Anda di halaman 1dari 36

Tauhu ayam

isi ayam dan tauhu

yani@myresipi.com

Created on : 31-03-2006

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 keping dada ayam 280g tauhu 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1 sudu kecil serbuk lada 3 tangkai daun sup 1 biji telur ayam garam secukup rasa sedikit gula Cara-cara Cincang isi ayam Lecek tauhu dengan garfu Potong halus daun sup Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok Ayam percik

1. 2. 3. 4. 5.

kelantan style.. resepi dari K.ha- bakar dgn oven

yani@myresipi.com

Created on : 28-04-2006

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 sekor ayam yang dipotong 4

1 1/2 cawan santan pekat 2 biji bawang putih 1 labu bwg besar 2 cm halia 2 batang serai 1 camca kecil ketumbar 1/2 camca kecil jintan putih 1/2 cawan tepung beras sedikit air asam jawa@asam keping cili kering (optional... kalau nak kuah merah) garam dan gula secukup rasa Cara-cara

1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam. 2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat. 3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar. 4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. 5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2 Paprik

Sesuai dimakan dengan nasi putih

Makyong@myresipi.com

Created on : 18-04-2006

Bahan-bahan ( 4 )

ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.

3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi. Ayam masak merah

Sesuai dimakan dengan nasi tomato

choppy@myresipi.com

Created on : 02-06-2006

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 ekor ayam sedikit garam kunyit ## Bahan-bahan kisar ## 4-5 biji cili kering 1 cm halia 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji tomato-potong dadu 1/2 cawan sos tomato ## Bahan Hias ## 1/2 biji bawang besar- potong bulat kacang hijau secukupnya Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. 4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. Ayam grill madu

Ayam grill madu. Boleh juga dibakar.

choppy@myresipi.com

Created on : 10-06-2006

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g ayam 1 kiub ayam 2 sudu besar kicap pekat manis 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar madu ( TUMBUK ) 2 ulas bawang putih 1cm halia 1 sudu kecil lada hitam Cara-cara

1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas. 2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar Ayam bakar mayonis

boleh makan dengan nasi atau begitu saja.

vdia@myresipi.com

Created on : 24-06-2006

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


8 1 1 1

ketul drumstick sudu besar mayonis kiub ayam sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram Lada hitam secukupnya-tumbuk 2 ulas bawang putih-tumbuk 1/2cm halia-tumbuk Cara-cara

1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap. Ayam Masak Madu

Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya

sya_annur@myresipi.com

Created on : 22-07-2006

Bahan-bahan ( 2-4 )

1/2 ekor ayam garam kunyit 1 sudu rempah kari ayam 3 ulas bawang putih 1 inch halia bawang besar cili kering madu gula merah sos/tomato puree air Cara-cara

1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari. 2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan. 3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak. 4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau. 5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam. 6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup. Ayam Masak Kicap

ayam masak kicap sempoi.. makan dengan nasi putih dan sup tulang sure terangkat!!..

blackjack@myresipi.com

Created on : 05-09-2006

Bahan-bahan ( 1-2 orang )


1 bahagian paha ayam garam kunyit secukupnya minyak untuk menggoreng 1/2 biji bawang besar -hiris nipis 2 ulas bawang puting- mayang 1cm halia- cincang halus kicap pekat manis secukupnya 2-3 biji cili padi- potong dua 1-2 batang cili hijau Cara-cara

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan 2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan 3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau. 4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak. 5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api. 6. Siap untuk dimakan. Ayam golek

mudah dan sedap..

tie@myresipi.com

Created on : 29-08-2006

Bahan-bahan ( 2 )

2 bhgian paha ayam 1 mangkuk santan 5 biji bawang merah 1 batang serai 2 ulas bawang putih 3 tangkai cili kering sedikit kunyit dan sedikit halia Cara-cara

1. bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus 2. kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat.masak hingga ayam separuh masak. 3. kleuarkan ayam td dan bakar antara 20-25mnt 4. kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar. 5. siap utk dimakan Ayam goreng crispy

Ayam goreng bersalut tepung

choppy@myresipi.com

Created on : 07-10-2006

Bahan-bahan ( 6 ketul )

6 ketul ayam 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung kanji 2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional) 1 biji telur 1/2 cawan susu(fresh milk) Cara-cara

1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya. 2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati. 3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.

4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing. 5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper. 6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas. Ayam Serai Pedas

Resepi simple citarasa Thailand

irose@myresipi.com

Created on : 12-10-2006

Bahan-bahan ( 2 orang )

3 keping dada ayam (ambil isi sahaja) 1 batang serai (dititik) 5 helai daun limau purut 2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar) 6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar) 1 camca sos ikan (sos nampla) 1 camca sos tiram Secubit gula dan sedikit ajinomoto sedikit minyak untuk menumis 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar) 1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar) Cara-cara

1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya. 3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan. Sup ayam special

cara menyediakannya yg membuatkan sup ayam ini sedap & wangi

tulip77@myresipi.com

Created on : 21-08-2007

Bahan-bahan ( 8org )

1 ekor ayam potong 16 1 labu bwg merah 2 ulas bwg putih 1 inci halia sebatang kulit kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 iji buah pelaga 2 bj kentang 1 btg lobak 1 mangkuk air panas br masak lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam daun sup, daun bawang & bawang goreng Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan. 2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6 3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar. 4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit 5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air. 6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda 7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang Ayam goreng percik berkuah

Penyediaan bahan 20 minit, memasak 20 minit, resepi dari bonda tercinta. Gambar daripada laporan masakan oleh mutiarazura.

oshin@myresipi.com

Created on : 20-11-2006

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

Bahan A 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing) Bahan B (* digiling/tumbuk halus) 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup **** 2 batang serai (dititik) 15 tangkai cili kering (dikisar) 1 biji kelapa (diambil santannya) asam keping (4-5 keping) gula & garam secukup rasa Cara-cara Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak Masukkan santan, ayam goreng, asam keping Masukkan juga garam & gula secukup rasa Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan Sticky Caramel Chicken Wings

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Simple & Sedap! Digemari anak-anak.

mutiarazura@myresipi.com

Created on : 16-09-2007

Bahan-bahan ( 24 keping )

12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24) 2 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas) 1 sudu besar halia dicincang 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap 1 sudu besar sos cili 1/4 cawan (60ml) madu Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.

2.

Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos). 3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat! Rendang Ayam

Resepi x ingat dari mana tapi dah bercampur ngan idea sendiri..

junjs11@myresipi.com

Created on : 25-01-2007

Bahan-bahan ( satu family )


1 ekor ayam-dipotong ikut suka Bahan2 digiling:@ 10 ulas bawang merah @ 4 ulas bawang putih @ 15 biji cili api @ 15 tangkai cili kering @ 1 inci halia @ 1 inci lengkuas @ 1/2 inci kunyit hidup 2 batang serai dititik 2 helai daun kunyit dihiris halus 4 helai daun limau purut dihiris kasar

4 cawan santan pekat 4 sudu besar kerisik Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka) Cara-cara

1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam. 2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka. 3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit. Ayam kunyit

suka makan masa duk study utm dulu...senang dan sedap

ctma@myresipi.com

Created on : 28-11-2007

Bahan-bahan ( 2 orang makan )


3 bahagian peha ayam boneless garam secukup rasa serbuk kunyit 2 sudu besar setengah paket sayur campur- brokoli, kacang panjang,cendawan, carrot,bunga kobis * bagi sesiapa yang tak jumpa sayur campur segera ni bulehlah sediakn sendiri sayur-sayuran tadi mengikut kesesuaian selera masing2 1 labu bawang besar- dihiris agak tebal 1/2 cawan minyak masak Cara-cara

1. potong ayam kecil2 ikut saiz yang di kehendaki 2. gaulkan bersama garam dan juga serbuk kunyit biar sebati 3. panaskan minyak dalam kuali. gorengkan ayam tadi sehingga ia sedikit garing. sentiasa kacau untuk dapatkan garing sekata kerana minyak yang digunakan tidak terlalu banyak 4. setelah ayam agak garing masukkan bawang besar diikuti dengan sayur campur 5. kacau sehingga sayur masak tapi jangan terlalu lama nanti hilang khasiat sayur 6. okes dah siap. buleh makan dengan nasi panas2 macam dalam gambar tu....selamat mencuba Kung pao Chicken

resipi dari internet cari.com (sumbangan cranko)... simple dan sedap..

rai@myresipi.com

Created on : 14-02-2007

Bahan-bahan ( 4 orang )

Bahan A 600 gm ayam tepung jagung garam Bahan B 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit 3 sdm sos tiram 2 sdm cili sos 1/4 cwn air minyak utk menumis garam-jika perlu 2 inci halia - ditumbuk halus Cara-cara

1. Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan 2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. 3. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan 4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar 5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. 6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.... dalam pic ni... rai xletak kacang gajus... rasa dia sedap gak Ayam cornflake

sedap dimakan dengan sos thai ketika masih panas-panas

yani@myresipi.com

Created on : 12-02-2007

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 keping dada ayam 50g tepung gandum 1 biji telur gred b 2 sudu besar air cornflake tanpa perisa secukupnya Bahan perap 1/2 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil rempah kari 1/2 sudu kecil serbuk cili 1/2 sudu kecil garam minyak secukupnya untuk menggoreng Cara-cara

1. Bersih dan potong ayam kecil-kecil. Perapkan dengan bahan perap selama lebih kurang 10 minit.

2.

Masukkan cornflake ke dalam beg plastik. Ramas biar kasar-kasar. Masukkan tepung, telur dan air ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati. 3. Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tepung tadi. Kemudian letak pulak ke dalam beg plastik cornflake. Tutup mulut beg plastik tadi. Goncangkan biar cornflake bersalut pada ayam 4. Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan atau ayam masak. Rendang ayam kedah

wat rendang ni semalam, lauk sampingan nasi lemak..try resepi dr internet..x tau la asli kedah k x tp disebut rendang kedah....

junjs11@myresipi.com

Created on : 07-02-2007

Bahan-bahan ( 1 family... )

1 ekor ayam-dipotong2 santan dari 2 biji kelapa 1 cawan kerisik 2 helai daun kunyit 3 helai daun limau purut 2 sudu besar gula merah garam dan serbuk perasa (jika suka) 2 sudu besar minyak sapi Bahan kisar:@ 10 biji bawang merah @ 10 cm lengkuas @ 5 cm halia @ 3 cm kunyit hidup @ 5 batang serai @ 100 gm cili kering Rempah tumis:# 2 cm kulit kayu manis # 2 kuntum bunga lawang # 5 biji cengkih # 5 biji buah pelaga Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau. 2. Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit. 3. Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk dimakan mengikut kesukaan masing2.. Black Pepper Chicken Chop

buat masa Valentine's Day ari tuh.. utk hb & my beloved doter.. try ah, tak susah pun :-)

aeeda78@myresipi.com

Created on : 18-02-2008

Bahan-bahan ( 2 orang )

*UNTUK DIPERAP* 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye) 2 ulas bawang putih (cincang) 1 cm halia (cincang) 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos Lee & Perrins 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar madu garam secukup rasa *SOS BLACK PEPPER* 1/2 botol sos lada hitam 2-3 sudu besar sos tiram 3-4 cendawan butang (cincang) 1/2 biji bawang besar (cincang) garam/gula secukup rasa Cara-cara

1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok. 2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. 3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy). 4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap. 5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas. 6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK? Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

senang & cepat disediakan

tulip77@myresipi.com

Created on : 27-03-2008

Bahan-bahan ( 5 org )

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 3sb gula 2sb minyak masak 3sb sos ikan 3btg serai - ketuk 1sb cuka 1sb sos tiram 1bj bawang besar - potong dadu lada merah & lada hijau - potong menyerong Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang. 2. Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air. 3. Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih. Ayam Pandan

Pasangan yg tepat untuk nasi ayam and nasi putih.

che'iza@myresipi.com

Created on : 14-04-2008

Bahan-bahan ( 3-4 org )


1/2 ekor ayam (1kg) * 3 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih

* 1/2 inci halia * 1/2 inci kunyit * 1/2 inci lengkuas * 2 batang serai * 1 sk ketumbar * 1 sk jintan manis * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka ) 2 sb santan pekat (optional) 1 sb madu garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa daun pandan Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. 2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.

3.

Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.

4.

Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.

5.

Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.

6.

Potong lebihan hujung daun supaya kemas.

7.

Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana. Ayam Masak Merah

sesuai mkn ngan nasi minyak,nasi jagung,nasi tomato n segala jenis nasi..

hana6877@myresipi.com

Created on : 30-05-2008

Bahan-bahan ( 4 orang )

4 ketul ayam (yg dipotong sederhana) garam dan kunyit ( utk goreng ayam ) 10 btg cili kering - kurangkn jika tk thn pedas 3 sudu tomato puri 2 sudu sos chili 2 sudu sos tomato 4 biji bwg merah 2 biji bwg putih 1 btg serai diketuk 1 inci halia diketuk - nk blend skali pon boleh sesudu air asam jawa 1 biji bwg besar ( dihiris bulat ) bahan tumis ( kayu manis dan adik beradiknya ) garam gula Cara-cara

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. 2. Blend cili kering,bwg merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. Masukkan bhn2 tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan tomato puri, sos tomato, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Last skali masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat2. Tutup api... Hiaskan lagi ngan timun,salad,tomato...(ikut suka)... Ayam Masak Kicap Bercili

Lagi resepi ibu mertua...

rossitamz@myresipi.com

Created on : 14-08-2008

Bahan-bahan ( 8 orang )

8 ketul ayam yang dipotong besar2-digaul dgn sedikit garam & serbuk kunyit dan digoreng 1 labu bawang besar - dikisar (*) 6 ulas bawang putih - dikisar (*) 2 inci halia - dikisar (*) 15-20 biji cili kering - dikisar berasingan daripada (*) 1/2 cawan kicap manis 4 sudu besar gula 2 sudu besar air asam jawa Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, cengkih, kayu manis, dll Minyak untuk menumis Cara-cara Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda (*) bersama dengan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan kicap dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih. Masukkan air asam dan kacau lagi. Masukkan ayam dan gaul hingga kuah sebati dengan ayam. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar dan kacau hingga bawang layu sedikit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh ditabur dgn hirisan daun sup/bawang jika suka. Ayam Goreng Berempah

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

resepi try & error.

nOOrsha@myresipi.com

Created on : 30-10-2008

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap) * 1 biji bawang sederhana besar * 2 biji bawang putih * 1 batang serai * 1 inci halia * 1 inci kunyit * 1 inci lengkuas * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas) * 1 sudu kecil ketumbar biji *1 sudu kecil jintan manis * 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar serbuk cili 3 sudu besar serbuk kari Garam Serbuk perasa (optional) 1 biji telur

Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam. Cara-cara

1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar. 2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap. 3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata. 4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi. 5. Goreng serta merta hingga garing. 6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung. Ayam masak kicap

resipi dari Hubby

Nenie@myresipi.com

Created on : 03-02-2009

Bahan-bahan ( 2~3 orang )


3~4 ketul isi ayam yang dipotong sederhana...dan digaul sedikit serbuk kunyit dan garam 2 biji kentang dipotong wedges 3 ulas bawang merah dimayang 2 ulas bawang putih dimayang 2 batang kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang 6 biji buah pelaga 1/4 cawan kicap pekat manis (saya guna kicap kipas udang) 1/2 buku kiub pati ayam 1 sb serbuk lada putih secubit garam/gula (secukup rasa) Cara-cara

1. Goreng terendam kentang....diikuti ayam.....ketepikan 2. Panaskan minyak...tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kiub.kacau goreng hingga terbit bau. 3. Masukkan ayam dan kentang...kacau...then masukkan kicap dan serbuk lada putih.Perasakan dengan garam dan sedikit gula 4. Kacau hingga rata.Sedia dihidang. Kari Ayam Cara Kampung

Tak smestinya guna ayam kampung,guna ayam daging/frozen pun boleh..tp tetap rasa ayam kampung..

HaSue@myresipi.com

Created on : 08-02-2009

Bahan-bahan ( Sekeluarga kecil )


500-600g peha ayam(atau mana2 bahagian) 2 cm Halia* 2cm Lengkuas* 2-3cm Kunyit Hidup* 2 Ulas Bawang Putih* 4 Ulas Bawang Merah* 1/3 sudu mkn Belacan* 2-3 Btg Serai-Diketuk 3 Sudu mkn(penuh) Kari Daging(ayam brand) 1/2 cawan Air Asam Jawa/1-2 keping asam gelugor 3 sudu makan Kerisik 1/4 cawan pati santan(ikut kepekatan sendiri)/setengah cwn susu sejat [optional] 2 Biji Kentang/Keledek (potong sederhana kecil) Rempah Tumis-4 Beradik(1 setiap 1 jenis) Bahan2 perasa-2 sudu kecil Garam,1 sudu kecil Gula,sedikit pak aji(jika suka)[sukatan bergantung kpd citarasa] 1/3 cawan minyak(agak2 jer) Air Secukupnya Cara-cara

1. Mula2,nyahbekukan ayam dari peti ais.Jangan potong dahulu..Bakar di atas api sehingga kulit ayam keperangan(kalo boleh smpai kelihatan bminyak)tp jangan sampai hangit.Jika guna ayam daging mungkin sedikit berlemak jadi buang bahagian yg berlemak terlebih dahulu.Bakar keseluruhannya..(guna penyepit masakan jika tiada dawai pemanggang)-Bakar dlm oven?Tak sedap... 2. Dah siap dibakar,bahagian kulit ayam yg berlemak boleh lah dibuang. Potong ayam tersebut pada saiz sederhana kecil [dlm 8 bahagian utk 1 peha(bgantung saiz ayam)]-Cuci bersih dan toskan. 3. Bahan2 bertanda * ditumbuk.(bagi yg baru belajar memasak,sila masukkan satu persatu bhn2 ke dlm lesung batu ketika menumbuk,masuk skaligus mmg susah ler..)nak senang,masukkan semua bhn yg hendak dtumbuk(kecuali kunyit) ke dalam pengisar bhn kering dan kisar..keluarkan baru tumbuk dlm lesung batu bersama kunyit.utk elakkan warna kunyit melekat kat pengisar. 4. Panaskan minyak. Dah agak panas,masukkan bhn penumis(rempah tumis 4 beradik). Setelah naik bau, masukkan bahan yg ditumbuk/dikisar tadi..masukkan juga serai yg sdh diketuk/dititik.Kacau hingga kekuningan dan beraroma. 5. Serbuk kari dicampur dengan setengah cawan air(lebih pun takpe).Masukan ke dalam bhn yg sudah ditumis..perlahankan sedikit api. 6. Kacau goreng sehingga kari masak dan pecah minyak.Tambah air jika perlu..dan kacau lg hingga kari berubah warna dan garing.Bila memasak masakan kari,adalah penting untuk memastikan kari yg dimasak benar2 masak.Ini untuk mengelakkan rasa kari yg hambar dan

mentah.[utk bezakan dah masak ke belum,boleh hidu bau kari sebelum dmasak dan stelah msk,ada bezanya] 7. Setelah kari masak(garing ye,takde air dah,tp jgn hangus),masukkan ayam dan gaul sebentar.Kemudian masukkan kentang.(ini jika mgunakan ayam frozen sbb mudah msk)Kalo guna ayam liat(tua),masukkan kentang kemudian yer (jika guna ubi keledek sila masukkan kemudian jugansebab kentang lebih mengambil masa yg lama utk msk)Kacau rata dan biarkan air ayam keluar sepenuhnya 8. Tutup periuk dan kadang2 dikacau gaul supaya bahan2 meresap sekata.Pastikan air ayam dikeringkan.Bila air ayam sudah agak kering,kelihatan minyak sahaja dibahagian bawah.(ini bukan sahaja utk mengelakkan bau hanyir ayam tetapi untuk masakan thn lebih lama tanpa dipanaskan)selalunya ayam yg dmasak malam ni,masih elok malam esoknya tanpa dipanaskan. biasanya kes lupa ler..hee 9. Dah pastikan air ayam kering,baru masukkan air asam jawa.Kacau seketika,barulah masukkan sedikit air agak2 tenggelam ayam dan kentang. 10. Masukkan bhn2 perasa:garam,gula dan pak aji.Masak sehingga ayam empuk dan kentang masak.Renihkan lagi dan masukkan lagi sedikit air jika perlu..(jgn terlampau banyak nanti kari terlampau cair pula. 11. Setelah ayam lembut,masukkan kerisik,kacau rata dan barulah masukkan santan/susu sejat. (step yang ni boleh skip jer jika tak letak bahan2 tersebut) 12. Sebatikan semua rasa dan tunggu sehingga mendidih sebelum api dipadamkan..Minyak yg berlebihan (timbul dipermukaan)bolehlah dibuang jika mahu.. 13. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih,roti,nasi beriani atau apa jua hidangan kegemaran anda. 14. Setelah masak,sila ambil gambar menggunakan kamera digital atau kamera hp dan hantar laporan di sini untuk dikongsi bersama kawan2 di myR. Selamat MencuBa.. ^_^ 15. NOTE:Yang kat dalam gambar ni saya x letak pun kerisik dan santan tetapi rasa tetap sedappp..dan family lebih sukakannya sbb kurang lemak. Kepak Ayam Madu

Ayam goreng kesukaan anak2, seakan2 ayam bbq.

kak fida@myresipi.com

Created on : 18-02-2009

Bahan-bahan ( 4-6 0rang )


8-10 keping kepak ayam - dibersihkan 1/2 cawan madu 1/4 cawan tomato sos 1/4 cawan Thai cili sos garam secukup rasa 1 sk jus limau/lemon minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam Cara-cara

1.

Kepak ayam dilumur dgn sedikit garam dan goreng hingga masak.Toskan.

2.

Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan 1 sb minyak tadi dan masukkan kedua2 sos dan madu dan masak hingga kelihatan mendidih sedikit di atas api yg kecil.

3.

Masukkan kepak ayam goreng dan gaul hingga kpk ayam bersalut dengan sos madu,masukkan jus limau dan gaul lagi hingga sebati.Angkat dan segera dihidangkan. Radix Fried Chicken Original

Beli tepung RFC kuaran HPA... bukan promote.. JB lom ade RFC dan nak elak makan ke KFC n McD

cahayer@myresipi.com

Created on : 28-03-2009

Bahan-bahan ( 15 ketul )

300gm Tepung Goreng RFC 15 ketul ayam (saya beli ayam organic kuaran HPA juga) Air sejuk Minyak utk deep fry Cara-cara

1.

ini packing ayamnya tp nak guna ayam lain pun boleh.... janji halal

2.

ini gambar packing kotak tepung ayam RFC

3.

Masukan tepung dlm bekas yg bertutup.. susun ayam atas tepung dan tutup bekas kemudian goncang sehingga tepung salut seluruh ayam. 4. Utk dpt salutan yg lebih tebal dan crispy, kuarkan ayam tadi celurkan ayam yg dah salut dlm air sejuk..one by one.. memadai basah semua ayam tu dan masukkan semula ikut cara no. 3 di atas. kalau tak nak tebal salut sekali dah cukup tak yah guna air sejuk. 5. Panaskan minyak, masak gunakan api kecil agar masak dlm ayam tu sehingga.... sehingga masaklah.. ok...

6.

Rasa dia cam KFC Original, leh makan dgn sos cili Life, homemade coleslow, kentang putar n bun (tau korang terer buat) 7. Kalau nak hot and spicy just perap ayam dgn serbuk lada 2,3 jam dan masukkan serbuk lada dlm tepung tu jugak... ikut kepedasan sendiri... Ayam Masak Kicap Kerisik

menambah koleksi resipi ayam masak kicap...

kak fida@myresipi.com

Created on : 17-05-2009

Bahan-bahan ( 8-10 orang )


1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan 3-4 biji bawang besar* 8 ulas bawang putih* 3 tangkai lada merah/hijau* 3 batang serai** 1 ibu jari halia** 1/2 cawan pes cili kering 1/2 botol kicap manis/pekat manis sedikit belacan bakar 1/4 cwan air asam jawa 3 sb penuh kerisik

gara,gula secukup rasa jika perlu sedikit air jika perlu 1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis Cara-cara

1.

Hirs halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.

2.

Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .

3.

Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali. 4. Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat. 5. Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... :) Rendang Padang

Sesuai dimakan dengan nasi,lontong,ketupat,roti dan lain2..

kak fida@myresipi.com

Created on : 19-05-2009

Bahan-bahan ( 8-10 orang )


1 ekor ayam - dipotong kecil ...ATAU 1 kg daging - dihiris nipis dan lebar 1/2 biji kelapa parut dijadikan kerisik 1 ltr santan pekat drp 1 1/2 biji kelapa garam, gula secukup rasa 10 - 12 biji cili merah* 3 biji bawang besar* 8 ulas bawang putih* 1/2 ibu jari halia*

1/4 ibu jari kunyit hidup* 2 hiris lengkuas* 4 batang serai* 2 helai daun limau purut - disiat2 1 helai daun kunyit - disiat2 2 helai daun salam 2 sb air asam jawa secukup air - jika perlu Cara-cara

1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.

2.

Masukkan kesemua bahan2 di dalam periuk kecuali air asam,garam dan gula dan gaul rata dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan empuk.Tambah air jika perlu dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati dan masak lagi hingga kering atau berkuah pekat ikut selera. Ayam Masak Merah

Variasi Ayam Masak Merah...

love2cook@myresipi.com

Created on : 13-06-2009

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar. (perap bersama garam dan serbuk kunyit) Bahan diblend bersama:12 tangkai cili kering (dididih bersama air) 6 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 2 inci halia 1 batang serai --------------------------2 biji bawang besar (potong bulat) bahan tumis 4 sekawan 4 sb puri tomato 100ml susu cair

garam dan aji minyak masak Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga cukup masak, tos dan ketepikan. 2. Tumis bahan yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis 4 sekawan. 3. Masukkan puri tomato dan gaul sebati. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sebentar. 4. Tambah susu cair, perasakan dgn garam dan aji. 5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati...biar sebentar dan padamkan api. 6. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba. Ayam Masak Padang

Tambah koleksi resepi masakan Padang mengikut versi sendiri. Selamat mencuba!

dayang_jack@myresipi.com

Created on : 29-06-2009

Bahan-bahan ( 4-5 orang )


1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka) 300 ml santan 100 ml susu cair garam dan sedikit gula 1 batang serai (diketuk) 1 keping asam gelugur Bahan-bahan utk dikisar : 4 tangkai cili merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1/2 inci lengkuas 2 batang serai 10 biji cili api sedikit kunyit hidup Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau. 2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. (jika xnak kuahnya pekat, boleh tambah air) 3. Hidangkan Ayam Goreng Berempah Serai...

Lagi sedap hingga ke keraknya! ;)

love2cook@myresipi.com

Created on : 21-07-2009

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) Bahan2 dikisar bersama:6 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah 2 inci halia 3 batang serai (yang besar) --------------------------------------3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 2 sb serbuk kari daging 1/2 sk serbuk jintan putih 1/2 sk serbuk jintan manis 1/2 sk serbuk ketumbar 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) garam dan aji secukupnye 3 tangkai daun kari Minyak yang menggoreng Cara-cara

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. 2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng. 3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak. 4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja! 5. Selamat mencuba! ;) Ayam Masak Merah Beriani

kak fida@myresipi.com

resipi harian keluarga....enak dimakan dengan apa saja jenis nasi dan roti..:)

Created on : 21-04-2010

Bahan-bahan ( 8-10 orang )


1 ekor ayam - bersihkan dan potong ikut suka 10 batang lada kering* (lebihkan jika suka pedas) 2 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1/2 jari halia* 3-4 batang serai* 2 biji bawang besar - dihiris bulat 3 biji tomato - potong dadu 2 batang serai - titik 1/2 jari lengkuas - titik 2 helai daun pandan - disimpul kulit kayu manis,pelaga,cengkih (bahan tumis) 2 sb tomato puri/tomato sos 3 sb rempah beriani garam,gula/gula melaka secukup rasa 2 tangkai daun ketumbar - hiris sedikit bawang goreng minyak untuk menumis Cara-cara

1. Ayam digaul sedikit garam dan kunyit dan goreng.Kisar halus bahan2 yang bertanda* 2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris,penumis,daun pandan,serai dan lengkuas titik,hingga wangi.Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga hampir kering.Masukkan tomato buah,rempah beriani,tomato puri/sos dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air jika perlu,gaul dan tutup periuk sebentar. 3. Masukkan ayam goreng ke dalam periuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Gaul hingga rata,tambah air jika terlalu kering.Bubuhkan sebahagian daun ketumbar dan bawang goreng.Tutup semula periuk dan kecilkan api dan masak lagi hingga 5-10 min. atau hingga ayam masak. 4. Taburkan kacang peas,kacang gajus,bawang goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan. Ayam masak Buttermilk

resepi yg sgt mudah dan sedap

abby_R@myresipi.com

Created on : 23-01-2011

Bahan-bahan ( 3 org )

3 ketul chicken breast di potong kecil2 3 sudu besar butter 2 ulas bwg merah di tumbuk 1 ulas bwg putih di ketuk 6 biji cili padi di hiris nipis ( ikot kesesuaian pd sape yg suke pedas boleh tmbh lg ) daun kari dlm 15 helai susu cair secawan 2 sudu besar tepung jagung di campur dgn 2 sudu besar tepung gandum.utk menggoreng ayam..kalau mls nk goreng send..boleh beli popcorn chicken kat peti sejuk beku mane2 hypermarket.hihihi... Cara-cara

1.

1. gaul ayam yg dah di potong kecil2 tadi dgn sedikit serbuk kari. 2. salut kan ayam dgn tepung.kemudian goreng dan ketepi kan. 3.panas kan kuali dan masuk kan 3 sudu besar butter.tunggu hingga butter mencair. 4. masuk kan bawang merah tumbuk,bawang putih,hirisan cili api dan daun kari. 5. kacau tumisan hingga naik bau wangi.dan boleh laa tuang kan susu cair.gaul rata. 6. masuk kan ayam goreng dan kacau.letak garam secubit. 7. bila kuah dah nampak sedikit pekat dan creamy..boleh laa padam kan api dan sedia utk di hidang kan. ayam goreng hot n spicy

bdk2 asyek nk ajk gi restoran fast food je kejenye.. bila dpt ayam ni, seyaap... tau2 tinggal pinggan je..

kakbesah@myresipi.com

Created on : 03-03-2011

Bahan-bahan ( sepinggan besar )


1 ekor ayam - dipotong 16,cuci & toskn atas penapis 2 sudu besar rempah kari daging*, 1 sudu mkn garam*, 7 ulas bawang putih tumbuk*, 1/2 sudu mkn serbuk cili* (jika suka) - gaul dgn ayam. (perap lg baik) 2 cawan tepung jagung, 1 cawan tepung beras, 2 sudu mkn rempah kari daging(nk cmpur rmph kari ikan sparuh pn blh), 1 sudu mkn serbuk cili(kalau suka pds), 3/4 sudu besar garam dimasukkan dlm bekas brtutup & digoncang spya brcmpurata. 2 biji telur - dikacau. minyak utk menggoreng terendam. Cara-cara

1. panaskn minyak. 2. celup sepotong ayam ke dalam telur lalu digolek kedalam cmpuran tepung hingga rata. pastu goreng dgn api sederhana supaya msk hingga bhgian dlm. kalau nk senang,ayam yg dh dimasukkan kedlm tepung digoncang2 dlm bekas bertutup td.tngn pn x kotor.. 3. dah siap..simple je respini...

ayam berlada ank2 kakbesah

ank2 suka sangat dgn lauk ni, buat selalu pun diorg x jemu, akk & hb mkn ngn roti whole meal sj.. akk no problemlah kalau diminta masak ini selalu coz snang sgt membuatnya..hehe..

kakbesah@myresipi.com

Created on : 12-05-2011

Bahan-bahan ( seisi keluarga )


seekor ayam - digaramkunyit & digoreng hingga masak. 7 biji bawang merah, 5 ulas bawabg putih, 2 cm halia muda,segenggam cili api, 3 tangkai cili merah - semuanya di tumbuk x terlalu halus @ dikisar kering 1 biji tomato sebesar penumbuk (jika kecil 2 biji) 1/2 cawan air asam jawa, garam & gula secukup rasa. sebiji bawang besar - dihirig bulat (jika suka) Cara-cara

1.

buah tomato dipotong dadu halus. 2. panaskan 2 senduk minyak, tumis bahan2 giling hingga pecah minyak dan aroma menusuk kalbu. 3. masukkan tomato cincang, mask hingga tomato lembut. masukkan air asam, garam & gula. masukkan ayam goreng tadi. suaikan rasanya sambil masukkan potongan bawang besar. bila bawang layu blehlah diangkat.. 4. tersangaat laah simplenyer kan..

5.

cuma ini je bhn2nya.. so ank2 umi semua.. jgn lah mls msk yer..!!

Ayam Madu 3

mudah & ringkas, bahan2nya pun wajib ada kt dapur...

DatinLulu@myresipi.com

Created on : 27-03-2011

Bahan-bahan ( 4-5 0rg makan )


1/2 ekor ayam - potong/cuci brsih/toskn ayam dgaul garamkunyit - dgoreng *6 biji bawang merah *4 ulas bawang putih *2 inci halia *10 biji cili api ( ikut pedas) *2 biji cili merah bahan brtanda dblend halus 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan sos cili 3 sudu besar kicap manis 1 sudu besar madu 2 batang serai - dtitik 1 batang kulit kayu manis 1 labu bawang besar - dhiris bulat/sedikit tebal sedikir garam halus 1/2 cawan air panas Cara-cara

1. Panaskn 1/3 cawan minyak, tumis kulit kayu manis, serai & bahan yg dblend hingga naik bau & sedikit garing 2. Masukkn 2 jenis sos, kicap manis & madu...biar seketika, dikuti 1/2 cawan air panas...kacau mesra (biar kuah mndidih dgn api yg kecil) 3. Bleh masukkn ayam, biar kuah mereneh dgn api kecil & gaul/kacau mesra. Sesuai rasa garamnya, klau dah cukup masin x prlu garam lgi 4. Apabila kuah@sos sudah pekat, masukkn bawang besar...biar seketika, gaul mesra. 5. Tutup api apabila bawang 1/2 layu, bleh tabur daun bawang/sup & bawang goreng klau suka 6. Selamat mncuba & menikmati hasilnya :)

Ayam Perap Masak Kicap

Lauk yang mudah penyediaannya,sesuai dijadikan lauk untuk bersahur dan berbuka...sesuai untuk ibu2 yang bekerja atau yang sibuk sepanjang hari... :)

kak fida@myresipi.com

Created on : 20-07-2012

Bahan-bahan ( 1 famili )

1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil 6 ulas bawang putih*- ditumbuk halus 1/2 ibu jari halia* - ditumbuk halus 1 sb cili giling* (lebihkan jika suka lebih pedas) 1 sb serbuk rempah kari* 1 sk serbuk kunyit* 1/2 cawan kicap manis* (lebihkan jika suka, ikut selera) 1-2 sb air asam* garam dan gula secukup rasa 1 biji bawang besar** - hiris bulat 2 biji kentang** - potong baji dan goreng 2 biji tomato** - belah 4 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau** - dipotong serong 1 biji lada benggala merah** (jika suka) - potong kecil sedikit daun sop,daun bawang** - dihiris Cara-cara

1.

Bersihkan ayam dan toskan.Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman. 2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali/periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.Tutup kuali/periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.

3. Buka penutup kuali/periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa.

4.

Akhir sekali masukkan bahan2 bertanda ** dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil. 5. Siap untuk dihidangkan.Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka. Ayam Bakar BBQ dan Salad Kentang

Resipi paling mudah untuk sesiapa yg suka ratah ayam bakar.

Miss EE@myresipi.com

Created on : 28-12-2012

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )


6-8 ketul ayam bahagian peha dan kepak(ikut kesukaan) 4 sudu besar sos cili 4 sudu besar sos masam manis atau sos tomato 5-6 sudu besar sos BBQ (saya suka sos bbq brand masterfoods) 4 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 1-2 sudu besar blackpepper serbuk (ikut kesukaan) Bahan salad kentang pula : 3-4 kentang yg telah direbus dan dipotong dadu (buang kulit atau tidak ikut kesukaan) 1 ulas bawang putih dicincang halus dan juga sedikit daun bawang. Perahan lemon (ikut kesukaan) Garam, gula, dan blackpepper secukup rasa. Tomato cerry (kalau suka, letak) Brocolli yg telah dicelur (kalau suka, letak) Cara-cara

1. Gaul ayam dengan bahan-bahan sos tadi (sos cili,sos tomato,sos BBQ,garam,gula,blackpepper). Perap dalam 30min. Kalau nak perap semalaman lagi bagus. 2. Bakar ayam dalam masa 30-45 minit di dalam grill oven dgn suhu 180 darjah celcius.

3. Kalau nak dapatkan ayam yg lagi berkilat dan sedap, setiap 7-8 minit, sapukan lebihan mixture sos pada ayam. Kemudian bakar lagi. Dan sapu lagi. Dan sambung bakar lagi. (Kalau rajin buatlah macam ni) 4. Untuk salad kentang pula. Gaulkan semua bahan untuk salad (bawang putih cincang, daun bawang, perahan lemon, gula,garam,blackpepper) dan juga tomato cerry & brocolli tadi. 5. Selepas ayam masak, hidangkan bersama salad kentang tadi. Salad kentang ni sedap kalau sejukkan dalam peti sejuk dulu. :D