kebunnya ada sawi . eieio Sawinya segar bugar. eieio

Pak Cik Yazid ada kebun ..eieio Di kebunnya ada cili . eieio Cili merah cili hijau .. eieio

Pak Cik Yazid ada kebun ..eieio Di kebunnya ada tomato . eieio Tomatonya banyak buah. eieio

Pak Cik Yazid ada kebun ..eieio Di kebunnya ada petola. eieio Petolanya hidup subur. eieio

(mengikut senikata lagu Pak Mamat Ada Kebun)

Dialog : Di Kebun Pak Cik Yazid

Pada suatu hari , Ali dan Ramesh pergi ke kebun Pak Cik Yazid.

Ali dan Ramesh Mak Cik Limah Ramesh Pak Cik Yazid

: Apa khabar Pak Cik Yazid dan Makcik Limah? : Khabar baik, Ali. Oh, Ramesh pun ada. : Wah, banyaknya sayur sayuran yang Pakcik Yazid tanam !. : Ya, ada sayur cili, sawi, tomato, petola dan labu. Sebahagian daripada sayur- sayuran ini pak cik akan jual di pasar.

Ali Pak Cik Yazid

: Berapakah pendapatan Pak Cik Yazid sebulan? :Pendapatan Pak Cik Yazid sebulan daripada hasil jualan sayur ini lebih kurang RM5000.00 sebulan.

Ali

: Wah, sungguh lumayan hasil kebun ini ya. Saya pun bercita cita menjadi petani seperti Pak Cik Yazid suatu hari nanti.

Mak Cik Limah Ali dan Ramesh Pak Cik Yazid/ Mak Cik Limah

: Baguslah kalau kamu bercita- cita seperti itu, Ramesh. : Terima kasih, Pak Cik Yazid dan Mak Cik Limah. Kami minta diri .

: Sama-sama.

Selepas itu mereka pun pulang ke rumah masing- masing.