Anda di halaman 1dari 7

SULIT Katering dan Penyajian Kertas 1 Februari 2012 1 Jam

Nama: _________________________________________

Tingkatan: __________________

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HANGAT 07000 LANGKAWI, KEDAH

UJIAN SELARAS 1

KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4


MASA: 1 JAM
Arahan: 1. Jawab semua soalan di dalam kertas ini.

Disediakan Oleh : (PN. MASHITOH BT. ABDULLAH) Panitia MPV Katering & Penyajian SMK Ayer Hangat

Disemak Oleh : (EN ABU HASSAN B. OTHMAN) Guru Kanan Teknik & Vokasional SMK Ayer Hangat

Lihat halaman sebelah SULIT

BAHAGIAN A : OBJEKTIF (10 SOALAN) Arahan : Tiap-tiap soalan diberi empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bulatkan sahaja jawapan yang betul. SATU

1. Pakaian untuk chef bersesuaian dengan keadaan dapur yang panas, berwap dan mudah bagi melindungi diri daripada kemalangan. Ciri-ciri keselamatan adalah seperti berikut, KECUALI

a. Penutup kepala yang berfungsi untuk mengelakkan rambut jatuh ke atas makanan dan peralatan. b. Dibuat daripada fabrik yang sesuai, teguh dan tahan lasak seperti kapas supaya mudah berlaku penyerapan peluh. c. Kasut yang bertutup dan bertumit tinggi. d. Pakaian meliputi keseluruhan tubuh bagi melindungi dan mengelakkan daripada terkena api/terbakar.

2. Setiap peralatan mempunyai cara penggunaan yang berbeza. Berikut adalah panduan penggunaan peralatan dapur, KECUALI

a. Tidak membuat aduan kerosakan peralatan dan cuba membaiki sendirinya. b. Membersihkan setiap peralatan dengan cara yang betul. c. Membaca buku manual dan memahami peraturan sebelum menggunakannya. d. Menyimpan peralatan di tempat yang sesuai dan selamat.

3. Keselamatan di dapur dapat dikekalkan jika pelajar,

a. Menumpukan perhatian kepada tugas yang sedang dijalankan. b. Berlari-lari di dalam dapur. c. Membiarkan cecair yang tumpah tanpa mengelapnya. d. Tidak mengambil bahan atau alat yang terjatuh dengan segera.

4. Suasana tempat kerja yang selamat boleh dicapai melalui cara-cara berikut KECUALI

a. Keduduka sumber elektrik yang selamat digunakan. b. Sistem pencahayaan yang sesuai dan mencukupi c. Sistem pengudaraan dan suhu bilik yang kondusif d. Sistem pembuangan sampah yang tidak teratur

5. Berikut adalah alatan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas berserta kegunaannya. Pilih satu jawapan yang tepat antara alatan dengan kegunaannya

ALATAN A B Gunting Kapas

KEGUNAAN Menggunting sayur Membersihkan luka, menyapu ubat dan menekap luka supaya darah tidak terus mengalir

C D

Plaster Jangka Suhu

Menutup mulut Menyukat suhu makanan

6. Susun langkah tindakan awal yang perlu diambil untuk merawat luka.

i. ii.

Hantar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan daripada doktor Pegang bahagian luka dan lalukan di bawah air mengalir untuk menghentikan pengaliran darah.

iii. iv.

Tutup kain penekap bersteril di atas luka untuk menghentikan pengaliran darah. Luka yang kotor perlu dibasuh atau di sapu dengan larutan antiseptik.

a. ii,iv,iii,i b. iii,iv,i,ii c. iv,iii,ii,i d. i,ii,iii,iv

7. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan lantai. Pilih satu jawapan yang tidak berkaitan dengan lantai.

a. Lantai mestilah dari bahanyang mudah dibersihkan dan tidak mudah tercalar. b. Lantai mesti dari bahan yang menyerap air. c. Lantai mesti halus dan rata tetapi tidak licin. d. Lantai tiada retak atau terbelah.

8. Ruang tempat kerja memerlukan peraturan keselamatan tertentu bagi menjamin keadaan selamat untuk bekerja. Pilih satu jawapan yang tepat mengenai peraturan keselamatan daripada pilihan jawapan berikut.

a. Tidak menyediakan peti pertolongan cemas b. Tidak membuka tingkap ketika berada di dapur c. Tidak memakai apron dan sarung tangan bagi tugas tang memerlukannya. d. Sentiasa mematuhi arahan ruang tempat kerja seperti arahan pelan kecemasan. penggunaan ruang dan lalu lintas kecemasan.

9. Terdapat 3 kategori minuman yang telah dipelajari semasa di dalam bengkel Katering KECUALI

a. Minuman menyegarkan b. Minuman berkhasiat c. Minuman alkohol d. Minuman merangsangkan

10. Kuih tempatan mempunyai pelbagai warna, rasa dan rupa yang menyelerakan. Semua pernyataan di bawah adalah salah mengenai Kuih Tempatan KECUALI a. Biskut Badam adalah salah satu jenis Kuih Tempatan b. Kuih tempatan sesuai dihidangkan bersama jus buah-buahan bersoda c. Kuih tempatan sesuai dihidangkan pada waktu minum teh petang. d. Kuih tempatan berasal dari negara barat.

BAHAGIAN B : STRUKTUR (4 SOALAN) Jawab semua soalan.

1. Anda pernah menyediakan minuman menyegarkan dalam kelas amali katering. Tuliskan EMPAT langkah menyedia dan menghias Vanilla Float. i ii iii iv ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (Skor: 5) 2. Tuliskan LIMA bahan untuk membuat inti Savouri Kuih Cara Pedas. i ii iii iv v ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ (Skor: 5) 3. Pilih dan tuliskan nombor 4, 5, 6, 7 dan 8 peraturan am membuat biskut mengikut urutan yang betul dalam ruang jawapan. (Skor: 5)

PERATURAN AM MEMBUAT BISKUT A B C D E F G H Ketuhar dipanaskan dahulu 20 minit sebelum biskut dibakar. Gunakan bahan yang bermutu dan sukatan yang betul. Adunan doh hendaklah lembut. Campurkan cecair secukupnya untuk menyebatikan adunan doh. Simpan dalam bekas kedap udara. Bakar biskut di tingkat atas mengikut suhu yang dikehendaki. Biarkan biskut sekejap di atas dulang pembakar sebelum diletakkan di atas redai. Griskan dulang pembakar dengan lemak supaya tidak melekat. 1 3 2

4. Anda pernah menyediakan Bingka Ubi kayu yang lembut, lemak, manis dan kenyal semasa amali kelas katering. Resepi di bawah adalah hidangan untuk 4 orang tetamu yang datang ke rumah anda.

BIL 1

BAHAN Ubi kayu

KUANTITI 250 gm

KOS SEUNIT RM 1.00/kg

KOS BAHAN

Santan pekat

150 ml

RM 1.00/100 ml

Gula Melaka

50 gm

RM 2.80/kg

Gula pasir

50 gm

RM 2.60/kg

Telur

1 biji

RM 0.35/biji

Marjerin

40 gm

RM 2.00/100gm

JUMLAH Jadual 1 Berdasarkan jadual 1, hitungkan : a. Kos setiap bahan dan tunjukkan pengiraan dalam ruang yang disediakan. (Skor: 3)

b. Kos sampingan Air Elektrik Gas : RM 0.30 : RM 0.20 : RM 0.25

(Skor: 1)

c. Kos projek jika diberi upah RM 5.00 sejam.

(Skor: 2)

d. Harga jualan jika keuntungan yang diingini ialah 45%.

(Skor: 2) e. Kos bahan jika tetamu yang hadir ialah 20 orang.

(Skor: 2)

-KERTAS SOALAN TAMATSEMOGA LULUS DENGAN CEMERLANG!

Anda mungkin juga menyukai