Anda di halaman 1dari 49

Tajuk 3 : Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad

Disediakan oleh :

Christy Kilis Ernnywantie binti Joseph Nadia Rozaila binti Rahiman Nur Azimah binti Asmadi Salehan binti Mohd Ariffin

Pensyarah pembimbing : En. Abdullah bin Mohd Yassin

Tajuk 3 : Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad


Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar. Latihan menyebut pola suku kata v dan kv. Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa. Latihan membaca ayat

Kaedah abjad

Menyebut nama huruf abjad a hingga z : huruf kecil dan huruf besar

Latihan menyebut pola suku kata v dan kv

Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Latihan membaca ayat

Menggunakan bahan bantu

Laksana latihan

3.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad


Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut.
Setelah itu diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan hurufhuruf konsonan.

Murid-murid tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak. Digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan.

3.2 Kelebihan Konsep Membaca Kaedah Abjad

Penggunaannya amat sesuai dengan sistem bahasa Melayu kerana terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

3.3 Kelemahan Konsep Membaca Kaedah Abjad


Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

Boleh membosankan muridmurid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.

Menyebut Nama Huruf Abjad A-Z (Huruf Besar & Huruf Kecil)

Latihan Menyebut Suku Kata V + KV

Latihan Menyebut Suku Kata V + KV


Huruf V adalah bermaksud huruf vokal. Terdapat enam jenis vokal dalam bahasa Melayu iaitu a, e (taling), e (pepet), i, o, dan u. K bermaksud huruf konsonan yang mempunyai 22 huruf. i. Contoh aktiviti menyebut suku kata V + KV Aktiviti ini menggunakan kad perkataan yang dibina menggunakan kad keras yang berwarna supaya kelihatan menarik.

Arahan : Sebut suku kata berikut.

i bu

u bi

a bu

a pi

Contoh kad suku kata v + kv

Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa

i. Contoh aktiviti mengeja suku kata

ii. Contoh aktiviti mengeja perkataan

iii. Contoh aktiviti mengeja frasa

Arahan : Eja kemudian sebut suku kata.

ma
mata

ta

bu
buku

ku

ka kaki

ki

da dadu

du

Arahan : Eja dan sebut perkataan.

ku su na ro

ku du si ti

kuku sudu nasi roti

Arahan : Eja dan sebut frasa dengan betul.

bu

ku

bi

ru

buku biru

me

ja

ka

yu

meja kayu

ba

ju

la

ma

baju lama

Ayat merupakan peringkat susunan yang LATIHAN MEMBACA AYAT tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Manakala perkataan pula terletak pada peringkat susunan yang paling bawah. Ayat juga merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.

Contoh: Ayat Kucing orang itu sedang makan

Klausa
Frasa (2 frasa)

kucing orang itu sedang makan


Kucing orang itu/ sedang makan

Perkataan Kucing/ orang/ itu/ sedang/ makan (5 kata)

Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhitung jumlahnya. Terbahagi kepada 2 golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan: Contoh ayat dasar : Puan Sara guru sekolah Ibu mereka sedang memandu Arnab itu sihat sungguh Rumah saya di Seri Kembangan

Ayat dasar atau ayat tunggal mesti mempunyai subjek dan predikat. Contoh: Ibu Hasif peguam (S) (P) Langkah p&p boleh dipelbagaikan oleh guru. Ayat dibaca berulang kali dan guru boleh melakukan peluasan ayat mengikut peringkat kefahaman murid-murid.

Contoh:

-- Baju itu hijau. -- Baju itu hijau muda. -- Baju itu berwarna hijau muda. -- Baju budak itu berwarna hijau muda.