Peta Buih
Menerangkan
Peta Buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Sebagai contoh, jika mahu memahami tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang menerangkanny dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitar.
bulatan-bulatan di tengah manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.
Peta Pokok
Membuat Pengelasan
Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh.
Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan kumpulan-kumpulan tersebut.
Peta Alir
Urutan
Peta Alir membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam sesuatu proses supaya dapat
memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu. Sebagai contoh, jika ingin tahu langkah-langkah untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-langkah yang perlu diambil dan susn dalam urutan yang harus diikuti.
Peta Dakap
Hubungan seluruh-bahagian
Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi. Sebagai contoh, jika mahu memahami peta dunia, senaraikan semu benua dan seterusnya negara-negara di setiap benua.
Peta Titi
Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor perhubungan)
Peta Titi membantu menyeraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi). Sebagai contoh, jika ingin mengetahui hubungan antara haiwan dengan anaknya, mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan dan anaknya, yang anda tahu, kemudian senaraikan pasangan-pasangan yang lain.