Nadia@myresipi.com
Created on : 22-04-2006
450g tepung gandum 1 biji telur 250g mentega 115g gula halus 110g gula perang 100g chocolate chips 3 sudu besar cocoa powder 250g gajus(panggang dan cincang halus) 1 sudu kecil baking soda Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang 2. Masukkan telur dan pukul lagi 3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau 4. Masukkan gajus dan kacau lagi 5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai 6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit Choco ball
Mudah!!.. Penyediaan yang tak sampai 10 minit. Tidak termasuk waktu membakar.
erna@myresipi.com
Created on : 19-05-2006
Bahan-bahan ( 15 biji )
70g tepung 30g serbuk koko 50g gula aising 2 sudu besar minyak masak 2-3 titik esen vanila (takde pun takpe) 1/4 sudu kecil baking powder gula aising secukupnya 2 sudu besar susu segar Cara-cara Panaskan oven pada 180degree Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkan biar sebati. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap Lepas tu boleh tabur gula aising . Crystal Ball
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
syahmi@myresipi.com
Created on : 12-09-2007
Bahan-bahan ( 50 biji )
250gm tepung gandum 125gm gula halus (ikut kesesuaian) 125gm minyak sapi Pewarna merah, hijau dan kuning Cara-cara Gaulkan tepung dengan gula hingga rata. Uli adunan dengan minyak sapi hingga menjadi doh. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan. Cubit sedikit drp setiap warna dan gentelkan bulat2. Bakar dalam oven. Setelah masak, golekkan dalam gula halus.
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Short bread
hanis@myresipi.com
Created on : 06-07-2006
Bahan-bahan ( 26 keping )
1. Pukul butter dan gula hingga sebati. 2. Masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit. 3. Letakkan dalam plastik dan bentukkan segiempat 10cmx20cm. Simpan dalam peti ais selama sejam. 4. Keluarkan dan potong sebesar lebih kurang 1.5cm lebar. Potong 2 bahagian panjang. 5. Cucuk adunan dengan garfu sebagai corak. 6. Bakar dalam oven pada suhu 170 selama 20min. Blueberry cookies
drop cookies
yani@myresipi.com
Created on : 14-07-2006
240g tepung 1sk baking powder 1 biji telur 80g gula halus
60g gula perang 1/2 biji kulit lemon-parut beberapa titik esen vanila 100g mentega - suhu bilik 100g blueberry Cara-cara
1. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim 2. Campurkan kedua-dua jenis gula. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mentega tadi sambil dikacau. 3. Pukul telur dengan garfu dalam 3-4 kali. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Kacaukan. 4. Masukkan pula kulit lemon yang diparut dan juga esen vanila. Kacaukan. 5. Ayak tepung dan bp. Lepas tu masukkan ke dalam adunan mentega. Masukkan juga blueberry. Kacau rata. 6. Alas dulang dengan oven peper. ambik satu sudu adunan dan dropkan ke atas oven peper tadi. Buat sampai habis. Tekan sedikit cookies dengan bahagian bawah sudu untuk jadi rata. Sebelum tu, celupkan bahagian bawah sudu ke dalam tepung. 7. Bakar dalam oven selama 10-12 minit dengan suhu 180C Toy Cookies
yani@myresipi.com
Created on : 13-08-2006
50g butter- suhu bilik 50g gula halus 1/2 biji telur 100g tepung gandum 1/4 sudu kecil baking powder - hiasancoklat secukupnya sedikit gula aising sedikit air Cara-cara
2. masukkan gula sikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang. 3. masukkan telur dan pukul lagi. 4. kemudian masukkan pula tepung yang diayak dengan baking powder sikit demi sedikit. Gaul sebati.
5.
bungkus dengan plastik wrap. Kemudian simpan dalam peti ais selama 2 jam 6. kemudian canai dan buat apa-apa bentuk yang disukai. Untuk bentuk robot dan bunga seperti di atas, tekankan cookies dengan jari untuk bahagian mata dan tengah bunga. 7. bakar pada suhu 180c selama 10-12 minit. 8. Untuk hiasan- gaulkan gula aising dengan sedikit air. kacau biar betul-betul pekat. Gunakan ia sebagai pelekat coklat dengan cookies.
9.
Inilah coklat yang digunakan. Bila cookies dan sejuk, hiaslah ikut citarasa sendiri. Cornflakes Milo
Sekejap jer
HJHMAS_2110@myresipi.com
Created on : 27-09-2006
Bahan-bahan ( 10 orang )
100 Gram Mentega 100 Gram Cornflakes 100 Gram Serbuk Milo 4 Sudu Makan Golden Syrup Cara-cara Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati) Masukkan Milo (Kacau hingga sebati) Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan. Bulatkan lah semasa masih panas. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Coffee Cookies
yani@myresipi.com
Created on : 24-08-2006
Bahan-bahan ( 30 biji )
240g tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 3 sudu besar instant coffee 1 biji telur 80g gula halus 60g gula perang 100g unsalted butter- suhu bilik Cara-cara
1. Ambik 2 sudu besar instant coffee campurkan dengan 2 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
2.
3.
4.
Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam butter. Pukul sehingga putih/ kembang
5.
6.
7.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dengan baking powder. Kemudian campurkan 1 sudu besar instant coffee yg tak dicampur dengan air. Kacaukan.
8.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dikacau.
9.
Drop adunan tadi ke atas loyang yang dilapik dengan oven peper. Taburkan sedikit instant coffee ke atasnya.
10.
11.
Resepi yg saya adjust dr resepi kawan.. Coklat yang saya guna ialah compound coklat atau cooking coklat dari BS Bakery ... cooking coklat van houtan atau vochelle x m'bantu...
nizamadey@myresipi.com
Created on : 18-10-2006
250 gm mentega 125 gm gula halus 1 biji telur 1 tsp esen vanilla 50 gm serbuk badam (optional) 200 gm tepung jagung 300 gm tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 tsp baking powder 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak) 50 gm badam cincang (utk hiasan) +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat) Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang 2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. 3. Masukkan serbuk badam, kacau 4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi 5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh 6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega 8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" 10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan 11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan. Biskut nestum kismis
maya_zakry@myresipi.com
Created on : 15-10-2006
250g butter 100g kismis 3 cawan tepung gandum 3 cawan nestum 1 1/2 cawan gula halus Telur 1 biji (psl i buat 1/2 dr resipi suruh).. So kalau 250g butter, letak 2 biji ler Cara-cara Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi. Masukkan tepung dan nestum, gaul. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari. Bakar pd suhu 180 selama 20 minit. Biskut Susu / Milk Cookies
1. 2. 3. 4. 5.
merpati66@myresipi.com
Created on : 27-10-2006
250grm tepung jagung 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
1 sudu baking powder butter /marjerin untuk uli tepung perwarna -ikut suka Cara-cara Gaulkan tepung + susu cair Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh . Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan.. Biskut Dahlia
1. 2. 3. 4. 5.
resipi ni dari ibu saya.. koleksi masakan ibu yg bertulisan jawi lagi.. mmg tiap kali raya mesti ada.
cikpuanmieza@myresipi.com
Created on : 21-08-2007
8 oz tepung gandum 3 oz tepung kastard 1 1/2 oz tepung ubi 6 oz gula halus 7 oz marjerin / mentega 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla Ceri merah dan hijau utk hiasan Cara-cara
1. 2. 3. 4.
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. Putar lagi seketika. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je.. 5. Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri The best choc chip cookies
haXira@myresipi.com
Created on : 05-06-2007
Bahan-bahan ( 50 biji +- )
1 cwn tepung gandum 3/4 sk baking soda 1/4 sk garam 1/2 cawan butter/marjerin(dicairkan) 1/2 cwn gula perang (SILA RUJUK NOTA DI BAWAH CARA2) 1/3 cwn gula halus 1/2 sk esen vanila 1 cwn choc chip Cara-cara
1. Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk. (saya ayakkan terus).Panaskan oven pada suhu 150'C 2. Dlm mangkuk lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (kelajuan sederhana). Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
3.
Lepas tu,letakkan 1 sk adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci. 4. Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown. 5. Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dlm 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara. 6. NOTE: Cookies ni mungkin TERLALU manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2). Cornflakes madu warna warni
mudah, murah dan kesukaan kanak2 - resepi minta from my beloved sister! Anak2 sekali adap sambil tengok TV dah habis...
umi_e@myresipi.com
Created on : 21-12-2006
250gm cornflakes (kotak kecil) 125gm butter (1/2 buku) 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis) 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu) manik warna warni untuk hiasan Cara-cara
1.
Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
2.
(saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
3.
masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
4.
5.
masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau) Tart coklat
umi_e@myresipi.com
biskut tart yang pernah my mummy buat masa zaman sekolah dulu... memang kesukaan kanakkanak
Created on : 19-12-2006
250 gm (1 buku) butter 1 cawan gula halus 2 biji telor 1 sudu teh esen vanila Tepung gandum secukup adunan 125gm cokolat masak 25gm shortening 25gm butter/margerin 2 sudu makan susu segar Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati 2. Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati
3.
Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkok)
4.
5.
Terap menggunakan cetak kuih tart. 6. Bakar dengan gas mark 4 selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.
7.
8.
9.
Keluarkan dari microwave dan kacau hingga sebati. 10. Ambil sedikit cokolat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.
11.
12.
acuan ni ada 2 pattern bergigi atas bawah so boleh pilih nak guna yang mana...
13.
Lilydvalley@myresipi.com
Created on : 17-09-2007
Bahan-bahan ( 70 biji )
350 gm tepung ubi 150gm gula icing 20 gm mentega 1 biji kuning telur 130 gm santan pekat 1/8 sudu teh baking powder Cara-cara Sanggar tepung ubi di dalam oven Gaul sebati gula acing, mentega & kuning telur. Masukkan santan dan gaul sebati lagi Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi. Masukkan tepung kedalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh. Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai. Bakar pada suhu 150'C hingga masak.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Roti cookie
yani@myresipi.com
Created on : 25-12-2006
Bahan-bahan ( 15 biji )
100g roti (plain bread) 40g fresh milk 25g telur (1/2 biji) 1 sudu besar mentega 2 sudu besar tepung gandum 40g dry fruit Cara-cara
1. Potong dadu roti kecil-kecil. Panaskan oven sehingga 180 degree. 2. Masukkan fresh milk, telur dan tepung ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau lagi. 3. Masukkan roti dan dry fruit. Kacau serata. Kemudian buat bentuk bulat kecil-kecil. 4. Bakar selama 15~20 minit. 5. TIP: Kalau nak lagi rangup, roti tu hendaklah dikeringkan dulu dan hancurkan jadi macam bentuk breadcrumbs. Masa bakar pun kena pendekkan iaitu 12~13 minit. Biskut Kelapa Delima
Mat Gebu@myresipi.com
Created on : 28-09-2007
150 g tepung gandum* 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 125 g gula aising 75 g kelapa kering, dikisar halus 25 g serbuk badam 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji) 1/2 camca teh esen vanilla 155 g mentega UNTUK HIASAN:Ceri merah, didadu kecil Kelapa kering Kuning telur, untuk sapuan Cara-cara
1. Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan. 2. Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti. 3. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap. 4. Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susuh dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis. 5. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Biskut mama carries
Lilydvalley@myresipi.com
Created on : 01-10-2007
300gm mentega/marjerin 375gm tepung gandum 130gm tepung jagung 100gm gula icing 1/2 sudu teh esen vanila Utk hiasan -1 biji putih telur -100gm gula icing -1 sudu besar tepung jagung Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart". Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi. 7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang. 8. ***utk HIASAN*** 9. Pukul putih telut hingga gebu. 10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati. 11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda. 12. Sapukan putih telur keatas biskut 13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco. Biskut mazola
Lilydvalley@myresipi.com
Created on : 08-10-2007
Bahan-bahan ( 1 balang )
200gm tepung gandum 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus 100 gm gula -kisar halus 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya Kuning telur Cara-cara Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan. Biskut nestum Daun
1. 2. 3. 4.
Tempahan Pelanggan
maryam81@myresipi.com
Created on : 06-06-2008
Bahan-bahan ( 1 Balang )
250gm Mentega 1 Gelas / 120gm Nestum 1/2 gelas gula pasir 1/2 gelas gula perang 3 sudu makan tepung kastad Tepung gandum secukupnya Sebutir Kuning Telur Coklat cip utk Hiasan Cara-cara
1. 2. 3. 4.
Mentega, kuning telur & gula ( kedua-dua jenis) di pukul hingga kembang Masukkan nestum dan gaul lagi. Kemudian masukkan tepung kastad Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit...Jangan terlalu banyak.. takut biskut ni keras. Sekadar boleh canaikan. 5. Terapkan doh dgn corak daun dan hiaskan dgn coklat cip 6. Bakar 160' deg selama 10 - 15 minit Classic butter cookie
plain cookie
yani@myresipi.com
Created on : 23-05-2007
370g tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 biji telur 150g gula 150g butter-suhu bilik sedikit esen vanila Cara-cara
1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih. 2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati. 3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau dgn spatula sehingga sekata. 4. Wrap dgn plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. 5. Keluarkan dr peti sujuk. Alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh kat atasnya. Kemudian letak satu lagi plastik wrap kat atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dgn cookie cutter. 6. Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit. Biskut Bunga Cina
nor_67@myresipi.com
Created on : 08-09-2008
100gm mentega/marjerin 90gm gula caster/halus 1 biji telur (A) 2 cawan tepung jagung 1 cawan tepung ubi/kanji
1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang. 2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati. 3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper) 4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati 5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td 6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi) 7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk. 8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya.. Biskut Coklat Chips
nor_67@myresipi.com
Created on : 10-09-2008
180gm mentega/marjerin 90gm gula castor 100gm gula perang 1 sudu teh esen vanila 2 biji telur 200gm tepung naik sendiri 160gm tepung gandum 1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam 100gm coklat chips 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds Cara-cara
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus. 2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati. 3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara. 6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya... Capuccino Crunch
kak fida@myresipi.com
Created on : 17-09-2008
250 g mentega - lembut 160 g gula serbuk / gula icing - diayak 2 biji kuning telur 1 sb coffee oil 1 sb serbuk koko 80 g tepung susu 50 g tepung kacang hazel (atau apa saja kekacang yg dikisar halus) 350 g tepung gandum 250 g choc. block - potong dadu kecil (utk inti) 250 g choc.masakan * 1 sb mentega * Bahan bertanda * dicairkan secara double-boil secukup bahan hiasan :- 100 thousands atau kekacang yg di cincang secukup mangkuk kertas yg kecil Cara-cara
1. 2. 3. 4.
Dalam sebuah mangkuk, kacau 4 bahan pertama hingga rata. Masukkan 3 bahan berikutnya dan kacau rata lagi. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit adunan,isikan sebutir choc. block yg didadu dan bentukkan bulat seperti guli dan susun diatas dulang pembakar.Buat hingga habis.Bakar hingga masak pd suhu 150C selama 1015 min.Sejukkan biskut. 5. Celup biskut ke dlm choc. cair dan isikan kedlm mangkuk2 kertas dan taburkan atasnya dgn bahan hiasan pilihan masing2. 6. Biarkan choc.nya keras sebelum disimpan di dlm bekas yg bertutup rapat.(boleh juga dimasukkan didlm freezer 2-3 min saje setakat utk membekukan choc.) Biskut Bertahta Badam
kak fida@myresipi.com
Created on : 13-09-2008
125 g mentega 85 g gula icing 1 biji kuning telur 250 g tepung gandum - ayak 1/2 sk baking powder sedikit garam halus Topping :140 g gula icing 1 biji putih telur 1 cawan badam cincang - utk hiasan
Cara-cara 1. Mentega,gula,kuning telur dan garam digaul rata. Masukkan tepung dan baking powder dan uli hingga sebati. 2. Canai doh dan terap bentuk pilihan.Sapu atasnye dgn topping dan hias dgn badam cincang. 3. Bakar pd suhu 150C selama 10-12 min atau sehingga garing. 4. Untuk membuat topping,gula icing dan putih telur di pukul hingga pekat dan putih dan siap utk digunakan. Cheese Straw
kak fida@myresipi.com
Created on : 13-09-2008
1 1/4 cawan tepung gandum - ayak 56 g mentega - lembut 85 g keju cheddar - diparut 1 biji kuning telur 1/2 sk serbuk lada sulah 1 sb jus lemon sedikit garam halus Cara-cara
1. Mentega,keju, kuning telur,garam,di gaul rata.Masukkan jus lemon dan gaul sebati. 2. Masukkan pula lada sulah dan tepung dan uli hingga adunan sebati lagi.
3.
Canai adunan dan terap atau potong seperti straw sepanjang 1 1/2 inci atau terap ikut suka.Susun dlm dulang pembakar dan bakar 10 - 12 min. atau hingga garing. Bantal Peluk Saloma -Cookies
kak fida@myresipi.com
Created on : 26-08-2008
Bahan-bahan ( 70 - 80 kpg. )
200 g mentega - lembut 100 g gula halus (saya guna gula icing-ayak) 1 sk esen vanilla 1 biji telur - dikocok sedikit 50 g tepung jagung - ayak 300 g - 400 g tepung gandum - ayak secukup korma - dibuang biji dan dibelah dua 1 biji telur - kocok,utk sapu atas biskut Cara-cara
1. Mentega dan gula digaul hingga sebati dan masukkan telur dan esen gaul lagi hingga rata. 2. Masukkan tepung jagung dahulu, gaul dan masukkan pula 300 g tepung gandum dan uli hingga sebati. Jika adunan masih lembek, tambah lebihan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh di kepal. 3. Ambil sedikit doh, canai dan potong persegi panjang, bubuh korma dan gulung kemas2. Atur atas dulang pembakar. Sapu telur di atasnye dan bakar pd suhu 150C selama 20 min. atau hingga keperangan.
4.
Sejukkan biskut di atas redai dan simpan di dlm bekas kedap udara. 5. Dah siap Bantal Peluk Saloma...wlaupon kak fida yg buat tapi tetap saloma yg punye...hehehe... Kuih Makmur
Kuih raye....
kak fida@myresipi.com
Created on : 12-09-2008
Bahan2 Doh: 1 1/2 kilo tepung gandum 250 g mentega - lembut (saya guna Golden Churn) 1 sb minyak sapi 1 sk garam halus Bahan2 inti :600 g kacang tanah 250 g mentega - lembut 400 g gula serbuk sedikit garam *secukup gula kastor atau gula serbuk utk tabur Cara-cara
1. **Cara2 membuat doh :2. Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan.Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun. 3. Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dgn inti yg tlh disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun kemudian atur dlm dulang pembakar dan bakar dgn suhu 150C selama 25-30 min. Setelah masak,tabur rata dgn *gula. 4. **Cara2 membuat inti,haruslah disediakan lebih awal :5. Kacang tanah dibakar dlm oven.Dibuang kulitnya dan dikisar halus.Kemudian dicampurkan dgn mentega dan gula dan digaul sebati. 6. Ambil sedikit inti dibulat2kan seperti guli2 kecil dan disimpan didlm petisejuk.Tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dlm adunan doh. Tart Keju Nenas
seperti tart nenas biase cume menggunakan keju di dlm dohnye...atas permintaan Aemyusz...sahabat di MYR dan pada penggemar keju...
kak fida@myresipi.com
Created on : 31-08-2008
Bahan2 doh tart:450 g mentega - lembut 3 biji kuning telur 1 biji putih telur 100 g gula halus (saya guna gula icing) 100 g keju (KRAFT) - diparut dan dilecek
1 kg tepung gandum - ayak Bahan2 inti :2 biji nenas - diparut 450 g gula pasir 1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka) 2 sb mentega/majerin Cara-cara
1. Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat.Masukkan mentega/majerin dan kacau sebati. Matikan api dan sejukkan. 2. Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata. 3. Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal. 4. Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada. 5. Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2. Bangkit Sagu
kak fida@myresipi.com
Created on : 24-08-2008
1 kilo tepung sagu / tpg ubi / tapioca flour 2 biji kuning telur 2 cwn gula halus(saya guna icing sugar) 2 biji kelapa ambil pati santan(saya guna 2 kotak santan KARA 400ml) 1 sk baking powder 250 g mentega secukup bijan utk hiasan Cara-cara
1. Tepung disangar hingga ringan dan sejukkan. 2. Tepung,gula,baking powder dan kuning telur digaul hingga rata baru masukkan santan dan gaul lagi hingga rata.Adunan akan menjadi peroi. 3. Masukkan pula mentega dan uli hingga sebati dan menjadi doh. 4. Canai,terap doh dan tabur bijan dan bakar hingga masak pd suhu 150C selama 15 - 20 min. atau hingga kuning keemasan
5.
Resipi yg tk mengguna banyak bahan dan tk menggunakan telur dlm adunan. Kalau membeli di luar harganya sangat mahal...ape kate cube resipi ini...berbaloi membuatnye...
kak fida@myresipi.com
Created on : 21-08-2008
200 g badam cincang - dipanggang 150 g gula icing -diayak (1 1/3 cwn) 300 g tepung gandum - diayak (2 3/4 cwn) 250 g mentega/majerin - lembut (1 buku) 50 g serbuk koko - diayak (1/3 cwn + 1 sb) Secukup choc. cair - utk topping aluminium cupcake yg kecil2 (seperti dlm gambar) Cara-cara
1. Campurkan kesemua 5 bahan pertama di atas didlm sebuah mangkuk dan uli menggunakan jari sampai sebati hingga menjadi doh. 2. Ambil sedikit adunan dan bubuh ke dlm mangkuk alum.(1/4 paras aje,krane ia akan mengembang) dan bakar selama 10 min. pd suhu 150C. 3. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Pastikan biskut yg siap tidak penuh hingga ke permukaan mangkuk dan mempunyai sedikit ruang utk topping choc. Seandainye biskut penuh kerana mengembang,cepat2 tekan ke dlm sedikit ketika panas. Sejukkan. 4. Tuang topping choc. ke atas biskut. Masukkan biskut yg bertopping ke dlm freezer sebentar setakat utk membekukan choc. cair tadi aje. 5. Susun biskut di dlm bekas kedap udara dan jika ingin memakannya sejuk, simpan di dlm peti ais bahagian chiller.
6.
***Jika menggunakan aluminium cups,susun alum. cup berisi adunan di atas dulang pembakar dahulu dan bakar hingga masak.
7.
***Jika menggunakan paper cups pula,bubuh paper cups di dlm mangkuk alum. atau alum. tray dan bubuh pula adunan dan bakar,ini supaya apabila biskut mengembang paper cups tidak ikut mengembang kerana telah dialas dgn mangkuk alum/alum. tray. Biskut Suji
Biskut suji yg tidak menggunakan tepung suji.Resipi utk dikongsi bersama.Seandainya 1 adunan terlalu banyak, cubalah 1/3 adunan dahulu.Biskut suji ini garing dan kosong dlmnya setelah dibakar.
kak fida@myresipi.com
Created on : 20-08-2008
600 - 800 g tepung gandum - ayak 500 g gula serbuk/icing - ayak 500 g minyak sapi - yang berkualiti 1/2 sk serbuk vanilli 1 sk bicarbonate of soda - ayak 3 biji kuning telur Cara-cara
1.
2.
Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.
3.
4.
Bulat2kan adunan sebesar guli2 kecil dan atur di atas dulang pembakar dan jarak2kan sedikit kerana suji akan mengembang.
5.
Bakar pd. suhu 150C. selama 10-12 min. atau hingga masak mengikut kepanasan oven masing2. 6. Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar dan simpan di dlm bekas yg kedap udara setelah biskut sejuk.
7.
**Utk pengetahuan bersama...Adunan suji ini cepat kering jika terlau lama terdedah dan berderai...saya menggunakan sudu penyukat yg bulat dan kecil (size 1/2 tsp) atau pengorek buah dan dialas dgn plastik yg nipis sebagai acuan. Bangkit Kerisik
kak fida@myresipi.com
Created on : 27-07-2008
600 g tepung sagu 100 g tepung gandum 300 g butter 300 g gula tepung/icing 150 g kelapa kerisik -(kelapa kering dlm tin di sangar kecoklatan dan kisar halus) 2 biji telur 1 sk baking powder 1 sk coconut essence 1 sk garam halus ceri merah - potong kecil utk hiasan Cara-cara
1. Kedua2 tepung disangar hingga ringan,sejukkan dan diayak 2. Gula dipukul bersama butter hingga rata, masukkan telur satu-persatu dan masukkan coconut essence. 3. Seterusnya masukkan kerisik, serta tepung2 dan baking powder sambil diuli hingga sebati. 4. Adunan dicanai dan diterap lalu disepit dan hias di tengah2nya dgn ceri merah. 5. Bakar dgn suhu 150C selama 15-20 min.
resipi dlm simpanan. Mudah di buat, setakat menggaul dgn senduk saja.Menghasilkan cookies yg rangup. Tiap Hari Raya mesti buat, anak2 dan famili suka.Juga mengambil tempahan bila ada permintaan.
kak fida@myresipi.com
Created on : 11-07-2008
190 g mentega- lembut 45 g gula perang 80 g gula kastor/icing 220 g tepung gandum 1/2 sk rata baking soda 1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap) 1/2 sk esen vanilla 170 g choc chip 170 g badam cincang kasar- di panggang 1 biji telur -yg sedang Cara-cara
1. 2. 3. 4.
Tepung, baking soda, koko di ayak bersama. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati. 5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2. London Almond Choc. Cookies
Cookies yg menjadi kegemaran anak2..tiap hari lebaran mesti ada cookies ini di atas meja...permintaan anak2..
kak fida@myresipi.com
Created on : 19-09-2008
250 g mentega - lembut 120 g gula icing - ayak 2 biji kuning telur 1 biji putih telur 1/2 sk esen vanilla 600 g tepung gandum - ayak 300 g badam - dipanggang 10-15min.(pilih yg kecil2) secukup kacang tanah yg telah dipanggang dan dicincang kasar- utk tabur (atau choc rice,100 thousands dll,ikut suka) secukup choc. masakan yg dicairkan - utk celup biskut secukup paper cup kecil2 Cara-cara
1. Mentega,gula,vanilla dan telur dikacau hingga rata.Masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga sebati dan boleh dibentukkan.(tepung tk perlu dihabiskan jika adunan sudah boleh dibentukkan) 2. Ambil sedikit adunan dan balutkan sebiji badam.Susun atas dulang pembakar dan buat hingga habis.Bakar hingga masak atau hingga kekuningan.Sejukkan. 3. Celup biskut ke dalam choc. cair dan masukkan ke dlm paper cup kecil lalu taburkan kekacang cincang.Buat hingga semua biskut habis dan masukkan sebentar di dlm freezer setakat utk mmbekukan choc. sahaja.Simpan cookies di dlm bekas kedap udara. 4. **sebaiknya, choc. cair biar suam supaya mudah mencelup biskut. Biskut Gajus
kak fida@myresipi.com
Created on : 21-09-2008
225 g mentega - lembut 140 g gula icing - ayak 1 biji kuning telur 140 g gajus - panggang dan kisar halus 380 g tepung gandum - ayak 1 sk baking powder 1 sk emplex atau lacinta (jika tk ada tk apa) 1 sk serbuk vanilli/esen vanilla secukup kuning telur - utk sapu secukup kacang gajus panggang - belah dua, utk hiasan Cara-cara
1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.Masukkan pula vanilli,emplex,baking powder,gajus kisar dan kacau sebati lagi.
2.
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
3.
Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari,sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus. 4. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan. 5. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara. Cornflakes Crunch Cookies
kak fida@myresipi.com
Created on : 23-09-2008
250 g mentega - lembut (nak lebih sedap guna mentega berkualiti) 200 g gula perang (brown sugar) 2 biji kuning telur 150 g cornflakes -diramas sedikit (jgn hancur sangat) 150 g tepung jagung - ayak 150 g tepung naik sendiri - ayak hirisan ceri merah/kismis/choc.chip - utk hiasan secukup paper cup kecil Cara-cara
1. Mentega,gula di kacau hingga rata dan masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.Masukkan cornflakes dan gaul lagi. 2. Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit2 hingga habis dan sebati.Jika dapati adunan melekit,jangan ditambah tepung. 3. Sudukan sedikit adunan ke dlm papercup dan bubuh hiasan pilihan.Susun di atas dulang pembakar dan bakar hingga keperangan. 4. Sejukkan biskut dan simpan dlm bekas kedap udara.
misk_eyka@myresipi.com
Created on : 28-09-2008
250 gm butter 1/2 gelas gula 1/4 gelas tepung jagung 2 1/2 biji kuning telur 2 1/2 gelas tepung gandum 1 tea spoon esen vanila coklat rice utk hiasan Cara-cara
1. Butter dikembangkan bersama gula 2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan esen vanila 3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan sedikit2 ke dalam mentega tadi sehingga menjadi doh. 4. Sagat tepung dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan coklat rise (boleh juga guna ceri merah dan hijau) 5. Bakar dalam oven 150', api atas bawah selama 15-20 minit @ sehingga masak. Sarang semut
mudah sahaja biskut ni..try la buat..resepi dr mak sy..stiap tahun hari raya sy buat..sedap tau..sepupu2 sy berebut nak makan kuih ni kalu hari raya..x menggunakan telur pun,x cepat muak..
haizam_6587@yahoo.com.my@myresipi.com
Created on : 30-09-2008
1 buku butter
1 cawan gula caster 2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung kastard Untuk hiasan: Coklat rice Ceri merah @ hijau Cup kertas Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sehingga putih @ kembang. 2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastard. 3. Gaul sehingga menjadi doh lembut.
4.
Ambil sedikit doh dan parut. Parut 1 arah sahaja.Jangan bertukar arah,nanti x berapa lawa panjang adunan tu.
5.
Masukkan ke dalam cup. Jangan terlalu penuh. Kemudian taburkan coklat rice. 6. Hiaskan dengan ceri. 7. Bakar selama lebih kurang 15 minit @ sehingga adunan bertukar kekuningan. Honey Oatmeal biscuits
yani@myresipi.com
Created on : 10-06-2007
Bahan-bahan ( 20 biji )
120g tepung gandum 120g oatmeal 70g gula halus 1 sudu kecil baking powder *70g butter - dicairkan
*40g( 2sb) madu/ gold syrup *30ml(2db) air raisin, chocochips, gajus secukupnya(optional) Cara-cara
1.
2.
Dalam mangkuk lain masukkan tepung, oatmeal, gula dan baking powder. Kacau biar sekata.
3.
Masukkan bahan 1 tadi. Kacau balikkan. Kemudian masukkan raisin atau chocochips. Gaul sebati. 4. Bahagikan adunan kepada 20 biji. Buat bentuk bulat. Aturkan ke atas oven plate.Sebelum tu alas oven plate dengan oven paper.
5.
Letakkan plastik wrap kat atas biskut. Tekan dengan belakang gelas.
6.
7.
sunkist@myresipi.com
Created on : 12-09-2008
BAHAN UNTUK DOH TART: 2 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 2 1/2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung susu 1 cawan mentega (226 gm) 1 sudu besar minyak sapi 1 biji kuning telor 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar gula BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS: 4 biji nenas muda 2 senduk gula pasir sedikit esen vanilla Bunga Cengkih Kulit Kayu Manis Daun pandan Cara-cara CARA MEMBUAT DOH TART: Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut. Panaskan oven.
1. 2. 3. 4. 5.
6.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
7.
8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak. 9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS: 10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
11.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. 12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis. 13. Kacau tanpa henti hingga likat.
14.
Resipi asal oleh pakar masak di Spura.Dah cube dan sedap!Menggunakan cream cheese dlm dohnya.
kak fida@myresipi.com
Created on : 01-09-2008
300 g mentega - lembut 250 g cream cheese 600 g Top Flour / Tepung Gandum - diayak 1 sb esen vanilla 1 sb gula kastor / gula icing garam secukup rasa (saya tak gunakan) inti nenas secukupnya Cara-cara
1.
Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanilla dan pukul terus hingga kembang.
2.
Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yg lembut.
3.
Jika adunan masih melekit ditangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh boleh dibentukkan.
4.
Canai doh dan terap dan bubuh inti nenas ditengahnya. Bakar hingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.
5.
6.
Doh yang sama boleh juga dijadikan tat cream cheese gulung... Sarang Semut Milo
kak fida@myresipi.com
Created on : 13-11-2008
140 g mentega - lembut 130 g gula serbuk 2 biji kuning telur 160 g tepung naik sendiri 140 g tepung gandum 1/2 sk emplex (tak ada pun tak apa) 80 g serbuk Milo
1. Mentega dan gula serbuk dipukul hingga putih. 2. Masukkan kuning telur dan vanilla pukul hingga rata.Masukkan pula tepung2,emplex dan serbuk milo dan pukul/uli hingga sebati.
3.
4.
Bubuh sedikit doh yg diparut ke dlm paper cup kecil dan taburkan sedikit colour rice. 5. Bakar hingga masak selama 10-15 min pd suhu 170C. 6. Biar biskut sejuk dan simpan di dlm bekas kedap udara. 7. **utk memudahkan memarut adunan,doh dikepal2 menjadi bebola dan simpan dlm chiller hingga 1/2 jam atau hingga keras. Biskut Semperit
Nziela@myresipi.com
Created on : 07-10-2007
Bahan-bahan ( - )
300g butter 160g gula aising 100g tepung jagung 160g tepung kastard 240g tepung gandum 2 biji kuning telur Cara-cara Pukul butter, gula aising hingga kembang. Masukkan kuning telur, kacau sebati. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
1. 2. 3. 4.
sakura>emi@myresipi.com
Created on : 16-01-2009
70gm tepung 50gm gula 2sb minyak masak 30gm serbuk koko 1/4sk serbuk penaik 2-3sb susu segar 1sk badam panggang yg dihancurkan (saya xletak pun,xde stok) Cara-cara
1. Ayak tepung,koko dan serbuk penaik. Panaskan oven. 2. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk dan kacau bagi sebati.
3.
Masukkan adunan ke dalam plastik dan tekan2 bagi mampat. Ratakan hingga nipis 1-2mm.
4.
Potong adunan bentuk bar dan susun atas dulang pembakar. Untuk mendapatkan corak jaring2 pada bhgian atasnya,tekan dengan penapis tepung. 5. Bakar dalam oven suhu 180 selama 15minit.
6.
Sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati. Boleh juga dihias dengan cokelat masak.
Suji Pelangi
kak fida@myresipi.com
Created on : 18-08-2009
100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata ) 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata ) 1/8 sk garam halus 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata ) pewarna merah,kuning,hijau Secukup gula halus - untuk tabur secukup paper cup Cara-cara
1.
Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
2.
Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
3.
Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
4.
Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
5.
Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
6.
Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup. Biskut Snow Almond
sesiapa yang masih tercari2 resipi biskut raya, boleh cuba yang ini. Dapat drp majalah Saji 07.
umifeeza@myresipi.com
Created on : 04-09-2009
BAHAN A: 200gm butter 100gm gula kastor 1 sudu besar shortening 1 sudu kecil esen kopi 1 biji kuning telur BAHAN B: 220gm tepung gandum 70gm tepung ubi 50gm nestum - dikisar 40gm badam kisar 1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung HIASAN: Coklat masakan - dicairkan white breadcrumb Cara-cara
1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata. 2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit. 3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda. 4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu. 5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi. 6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.
kak fida@myresipi.com
Created on : 05-08-2010
250 g mentega (nak sedap guna yang berkualiti) 1 sb susu manis 1 biji kuning telur 10 sb tepung jagung/kastard - ayak 1 sk esen vanilla (opt) 350 g tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik) inti nanas secukupnya paper cup kecil secukupnya Cara-cara
1. Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati. 2. Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
3.
4.
Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum.Isi inti nanas dan hias.Bakar pd suhu 165C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2
5.
kak fida@myresipi.com
Created on : 06-08-2010
Bahan-bahan ( 2 balang )
1 kilo tepung gandum - ayak 2 buku mentega (500 g) 2 sb susu manis 2 biji kuning telur (akak tambah sedikit putih telur) 1/2 teh garam (opt) inti nanas secukupnya :http://www.myresipi.com/top/detail/5392 Cara-cara
1. Mentega,susu,kuning telur(dan putih telur) dikacau hingga sebati.Masukkan tepung gandum sedikit2 sambil digaul rata sehingga adunan lembut.
2.
Canai doh dan terap dengan penerap khas kuih tat atau bentukkan doh ikut suka.Isikan inti nanas dan bakar pd suhu 160C selama 20 min atau ikut kepanasan oven masing2. Biskut Jejari Kelapa / Coco Fingers
citarasawan@myresipi.com
Created on : 16-08-2010
100gm tepung jagung 100gm tepung gandum 80gm gula ising 1 biji kuning telur 1/2 tsp esen vanila 50gm kelapa kering - di kisar halus 3-4 Tbsp santan KARA Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan Cara-cara
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang. 2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut. 3. Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening. Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai. 4. Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit. 5. Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan. 6. *** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula. 7. *** Biskut ini mesti di terap dengan segera kerana dohnya mudah mengeras selepas sejam atau lebih. Terap lebih tebal kerana teksturnya agak lembut. Biskut Koko Krunch
kegemaran anak-anak...
kak fida@myresipi.com
Created on : 17-08-2010
Bahan-bahan ( 70 - 80 keping )
150 g mentega 2 biji kuning telur - kecil 1 biji putih telur 175 g gula icing - diayak 250 g tepung gandum - diayak 3 sb serbuk koko - diayak secukup koko krunch - utk hiasan Cara-cara
1. Mentega,gula dan telur digaul hingga rata.Masukkan tepung dan koko dan gaul lagi hingga sebati.Tutup doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 min. 2. Keluarkan doh dari peti sejuk dan bulat2kan sebesar guli,bubuh di dalam mangkuk kertas kecil2 dan hias dengan koko krunch.Pastikan koko krunch dicucuk ke dalam geguli doh. 3. Bakar pada suhu 160C selama 20 min.Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Biskut tradisional yang di modenkan.. lbih bergaya tpi tetap sama ...
citarasawan@myresipi.com
Created on : 19-08-2010
Bahan A 200gm mentega 100gm gula ising 1 biji kuning telur 1/4 tsp pes pandan/pandan emulco 1/2 tsp pewarna hijau epal Bahan B 250gm tepung gandum 50gm tepung jagung 30gm tepung kastard Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand. Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam. 2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki. 3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan. 4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna. 5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi. Bangkit Mentega
Biskut raya..
kak fida@myresipi.com
Created on : 19-08-2010
250 g tepung ubi 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula icing - diayak 1 biji telur secukup mentega lembut (nak lebih sdp guna yg berkualiti) secukup bijan (opt) 1 helai daun pandan - dikerat Cara-cara
1. Tepung2 disangar berasingan dengan daun pandan hingga ringan.Buang daun pandan dan sejukkan. 2. Gula dan telur digaul rata dan masukkan tepung dan gaul lagi. 3. Masukkan mentega sedikit2 sambil diuli hingga adunan lembut dan boleh dikepal.Canai doh dan terap,hias bijan jika suka. 4. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2 hingga masak. biskut aiskrim
rohaya1710@myresipi.com
Created on : 23-08-2010
260gm mentega 120gm gula ising 1/8 sk pewarna kuning telur 320gm tepung gandum 40gm tepung jagung 40gm tepung kentang 20gm tepung kastard 1/2 sk serbuk penaik 50gm gajus - panggang dan kisar hiasan - coklat masakan dan manik urai Cara-cara
1. pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang 2. masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kentang, tepung kastard dan serbuk penaik, gaul sebati hingga menjadi doh 3. rehatkan doh selama 15 minit, canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar 4. sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai. Almond Crisp
biskut badam tanpa telur,dgn menggunakan 4 bahan saja tapi menghasilkan biskut yang garing.. :)
kak fida@myresipi.com
Created on : 28-08-2010
125 g mentega - lembut 55 g gula icing - diayak 30 g badam kisar 160 g tepung gandum - diayak Cara-cara
1. Mentega dan gula digaul rata.Masukkan badam kisar dan gaul lagi.Masukkan pula tepung dan gaul hingga sebati.(akak tutup adunan dgn plastik dan simpan dlm chiller 15-20 min.)
2.
Adunan dibentukkan atau dicanai ikut suka.Susun atas dulang pembakar dan bakar selama 1520 min pd suhu 160C atau hingga biskut keperangan. 3. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.
kak fida@myresipi.com
Created on : 01-09-2010
250 g kacang tanah - sangar dan kisar halus 250 g gula icing - ayak 375 g tepung gandum - ayak 50 g minyak sapi (1/4 cawan)* 200 g minyak masak (1 cawan)* - (bahan * boleh diganti dgn 250g mentega cair yg berkualiti) 1-2 biji kuning telur - untuk sapu secukup kacang tanah panggang dicincang kasar atau dibelah 2 - untuk hiasan Cara-cara
1. Campurkan 4 bahan pertama dan kacau rata.Tuang minyak sedikit2 sambil diuli hingga adunan menjadi doh yang boleh dikepal. 2. Ambil sedikit adunan/1 sudu kecil dan dibulat2kan.Susun di atas dulang pembakar dan sapu kuning telur dan hiaskan dengan kacang tanah di atasnya. 3. Bakar pd suhu 160C selama 20 min. Homemade Pretz
Salah satu snack yg glamer kat jepun. Mempunyai macam-macam perisa.. Tapi perisa yg sy buat ni ikut citarasa sendiri.
yani@myresipi.com
Created on : 18-02-2011
200g tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil gula kastor 100ml air 2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan 2 sudu kecil serbuk pati ayam * ( atau 1/2 kiub ayam) 3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) * Bahan-bahan yang bertanda (*) boleh ditukar dgn bhn lain yg sesuai ikut citarasa sendiri.. spt serbuk ikan bilis, udang ke.. serbuk kari ke atau apa saje ikut kreativiti sendiri Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
2.
Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong seperti dalam gambar di sebelah. 3. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.
4.
Chicken cheese pretz. ( bhn yg diguna serbuk pati ayam + parmesan cheese powder)
5.
Anchovies chili pretz ( serbuk ikan bilis + serbuk cili ) biskut lemak manis
biskut yg rangup, cair di mulut dan menggunakan bahan-bahan mudah dan tak perlu telur.inovasi drp resepi biskut susu merpati 66.
nuni@myresipi.com
Created on : 21-03-2011
1/2 cawan tepung gandum (60g) 1 cawan tepung jagung (110g) 50g butter lembut (1 sudu makan) 4 sudu makan susu pekat manis (boleh try 3 sudu dulu takut terlebih manis) 1/2 sudu kecil baking powder Cara-cara
1. satukan semua bahan kecuali tepung gandum 2. kacau perlahan-lahan guna tangan, sehingga sebati, barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
3.
uli sehingga membentuk doh.kalau agak lembik, campurkan tepung sesudu.kalau keras, campurkan butter. 4. sapukan sedikit butter pada dulang pembakar @ alaskan kertas minyak.
5.
6.
ambil satu gelas lutsinar, tekan atas doh bulat2 tadi sehingga tebalnya 1/2 cm. note : kalau nk buat bentuk lain pon boleh.terpulang kpd citarasa masing2.sy suka mcm ni sebab nk tengok bentuk gerigi di tepi biskut tu.pastikan tidak tebal supaya biskut masak dengan sekata.
7.
bakar dengan suhu 180 darjah selama 10-15 minit. note : boleh bukak oven tengok biskut dh masak ke belum selepas 10 minit.kalau warna dasarnya perang keemasan, boleh la diangkat. 8. biarkan sejuk dulu baru boleh simpan dalam bekas kedap udara. Danish Coconut Cookies
Biskut kelapa yang lemak,garing di luar lembut di dalam dengan bahan2 dan cara2 penyediaan yang mudah... :)
kak fida@myresipi.com
Created on : 06-07-2011
150 g mentega - lembut (2/3 cwn) 150 g tepung gandum - ayak (1 1/4 cwn) 50 g tepung jagung - ayak (1/2 cwn) 50 g gula castor (1/4 cwn) - (boleh guna gula icing diayak) 50 g kelapa parut kering (1/2 cwn) 1 sk esen vanilla Topping :putih telur secukup kelapa parut kering,bijan dan gula castor Cara-cara
1.
Satukan kesemua bahan2 kecuali bahan topping dan uli hingga sebati.Simpan doh di dalam petiais selama 1 jam (tak lakukan kaedah ini pon tak apa)
2.
Bulat-bulatkan doh (akak guna sukatan sudu metrik-1/2 sb) dan susun atas dulang pembakar.Tekan dengan garfu,sapu putih telur dan taburkan dengan kelapa parut kering,bijan dan juga gula castor.
3.
Bakar pd suhu 150C selama 20 min atau hingga kekuningan mengikut kepanasan oven masing2.
4.
Segera alihkan biskut ke atas redai kek untuk disejukkan.Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Tahun lepas buat tapi gambar tak hensem pula. Kejap je nak buat biskut ni, gaul2 dlm mangkuk besar pastu jemputkan atas baking tray yg dialas baking paper. Kredit kpd Jaja FnR sbb share resepi ni, hehe.. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/07/resepi-biskut-red-pearland-back-to.html
zachoes@myresipi.com
Created on : 14-07-2011
150g butter, suhu bilik - Tak guna yang mahal macam Golden Churn (katanya dah halal) atau SCS pun takpe, janji wangi dan sedap 150g tepung gandum 75g gula kastor - ku guna gula kasar kisar 60g cornflakes - ku guna Nestle 50g coklat chips 25g almond nibs - kali ni ku guna sliced almonds 1st esen vanila - brand E&G sedap sebab wangi ceri merah, dihiris halus dan memanjang Cara-cara
1. Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter). 2. Campurkan semua bahan kering (dan esen vanila) kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula). 3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti) 4. Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah. 5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu). Bakar rak tengah, api atas bawah. Danish Butter Cookies
kak fida@myresipi.com
Created on : 19-07-2011
125 g mentega (1/2 buku) 45 g gula icing (1/3 cwn) 140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn) 1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama) 1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla choc chips atau kismis - utk hiasan gula halus - utk tabur (opt) Cara-cara
1.
Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
2.
Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
3.
Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan.
4.
5.
6.
Tak banyak guna bahan..adunan yang juga boleh divariasikan...kukis yg lemak,ringan dan garing... :)
kak fida@myresipi.com
Created on : 23-07-2011
125 g mentega lembut (1/2 buku) 95g susu pekat manis (1/4 tin) 1/2 sb gula halus/icing (opt) 1 3/4 cawan tepung naik sendiri - ayak 1/2 sk esen vanilla 1 sb serbuk koko - ayak Cara-cara
1.
Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)
2.
Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.
3.
4.
Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.
5.
Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
6.
Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.
7.
8.
Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.
9.
Untuk biskut susu choc chip hanya tambah 1/4 cawan choc chip atau secukupnya,gaul rata,bulat2kan dan bakar hingga garing. Biskut Suji Gula Perang
kak fida@myresipi.com
Created on : 25-07-2011
200 g minyak sapi (1 cwn rata) 150 g gula perang (3/4 cwn) - (akak guna 100 g) 1 biji kuning telur 1 sk esen vanilla 1/2 sk garam 1/2 sk bicarbonate soda - diayak 330 g tepung gandum (3 cwn) - diayak Cara-cara
1.
Minyak sapi,gula perang,kuning telur,esen dan garam di kacau sebati.Masukkan bicarbonate soda dan kacau rata lagi.
2.
Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga adunan boleh dikepal.Tambah sedikit tepung jika doh lembik.
3.
4.
Bakar pd suhu 150C selama 15-20 min atau hingga garing ikut kepanasan oven masing2. 5. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara. Dahlia Custard Cookies
kak fida@myresipi.com
Created on : 27-07-2011
50 g tepung custard (1/2 cwn) -diayak 150 g tepung gandum (1 1/3 cwn) - diayak 1/2 sk esen vanilla ceri merah,kismis atau choc chip - untuk hiasan Cara-cara
1.
2.
Masukkan tepung custard dan gaul rata.Masukkan pula tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3.
Masukkan sedikit doh ke dalam acuan dahlia dan tekan berjarak atas dulang pembakar.Hias dengan ceri merah atau kismis dll.
4.
Bakar pd suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing. Chocolate Melting Moments Cookies
Biskut coklat yang mudah atas permintaan acit...untuk tidak menghampakan,harap sudi mencuba... :)
kak fida@myresipi.com
Created on : 31-07-2011
250 g mentega (1 buku) 1 cawan gula icing (120g) 1/3 cawan serbuk koko (40g) - diayak 1/2 cawan tepung jagung (50g) - diayak 2 cawan tepung gandum (220g) - diayak 1 sk esen vanilla
1.
2.
Masukkan serbuk koko dan tepung jagung dan putar hingga rata.
3.
Masukkan pula tepung gandum sedikit2 (tak perlu dihabiskan) sehingga doh boleh dikepal atau tak melekat pada tangan dan mangkuk adunan.
4.
Sukat 1 sudu kecil doh dan bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.Leperkan sedikit bebola doh tadi dan bakar pada suhu 160C selama 20 min atau hingga garing. 5. Sejukkan kukis dan tabur dengan gula icing (jika suka) secukupnya.Simpan di dalam bekas kedap udara. Oreo ChocoChip Cookies
kak fida@myresipi.com
Created on : 15-08-2011
125 g mentega/majerin lembut (1/2 cawan) 55 g gula halus (1/4 cwn) 65 g gula perang (1/3 cwn) 1 biji telur - kecil 1 sk esen vanilla 150 g tepung gandum* (1 1/4 cwn) 1/2 sk bicarbonate soda* (* ayak bersama)
10-12 keping biskut OREO - dicincang kasar. 120 g chocolate chips (3/4 cwn) Cara-cara
1. Sebatikan mentega dan gula lalu masukkan telur dan esen vanilla. 2. Masukkan campuran tepung dan gaul lagi hingga rata.
3.
Masukkan pula Oreo cincang dan choc. chips dan gaul hingga sebati.
4.
5.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing.
6.
7.
Biskut Oreo yang dicincang kasar bersama krimnya sekali.... Biskut Suji Tanpa Telur
kak fida@myresipi.com
Created on : 16-08-2011
1/2 cawan minyak sapi (125 g) - cairkan 2 1/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan gula icing* 1 sk (rata) bicarbonate of soda* 1/4 sk garam halus* 1/8 sk serbuk vanilli* ceri merah - potong kecil utk hiasan (opt) Cara-cara
1.
Ayak bahan2 bertanda di dalam mangkuk.tuangkan minyak sapi cair sambil digaul perlahan.
2.
3.
Bulat2kan doh sebesar guli (5g) dan susun atas dulang pembakar,hias dengan potongan ceri merah jika suka.Bakar hingga garing pada suhu 160C selama 15-20 min. Chocolate Chip Cookies (Tanpa Telur)
Biskut coklat cip yang ringan dan garing walaupon tanpa telur..... :)
kak fida@myresipi.com
Created on : 19-08-2011
1 1/4 cawan mentega - lembut (280g) 3/4 cawan gula icing - diayak (85g) 1/2 cawan gula perang (100g) 1 sk esen vanilla 1 sb serbuk koko - diayak 1 sk bicarbonate soda - diayak 2 1/2 cawan tepung gandum - diayak (275g) 120 g choc chips (lebihkan jika suka) 120 g hirisan badam (lebihkan jika suka) Cara-cara
1.
Putar mentega dan kedua2 gula hingga berkrim lalu masukkan vanilla tapi jangan kembang (akak guna hand whisk aje).
2.
Masukkan pula serbuk koko dan bicarbonate soda dan putar lagi.
3.
Masukkan pula tepung dan digaul dengan senduk atau spatula diikuti dengan choc chips dan badam hiris dan gaul lagi hingga sebati.
4.
Bubuh doh 1 sudu kecil berjarak atas tray dan bakar pd suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing ikut kepanasan oven masing2. Bangkit Susu
kak fida@myresipi.com
Created on : 18-10-2011
250 g tepung ubi/tapioca flour 1 helai daun pandan - gunting kecil 2 sb gula icing 3 sb susu manis (60 g) 100 g majerin/mentega - lembut Cara-cara
1. Sangar tepung dan daun pandan hingga ringan dan sejukkan.Ayak tepung ke dalam sebuah mangkuk.
2.
Campurkan gula dan susu manis dan uli lalu masukkan pula majerin/mentega sedikit2 dan uli hingga adunan lembut dan boleh dikepal. 3. Canai doh dan terap dengan penerap pilihan.Susun atas dulang pembakar.
4.
Bakar pada suhu 150C selama 12-15 min atau ikut kepanasan oven masing2.
5.
Sejukkan bangkit atas redai.Simpan di dalm bekas kedap udara. Cheese Tart
Ikut kelas masakan..resepi yg enak dan disukai anak2..selalunye cantik buat hantaran...Tak berapa cun coz anak2 gadis kite yg year 6 tolong...yg penting sedap..ikut krteativiti..
Resepi2011@myresipi.com
Created on : 02-05-2012
Sugar Dough (asas buat tart) 250g butter 1 cawan gula kastor secubit garam(Jika guna majerin tak payah bubuh) 600g tepung gandum 2 biji telur (apa2 gred tapi biasa guna gred B) Cheese filing tart 250g cream cheese 70g gula kastor 1 biji telur sedikit coffe @ coklat emalco( ikut suka utk lorekan) 2 - 3 sudu susu cair Cara-cara
1. Untuk sugar dough. - Putar butter dengan gula hingga kembang kemudian baru masukkan telur sebiji sebiji pukul lagi hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan tepung dan gaul rata hingga jadi doh. Ketika mencanai pastikan baki doh di tutup dengan kain @ plastik coz cepat keras bila kena angin. 3. Terapkan dan bentukkan dalam bekas tart berbentuk macam kat kedai tu..(lanser dengan sikit marjerin dasar bekas tart agar tak melekat... 4. Tekan sikit dasarnya agar berbentuk cantik. 5. Bakar dalam oven hingga sedikit kekuningan jangan sampai garing. ~ 20 minit.( Boleh buat awal dan simpan dalam bekas kedap udara) 6. Cara buat Cheese filing tart.( Ketika menunggu pastery cup masak bolehlah buat cheese filing ni) 7. Putar cheese, gula, susu cair dan telur hingga licin. 8. Masukkan @ paipkan dalam pasteri cup dan bubuh sedikit coffe flavour @ apa2 yg disukai..lorekkan ikut kreativiti.. 9. * Anak2 tak suka emalco kite tukar dengan jem blue barry..dan namanye menjadi Bluebarry cheese tart..@ Strawberry dll ikut selera masing2. 10. Anak2 sangat suke biasa buat hari yang sama juga habis tak sempat nak simpan...Puas makan beli mahal...