Anda di halaman 1dari 35

Potato Croquette

sedap dimakan semasa masih panas. Sesuai sebagai hidangan untuk kanak-kanak.

yani@myresipi.com

Created on : 17-04-2006

Bahan-bahan ( 8 ketul )

4-5 biji ubi kentang 1 sudu mentega 1/2 biji bawang besar 150g daging cincang sedikit garam dan serbuk lada sulah 2 biji telur dipukul bread crumbs secukupnya sedikit tepung minyak untuk mengoreng Cara-cara Rebus ubi kentang sehingga masak Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu Potong dadu bawang besar. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs Goreng dalam minyak penuh Kerutuk daging

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

Makyong@myresipi.com

Created on : 16-04-2006

Bahan-bahan ( 5 orang )

500g daging 4 sudu besar rempah kerutuk 2 sudu cili giling 1/2 biji bawang besar 3 cawan santan pekat 2 sudu besar kicap pekat 1/2 keping gula melaka/manisan 2 sudu besar kerisik [bahan tumis] 1/2 bawang besar 1/2 inci halia 2 ulas bawang putih 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 3 sudu besar minyak Cara-cara

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan. 2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk 3. Panaskan minyak 4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi 5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi 6. Masak sehingga pecah minyak 7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat. 8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api. 9. Siap untuk dihidang. Sup Tulang

Sup orang bujang.. Boleh makan dengan nasi dan juga buat mee sup. Time malas nak masak boleh pekena nasi sup untuk lunch.. belah malam makan mee sup.. sodap!!

kabuto@myresipi.com

Created on : 27-08-2006

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g tulang lembu 1 sup bunjut adabi 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie 2 1/2 liter air. 3-4 ulas bawang putih 1 cm halia minyak untuk menumis daun sup/ daun bawang bawang goreng cili padi -kalo nak pedas :) limau nipis- kalo suka masam2 sket.. 2 ketul ubi kentang 1/2 batang lobak merah Cara-cara

1. 2. 3. 4.

Mula-mula cucilah tulang temulang. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih. 5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe.. 6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk. 7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe.. 8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. 9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula. 10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis. Dendeng

simple

erna@myresipi.com

Created on : 01-06-2006

Bahan-bahan ( 4 orang )

500gm daging 4 biji tomato 2 sudu besar kicap 1 sudu besar gula garam secukupnya ****Bahan A (dikisar)***** 2 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih 10 ulas bawang merah 3 sudu besar cili giling sedikit halia Cara-cara

1. Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap. 2. Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan. 3. Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering. Rendang daging

Dapat resepi ni dari kawan. 1st time try.. terus terpikat! Tak kering macam rendang biasa.

melati@myresipi.com

Created on : 03-07-2006

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


1kg daging- potong kecik-kecik 2 peket kecik rempah kurma 1/4 cawan kerisik 1 biji kelapa-ambik santannya garam gula melaka / gula sedikit air asam jawa ****BAHAN KISAR** 2 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 5 batang serai 1-1/2cm halia 1-1/2cm lengkuas 15-20 biji cili kering ***BAHAN MAYANG *** 3 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit Cara-cara Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan. Kari Daging

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Untuk Roti Jala atau menu utama harian. Boleh juga di gantikan dengan ayam jika suka.

lynn@myresipi.com

Created on : 13-07-2006

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )


1 kg daging 125 ml minyak 5 labu bawang di cincang halus 12 ulas bawang putih di cincang halus 2 kuntum bunga lawang

2.5 cm kulit kayu manis 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya ) 4 tangkai daun kari 70 g rempah kari daging di campur dgn 125 ml air jadikan pes 1liter santan cair 500 ml santan pekat 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar ) garam secukupnya Cara-cara

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama jam atau hingga daging empuk. 8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk. 9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api. Serunding Daging

Resipi utk Serunding Daging..Bg Yg Teringin Nak Buat ...

Chef_Gredz@myresipi.com

Created on : 26-08-2007

Bahan-bahan ( Ni Resipi Utk 2kg Daging )


2 kg Daging (Btg Pinang @ Topside) Direbus Empuk 400 gram Cili Kering 2 labu Bawang Merah Besar 5 ulas Bawang Putih 4 cm Lengkuas 2.5 cm Halia 4 - 5 btg Serai 150 gram Ketumbar (pandai2 agak) 150 gram Jintan Manis (pandai2 agak) 250 gram Gula Merah @ Gula Perang @ Gula Putih 1 bj Kelapa (perah jd santan pekat) Jus Asam Jawa 50 gram Kerisik (tak letak pun takpe) 2-3 Org Pembantu & Kesabaran Yg Tinggi (percaya la nak siat daging 2 kilo sorang2 ni bukan kerja yg "menyeronokkan" ...

Cara-cara

1. 2. 3. 4. 5.

Bahan2 nih blend sekali dgn Bwg Besar,Bwg Putih,Ketumbar Dan Jintan (yg dah digoreng tanpa minyak) Kemudian tumis bhn2 yg dah blend td (agak2 minyak ya...jgn terlebih plak) Masukkan Gula Merah dan kerisik tu td Masukkan Jus Asam Jawa (agak2 rasanya) Masukkan Santan pekat

6.

Goreng Tumisan kita tuh sampai pecah minyak (but jgn masukkan dulu daging k..)..nih gambar masa dier dah pecah minyak ....

7.

Tunggu sampai garing tumisan kita ...mcm gambar sebelah ni .....

8.

Ambil daging yg kita dah carik2 (daging ni dah "diangin2kan" ...utk kering kan lebih2an air rebusan tu.....

9.

tutup api tumisan kita tuh ...dan masukkan daging yg kita dah anginkan tuh ...

10.

Kacau sampai rata .......baru bukak api balik ...tp gunakan api yg kecil ..kat sini kesabaran memainkan peranan yg penting...kalau melekat2 "JGN TAMBAH MINYAK!!!"...masukkan sedikit air je...

11.

Dan kacau lah sampai betul kering dan garing ...kacau jgn berketul2 pastikan kita gunakan api yg betul2 kecil ...jgn gatal2 tangan nak besarkan api.... 12. And resipi ni boleh tahan sehingga 8 bulan jika ditutup dan diletakkan di tempat yg kering ... Tahan setahun jika diletak dalam peti ais...Dan pantang kalau dihinggap lalat... Sepanjang pembuatan serunding ni kena ingat ..jgn sampai dihinggap lalat ..

13.

Ok Maka bila dah siap cam gambar bwh tuh korang boleh la hidang kan ...sekali lagi maaf sebab lambat up sebab penat sgt ..tgn pun smpai sakit2 dan pedih2 (sebab siat daging 2 kilo sorang2) ...huuhuh..tp dlm bidang masakan ni kesabaran selalunya memberikan hasil yg membanggakan kalau kita sanggup sabar dan belajar tanpa henti ...Thanks buat semua yg tggu ...heheeh ..smpai blom sipa taip pun dah ade org komen ..heheh ...Thanks...cuba dan komen okay ....selamat mencuba....

14.

Hehehehheehe...sori tak sempat hias...penat ..lg pun utk customer ...heheheh ...dan resipi ni nampak hitam bukan sebab hangus ..tp sebab gula merah yg sy guna menyebabkan warnanya jd gelap ... Black pepper steak

simple dan senang.... sekali-sekala makan western pulak la... sedap makan dengan mashed potato sekali..

hanis@myresipi.com

Created on : 17-11-2006

Bahan-bahan ( 1 orang )

1 keping daging kambing 2 ulas bawang putih - ditumbuk serbuk lada hitam 3 s/b sos cili 2 s/b sos tomato sedikit kicap 1 biji kentang sederhana besar 1 s/k mentega/marjerin 5 s/b susu segar Cara-cara

1. peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min. 2. masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut.

3.

ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali. 4. [untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh) 5. [untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.) 6. tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus. Daging goreng nanas

masam manis nanas + daging...

nure@myresipi.com

Created on : 16-11-2006

Bahan-bahan ( 4~5 org )


500g daging dihiris 200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris 1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris 2 sd besar sos tomato 2 sd besar sos tiram 1 sd besar rempah kari daging 1 sd kecil lada hitam (dikisar) 1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia minyak masak dan garam Cara-cara

1. panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau. 2. masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk. 3. masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata. 4. Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang Daging Kicap Bercili

Resepi dari arwah nenek. Masakan yang agak pedas & 'hangat'. Sesuai juga dimakan dgn nasi minyak

hudahana@myresipi.com

Created on : 10-12-2006

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )


500g daging batang pinang - di hiris 15 tangkai cili kering 1/2 camca teh jintan besar 1/2 camca teh jintan kecil 1 camca teh lada hitam 1/2 inci halia 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih kicap pekat sedikit air asam jawa 2-3 biji bawang besar dimayang garam & gula secukup rasa Cara-cara kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bwg merah & bwg putih tumis bahan kisar sehingga naik minyak masukkan daging masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula renihkan seketika, masukkan bawang besar tutup api, sedia utk dihidang Begedil daging cincang

1. 2. 3. 4. 5. 6.

resipi dari ibu tersayang

ratnamurniwati@myresipi.com

Created on : 08-12-2006

Bahan-bahan ( 3 orang )

2 bj kentang segenggam daging cincang ramly daun sup dicincang halus 5 sudu besar bawang goreng satu sudu kecil garam 1/2 sudu kecil lada sulah 1 biji telur (di pukul) Cara-cara kentang dipotong dan digoreng hingga garing. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng. Daging masak black pepper

1. 2. 3. 4. 5. 6.

senang dan sedap!

gohmimie@myresipi.com

Created on : 07-12-2006

Bahan-bahan ( 2 orang )

200gm daging 2 sudu makan black pepper 3 sudu makan madu 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan susu cair 4 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 inci halia garam, aji, gula & minyak Cara-cara

1. Daging dihiris nipis, bawang putih & halia ditumbuk hingga lumat, blackpepper ditumbuk kasar, bawang besar dibelah 4. 2. Perap daging bersama sos tiram, black pepper dan madu, selama 1 jam...lagi lama lagi sedap. 3. Panaskan kuali, tumis halia & bawang putih hingga kekuningan. 4. Masukkan daging...tambah sedikit air dan tunggu hingga daging empuk & masak...masukkan bawang besar tunggu hingga layu...bawang besar boleh diganti dengan daun saderi or daun sup...and rasa dia pun akan lain sket...hiks! 5. Masukkan garam, aji, gula dan susu cair...kalau nak lebih creamy tambah susu cair lebih sikit. 6. Siap untuk dimakan. Daging Masak Merah

ni ceduk dari majalah rase.. dah try rase cam senang jer nak buek n sedap.. so meh la kita kongsi bersama..

dyna@myresipi.com

Created on : 22-01-2007

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut 1 bijik bawang besar dimayang 1 bijik cili capsicum hijau 1 cm halia 2 ulas bawang putih 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa garam secukup rase... klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak... Cara-cara

1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan 2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat... 3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....

4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati.. 5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang.. 6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA Daging blackpepper

resepi internet....

junjs11@myresipi.com

Created on : 21-01-2007

Bahan-bahan ( 5 org makan )


250gm daging-dihiris 2 ulas bawang putih cincang 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar lada hitam ditumbuk 1/2 biji capsicum 1 pokok daun bawang potong 1 in 1/2 biji bawang besar-dipotong2 1 biji tomato-dipotong2 2in halia dihiris panjang2 sedikit air, garam(jika perlu) Cara-cara

1. Tumis bawang putih, masukkan daging dan lada hitam. Biar daging empuk sedikit. jika perlu masuk air sedikit. 2. Masukkan sos tiram, kicap, capsicum, bawang besar, daun bawang, tomato, halia dan sedikit air. 3. Gaul sebati, rasakan garam dan angkat. Kuah daging baryani

kuah daging baryani..untuk dimakan bersama nasi baryani.

mrsdayat@myresipi.com

Created on : 27-05-2007

Bahan-bahan ( 4 org )

setengah kg daging lembu (potong kiub) setengah biji bawang besar (hiris) baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat 1 biji tomato saiz besar (belah 4) 3-4 biji cili hijau 2tbsp tomato puree 1tbsp sos tomato 1/4 cwn susu cair sedikit ghee sedikit rempah tumis 3 tbsp rempah baryani garam,gula,ajinomoto secukup rasa sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina 1 tbsp yogurt Cara-cara

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk) tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau masukkan daging..gaulkan. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2.. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air) 8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum. 9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur.. 10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..

11.

buleh la di hidang bersama nasi baryani... 12. update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=) Daging Goreng Garam Kunyit

Ini resipi asas untuk lauk daging goreng. Adik2 syana suka lauk ini. Kedai2 masakan siam pun ada lauk ini dalam menunya.

syana73@myresipi.com

Created on : 04-02-2007

Bahan-bahan ( 2-3 org )


200-300gm daging mentah serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh) minyak masak bawang merah 2-3 biji dimayam bawang putih 1 biji dimayam bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang Cara-cara

1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal) 2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit 3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak' 4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa 5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing 6. apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum 7. variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis 8. variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap Dalca Daging

Ambik dari buku masakan

Noreen@myresipi.com

Created on : 20-03-2007

Bahan-bahan ( Satu family )


200gm kacang dhal - direbus 200gm daging lembu - dihiris 2 biji terung bulat - dipotong kecil2 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2 2 biji kentang 10 batang kacang panjang - dipotong 50gm serbuk kari daging + sedikit air 4 cawan santan

Sedikit daun kari Minyak masak dan garam Bahan tumisan: 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 5 ulas bawang merah - dikisar 2 cm halia - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 2 biji bawang besar - dikisar Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau. 2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing. 3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut. 4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih. Daging hitam manis

Hari tu dah hantar tapi tak cantik. now i adjuse for u all

sofinar@myresipi.com

Created on : 26-11-2007

Bahan-bahan ( 6 orang )

500g daging - dihiris nipis 1camca teh serbuk kunyit garam 200ml minyak masak 7 bj bwg merah * 5 ulas bwg putih * 1/2 cwn kicap pekat 1/4 cawan cuka sedikit gula 3 sudu teh lada hitam -ditumbuk 2 labu bawang besar- potong dadu 3 bj cili hijau dan 3 bj cili merah * ditumbuk bersama 60g halia* Cara-cara

1. Perap daging dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit 2. Goreng daging kira-kira 5 minit

3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama2 tadi dan masak hingga masak 4. bila daging dah masak masukkan kicap, cuka, gula dan lada hitam. biarkan masak 5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Taraa siaplah. boleh dimakan. Daging Black Pepper

resipi asal dari chinese chef kat tv lamaaaaaaaa dulu.. dah edit laa skit2..

nor_67@myresipi.com

Created on : 07-03-2008

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )


500gm daging batang pinang 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas 1 biji lada benggala hijau 1 biji lada merah 3 sb kicap manis 2 sb sos tiram 1 cawan air 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula minyak utk menggoreng Cara-cara

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng. 2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada 3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. 4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram 5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung

jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih. Daging hitam nasi kandaq

penang mari

fatini_sfm@myresipi.com

Created on : 24-02-2007

Bahan-bahan ( 10 orang )

1 kg daging 30 biji cili kering 1 sudu serbuk jintan putih 1 in halia 10 ulas bawang putih 10 ulas bawang merah 10 biji bawang besar 2 batang serai 2 tangkai daun kari 2 helai daun pandan 1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz) 1/4 cawan kicap manis 1/2 cawan minyak masak 3 biji tomato dihiris asam jawa, garam sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih daun pudina kalau suka Cara-cara

1. 2. 3. 4.

daging potong 18 bawang kecil, bawang putih halia di kisar bawang besar dikisar berasingan cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis 5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan 6. masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap 7. apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari 8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk 9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina 10. ha....ini la daging hitam nasik kandaq :) Daging samudera

Satu lagi resepi campak-campak

lelayong@myresipi.com

Created on : 15-04-2008

Bahan-bahan ( 2 orang )

Daging batang pinang-lela buat utk 2 orang makan @ Kicap @ Cuka @ Sedikit gula Cara-cara

1. Perap daging bersama bahan yg bertanda @ selama setengah jam 2. Kemudian goreng daging yg diperap sehingga kering, guna api sederhana besar (lela tak gua minyak utk daging ni) Daging Masak Beefsteak Kicap

masakan harian kesukaan famili.Enak dimakan bersama nasi putih,nasi minyak, nasi tomato ...juga dgn roti...ikut selera..masing2..

kak fida@myresipi.com

Created on : 26-07-2008

Bahan-bahan ( 1 famili )

1 kilo daging goreng - potong kecil ikut suka hati, rebus 1/2 masak. Air rebusan jgn dibuang. 80 g rempah beefsteak 70 g tomato puree 1/2 botol kecil kicap manis 3 biji tomato - potong 4 3 biji kentang - kupas kulit, potong 6(wedges) dan goreng Bahan kisar:1/2 jari halia 6 ulas bawang putih 15 biji bawang merah

1 batang serai 10 tangkai lada kering - direbus,cuci dan toskan Bahan tumis:secukup minyak kayu manis, cengkih, pelaga 2 biji bawang besar - dihiris bulat garam,gula dan penyedap rasa (opt) Cara-cara

1. Rempah beefsteak, tomato puree serta bahan2 kisar digaul rata. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dgn api sederhana hingga bawang layu. 3. Masukkan campuran rempah, kacau rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak hangus. 4. Masukkan pula kicap,gaul lagi dan masukkan daging. Bubuh garam,gula,penyedap rasa jika perlu 5. Masak hingga daging empuk dan masukkan kentang goreng dan tomato. Gaul rata dan masak hingga pekat sedikit. Colek daging panggang

masakan tuk mereka yg suka mkn masam2 + pedas2

shima27@myresipi.com

Created on : 27-07-2008

Bahan-bahan ( separuh family :D )


daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min Bhn utk colek: cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji) 1-2 biji cili masak - dikisar 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek) 1 biji tomato - dicincang 1 labu bwg besar dicincang daun coriander/ketumbar - dicincang lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat) 2 sudu besar nampla/minyak ikan

garam & gula secukup rasa extra air masak (tuk kuah colek) Cara-cara

1. daging yg telah diperap di panggang atas grill hingga masak ( i prefer medium) 2. sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato.. 3. hidang daging panggan dihiris nipis bersama colek... Daging Masak Kurma

Resipi keluarga...

kak fida@myresipi.com

Created on : 28-07-2008

Bahan-bahan ( 10 orang )

1 kilo daging goreng - direbus 5 sb rempah kurma 1 cawan susu sejat secukup air utk merebus daging minyak dan garam 4-7 batang lada hijau * 3 biji tomato * 10 ulas bawang merah * 3 ulas bawang putih * 2-3 tangkai daun ketumbar * 3 hiris halia muda * Cara-cara

1. Kisar bahan2 * hingga halus. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurma,gaul rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak kering. 3. Masukkan daging rebus bersama lebihan air rebusannya dan masak hingga mendidih dan daging empuk. Gaul hingga rata. 4. Masukkan susu dan garam dan masak hingga mendidih sekali lagi. Bokhara - Mutton Baked Beans

Masakan Arab,resipi pemberian teman yg pernah tinggal lama di Jordan.Sesuai di makan dgn roti dan dihidang bila2 masa saje.

kak fida@myresipi.com

Created on : 04-09-2008

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


1/2 kilo daging kambing - di potong kecil,cuci dan toskan 2 tin besar Baked Beans in tomato sauce 10 tangkai cili kering * (lebihkan jika suka pedas) 1 biji bawang besar * 4 ulas bawang putih * 1/2 jari halia * minyak sapi secukupnya beberapa keping telur mata lembu roti putih atau roti perancis garam dan gula secukup rasa Cara-cara

1. Kisar bahan2 bertanda* hingga halus. 2. Di dlm kuali, panaskan 3 sb minyak sapi dan goreng daging hingga empuk.Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan lagi secukup minyak sapi dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata. 4. Masukkan Baked Beans dgn sosnye sekali dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Kacau supaya sebati dan masak lagi 10-15 min di atas api yg kecil.Kacau sekali2,supaya dasarnya tk hangit. 5. Hidangkan Bokhara dgn telur mata lembu dan sedap dimakan dgn roti. 6. Bagi yg tidak sesuai dgn minyak sapi dan daging kambing,boleh gantikan dgn minyak masak dan daging lembu. Sambal Goreng Pengantin

Sesuai dimkn dgn apa saja jenis nasi,ketupat dan lontong.Menjadi hidangan keluarga pd hari raya dan lauk ini selalu juga menjadi hidangan di majlis perkahwinan.

kak fida@myresipi.com

Created on : 07-09-2008

Bahan-bahan ( 20 orang +- )

1 kilo daging * 1 kilo paru * 1 kilo hati lembu * @20 tangkai cili kering @3 biji bawang besar @ 10 ulas bawang putih @1/2 jari halia @ 2 hiris lengkuas @ 8 batang serai - hiris 10 tangkai cili kering - cuci,gunting serong dan goreng garing. 2 cawan bawang goreng 1 cawan air asam garam dan gula secukup rasa Secukup minyak utk menggoreng dan menumis. Cara-cara

1. Bahan bertanda * direbus,didadu kecil dan digoreng berasingan. 2. Bahan bertanda @ dikisar halus.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis hingga garing. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa. 3. Masukkan bahan yg digoreng dan gaul rata,tambah sedikit air dan masukkan cili kering goreng dan bawang goreng dan gaul lagi hingga rata dan sebati. Masak hingga rata. 4. Sambal goreng ini jangan dimasak terlalu kering,biar basah2 sedikit. Daging tumbuk masak kicap

resepi kegemaran ku semasa kecil.... apatah lagi dimasak oleh bonda tersayang

sofinar@myresipi.com

Created on : 03-10-2008

Bahan-bahan ( 6 -8 orang )

300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal 2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah 6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus 1/2 cawan kicap pekat manis 4 tangkai cili kering- digoreng dahulu 1 sudu teh jintan manis 2 cm belacan asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya minyak untuk menumis, garam dan gula

Cara-cara 1. daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula. 2. perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit, 3. cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama 4. panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi 5. masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa. 6. tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang Satay Goreng

Satay yg tk perlu dicucuk dan dibakar,hanya menggoreng aje tetapi rasa tetap same.Sesuai utk juadah hari lebaran dan juga majlis rumah terbuka.

kak fida@myresipi.com

Created on : 05-09-2008

Bahan-bahan ( 10 orang )

1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil. 150 g gula pasir 100 g gula merah 100 g madu, 2 sk garam Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :3 sb ketumbar biji - sangar 2 sk jintan halus - sangar 1 sb lada sulah biji 6 ulas bawang putih 1/2 jari halia 2 hiris lengkuas 4 batang serai - hiris 1/2 jari kunyit hidup Cara-cara

1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman. 2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit). 3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang. 4. Untuk kuah satay - http:/www.myresipi.com/top/detail/5464 Kari Daging Kerisik

Resipi harian keluarga,sedap dimakan dgn apa saja jenis nasi dan roti.

kak fida@myresipi.com

Created on : 17-10-2008

Bahan-bahan ( 1 famili )

1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. 2 sb cili kisar 1 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1/2 jari halia* 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes 1 batang serai - dititik 2 lembar daun kari sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis) 3 biji kentang - dibelah 4 3 biji tomato - dibelah 4 2 batang lada hijau - dibelah 2 1/2 cawan kerisik 1 keping asam gelugur garam secukup rasa minyak masak - untuk menumis 1/2 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris air secukupnya utk kuah Cara-cara

1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar. 2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. 3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk. 4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan. Lamb Chop

resepi utk dikongsi bersama bg penggemar western food

hana6877@myresipi.com

Created on : 26-05-2008

Bahan-bahan ( 2 org makan )


500gm daging slice/2 keping daging 2 sudu marjerin/butter skit garam dan blackpepper BHN SOS BLACK PEPPER 1/2 sudu black pepper 1 sudu mentega 1 kuib ayam sebatang saderi-dicincang sebiji bawang besar- dicincang 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe) 2 sudu tepung gandum 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram garam skit BHN MACARONI / COLESLAW segengam macaroni - direbus dan ditos segenggam mix vagetable - direbus dan ditos 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain sesudu air lemon BHN MASHED POTATO 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt. 2 sb butter, garam dan lada hitam sedikit sos black pepper/gravy BHN SAMPINGAN kentang goreng 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan sebiji tomato- dihiris Cara-cara

1. Gaulkan daging ngan skit garam dan blackpepper .perap sebentar kemudian grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. dan balik2kan sampai masak. 2. Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat. 3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam. 4. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan masukkan butter. kemudian susu segar dan tmbhkan lada itam dan garam skit. cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy td. 5. Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging. resepi nih nmpk cam susah tp sebenarnya senang je..

Sup Tulang/Ekor

Resipi harian utk keluarga,sedap di makan dgn roti atau dimakan begitu saja dan cicah dgn sambal kicap cili padi....Sup yg tidak menggunakan rempah hanya menggunakan sedikit biji buah pala utk mendapatkan kelainan rasa...

kak fida@myresipi.com

Created on : 04-11-2008

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

2 kilo tulang kaki kambing/ekor lembu * - potong kecil(utk ekor) dan cuci bersih 2 helai daun pandan * 2 batang serai *- dititik 1 ibu jari halia*- diketuk 3 biji bawang besar - dikisar 6 ulas bawang putih - dikisar 1 ibu jari halia - dikisar 1/2 biji buah pala - di tumbuk halus 1 sb lada hitam - ditumbuk halus daun sup dan daun bawang - dihiris untuk tabur bawang goreng - untuk tabur garam secukup rasa minyak masak untuk menumis Kentang,Carrot,Celery - dipotong ikut suka. BAHAN TUMIS:-hirisan bawang merah dan bawang putih,kulit kayu manis,cengkih,pelaga.. Secukup air untuk merebus tulang dan untuk kuah Cara-cara

1. Rebus tulang bersama bahan2 yang bertanda* dgn secukup air hingga daging pd tulang empuk. 2. Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bahan2 tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 yg dikisar dan ditumbuk halus dan kacau rata hingga terbit minyak dan masukkan rebusan tulang bersama secukup supnye,kacau rata dan tambahkan garam secukup rasa.Masukkan kentang, carrot.celery dan masak hingga sayur2an empuk. 3. Ketika menghidang, tabur daun sup dan daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng. 4. **Tulang kaki kambing/ekor lembu boleh diganti dengan tulang rusuk atau isi daging lembu ikut selera.Satu petua untuk dikongsi bersama...ketika merebus daging jangan bubuh garam sebab daging akan lambat empuk..Selamat mencuba. Paru Goreng Berlado

Sedap dimakan dengan apa saja jenis nasi.Sesuai untuk hidangan majlis2 tertentu.

kak fida@myresipi.com

Created on : 16-11-2008

Bahan-bahan ( 10 orang )

1 kilo paru* - dipotong besar,4-5 ketul dan cuci. 5 helai daun salam* sedikit garam* (bahan bertanda * di atas direbus dgn secukup air hingga empuk) 8-10 batang lada merah-dikisar 7 ulas bawang putih - dicincang halus 3 biji limau kasturi ambil jusnya 2 sb gula merah tanjung 1 sb gula pasir 1 sk garam minyak masak secukupnya untuk menggoreng paru dan menumis lauk Cara-cara

1. Paru rebus dipotong tipis2 lalu digoreng terendam dgn secukup minyak hingga garing. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sebentar diikuti dgn lada merah hingga naik baunya.Kemudian masukkan gula,garam dan kacau rata. 3. Masukkan pula jus limau kasturi, kacau rata diikuti dgn paru goreng dan kacau lagi hingga sebati. Daging Masak Kicap

masakan bonda dlm versi dayang dan juga masakan wajib pd hari lebaran...

dayang_jack@myresipi.com

Created on : 19-11-2008

Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )


1/2-1 kilo daging (dibersihkan dgn air asam jawa dan dipotong kiub) 8 ulas bwg merah (dikisar) 4 ulas bwg putih (dikisar)

1 batang serai (dikisar) 1 sudu bsr serbuk lada hitam 1 sudu bsr cili kisar 1 inci lengkuas (dikisar) 1 inci halia (dikisar) 2 sudu bsr kicap pekat cap Popo/Yeos (jika ade) 3 sudu bsr kicap masin (dayang guna kicap Tong Nam) 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri) rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang) 3 sudu bsr minyak masak 1/2 sudu bsr asam jawa (Adabi) garam, gula dan air secukupnya. Cara-cara

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman) Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat). Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Siap dihidangkan utk seisi keluarga. Bone Steak (Sup Tulang Merah)

Bone steak atau sup tulang merah,masakan yg fofuler di S'pure...enak di mkn bersama roti putih atau roti perancis dan jugak nasi. Resipi atas permintaan tatai... selamat mencube... :)

kak fida@myresipi.com

Created on : 14-08-2008

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


1 3 1 4 1

kilo tulang *- cuci bersih helai daun pandan* btg serai* ulas bwg putih* -diketuk ibu jari halia* -diketuk

(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus. 2 sb ketumbar biji* 1 sb jintan kasar* 3/4 sb jintan halus* 1/2 sb lada hitam/putih* (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus ) 10-15 tangkai cili kering 10 ulas bwg merah 5 ulas bwh putih 1 botol tomato sos 2 sb kicap manis kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka 1-2 biji bwg besar - dibelah cili hijau - dipotong 2 biji telur - di kocok Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar 1/2 cwn bawang goreng 1/2 cwn kacang peas -utk tabur Cara-cara

1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk. 2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing. 3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk. 4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi. 5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat. 6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng. 7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual. Daging Merah Ala Thai

Resepi ni saya mintak kat tokey restoran. Nasib baik laa dia tak kedekut ilmu..

jeezy@myresipi.com

Created on : 11-01-2009

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk) 2 ulas bawang putih diketuk 1 labu bawang besar dipotong bulat 1 sudu besar cili giling Sedikit sos tiram Sedikit sos ikan (thailand mari) Sedikit sos tomato Sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh) Cara-cara Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket. Sup Tulang Merah (Bone Steak)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Sedap di makan dengan Roti putih gardenia @ roti perancis...rasanya masam2 manis..

as75@myresipi.com

Created on : 19-01-2009

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )


1kg tulang kambing @ tulang lembu 1 senduk cili kering/ cili boh *5 Biji Bawang besar *4 ulas bawang putih *1 inci halia 1/2 tin tomato pure (440gm) 1/2 botol sos tomato (435gm) 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok 2 sdb tepung gandum 2 sup bunjut tulang Adabi Garam secukup rasa 3 sudu gula (kemanisan ikut suka) Sedikit minyak untuk menumis Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng

Cara-cara 1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan 2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula 3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih 4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata.. 5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi.. 6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng.. 7. ::Selamat Mecuba:: Daging Kandar

Resipi ini pemberian teman akak Nik Fauziah sesuai untuk dicuba.mudah dan ringkas

kaksma@myresipi.com

Created on : 15-05-2009

Bahan-bahan ( 6 orang )

1/2 kg daging 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend) 2 sudu besar kicap pekat maggi 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh) 1 labu bawang besar(dimayang) 1 ulas bawang putih (dimayang) KUlit kayu manis dan bunga lawang sedikit daun kari garam dan perasa Cara-cara daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan) Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat. sesuai dimakan dengan nasi dan roti Rendang Padang

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Sesuai dimakan dengan nasi,lontong,ketupat,roti dan lain2..

kak fida@myresipi.com

Created on : 19-05-2009

Bahan-bahan ( 8-10 orang )


1 ekor ayam - dipotong kecil ...ATAU 1 kg daging - dihiris nipis dan lebar 1/2 biji kelapa parut dijadikan kerisik 1 ltr santan pekat drp 1 1/2 biji kelapa garam, gula secukup rasa 10 - 12 biji cili merah* 3 biji bawang besar* 8 ulas bawang putih* 1/2 ibu jari halia* 1/4 ibu jari kunyit hidup* 2 hiris lengkuas* 4 batang serai* 2 helai daun limau purut - disiat2 1 helai daun kunyit - disiat2 2 helai daun salam 2 sb air asam jawa secukup air - jika perlu Cara-cara

1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.

2.

Masukkan kesemua bahan2 di dalam periuk kecuali air asam,garam dan gula dan gaul rata dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan empuk.Tambah air jika perlu dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati dan masak lagi hingga kering atau berkuah pekat ikut selera. Sloppy Joe (Burger Daging Cincang BBQ)

Alasan bagus untuk makan dengan comot dan relax on a lazy weekend bersama keluarga dan kawan-kawan dan share kegembiraan!

MommaMia@myresipi.com

Created on : 06-08-2009

Bahan-bahan ( 12 orang )

1 kilo daging cincang 3 ulas bwg putih + 1 bwg besar ( dicincang) 1 cawan tomato sup 1 cawan tomato puree cawan sos cili 1/3 cawan brown sugar 3 sudu besar kicap * 2 sudu besar mustard ( kalau mahu lebih ummph) 12 biji bun burger Cara-cara Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing. Masukkan daging dan goreng hingga masak. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. (Sekali-sekala kacau) Untuk serve, cedokkan lebih kurang cawan daging keatas burger bun.Enjoy Sloppy Joe dengan comotnya dengan Keluarga anda! Rendang Lebaran

1. 2. 3. 4.

satu kelainan dlm rcp randang ini menggunakan tahi minyak... :)

kak fida@myresipi.com

Created on : 11-09-2010

Bahan-bahan ( 8-10 oreng )

1 ekor ayam - dipotong kecil

1 sk kunyit serbuk 2 sb pes cili 1 sb kicap cair 10 tangkai cili kering*(tambah cili padi jika suka pedas) 12 ulas bawang kecil* 4 ulas bawang putih* 3 batang serai* 2.5 cm halia*,1 hiris lengkuas* (*dikisar halus) 2 sb ketumbar biji** 1 sb jintan halus** 1/2 sb jintas kasar** (**sangar dan kisar halus) air atau air rebusan ayam secukupnya garam,gula melaka secukup rasa sedikit air asam minyak utk menggoreng ayam dan menumis. santan pekat drp 2 biji kelapa dijadikan tahi minyak 1 helai daun kunyit - dihiris atau siat2 3-4 helai daun limau purut Klik di sini untuk isi bahan Cara-cara

1. ayam diperap bersama serbuk kunyit,pes cili dan sediit garam selama 1/2 jam.Goreng hingga 3/4 masak dan ketepikan. 2. Panaskan secukup minyak masak dan tumis bahan2 yang dikisar * hingga garing.Masukkan daun2 dan tumis hingga wangi. 3. Tambah sedikit air/air rebusan ayam dan kacau rata.Masukkan pula jintan ketumbar yang dikisar tadi dan kacau rata.Tambah gula melaka,kicap cair,air asam dan tahi minyak dan kacau rata lagi. 4. Masukkan ayam goreng dan kacau sebati dan masak atas api perlahan hingga pekat.