Anda di halaman 1dari 7

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

1.1 : Sejarah youtube Youtube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan membenarkan penggunanya upload(file dari pc ke internet), menonton, dan berkongsi klip video. Videovideonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan. Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti video blog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalahTIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006. Youtube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain "Youtube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005, dan laman web dibangunkan pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, Youtube muncul buat pertama kali secara rasmi. Serupa dengan banyak syarikat teknologi yang baru, Youtube bermula sebagai sebuah usaha dibiayai di sebuah pejabat yang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah Youtube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya. Pada musim panas 2006, Youtube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima popular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman web MySpace.[10] Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di Youtube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru di upload setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna(banyak tu) setiap

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom. Pengambilalihan Youtube berlaku pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham. Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat ini. Jika anda ingin masuk ke websitenya anda bolehlah meng"copy" alamat website ini www.youtube.com masuk direct ke websitenya. 1.2: Jenis-jenis video dalam youtube Terdapat pelbagai jenis video yang terdapat dalam laman web youtube. Secara umumnya video-video yang terdapat dalam laman web youtube adalah berbentuk muzik atau lagu, filem, program TV serta video-video yang dimuat turunkan oleh pengguna youtube itu sendiri. Rakaman video boleh berbentuk informasi atau pendidikan, hiburan, pujuk rayu, atau peribadi semata-mata. Semua video ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Ada juga segelintir daripada youtube yang tidak ditapis seperti video seks, hasutan dan juga penderaan. Video kategori muzik atau lagu iaitu video klip mengandungi pelbagai jenis muzik seperti balada, nasyid, pop rock, tradisional dan sebagainya. Video kategori filem merangkumi drama kekeluargaan, percintaan, persahabatan, komedi dan juga video animasi kartun dengan terjemahan. Terdapat juga filem yang dimuat turun memberikan pengajaran dan keinsafan kepada penonton seperti kejadian tsunami, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Video kategori pendidikan pula mengandungi cara belajar mengaji, mengira, membaca dan mengeja yang sesuai untuk golongan kanak-kanak yang baru mula untuk belajar. Video ini sesuai untuk golongan remaja dan dewasa untuk tujuan pendidikan atau pengajaran iaitu cara pengiraan matematik, prose kejadian manusia, ceramah agama, cara memasak dan sebagainya. Video tersebut bukan sahaja sebagai hiburan semata-mata kepada penonton untuk mengisi masa lapang mereka tetapi member banyak pengajaran

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

seperti video tsunami, ceramah agama dan sebagainya serta digunakan oleh pelajar dan pendidik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat video dalam laman web youtube yang dijadikan sebagai alat pendidikan dan motivasi kepada penggunanya. Namun begitu, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan atau diaplikasikan oleh guru dan pelajar. Video yang berunsurkan pendidikan yang efektif bukanlah merupakan pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan menggunakan video tersebut sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Pada masa kini, youtube semakin banyak digunakan oleh guru sebagai salah satu sumber pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Video ini digunakan sebagai satu pemangkin dan pemudahcara kepada guru dan pelajar untuk melakukan perbincangan dan analisis mengenai mata pelajaran yang diajar dalam kelas. Penggunaan video tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minta pelajar untuk belajar kerana terdapatnya video bergambar yang mampu membuatkan pelajar mengingat apa yang diajar dengan cepat dan berkesan. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan sedia pelajar. Tambahan lagi, hasil kerja guru dan pelajar boleh dihantar ke laman web youtube supaya pengguna di seluruh duni dapat menonton, membaca dan membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang telah dihasilkan.

1.3 Penggunaan youtube dalam kalangan guru Di dalam bidang pendidikan, penggunaan youtube semakin kerap digunakan oleh para pendidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka. Malahan, youtube sebagai satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Menurut Duffy (2008), youtube pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai alat untuk penzahiran. Youtube semakin banyak digunakan oleh pendidik sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yang bernilai di serata dunia hinggalah keadah secebis kisah kehidupan untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Bagi seorang pendidik atau lebih dikenali sebagai seorang guru, penggunaan youtube amat sesuai dan berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka di dam bilik darjah mahupun di luar kelas. Ini boleh dilihat dengan penggunaan youtube ianya pemudah cara bagi perbincangan dan analisis di dalam kelas. Contohnya guru mengajar tajuk ajaran sesat di Malaysia, maka guru akan mencari filem-filem pendek dalam internet

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

melalui youtube dan memaut turun bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran tersebut. Dengan pengajaran penggunaan tayangan video pendek ini, membolehkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana member kefahaman dan keseronokan belajar kepada pelajar dengan adanya hiburan. Pelajar tidak akan merasa bosan. Seseorang guru boleh menggunakan YouTube sebagai alat untuk bahan bantu mengajar di dalam kelas dengan menggunakan kreativiti . Contohnya Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik, integrasi animasi, integrasi audio yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar. Yusup dan Alwiah (1999), penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar-pelajar tadika. Melalui YouTube, kita dapat menunjukkan pelajar tentang pelbagai video-video pendidikan yang menarik terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan berkaitan dengan proses pembelajaran mereka. Menerusi penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. 1.4 : Penggunaan youtube dalam kalangan pelajar Kemajuan teknologi pada hari ini, telah memberi banyak kebaikan terutama dalam bidang pendidikan. Tahap keberkesanan penggunaan maklumat terutamanya youtube dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam meningkatkan kefahaman, pencapaian, kreativiti pelajar dan mina pelajar terhadap

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

teknologi maklumat. Persepsi pelajar didapati menyokong penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar lebih meminati pelajaran yang mengandungi unsure animasi kerana ini dapat mengurangkan tahap tekanan yang dialami oleh mereka semasa pembelajaran. Penggunaan ICT contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfitrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kaedah tutorial melalui youtube telah digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran

eksposition iaitu menyampaikan maklumat kepada pelajar, demonstrasi sesuatu fenomena,


latihan yang dikawal oleh sistem. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi persembahan maklumat, membimbing, member latihan dan menilai pencapaian. Kaedah kedua adalah kaedah penerokaan. Kaedah ini berlaku apabila youtube digunakan sebagai medium untuk mengakses atau mencari maklumat daripada internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknya boleh dikawal. Dalam kaedah ini pelajar memperolehi dan menentukan maklumat yang diterima. Ia digunakan dalam situasi seperti pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan kajian masa depan dan juga simulasi. 1.5 : Sebab-sebab youtube digunakan Penggunaan Youtube dapat membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Melalui tayangan video, mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Youtube dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarik tayangan video yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang digunakan bagi proses

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. 1.6 : Kebaikan menggunakan youtube Perkembangan dalam dunia ICT juga ada kebaikannya tersendiri terutamanya dalam penggunaan youtube. Apabila menggunakan youtube pelajar atau guru dapat menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas serta peneguhan yang cepat. Ini dapat diperlihatkan apabila menggunakan video dan audio pelajar boleh memahami dengan cepat sesuatu topik tanpa rasa bosan. Selain itu, kita dapat pengintegrasian multimedia daripada sumber yang pelbagai . Daripada multimedia yang pelbagai kita akan dapat banyak sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebaikan youtube yang seterusnya ialah keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan meluas dengan kawalan kendiri. Sesiapa sahaja boleh melihat pengajaran secara youtube bebas. Kelebihan youtube juga dapat kita lihat melalui cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran. Pelajar lebih melihat youtube kerana mereka meihat secara visual dan grafik sekali apa yang ingin disampaikan oleh guru mereka. Dengan melihat cara kerja secara nyata maka pelajar lebih faham apa tujuan pembelajaran pada hari tersebut. Tambahan pula warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya. Penggunaan youtube juga membolehkan pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar. Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. 1.7: Keburukan penggunaan youtube Walau bagaimanapun penggunaan youtube ini terdapat juga kelemahannya terutamanya kos penggunaan yang terlalu tinggi. Youtube tidak dapat digunakan sekiranya tiada rangkaian internet, wireless, WIFI atau broadband. Bagi guru yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar sudah semestinya tidak dapat menggunakan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sekiranya ada schoolnet pun kawasan tertentu sahaja yang ada internet iaitu kawasan pejabat. Sepertimana yang kita ketahui teknologi ini cepat berubah sekiranya kita tidak cekap dalam penggunaannya maka kita tidak akan berjaya. Seseorang itu perlu mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Program pengajaran pendidikan yang bermutu yang menggunakan kecanggihan komputer masih kurang, terutama yang menggunakan mikrokomputer. Beban pengajaran guru bertambah kerana terpaksa memahami penggunaan komputer secara terperinci. Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang dikomputerkan sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi pelajar yang kreatif kerana semua pembelajaran adalah menggunakan program komputer. 1.7 Kesimpulan Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan kedua-dua teknologi ini semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan Negara sama ada di peringkat sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau web adalah pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik. Kecanggihan multimedia seperti youtube yang mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting dalam kandungannya yang membolehkan bidang pendidikan maju selaras dengan kemajuan bidang IT pada masa kini. Dengan penggunaan youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya amat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar mengasah bakat-bakat guru dalam menggunakan IT dalam pengajarannya.