Anda di halaman 1dari 3

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN TIGA SK

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

Membaca 4 Mengetahui, memahami dan memberikan respon terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul B4 DB1 Membaca dan menyatakan ilmu dalam bahan sastera

EVIDENS

dan bahan bukan sastera dengan betul. B4 DB1 E1 (4.2.2) Mengujar idea yang tepat dengan menggunakan bahasa yang indah serta gaya yang sesuai untuk menyampaikan mesej melalui penceritaan secara didik hibur.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan : 1. Petikan cerita. Langkah Pentaksiran : 1. Murid bercerita dengan menggunakan bahasa yang indah serta gaya yang sesuai.

INSTRUMENT PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 SK

Nama Kelas

: _________________ : _________________

Tarikh : _____________

Rujukan: B4 DB1 E1 Arahan: Baca dan lakonkan cerita di bawah.


Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan sambil mencari makanan dalam sebuah hutan. Ketika sedang asyik mencari makanan, tiba-tiba ia ternampak sepohon pokok rambutan yang berbuah lebat terletak di seberang sungai. Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah rambutan tersebut fikir Sang Kancil. Tiba-tiba Sang Kancil terlihat Sang Bedal sedang berjemur di tepi sungai. Sang Kancil mendapat satu akal, tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya lalu berkata Hai Sang Bedal, aku membawa khabar gembira untuk kamu. Sang Bedal tidak sabar lagi untuk mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata, Ceritakan kepadaku apakah khabar gembira yang kau bawa. Kancil berkata, Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman untuk menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua. Mendengar nama Raja Sulaiman disebut, buaya akur lalu berkata, Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan memanggil semua kawan-kawanku kata Sang Bedal.

Tidak lama kemudian, semua buaya yang berada di dalam sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata, Beraturlah kamu merentasi sungai bermula dari tebing sebelah sini sehingga tebing sebelah sana supaya senang aku hitung bilangan buaya yang ada. Tanpa membantah semua buaya pun beratur mengikut arahan Sang Kancil. Sang Kancil mengambil sebatang kayu lalu mula menghitung dengan menyebut, Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk sambil mengetuk kepala buaya. Begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai di tebing sana, kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak dan berkata, Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Raja Sulaiman. Mendengar kata-kata Sang Kancil, semua buaya berasa marah dan malu kerana telah ditipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini.

Menguasi Tidak Menguasi

Anda mungkin juga menyukai