Anda di halaman 1dari 15

Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Lisan Bacaan

Tulisan

KEMAHIRAN LISAN
Kategori
Autisme

Masalah Lisan
- tidak dapat bertutur

- hanya mengeluarkan bunyibunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain - mengeluarkan bahasa yang tidak difahami - perkembangan bahasa yang lambat

Sindrom Down
Terencat Akal

- Pertuturan kanak-kanak (baby talk)


- Sebutan tidak jelas - Pertuturan tidak lancar - Bahasa yang kurang tepat dari segi struktur dan kandungan

Kategori
Palsi Serebrum

Masalah Lisan

Masalah bahasa timbul dalam bahasa ekspresif ataupun bahasa reseptif

Bahasa Ekspresif - Kemampuan menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol

Bahasa Reseptif - Kemampuan memahami dan mengingati apa yang diperkatakan oleh orang lain

Kategori

Masalah Lisan
- kemahiran berbahasa yang berkembang lambat seperti pembentukan ayat - penggunaan tatabahasa yang tidak tepat - sukar mengingati namanama benda

Masalah Komunikasi

- Kecelaruan pertuturan dan suara - tidak lancar

Aphasia

- Kecelaruan pertuturan dan suara - tidak lancar

Masalah Pertuturan

Gangguan pada penghasilan sebenar bunyi pertuturan

Masalah Bahasa

Kesukaran dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan

Kecelaruan Kelancaran

Aliran pertuturan terganggu oleh penghentian,pemanjangan (sssssaya) atau pengulangan bunyi (ss-s-saya) dan suku kata (sa-sa-sasaya) yang tidak normal

Kecelaruan Suara

Masalah dalam penggunaan nada,kekuatan dan kualiti suara (suara yang kasar),berangin,tegang,sengau atau nada yang terlalu tinggi atau rendah

BACAAN

Mengeja semasa membaca

Mengulang perkataan

Meninggalkan huruf dan perkataan Tidak kenal huruf

Menambahkan perkataan

Masalah dalam Bacaan Tidak memahami apa yang dibaca

Lemah daya ingatan

Salah sebutan

Teragak-agak

Strategi Pengajaran Bacaan

Kaedah VAKT

Kaedah Fonik

Kaedah Seluruh Kata/Terus

Kaedah Abjad/Huruf

Kaedah VAKT

Menggunakan deria visual V - visual (penglihatan) A audio (pendengaran) K - kinesthetic (pergerakan) T tactile (sentuhan)

Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut :

-Menggunakan surihan(tracing) untuk mengajar bacaan - guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 (menggunakan krayon) - murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu

Kaedah Fonik

- Membunyikan bunyi-bunyi vokal dan konsonan dan lalu dicantum untuk membentuk suku kata -Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya - Menurut kaedah fonik,hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan

Kaedah Seluruh Kata/Terus

Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja menurut suku kata

Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya,makan,lari,main,emak,bapa dan sebagainya Perkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual).Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Kaedah Abjad /Huruf

memperkenalkan huruf-huruf dari A-Z memperkenalkan huruf vokal a,e,i,o,u,huruf-huruf konsonan dan diftong (ai,au,oi).Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. menggabungkan huruf konsonan dan vokal ba,be,bi,bo,bu membentuk perkataan daripada suku kata ba + tu = batu seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah

Memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya

Menggunakan ejaan yang betul dalam pembacaan Mengenal abjad Kemahiran Mengeja

Menyatakan perkataan yang boleh dicam

Mengenal perkataan

Mengeja perkataan mudah dan sukar secara berperingkat

Membezakan bunyi-bunyi dalam perkataan