Anda di halaman 1dari 13

Bincangkan Institusi Keluarga Dalam Kehidupan Manusia Dengan Merujuk Kepada Peranan Dan Fungsi Keluarga Asas dan

Keluarga Luas.

Pengenalan

Kebahagiaan yang dikecapi terbit dari hati nurani manusia tidak dapat diluahkan jika kita hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak. Justeru itulah Allah menjadikan makhluknya khususnya yang bergelar insan, fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan bersuami isteri dan seterusnya berkeluarga. Dalam masyarakat yang bertamadun tinggi terdapat beraneka bentuk susunan keluarga misalnya banyak keluarga perkahwinan, keluarga sedarah, keluarga sekutu, keluarga asas, keluarga luas dan sebagainya.1 Keluarga boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk. Antaranya keluarga asas (keluarga nuklear), keluarga luas (extended),keluarga campuran dan keluarga luas yang diubahsuai. RD Laing has observed,`as though we know what families are. We identify, as families,networks of people who live together over time,who have ties of marriage or kinship to one another.2 Mengikut Kamus Dewan, keluarga bermakna saudara-mara, kaum kerabat dan saudara seisi rumahtangga (yang terdiri daripada suami isteri atau beserta anak-anak).3
1

Wan Azmi Ramli. Ranjau Hidup ; Keluarga Aspek Psikologi dan Sosial.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.1986. hlm 1 2 Arlene S.Skolnick , Jerome H Skolnick. Family In Transition Twelfth Edition. Allyn and Bacon, USA. hlm 15 3 Hajah Noresah. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. hlm 725

Namun secara amnya keluarga bolehlah didefinisikan sebagai ibu dan bapa serta anakanak sebagai satu kumpulan yang tinggal sebumbung melalui proses perkahwinan yang sah. Keluarga nuklear atau keluarga asas adalah terdiri daripada ibu,bapa dan anak sendiri serta anak-anak angkat yang tinggal bersama di dalam rumah yang sama dan berasingan daripada saudara mara lain.Bentuk ini terdapat terutamanya dalam masyarakat moden dan industri. Bentuk ini juga dipanggil conjugal family yang bermaksud sepasang suami isteri sama ada mempunyai anak ataupun tidak. Keluarga luas pula terdiri daripada dua hubungan darah yang tinggal serumah, seperti bapa saudara, datuk, nenek dan saudara mara lain. Ketua biasanya adalah lelaki yang paling tua dan golongan dewasa akan bekerjasama dalam mencari rezeki dan mengasuh anak-anak.Bentuk ini biasanya terdapat dalam masyarakat tradisional dan praindustri. Ia juga dipanggil consiguinal family.4

Membentuk Keluarga Melalui Zuriat. Peranan utama pembentukan keluarga adalah melahirkan zuriat. Kelahiran zuriat pula memerlukan ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama.Tuntutan perkahwinan bukan sekadar melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah kurniaan nikmat perkahwinan ini dapat melahirkan zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah ini. Agama telah menggariskan rukun berumahtangga dan perhubungan suami isteri supaya makhluk yang bakal dilahirkan itu dapat hidup dengan sejahtera. Kewajipan ini turut dimainkan oleh kerajaan dengan mewajibkan setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga agar menghadiri kursus
4

Rohani Yusof. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.Dewan Bahasa dan Pustaka.2001.hlm 153.

perkahwinan. Walaupun ini bukanlah jaminan kepada kesejahteraan berumahtangga namun sekurang-kurangnya dapat memberi input yang berguna kepada pasangan dalam menjalankan kewajipan masing-masing dan seterusnya mencapai hasrat melahirkan keluarga yang bahagia bersama zuriat yang baik.

Tanggungjawab Keluarga Peranan keluarga menjadi semakin besar bila mana lahirnya zuriat yang menjadi penyeri sebuah keluarga. Tugas dan tanggungjawab seperti membesarkan anak-anak, memberi didikan, melindungi mereka dari pelbagai mara bahaya dan menjaga kesihatan fizikal dan mental mereka tidak boleh diperturunkan kepada orang lain. Oleh yang demikian, penyediaan acuan yang baik perlu dihasilkan dengan memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak sedari kecil. Hasil yang baik memberi petanda kepada kita bahawa keluarga tersebut telah terbina dari asas yang baik.

Sokongan Ahli Keluarga Sebagaimana kita ketahui sifat manusia yang baru dilahirkan adalah lemah. Sifat fitrah manusia yang lemah dan lambat untuk berdikari secara fizikal dan mental ini perlulah mendapat sokongan dari ahli keluarganya. Di sini keluarga berperanan dalam memelihara, mendidik, dan menanamkan nilai-nilai sosial yang dikehendaki masyarakat supaya mereka boleh keluar ke kelompok masyarakat dengan yakin dan mampu menangani permasalahan persekitarannya.

Keluarga Sebagai Sumber Pendidikan

Fungsi keluarga tidak terbatas hanya untuk meneruskan keturunan sahaja. Contohnya dalam bidang pendidikan, keluarga merupakan sumber pendidikan utama kerana segala pengetahuan dan kecerdasan intelektual manusia diperolehi oleh kanakkanak dari orang tua dan anggota keluarganya sendiri. Ibu bapa adalah guru pertama kerana anak-anak akan belajar bahasa, budaya, akhlak,tabiat, fikiran, hobi, kemahuan, psikologi dan lain-lain daripada ibu bapa.5Sedari awal kandungan secara sedar atau tidak seorang anak telah mula belajar dari orang yang paling hampir dengannya iaitu ibu dan bapa. Sentuhan, belaian, bisikan dan rangsangan pastinya mempengaruhi emosi, fizikal dan perlakuan anak setelah lahir.Anak yang dirangsang dalam keluarga yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi akan membawa kepada sebuah keluarga yang harmoni dan saling menghormati. Natijah dari didikan awal yang baik inilah maka akan membawa kepada kesan sosial yang baik juga ke atas keluarga, masyarakat dan negara.

Pergantungan Dalam Keluarga Setiap anggota keluarga saling memerlukan dan bergantungan antara satu sama lain. Pergantungan kasih sayang, tenaga fizikal dan keperluan memberi dan mendapatkan pandangan adalah antara pergantungan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tidak dapat dinafikan apabila renggangnya pergantungan ini maka rengganglah juga ikatan kekeluargaan itu. Adalah ditakuti seandainya pergantungan ini beralih arah kepada individu lain yang tidak bertanggungjawab seperti pasangan kekasih, kawan yang hanya mementingkan diri sendiri dan individu yang mempunyai agenda tersendiri maka pelbagai masalah boleh terjadi. Antara masalah sosial yang hebat melanda sekarang ini

Saat Sulaiman. Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005. hlm 160

adalah seperti kenakalan, vandalisme,mat rempit, kehamilan luar nikah, penceraian dan pelbagai lagi.

Keluarga Sebagai Pendamping Pergantungan kasih sayang yang erat perlu dipupuk sedari awal. Ikatan ini perlu berterusan sehinggalah dewasa kerana pelbagai konflik kematangan tiada had umurnya. Justeru keluargalah yang perlu menjadi pendamping setia anak-anak. Ibu bapa, ahli keluarga perlu menjadi penyokong setia kepada anak-anak mahupun sesiapa juga dalam keluarganya ketika suka mahupun duka,senang mahupun susah. Lantaran itu fungsi dan peranan keluarga asas dan luas perlu digerakkan dengan menepis sifat-sifat malu dan pemikiran tertutup kepada pemikiran terbuka agar segala jenis permasalahan dalaman dan luaran dalam keluarga akan segera diatasi. Maka dengan sebab itu ibu bapa khususnya mestilah memiliki pelbagai cabang ilmu pengetahuan, kemahiran mendidik, memahami psikologi dan tingkah laku manusia, kesabaran dan lain-lain. Pelbagai ilmu dan kemahiran ini bolehlah dijadikan panduan untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Keluarga Tempat Beriadah Keluarga juga memainkan peranan sebagai tempat riadah. Walau ke mana jua kita pergi akhirnya rumah juga destinasi yang ditujui.Pelbagai bentuk riadah dapat dilakukan seperti berkelah di hujung minggu, bersukan, dan berkumpul untuk makan malam bersama. Oleh yang demikian keluarga sebagai tempat riadah perlulah aktif melibatkan setiap individu di dalamnya untuk sama-sama menyertai aktiviti riadah ini. Penggunaan

masa lapang untuk bersantai bersama keluarga bukan sahaja dapat menyuburkan hubungan antara ahli keluarga malah dapat menambahkan kemeriahan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara isi keluarga. Secara tidak langsung pembinaan sahsiah dan jati diri juga dapat dipupuk dan di bentuk.

Keluarga Sebagai Wakil Permasyarakatan Keluarga juga menjalankan peranan yang penting sebagai wakil permasyarakatan. Untuk merealisasikan peranan ini cara asuhan dan didikan awal perlulah diterapkan dengan sebaik-baiknya. Didikan agama contohnya perlulah dipelajari oleh setiap individu keluarga. Mempelajarinya semata-mata belum lagi memadai. Justeru itu setiap amalan baik dalam agama itu perlulah dipraktikkan secara berterusan agar individu yang baik akhlaknya, budi pekertinya dan baik pergaulannya dapat dibentuk malah individu ini dapat diterima baik juga dalam masyarakatnya.

Keluarga Berkongsi Tugasan Keluarga juga berperanan untuk saling berkongsi tugasan. Pelbagai jenis aktiviti mahupun tugasan di dalam rumah boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat seandainya ada perkongsian tugasan dalam isi rumah tersebut. Perkongsian tugasan ini sudah tentulah dapat meringankan beban ahli keluarga yang dewasa ini banyak dibebani dengan pelbagai tugasan luar yang memenatkan. Sebagai ahli keluarga yang dewasa dan menjadi sumber kepada kewangan keluarga sudah pastilah beban tugas dan tanggungjawab ke atas kewajipan kerjaya dan kewajipan rumahtangga menjadi bebannya. Sebagai anak pula tugas dan tanggungjawab dalam mencari ilmu mungkin dirasakan

suatu beban baginya. Justeru itu apabila berada dalam ruang lingkup rumah sudah pastilah perkongsian tugasan ini amat diperlukan. Selain memudahkan dan

mempercepatkan urusan rumahtangga ianya juga sebenarnya adalah waktu-waktu berkualiti yang tidak disedari dan seharusnya digunakan sebaiknya untuk mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara ahli keluarga.

Komunikasi Dalam Keluarga Dalam institusi keluarga, berkomunikasi sama ada secara lisan atau tanpa lisan seperti gerak badan adalah suatu alat penting untuk menghubungkan perasaan antara ahli keluarga. Perkahwinan, satu unsur utama dalam pembentukan keluarga tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa komunikasi berkesan. Masalah komunikasi yang tidak berkesan boleh menyebabkan perasaan kesepian,terasing dan sukar untuk mendapat penghargaan kendiri. Dalam institusi keluarga misalnya, ibu bapa perlulah menjadi pendengar setia kepada permasalahan anak-anak. Ahli keluarga yang dewasa atau lebih berumur pula bolehlah berperanan sebagai pemberi nasihat kepada ahli keluarganya yang lebih muda. Situasi sebegini perlu menjadi amalan dalam hidup berkeluarga agar dapat mengelakkan anak-anak atau ahli keluarga yang lebih muda mencari punca lain untuk meluahkan masalah mereka. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang terletak di bawah pimpinan kamu. Ketua Negara (al- Iman) adalah bertanggungjawab dari hal rakyatnya, ketua keluarga adalah pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya dari hal kepimpinannya. Oleh yang demikian sebagai pemimpin dalam keluarga, ketua keluarga bersama seluruh ahlinya perlulah mengambil

inisiatif untuk mencari cara komunikasi yang berkesan antaranya mewujudkan komunikasi yang baik antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, selalu memberi penghargaan, memberi belaian kasih sayang dengan cara sentuhan, belaian dan pelukan kepada setiap individu dalam keluarga.

Membina Keluarga Melalui Konflik Walau bagaimana berkesannya sebuah komunikasi dalam keluarga, sebuah konflik tetap mempunyai peranannya dalam membina keluarga bahagia.Kita tidak boleh membina kemesraan tanpa konflik kerana kasih sayang dan konflik tidak boleh dipisahkan. Konflik memberi faedah dari segi membina perasaan saling mempercayai, membina daya juang dan daya tahan dan menguji keutuhan. Erik Erikson seorang tokoh hubungan manusia juga pernah menyatakan kegagalan untuk membina kemesraan dalam masyarakat hari ini adalah kerana ketidakupayaan untuk berkontroversi dan bercanggah pendapat. Kajian sains sosial juga menunjukkan beberapa jenis perselisihan faham dalam rumahtangga adalah baik untuk membangunkan jiwa anak-anak. Dr. Robert Bolton (1987:207) telah memetik kajian Stanley Coopersmith yang mendapati keluarga-keluarga yang suka berterus terang meluahkan perselisihan pendapat mereka akan membesarkan anak-anak yang mempunyai nilai diri yang berkualiti, iaitu mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.6 Mereka juga sanggup menerima kritikan, mempunyai keyakinan yang tinggi, boleh dan berupaya berhujah dan memberikan pendapat,dan mempunyai ketahanan diri yang kental yang akhirnya berjaya menjadikan mereka manusia yang berkualiti.

Abdul Rahman Abdul Aziz. Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000. hlm 4

Keluarga Adalah Segalanya Keluarga berfungsi bukan sekadar merumahkan manusia tetapi ia adalah segalagalanya. Yang dikatakan ibu bapa itu adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah yang paling teruk di dunia iaitu Sekolah untuk Menjadikan Manusia Itu Sebenarnya Manusia. Ibu bapa adalah segala-galanya kerana mereka adalah ahli lembaga pengelola, merekalah guru besar, merekalah guru kelas, dan mereka jugalah tukang sapu dan tukang kebun. Ibu bapa sepatutnya menjadi pakar dalam semua mata pelajaran yang berkenaan dengan hidup dan kehidupan. Pelajaran yang tidak formal dan dipelajari dari keluarga inilah sebenarnya yang banyak membantu meningkatkan kualiti hidup seorang manusia yang hidup di dalam dunia yang serba mencabar ini.

Keluarga Membina Masyarakat Keluarga bahagia dan bertaqwa boleh menyumbang kepada pembinaan institusi masyarakat yang bersatu padu, berwibawa, sejahtera dan juga bertaqwa. Ruang lingkup sosial individu yang membentuk keluarga, tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama ahli keluarga semata-mata, bahkan meliputi hubungannya dengan ahli masyarakat setempat dan sekitarnya. Jalinan persahabatan yang erat sesama ahli masyarakat; kemesraan jiran tetangga yang saling hormat menghormati; urusan muamalat (jual beli) yang sihat; terpautnya hati anggota masyarakat setempat untuk memakmurkan masjid; berjihad dan berbuat kebajikan; amalan ziarah menziarahi saudara mara dan handai taulan di kala senang mahupun susah adalah sebahagian daripada pelbagai corak pergaulan dalam masyarakat yang diutamakan.7
7

Al Ustaz Hj. Ismail Kamus. Hidup Bertaqwa. At Tafkir Enterprise.1994. hlm 208

Keluarga dan Kesejahteraan Hidup Keluarga amat berperanan dalam menentukan kesejahteraan hidup sejagat. Kehidupan berkeluarga amat penting bagi kesejahteraan hidup manusia sama ada lelaki mahupun perempuan, isteri atau suami serta juga anak-anak. Kejayaan hidup berkeluarga bukan sahaja penting bagi kesejahteraan hidup individu tetapi juga bagi kesejahteraan hidup masyarakat seluruhnya. Jika seseorang itu itu hidup dalam keluarga yang bahagia,kebahagiaan itu akan turut dirasai oleh orang-orang yang berhubungan dengannya. Saiyidina Ali kmh. pernah berkata, antara lain, Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (susah dan senang), Ia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.8

Keluarga dan Kekuatan Masyarakat Ahli falsafah dan ahli analisis sosial telah mendapati bahawa sebarang masyarakat ialah suatu struktur yang terdiri daripada rangkaian keluarga.Sesuatu masyarakat akan hilang kekuatannya jika ahlinya tidak melaksanakan kewajipan terhadap keluarga. Confucius percaya bahawa kebahagiaan dan kemakmuran akan tercapai apabila tiap-tiap orang berkelakuan yang sewajarnya sebagai anggota keluarga.9 Kelakuan yang sewajarnya adalah kelakuan yang dituntut oleh setiap agama dan tidak melampaui batasan undang-undang. Justeru itu, Kerajaan Malaysia telah merangka Pelan Integriti Nasional untuk membawa masyarakat Malaysia menjadi masyarakat maju menjelang

8 9

Ibid. hlm 209 William J. Goode. Penterjemah Masood Abd. Rashid. Keluarga. DBP,KL. 1991. hlm 2

10

2020 dengan acuan yang tersendiri dan pelannya adalah menyeluruh meliputi institusi keluarga sehinggalah kepada institusi pentadbiran negara.

Keluarga Ke arah Masyarakat Berintegriti Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan.10 Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat. Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawa masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berorientasikan keluarga dan komuniti.11

Penutup

Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga berperanan membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak manakala ibu, bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik.

10 11

Pelan Integrasi Nasional. Institut Integriti Malaysia.Pesiaran Duta,Kuala Lumpur. 2006. hlm 3 Ibid. hlm 35

11

Sesebuah masyarakat itu pula tidak akan wujud jika tidak ada keluarga dan keluarga terdiri daripada beberapa anggota masyarakat. Sekiranya tiap-tiap anggota masyarakat itu menunaikan kewajipan agama yang diwajibkan kepadanya dan meninggalkan segala larangannya, nescaya akan teraturlah kehidupan keluarga yang kemudiannya akan membawa nama baik kepada negara.12 Sesungguhnya pemilihan jodoh yang sesuai adalah perkara utama dalam usaha merealisasikan keluarga yang sempurna. Sabda Nabi s.a.w., Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu sukai agama dan budi pekertinya untuk meminang, kahwinkanlah dia. Apabila kamu tidak berbuat demikian kelak akan menjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.(H.R. Tarmizi)13 Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab setiap individu yang inginkan keluarganya menjadi suatu institusi yang bahagia dan bertanggungjawab, maka perlulah ditunjangi dengan pegangan agama yang kukuh. Hal ini berhubungan rapat untuk melahirkan institusi keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja untuk keluarganya malah

masyarakatnya, negaranya dan kesejahteraan sejagat.

BIBLIOGRAFI

12 13

Muhammad Salih Samak. Ilmu Pendidikan Islam. DBP. 1983. hlm. 10 Modul Pengurusan Integriti Keluarga dan Komuniti. Kementerian Pelajaran Malaysia.2007. hlm.87

12

Abdul Rahman Abdul Aziz. Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000. Al Ustaz Hj. Ismail Kamus. Hidup Bertaqwa. At Tafkir Enterprise.1994. Arlene S.Skolnick , Jerome H. Skolnick. Family In Transition Twelfth Edition. Allyn and Bacon, USA. Hajah Noresah. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. Muhammad Salih Samak. Ilmu Pendidikan Islam. DBP. 1983. Modul Pengurusan Integriti Keluarga dan Komuniti. Kementerian Pelajaran Malaysia.2007. Pelan Integrasi Nasional. Institut Integriti Malaysia,Pesiaran Duta, Kuala Lumpur. 2006 Rohani Yusof. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.Dewan Bahasa dan Pustaka.2001. Saat Sulaiman. Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.2005 Wan Azmi Ramli. Ranjau Hidup ; Keluarga Aspek Psikologi dan Sosial.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.1986. William J. Goode. Penterjemah Masood Abd. Rashid. Keluarga. DBP,Kuala Lumpur. 1991

13