Anda di halaman 1dari 34

Ikan tongkol goreng kicap

Ikan yang direbus dulu sebelum goreng

Makyong@myresipi.com

Created on : 02-08-2006

Bahan-bahan ( - )

>>Bahan untuk rebus Ikan tongkol asam keping lengkuas garam manisan/gula melaka >> Bahan untuk goreng kicap bawang besar-hiris bawang putih- hiris cili padi- hiris kacang panjang kicap sos tiram Cara-cara

1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng. 2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan 3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit. 4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati. 5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas Gulai ikan

Masakan kelantan. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi dagang.

Makyong@myresipi.com

Created on : 30-08-2006

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe) 1cm lengkuas 1cm kunyit 1 sudu besar cili giling 1 keping asam gelugur/keping 3-4 biiji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 biji timun 3 biji lada hijau 1/2 biji kelapa-ambik santan Cara-cara

1. Bersihkan ikan dan ketepikan. 2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih. 3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat. 4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau 5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api. Salmon butter lemon

resepi salmon goreng dengan sos lemon

yani@myresipi.com

Created on : 01-10-2006

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 slices salmon 2 + 1 sudu besar olive oil 1 sudu besar butter 1/2 sudu besar jus lemon 4 sudu besar air garam secukup rasa lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam) daun bawang untuk hiasan tepung gandum/ corn starch Cara-cara

1.

Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.

2.

Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.

3.

Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing. 4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu. 5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang. 6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya. Fish Ball

Jom buat fish ball sendiri, senang aje....

dalinnasue@myresipi.com

Created on : 08-11-2006

Bahan-bahan ( anggaran 3 org makan )

400gm isi ikan tenggiri 1 sudu kecil garam (paras rata) 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah 3 sudu besar tepung jagung 2 sudu kecil tepung ubi 60 ml air sejuk atau secukupnya 1/4 sudu kecil soda bikarbonat secubit serbuk perasa jika suka Cara-cara

1. Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat. 2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal. 3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil. 4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis. 5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat. Ikan masam manis

favourite gua lah ni...

kawan@myresipi.com

Created on : 08-11-2006

Bahan-bahan ( 3-5 orang )


1 ekor ikan kerapu / ikan bawal 1/2 batang timun dibuang biji 4 keping nenas dipotong panjang 2 biji tomato 3 biji bawang putih 5 sudu makan cili kering / cili boh 6 sudu makan sos tomato 2 sudu sos ikan 1/2 batang lobak merah 2 bji bawang besar 1 tangkai Cara-cara

1. Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan 2. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya 3. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata 4. Biar sehingga masak, padam api dapur 5. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan

Ikan masak sambal

cepat! and senang!

gohmimie@myresipi.com

Created on : 20-11-2006

Bahan-bahan ( 2 orang )

4 ekor ikan (ikan apa pun boleh!) 4 biji bawang putih 2 biji bawang merah 1 biji bawang besar dipotong bulat 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh) 1 cm belacan 8 sudu makan cili boh (cili kering yang diblend) bagi yang mau le Cara-cara

1. 2. 3. 4.

Lumurkan ikan dengan garam and kunyit...perap selama 10 minit Then...goreng ikan hingga garing Bawang putih & merah dikisar Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh...belacan dan bawang besar...tunggu sehingga garing and bawang besar layu 5. Tunggu sehingga mendidih...masukkan gula...and chicken cube...kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam...then masukkan ikan tadi...gaul hingga sebati...masukkan perahan air limau...gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan Ikan siakap kukus

Resepi Khas dari Chef Florence Tan: gambar resipi ni dr laporan masakan.

Mat Gebu@myresipi.com

Created on : 02-12-2006

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok( 1/2 camca teh garam 1/2 camca teh tepung jagung 1/2 camca teh lada sulah 3 camca besar jus limau kasturi* 1 1/2 camca besar minyak masak* 1 1/2 camca teh gula* 1/2 camca teh garam* 5 - 10 biji cili padi, dihiris* 2 batang serai, dihiris halus* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris* 1 helai daun limau purut, dihiris halus* 1/2 inci halia muda. dihiris halus* 2 ulas bawang putih, dihiris halus* 1/2 camca teh tepung jagung* 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*. Cara-cara

1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya. 2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan. 3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. 4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus. Asam pedas ikan dan nanas

Masakan baba dan nyonya

Mat Gebu@myresipi.com

Created on : 05-01-2007

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )


3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan. 1 cawan cili kisar 3 ulas bawang putih* 6 biji bawang merah kecil* 1/2 cm halia * 1 keping hirisan lengkuas* 3 biji buah keras* Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)* 1/2 inci kunyit hidup*

1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat) 2 kuntum bunga kantan, dibelah 2 1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka) Minyak untuk menumis Cara-cara

1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan 2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak. 3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi. 4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka. 5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan. Ikan singgang serani

Resepi warisan

Mat Gebu@myresipi.com

Created on : 13-01-2007

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )


2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua 2 ulas bawang putih* 4 biji bawang merah kecil* 1/2 cm halia* 1/2 cm lengkuas* 1 inci kunyit hidup* 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat) 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua 2 batang serai, dititik 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya 1 kiub ikan bilis "Maggi" Sedikit garam dan gula (kalau suka) 1 camca besar minyak utk menumis Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih. 2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih. 3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan. Ikan Masak Taucu

mudah disediakan..

minami133@myresipi.com

Created on : 24-01-2007

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 ekor ikan (ikan pape pon bole) 1/2 labu bawang besar 1 ulas bawang putih 2 hiris halia(potong panjang2) 3 biji cili api(nak pedas tambah lg) 2 sudu besar taucu air asam jawa serbuk kunyit minyak garam 1 sudu besar gula 3 cawan air Cara-cara

1. goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit 2. sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api. 3. masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin) 4. setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api. Ikan Bawal Sweet n Sour

resepi yg senang dan sedap..dimakan dgn nasi putih.

junjs11@myresipi.com

Created on : 29-01-2007

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )


1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung. 3 biji bawang merah-ditumbuk 1 ulas bawang putih-ditumbuk 1 in halia-dihiris panjang2 1 biji tomato-dipotong dadu 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1/2 lobak merah-dipotong dadu 1/3 timun-dipotong dadu sedikit bunga kobis sedikit nenas-dipotong dadu sedikit garam dan gula secukup rasa Cara-cara

1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan. 2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar. 3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. 4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi. Salmon Steak dgn Sos Putih

Senang nak masak ni... sos boleh diguna utk ayam, pasta, dll. Ini masakan french yg ada ciriciri asian sbb ada nasi.

skyblue@myresipi.com

Created on : 05-02-2007

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar) 1 sudu besar minyak zaitun Secubit garam Secubit lada hitam *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit. Bahan-bahan untuk sos 2 sudu besar majerin atau mentega 1/2 biji bawang besar (dicincang) 1 sudu besar tepung gandum 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh) 1 cawan susu segar Secubit garam Secubit lada hitam Cara-cara

1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan. 2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. 3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi. 4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih. Ikan Sweet Sour mudah

resepi ringkas tp sedap.. utk org yg takde masa nak masak macam i.. hehehe..

minami133@myresipi.com

Created on : 03-02-2007

Bahan-bahan ( 2-3 org )


2 keping ikan merah(aper2 pon bole) serbuk kunyit 1/2 bawang besar(dimayang) 2 ulas bawang putih(dimayang) 1 biji cili merah(mayang) 3 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil gula 1/2 sudu kecil garam 2 sudu minyak

1/2 cawan air mixed vegetables (bole jugak gune) Cara-cara

1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan) 2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap! 3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan. Asam pedas melaka

resepi dr mak, tp agak2 je..sbb diorang masak x sukat2..so jun ikut rasa sendiri..heee..

junjs11@myresipi.com

Created on : 19-03-2007

Bahan-bahan ( 1 family... )

3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh) Bahan kisar:3 biji bawang merah 10biji cili kering 1/2 in halia 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1/4 sudu teh lada hitam 1/2 in kunyit hidup 2 ulas bawang putih Bahan tumis:@ 1/2 bawang besar-hiris @ 1/4 sudu teh biji sawi @ 1/4 sudu teh halba @ 2 tangkai daun kari air asam jawa secukupnya air secukupnya 1 biji tomato-potong2 5 biji kacang bendi 1 serai-diketuk 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya minyak masak garam dan gula jika suka Cara-cara

1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.

2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain. 3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan. Ikan Masak Ala Jawa

Masakan Jawa, Simple tapi sedap - resepi dari bonda. Gambar dari laporan masakan

cactus_manja@myresipi.com

Created on : 14-09-2007

Bahan-bahan ( biji )

4 ketul ikan - digoreng 10 biji cili padi 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 3 batang serai - diketuk 1 cawan santan 1 keping asam keping Garam secukup rasa Cara-cara Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit Panaskan minyak untuk menumis Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng Sedia untuk dihidang - SELAMAT MENCUBA Colek Ike Tenggiri

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Menu kenduri mak mertua..mungkin tak biasa bg kebanyakan org tapi lauk nilah yg akan habis dulu berbanding lauk kenduri lain.

zaliana@myresipi.com

Created on : 14-05-2007

Bahan-bahan ( 1 hidangan tengahari )


4 keping ikan tenggiri 1/2 cawan air masak 2 sudu besar gula 2 sudu teh garam 5 biji cili api 2-3 biji limau nipis 1 inci belacan (bakar sikit) 1 biji tomato (potong dadu) 1 biji bawang besar (potong dadu) Sedikit daun ketumbar (hiris) UPDATE: lupa nak beritahu..kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut...memang ummphh!!! Cara-cara

1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap) 2. Campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar. 3. Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar.Sedia untuk dimakan dengan nasi panas. Kari Ikan Kering

Masakan harian keluarga, enak dimakan dgn nasi panas.

kak fida@myresipi.com

Created on : 04-09-2008

Bahan-bahan ( 10 orang )

250 g ikan kurau kering bhgn tulang dan isi - di rendam 10 tangkai cili kering * 1 biji bawang besar * 5 ulas bawang putih * 1 inci halia * segenggam ikan bilis - dicuci 3 lembar daun kari 4 sb serbuk kari ikan dibancuh dgn sedikit air menjadi pes 3 biji kentang - potong 4 1 btg lobak merah - potong ikut suka 8 kcg panjang - kerat 2 inci panjang 1 biji terung - belah 2 dan potong serong 3 biji tomato - belah 4 2 tangkai lada hijau - belah 2 1/2 biji bwg besar,3 ulas bwg putih - dihiris 2 sb kerisik garam,gula,perasa secukup rasa 1/2 cwn air asam minyak utk menumis Air secukupnya 10 biji telur rebus - digoreng hingga berkulit dan kelar2 sedikit Cara-cara

1. Kisar halus bahan bertanda* 2. Panaskan minyak secukupnya dlm periuk dan tumis bahan hiris,daun kari dan ikan bilis hingga layu dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing.Tambah sedikit air supaya tk hangit. 3. Masukkan pula ikan kering, perasa,air asam,kerisik dan kacau hingga rata dan masukkan pula sayur2an bermula dgn yg keras dulu,tambah air secukupnya utk buat kuah dan masak mendidih. 4. Akhir sekali masukkan telur rebus dan tomato dan kacau sekali dua dan renihkan 10-15 min. Ikan Kering Bersira Lada

Juadah sampingan, enak dimakan bersama nasi. Olahan sendiri.

kak fida@myresipi.com

Created on : 09-09-2008

Bahan-bahan ( pd yg minat makan ikan kering )


200 g ikan kering - yg kecil dan nipis(namanye tk pasti lah) 2 senduk lauk cili kisar 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus 1/2 botol cili sos Thai 1/4 botol tomato sos 3 sb gula pasir - lebihkan jika suka lebih manis

1 senduk lauk minyak masak secukup minyak utk menggoreng ikan kering Cara-cara

1.

Panaskan minyak dan goreng ikan kering hingga garing dan ketepikan.(ikan kering yg saya gunakan seperti ddlm gambar) 2. Dengan menggunakan minyak yg 1 senduk, panaskan dlm kuali dan tumis cili kisar dan bawang putih hingga garing.Kemudian masukkan sos dan gula dan masak lagi hingga terbit minyak.Matikan api dan sejukkan.Keluarkan minyak yg timbul jika tidak suka berminyak. 3. Gaul ikan kering dgn secukup sambal sos hingga rata.Siap utk disajikan. 4. **utk mendapatkan ikan kering sira yg masih garing ketika hendak makan,goreng ikan kering lebih2,tambahkan jumlah yg ada dan simpan dlm bekas kedap udara.Buat pula sosnya lebih2 dan sejukkan.Apabila hendak makan baru digaul ikan kering dgn sosnya. Kembung masak kuali

Saya tak tahu kenapa nama dia mcm ni, mak saya kata tulah namanya (he.. he...). Tapi lauk ni sedap....

che'iza@myresipi.com

Created on : 30-04-2008

Bahan-bahan ( 3-4 org )


1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap). 4 sudu besar lada boh / cili giling * 3 biji bwg merah * 3 ulas bawang putih * 1/2 inci halia * 1/2 inci kunyit * 1/2 inci lengkuas * 2 btg serai 1 sk halba 1/3 cwn santan pekat 2 sb air asam jawa garam, gula and perasa Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng. 2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau. 3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air. 4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji. 5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap. Siakap stim

masakan yang ringkas tapi sedap..hehehe

ifah@myresipi.com

Created on : 06-01-2008

Bahan-bahan ( 5 org makan )


ikan siakap 1 inci halia* 3 ulas bawang putih* 3 btg serai* 5 ulas bwg merah* serbuk lada hitam sos tiram 4-5 camca besar 2 biji limau nipis di perah air 2 biji lada besar 1 biji buah tomato potong dadu daun sup garam secukup rasa * ditumbuk/ blend Cara-cara

1. bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit.. 2. tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram.. 3. stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp.. 4. ikan tu saya potong 2..cause tak muat ngn bekas..hehehehe Ikan Pais

Ada beberapa versi ikan pais, tapi hari ni buat yg senang dulu.....

che'iza@myresipi.com

Created on : 04-05-2008

Bahan-bahan ( 3-4 org )


1/2 kg ikan kembung * 4 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1/2 inci halia * 1/2 inci kunyit 5 sb lada boh 3 sb air asam jawa 2 sb santan pekat sedikit garam, gula n perasa daun pisang n lidi utk bungkus Cara-cara

1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * 2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati. 3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang . 4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar. 5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih. Cencaru Sumbat Goreng

Menambahkan variasi lauk tuk ikan cencaru

che'iza@myresipi.com

Created on : 11-11-2008

Bahan-bahan ( 4-6 org )


1 kg ikan cencaru 1/2 biji kelapa parut * 3-4 biji bawang merah * 2-3 ulas bawang putih * 1 sudu besar udang kering * 1/2 inci kunyit * 2 batang serai * 2 biji buah keras 2 sb lada boh sedikit air asam jawa garam, gula n perasa Cara-cara

1. Tumbuk semua bahan bertanda * Tumis lada boh hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing n naik bau. 2. Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula n perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding. 3. Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan. 4. Sumbatkan kelapa yg telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak. Kerapu Masak Tiga Rasa

Resepi dari Internet

sunkist@myresipi.com

Created on : 08-10-2008

Bahan-bahan ( 5 orang )

Seekor ikan kerapu 2 biji bawang putih - dicincang halus 5 biji bawang merah - dicincang halus 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api) 2 biji tomato - dipotong dadu 2 kerat nenas - di potong dadu 2 sudu cili boh 3 sudu sos tiram 2 sudu sos ikan Sedikit daun ketumbar 1 sudu besar tepung jagung serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa Minyak Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau. 3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas. 4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air. 5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. Asam Pedas Sardin

hujung minggu puas mkn lauk ayam dan daging dlm majlis kenduri...hari ini msk sardin pulak...

kak fida@myresipi.com

Created on : 25-08-2008

Bahan-bahan ( 1 famili )

1 tin(besar) sardin 10-15 tangkai cili kering* 1 biji bwg besar* 5 ulas bwg putih* 1/2 inc. halia* sedikit belacan* 1 sb lada hitam*(lebih atau kurangkan jika suka) Kisar bahan2 bertanda* di atas 1 biji bwg besar - hiris 3 ulas bwg putih - hiris 2 batang serai - titik garam dan perasa secukup rasa 1/2 cwn air asam drpd 1sb asam jawa 2 biji tomato - dibelah 4 2 tangkai lada hijau - dibelah 2 atau potong serong 2 tangkai daun sup dan daun bawang - hiris 1 inc. 1 biji terung - potong ikut suka secukup minyak utk menumis secukup air utk kuah Cara-cara

1. Panaskan minyak dlm periuk, tumis bahan2 hiris dan serai hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan 1 cwn air dan gaul rata. Biar mendidih. 2. Masukkan sardin dgn sosnye sekali,air asam ,perasa,terung,lada hijau,kacau perlahan,tambah air jika perlu dan biar mendidih sekali lagi. 3. Akhir sekali masukkan tomato,daun sup dan daun bawang,kacau sekali lagi dan renihkan 10 min. dan matikan api. Sedap dimkn dgn roti jugak. Ikan Celup Tepung

setiap kali bl trasa nk mkn di restoran/gerai mkn, ikan celup tepung ni dh pasti menjadi pilihan dlm menu dyg. rasanya mmg sedap dan rangup. cara penyediaanya mudah je... bg yg x tau nk membuatnya tp tringin nk mkn n nk buat sendiri, cubalah resepi ini...

dayang_jack@myresipi.com

Created on : 29-11-2008

Bahan-bahan ( 3 orang )

3 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (cuci bersih dan tuskan) 3 camb tepung beras 1 camt serbuk kunyit sedikit kapur sedikit garam air secukupnya utk bancuhan 1 biji telur minyak yg banyak utk menggoreng Cara-cara

1.

Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya. 2. Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.

3.

Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.

4.

Kemudian goreng sampai btl2 garing. 5. Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba! Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak

Resepi dari blog Mak Lang Azie...sedap smpi terbabas-babas. Klo nak tambah petai pun boleh, lagi sedap.

telukibh@myresipi.com

Created on : 07-01-2009

Bahan-bahan ( 2 orang makan )


1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per) *10-15 biji cili padi *0.5cm kunyit hidup Sebatang serai dititik Sehelai daun kunyit dihiris Sedikit minyak utk menumis Sedikit garam Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk) Cara-cara

1. Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per 2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili. 3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek. 4. Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang. 5. Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya. Otak-Otak Sardin

Sedap dimakan dgn nasi putih panas2.Otak2 sardin ni dikukus,boleh jugak dibakar...

kak fida@myresipi.com

Created on : 07-01-2009

Bahan-bahan ( 6-8 0rang )


1 tin besar sardin(425g) - dilecek bersama sosnya sekali. 10-15 tangkai cili kering* 10-12 ulas bawang merah* 6 ulas bawang putih* 1 hiris halia* 3 batang serai* 4 biji buah keras* 2 sb rempah kari ikan/daging 2 biji telur 1/2 cawan santan pekat 5-6 helai daun limau purut - dihiris halus 1 sb air limau kasturi garam dan gula secukup rasa minyak masak untuk menumis secukup daun pisang dipotong 10x13 cm dan bersihkan secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang

Cara-cara

1.

Daun pisang dijadikan seperti mangkuk2 kecil dan ketepikan.

2.

Kisar bahan2 yg bertanda * hingga halus.Panaskan minyak di dlm kuali dan tumis bahan kisar dan rempah kari hingga wangi dan masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.Masukkan pula telur,daun limau dan kacau rata lalu masukkan sardin lecek dan gaul hingga sebati.Masak hingga pekat dan masukkan jus limau.Matikan api.

3.

Bubuh adunan otak2 ke dlm mangkuk2 daun pisang.Buat hingga habis dan susun di dlm loyang.Kukus hingga 15 min. di dlm kukusan yg telah dipanaskan dulu.

4.

Siap untuk dihidangkan. 5. ***Otak2 sardin ini dh terasa pedasnya...tapi pd yg suka lebih pedas boleh tambah hirisan cili merah atau cili padi dlm step no. 2,ikut selera masing2... Terubuk Masin Goreng Garing

salah satu resepi ikan terubuk kegemaran...sgt sesuai utk hidangan tengahari dan juga makan malam. Garing dan sedap dimakan ketika panas2 lg dgn nasi panas...pasti bertambah2...bg sesape yg belum pernah mencuba tp teruja, silalah cuba...

dayang_jack@myresipi.com

Created on : 12-01-2009

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


1 ekor ikan terubuk masin (saiz M) 2-3 sb tepung jagung 5 biji cili api (dihiris) 4 biji limau kasturi (dibelah dua) minyak utk menggoreng

Cara-cara

1.

Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.

2.

Kemudian ikan dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.

3.

Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus). 4. Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya. Ikan Goreng Berempah

Resepi nih banyak menggunakan kunyit hidup dan juga bawang putih! lagik banyak lagi sedap!

hana6877@myresipi.com

Created on : 01-02-2009

Bahan-bahan ( 4 orang )

4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng 5cm kunyit hidup 6 ulas bawang putih 1cm halia sebatang serai - *optional

garam Cara-cara

1. 2. 3. 4.

Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan. 5. Sedap makan ngan nasi putih panas. 6. SeLaMaT MenCubE! Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Resepi mak yg sgt lazat...

mama_nayli@myresipi.com

Created on : 17-03-2009

Bahan-bahan ( 3 org makan )


1 cawan kelapa parut 2 sudu besar cili boh 1 sudu besar udang kering 3 ekor ikan cencaru (dibelah belakang) 3 ulas bwg putih 4 ulas bwg merah 1 sudu besar gula 1 batang serai Cara-cara

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Ikan cencaru dibelah belakang. Basuh dan ketepikan. Tumbuk bwg putih, serai, udang kering dan bwg merah. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk. Masukkan cili boh, gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan letak secubit serbuk kunyit.Gaulkan hingga sebati dan tutup api. Ikan cencaru digaulkan dengan sedikit garam.Sumbatkan ikan dengan bahan2 yang dimasak tadi. 7. Bakar ikan dalam Oven pada suhu 230 drjh celcius. 8. Kalau nak digoreng pun boleh..pastikan goreng deep fry.

Kerabu Ikan Tonggkol

Resepi mudah yang saya dapat dari ibu mertua

watierman@myresipi.com

Created on : 18-05-2009

Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )


1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar 2 labu bawang besar 2 biji cili merah 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka) sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh secubit garam ikut selera anda air perahan limau kasturi/ limau nipis Cara-cara

1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua

2.

lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar

3.

Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi 4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api

5.

Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa 6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi 7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Sambal Ikan Bilis & Kentang

Resepi kakak tersayang (c's Liza). Menu harian yang ringkas & juga sesuai dimakan dengan nasi lemak

Lina_pg@myresipi.com

Created on : 25-05-2009

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )


4 biji kentang 1 cawan ikan bilis belah 3 ulas bawang merah (ditumbuk) 1 ulas bawang putih (ditumbuk) 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah) 2 sudu makan sos tiram 1-2 sudu makan madu (option) Minyak utk menggoreng & menumis Cara-cara

1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan 2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan 3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu. 4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang 5. SELAMAT MENCUBA Sardin Goreng Masak Kicap

Masakan mudah antara malas dan rajin

enas_eryna@myresipi.com

Created on : 29-05-2009

Bahan-bahan ( 2 orang )

1 tin Sardin yg kecil 2 biji bawang merah - ditumbuk halus 1 biji bawang putih - ditumbuk halus 1/2 biji bawang besar - dihiris 1 kuntum bunga lawang 1 inci kulit kayu manis 1 sudu kecil serbuk lada putih Cili Besar dan Cili padi secukupnya Sedikit Kicap Cara-cara

1. Asingkan sardin dari kuahnya, kemudian sardin digoreng sehingga masak/garing (kuah jgn dibuang) * tutup lah kuali semasa menggoreng sardin ni..sbb die akan meletup2 sikit. 2. Ankat sardin yg telah digoreng, kemudian tumis bahan2 yg ditumbuk serta serbuk lada putih, bunga lawang n kulit kayu manis 3. Masukkan kuah sardin serta kicap dan masukkan sedikit air jika suka..garam secukup rasa 4. Bila dah mendidih masukkan sardin yg telah digoreng td..bawang hiris n cili sebiji2. 5. Siap utk dihidang Tongkol Goreng Asam Jawa

Untuk rasa yg sedap,pastikan bahan2 sudah meresap ke dalam isi ikan..dan digoreng jangan terlalu garing,cukup sekadar masak sahaja. Ikan tongkol boleh digantikan dengan ikan sardin

HaSue@myresipi.com

Created on : 20-07-2009

Bahan-bahan ( Bergantung saiz ikan )


1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih 1-2 sudu makan asam jawa 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap Serbuk perasa-tak letak pun takpe 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe) 1 cawan minyak untuk menggoreng Cara-cara

1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak. 2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng 3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering.. 4. Selamat Mencuba! ^_^

sarak ikan kembung

ini pun pebret bapak.sukaa sangaat dia..rasanyanya yang x pedas, blh dimkn dgn kerap. stiap kali kedapur..bkk tdung saji, dia meratah..blk surau mkn lagi..

kakbesah@myresipi.com

Created on : 04-03-2011

Bahan-bahan ( 7-8 org )


1 kg ikan kembung - panjang dlm 7 inci 1 cawan kelapa parut - ambil putih saja 5 biji bawang merah, 3 ulas bwg putih & 1 sudu teh (rata) serbuk lada hitam 2 biji telur garam secukup rasa. (dlm 1 sudu teh rata) Cara-cara

1. ikan dibelah dari belakang.dibuka & dibuang isi perut & insang.cuci & tos kan.

2.

buang tlang tengah ikan dgn memotong tulang dileher ikan(bagi patah tulang tu je jgn smpai trpotong kpla ikan).angkat tulang ngn tangan kiri sambil tngan kanan mengikis isi dgn pisau.

3.

kikis isi ikan yg dh x brtulang tu dari ekor ke arah kepala.jgn menyongsang 9t, kulit ikan akn terkoyak,& isi x dpt dikeluarkan dgn banyak.

4.

camni la rupa ikan yg dh ramping stelah mnjalani rawatan pembuangan isi.....

5.

tumbuk bawang2, pastu campurkan kelapa, tumbuk2 sikit, campur pula isi ikan, tumbuk2 skit gak,pastu campurkn garam & lada hitam.

6.

kacau sebiji telur lalu campurkn dlm bahan tumbuk td.gaul sebati & suaikan rasanya.

7.

bahagi isi ikan kpd 8 bahagian.masukkan sebahagian kedalam kulit ikan. bentukkan kemas2. buat hingga habis. 8. panaskan minyak,(goreng terendam). kacau sebiji telur + secubit garam. celup seekor ikan yg telah 'berisi' (suspen je bunyinye..) kedlm telur rata2 lalu digoreng.jika kulit ikan meleding, tekan/tindih dgn sudip sebentar. 9. goreng hingga masak.jgn garing sangat. agak2 salutan telur dh garing, ok la tu.. goreng kedua2 bahagian ikan. 10. Alhamdulillah..siap gak akhirnya....

Ikan Kicap Sos Tomato

Ada kelainan ckit, bhn2 pun simple aje.. x pedas, kanak2 pun suka #sesuai gak utk ayam, kiranya 2 in 1 la..

DatinLulu@myresipi.com

Created on : 07-03-2011

Bahan-bahan ( 4/5 org mkn )


3 keping isi ikan @ ikan apa pun bleh/dlm resepi ni ikn talang segar - cuci brsih & toskn * ikan dgaul garam kunyit - goreng 1/2 labu bawang besar 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia * bawang & halia dkisar 1 btg serai - dtitik 1 sudu besar cili kering kisar/nk pedas bleh tmbah ciliapi 1 batang kulit kayu manis

1 biji tomato - dpotong 8 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan kicap manis Cara-cara

1. Panaskn 1/3 cawan minyak @ bleh kurang ckit *klau bleh jgn guna minyak goreng tadi (nnti masin kuah@sosnya) 2. Tumiskn serai, kulit kayu manis & bhn yg dkisar dikuti cili kisar jga sampai naik bau 3. Masukkn kicap & sos tomato dikuti 3/4 cawan air panas (api sederhana) 4. Apabila kuah sedikit pekat masukkn tomato yg dpotong 8, (kecilkn api)...biar kuah mereneh 5 minit 5. Masukkn ikan & tutup api (kaup balikkn ikan supaya mesra alam dgn kuahnya) * x perlu garam 6. Selamat mencuba :) Ikan cencaru sumbat kelapa berapi

ni versi simple je.. segan nk letak kt sni..tp, HB sruh ltk gk..utk panduan org2 muda yg baru blajr2 msk, katanya....

kakbesah@myresipi.com

Created on : 09-03-2011

Bahan-bahan ( seisi keluarga )


10 ekor ikn cencaru - dibelah belakang & cuci 10 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, semangkuk kecil cili api, (nk cantik tmbah 3 btg cili merah), semangkuk kecil ikn bilis - semuanya ditumbuk 1 sudu teh serbuk kunyit sebiji kelapa parut - yg putih saja.( kalau dpt kelapa yg agk muda lg best) garam secukup rasa & secubit gula sebiji limau nipis @ 3 bj limau kasturi Cara-cara

1. lumurkan ikan luar dalam dgn garam kunyit. 2. tumbuk bahan2 inti,campurkn kelapa + serbuk kunyit & ditumbuk2 sikit bagi sebati.last sekali perahkan air limau sambik digaul rata2.

3.

sumbatkan kelapa kedalam perut ikan.sumbat dgn padat.

4.

ikat ikan dgn benang kapas 4 lapis supaya inti x terburai. 5. bolehlah digoreng hingga masak. 6. inti kelapa tu saja buh lebih coz nk mkn ngn ulaman...hehe.. Sardin Masak Tom Yum

Ubah suai masakan sardin... :)

kak fida@myresipi.com

Created on : 16-05-2011

Bahan-bahan ( 4-5 orang )


1 tin sardin 2 biji bawang besar - hiris bulat 4 ulas bawang putih - hiris 1/2 jari halia - hiris atau ketuk 1-2 tangkai cili merah - hiris 1-2 batang serai - kerat dan titik 2 -3 helai daun limau purut 1 sb pes cili (opt) 1 sb penuh pes tom yum (lebihkan jika suka) 1 sk serbuk lada hitam lobak merah - hiris serong tomato buah - dibelah 6 cili padi (jika suka pedas) air - untuk kuah minyak masak - untuk menumis garam dan gula secukup rasa Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 hiris,serai,daun limau hingga wangi.Masukkan pula sos sardin,pes tom yum,serbuk lada hitam dan lobak merah dan kacau hingga lobak lembut lalu masukkan ikan sardin,garam gula dan secukup air dan masak hingga mendidih.Akhir sekali masukkan buah tomato dan cili padi jika suka,kecilkan api dan masak lagi 5 min.

2.

Enak juga dimakan dengan roti.

Sardin Kicap HARi2mau

resepi yg ringkas aja & sesedap rasa.. hari2 mesti mau :)

DatinLulu@myresipi.com

Created on : 03-11-2011

Bahan-bahan ( 3-4 org/ikut prmintaan )


1 tin sardin 425gm - apa2 brand pun ok 3 ulas bwg putih - cincang halus 1-2 btg serai - ketuk aja 3 biji kentang - ptg wedges/goreng keperangan 1 sudu besar(mumbung) - serbuk cili kasar (coarse chili) @ bleh gak guna cili kering kisar, tpi ada sedikit prbezaan rasanya 1 labu bawang besar - ptg/belah 6 1/2 cawan kicap manis * x prlu garam~bleh letak cili merah/hijau potong kasi ceria~ Cara-cara

1. Panaskn 2@3 sudu besar minyak, tumis bwg putih & serai hingga naik bau/sedikit garing 2. Masukkn srbuk cili kasar d ikuti kicap manis - klau guna cili kering kisar, tunggu sedikit garing@pecah minyak, baru masukkn kicap. 3. Apabila kuah kicap mndidih masukkn sardin brsama sosnya, balik2kn ikn supaya mesra alam dgn kuahnya - kecilkn api, biar seketika

4.

Masukkn bwg besar/cili potong - biar kuah mereneh dgn api kecil, bwg besar 3/4 layu masukkn kntang.. gaul mesra prlahan-lahan, tutup api 5. Sedia d hidangkn brsama nasi panas - bleh letak sedikit hirisan daun bwg d atasnya.. cer cuba, nnti hari2 mau.. ;)