Anda di halaman 1dari 15

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Bernilai Tambah : Konstruktivisme dan Kontekstual Disediakan oleh : Tey Hui Jing Deepa a/p Chandran

Pendidikan konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Pengetahuan Sedia Ada

Pengetahuan Baru

=
Konsep Kendiri

Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut :

Engage (menghubungkait)

- Merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan, mengemukakan soalan dan mencetuskan minat - Contoh : tunjuk cara/demonstrasi, tayangan video, keratan akhbar - Kesan : pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan

Explore (meneroka)

- memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen - Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru - Contoh : perbincangan dalam kumpulan kecil - Kesan : pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial

Explain (menerangkan)

-Menerangkan konsep, istilah, membuat definisi - Contoh : perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan - pelajar lebih yakin dan berani

Elaborate (menghuraikan)

- Mengenalpasti idea yang baru diubahsuai - Cth : penulisan sendiri kertas projek oleh pelajar - Kesan : pelajar lebih faham dan ingat / kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru

Evaluate (Menilai)

- menguji kefahaman murid / mengemukakan soalan terbuka - Cth : soal pelajar - Kesan : pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Rumusan

mengaitkan subjek yang dipelajari dengan situasi


dunia sebenar dan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Kepentingan pendekatan kontekstual dalam P&P

Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.

Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.

Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

Faedah pembelajaran kontekstual

Guru

Murid

Industri

Guru boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti; i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mengemukakan idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya.

ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia ada. iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya.

iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya. v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain.