Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan jawapan: 1. Gambar ini menunjukkan acara perarakan kereta berhias. 2. Perarakan kereta berhias itu diadakan di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. 3. Kereta-kereta yang menyertai perarakan itu dihiasi dengan begitu cantik dan menarik. 4. Ada kereta yang dihiasi dengan bunga-bungaan beraneka warna. 5. Acara perarakan ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Soalan 2

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawapan: 1. Aktiviti sukan amat baik untuk kesihatan tubuh badan . 2. Berenang dapat menguatkan jantung, paru-paru dan membentuk otot kita. 3. Bermain badminton membuat seseorang itu cergas dan cerdas. 4. Permainan bola sepak bukan sahaja menyihatkan badan malahan memupuk semangat berpasukan. 5. Bersukan dapat menghindarkan seseorang itu daripada kegiatan yang tidak berfaedah.

Soalan 3

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan jawapan: 1. Suatu kemalangan jalan raya berlaku antara pemandu sebuah kereta dan penunggang sebuah motosikal. 2. Kemalangan itu berlaku di simpang tiga berhampiran sebuah pasaraya. 3. Penunggang motosikal itu mengalami cedera ringan kerana dia memakai topi keledar dengan sempurna. 4. Pemandu kereta itu tidak mengalami apa apa kecederaan tetapi bahagian hadapan keretanya remuk. 5. Orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian itu terperanjat dengan kemalangan yang berlaku.

Soalan 4

Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan jawapan: 1. Mematuhi disiplin sekolah adalah tanggungjawab semua murid. 2. Kita hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 3. Murid-murid hendaklah beratur semasa hendak membeli makanan di kantin. 4. Kita hendaklah menasihati kawan-kawan kita yang tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.

5. Menconteng dinding sekolah adalah satu kesalahan kerana perbuatan ini memburukkan bangunan sekolah.

Soalan 5 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan jawapan: 1. Gambar ini menunjukkan sebuah keluarga berkelah di kawasan air terjun. 2. Di kawasan itu terdapat banyak pokok dan batu- batu besar. 3. Mereka sekeluarga berehat di bawah pokok yang besar berhampiran air terjun. 4. Mereka menjamu selera dengan bekalan makanan yang dibawa dari rumah. 5. Kawasan air terjun menjadi tumpuan orang ramai untuk bermandi manda.