Anda di halaman 1dari 53

KEPIMPINAN DALAM TAMADUN ISLAM

Pendahuluan
Pertumbuhan dan pembangunan tamadun secara keseluruhannya terikat dgn kewujudan kepimpinan dan pimpinan. Pimpinan adlh pembantu utama ke arah merancang dan mengembangkan tamadun bangsa atau masy.

Definisi kepimpinan
Istilah pimpinan dlm bhs Arab menggunakan kalimah imam. Ia bererti individu yg mengetuai sesuatu kaum atau tempat dan masy atau penduduk sesuatu tempat itu mengikutnya/menjadikannya sbg ikutan. Sesetgh ilmuwan Islam memberikan istilah Al-Imamatu al-udzma atau al-Imam al-Azam kpd imam yg bersifat mengetuai atau memimpin sembahyang di samping memikul tugas pemerintahan pentadbiran negara. Dr sudut sejarah, apabila Rasulullah s.a.w wafat, pemimpin tertinggi umat Islam dikenali sbg Khalifah. Kekhalifahan dlm perspektif umum:
Kekhalifahan manusia di bumi dgn tjwb utk menjurus dan membangunkan bumi dimulakan oleh Adam a.s dan dilanjutkan tjwb itu sehingga kpd seluruh zuriatnya kemudian.

Kekhalifahan dilihat dlm 2 kategori: 1) khalifah/istikhlaf negara - sbg institusi masy utama dgn tjwb menjaga kemerdekaan dan ketuanan negara, menjaga rakyat dgn menentukan keperluan, menyebar agama melalui jihad dan menjamin keselamatan rakyat drp kesesatan. 2) khalifah individu pimpinan menjadi tjwb rakyat atas tuntutan agama memilih individu di klgn mrk sbg ketua negara berasaskan perlembagaan negara yg prinsip asasnya adlh berdasarkan al-Quran.

Gelaran lain yg merujuk kpd pemimpin tertinggi negara dan pemerintahan Islam ialah Amir al-Mukminin . Penggunaan gelaran ini bermula pd zmn Khalifah Umar al-Khattab. Merupakan kedudukan pemimpin tertinggi negara Islam, ketua angkatan tentera dan wakil umat Islam.

Islam Menuntut Menjadi Umat Berkepimpinan


Rasulullah s.a.w. Mengingatkan umat Islam supaya berkepimpinan walaupn dlm komuniti masy kecil dan besar. Ibn Taimiah menyatakan bhw Rasulullah mewajibkan pelantikan pemimpin mengetuai kumpulan. Menjd kewajipan agama dan sebhgn drp pengabdian terhdp Allah utk membtk Imarah atau negara. Fakta lain yg dijdkan sandaran sbg dalil oleh ilmuwan Islam ttg berkwajipan berkepimpinan ialahIjmak ulama usaha membuat pencalonan dan pemilihan baru berikutan kewafatan Rasulullah. Urusan umat tidak akan terlaksana dgn sempurna tanpa adanya pemimpin.

Al-Mawardi dan Ibn Khaldun mengemukakan dalil dan fakta berasaskan rasional akal dan sosial ttg kewajipan berkepimpinan iaitu urusan manusia tdk dpt disempurnakan tanpa pemimpin yg bertjwb bg pengurusan mrk, menjaga kesatuan dan perpaduan mrk. Berkepimpinan adlh kewajipan syarak, rasional akal dan keperluan sosial dan menjadi utk menunaikan tjwb membuat pemilihan pemimpin.

Kepimpinan Dalam Sejarah Tamadun Islam


Rasulullah sbg Pelopor Kepimpinan Islam - Kepimpinan dlm tam Islam tlh bermula sjk zmn Rasulullah. Baginda semasa hidupnya berperanan dlm dua kedudukan i. Kedudukan sbg Nabi utusan Allah yg dimilki krn pelantikan, pemilihan atau perutusan dr sisi Allah bg tujuan mengemukakan dan melaksanakan risalah Allah sbg cth kpd manusia. ii. Kedudukan sbg pemimpin dan ketua negara. Bermula dgn pimpinan komuniti kecil drp kump minoriti masy Arab Makkah yg beriman kpd Allah dan kerasulannya. Rasulullah mempimpin, mendidik dam membtk rangkaian dan sistem dakwah bersama mrk.

Kepimpinan peringkat rendah membawa Rasulullah s.a.w. diterima sbg pemimpin tertinggi berikutan hijrah baginda dr Mekah ke Madinah (Yathrib) pd 622 M berasaskan kpd penerimaan, persetujuan, dan pemilihan oleh rakyat negara Islam. Baginda sbg pengasas pemerintahan/negara Islam. Ini dpt dilihat dlm konteks sistem pemilihan pimpinan dan memperkenalkn Sahifah al-Madinah (Piagam Madinah).

Perlembagaan Madinah memperkenal dan memperakui bbrp prinsip dan asas utama dlm pemerintahan antaranya ialah:
Konsep ummah sbg warganegara dan hak warganegara. Konsep ummah diasaskan kpd penganutan Islam tanpa memperhitungkan asal keturunan mrk. Konsep ummah sbg warganegara dlm perlembaggan ini jg diakui sbg tanpa mengenal perbezaan hak dan kedudukan. Memperakui ketuanan undang-undang dan pelaksanaan undang-undang. Memperakui hak semua warganegara berasaskan kedaulatan undang2. Proses penghukuman melalui institusi kehakimanyg bebas. Tidak ada pihak diberi kedudukan yg mengatasi undang2.

Hak kebebasan beragama dan hubungannya dgn penganut agama lain serta umat Islam dan negara. Memperakui prinsip kebebasan menganut agama di klgn warganegara. Ini dilihat sbg persaudaraan kemanusiaan. Kedaulatan negara dan tanggungjawab dalam menjamin kedaulatan negara. Memperakui kedaulatan negara dan asas kedaulatan negara spt kesatuan warganegara dlm mempertahan negara, hak menentukan hubungan negara dgn kuasa2 lain, hak negara menjaga keselamatan dan hak serta kedudukan ketua negara sbg tmpt rujukan utk meneylsaikan pertiakaian di klgn warganegara.

Pimpinan Tertinggi Negara Islam Selepas Rasulullah s.a.w. Rasulullah tlh mengasaskan negara Islam Madinah dan baginda tlh diterima dan dipilih sbg ketua.ketua pemimpin tertinggi negara Islam yg pertama. Kewafatan baginda pd th ke 10H/632M, perbincangan dlm persidangan tlh berlaku di Saqifah Bani Saadah dan mencalonkan Abu Bakar al-Siddik sbg Imam/khalifah. Proses pemilihan rakyat atau baiah turut dilakukan pd hari berikutnya di Masjid al-Nabawi. Sejak itu isitlah khalifah sbg pemimpin tertinggi di negara dan masy Islam tlh bermula.

Rasional umat Islam dan khalifah Abu Bakar bersetuju dgn isitlah khalifah adlh krn kedudukan sbg ketua tertainggi pemerintahan Islam yg dipilih oleh umat Islam berasaskan syariah spt yg dilaksanakan semasa hayat baginda. Penggunaan istilah khalifah sbg nama khas kpd ketua/pemimpin tertinggi umat Islam bermula sejak Khulafa Al-Rasyidin yg pertama hingga akhir pemerintahan Turki Othmaniah pd 1341 H/1293 M apabila Turki memulakan sistem Republik.

Proses Pemilihan dan Perlantikan Pimpinan


dalam Sejarah Tamadun Islam
Pemilihan sebelum pengebumian Khalifah sebelumnya tempoh kekhalifahan secara keseluruhannya pendek. Dr sudut pemikiran Islam tdk salah utk memilih pemimpin berdsrkn mandat rakyat. Mandat ketua negara ditentukan jika perlembagaan negara yg dibina berasaskan syura. Tanggungjawab rakyat menasihati, membantu dan mengkritik kesilapan pemimpin.
- Hak melucutkn jwtn ketua negara blh dilakukn dlm satu btk dan cara yg tdk mengakibatkn berlakunya kemungkaran dan fitnah yg lbh besar dlm masy. Pelucutan jwtn hdklh berasaskn prinsip amar makruf dan nahi munkar krn dpt mengurangkn berlakunya fitnah dan kemungkaran yg lbh besar dlm masy dan negara.
-

Dlm proses pemilihan secara rasmi yg memerlukn tempoh waktu yg lanjut adlh tdk bersalahan sekiranya terlbh dahulu dibuat perlantikan sementara sbg pemangku yg blh berperanan sehingga pemilihan rasmi dibuat kemudiannya.

Proses pencalonan Khalifah - Kepimpinan tertinggi negara Islam bertujuan utk melaksanakan tuntutan syariah dn menjamin pelaksanaan. Islam menentukn pimpinan mstilh berkeahlian (pakar) ttg syariah bg menentukn tokoh yg dipilih berkelayakan. - Pemilihan berdasarkan: 1) saluran peruntukan perlembagaan s.a mesyuarat terbuka wakil2 masy, ahli ilmuwan dll. (Abu Bakar alSiddiq dan Ali Bin Abi Talib). 2 ) pencalonan oleh ketua negara kpd lembaga pencalonan (Abu Bakar dlm pencalonan Omar alKhattab selepasnya). 3) mesyuarat di kal. Lembaga pencalonan (Omar alKhattab dlm pemilihan Othman bin Affan selepasnya).

Pemilihan umum /baiah (proses pemilihan rakyat) - Setelah memperoleh pencalonan, hendaklah dikemukakan bg mendpt mandat/persetujuan rakyat melalui proses baiah. - Proses yang meletakkan pimpinan tertinggi negara mendpt mandat drpd rakyat yg membuktikan Reda Majoriti dan calonnya adlh terbaik.

Ikrar dan ucapan dasar sempena pelantikan - Pemimpin baru diberi kesempatan utk membuat ucapan kpd seluruh rakyat/negara. Mrk selalunya menggaris hala tuju perancangan dasar/kerjayanya bg tempoh mandat/penggal yg diberikan kpdnya sbg ketua tertinggi pemerintahan negara Islam utk memimpin. - Pendktn dan amalan ini dilakukn oleh khalifah Abu Bakar, Omar al-Khattab, Othman b Affan dan Ali bin Abi Talib apabila mrk diberi mandat oleh rakyat sbg ketua tertinggi pemerintahan dan pentadbiran negara Islam dlm sej umat Islam.

Kepimpinan Islam: Konsep dan Peranannya Dalam Pertumbuhan dan Pembangunan Tamadun
Konsep Pimpinan Tamadun Islam
Manusia bertanggungjawab utk mengurus dan membangunkan alam dgn peraturan/sistem yg disediakan Allah dr sudut prinsip asasnya. (Surah Luqman, 31:20). Khalifah am: manusia (khalifah) bertanggungjawab menguruskan bumi (Surah al-Anam, 6:165 dan Surah al-Nur, 24:55). Khalifah khas: tanggungjawab manusia menjadikan negara sbg institusi kemasyarakatan utama dgn kedaulatan yg utuh, kemaslahatan rakyat diperoleh, keamanan dan keselamatan terjamin dan agama Allah terpelihara. Peranan pemimpin neara yg dipilih olh rakyat msti mejlnkn permerintahan berasaskn syariah dan peraturan Allah.

Berasaskn konsep ini manusia adlh pemimpin yg dipertanggunjwbkn olh Allah sbg pemimpin dlm perspektif umum dan khusus. Manusia mempunyai persediaan utk melaksanakan amanah Allah. Allah menerangkn kemampuanmanusia utk memilki dan menguasai ilmu dan dididik mnjd org berakhlak yg merupakan prasyarat utama dlm tugas dan peranannya sbg khalifah dan pemimpin. Yg dimaksudkn amanah yg perlu menjd tanggungjwb manusia dlm peranannya sbg khalifah atau pemimpin tertinggi negara ialah mengurus dan memabngunkn negara dan manusia dlm peraturan dan hukum serta perundangan Allah yg merupkn asas pengesahan iman manusia kpd Allah dan merupakn sebhgn amalan ibadat.

Manusia perlu bertanggungjwb sbg khalifah umum iaitu memilih pemimpin yg menepati kriteria yg ditetapkn oleh Allah dgn tatacara pemilihan yg ditentukn Allah serta mengawal perjlnan pimpinan ke arah landasan yg betul melalui nasihat, teguran dan kritikan bermoral sekiranya diperlukn. khalifah khas negara dan pimpinan negara perlu bertanggunjwb menentukan pengekalan kedaulatan, keamanan, kesejahteraan rakyat dan menjaga agama Islam. Pemimpin adalah melaksanakan amanah rakyat dlm negara dgn penuh keadilan tanpa dipengaruhi sifat permusuhan peribadi terhdp seseorg atau kumpulan. Abu al-Ala al Maududi menjlskn bhw pemerintahn hdklah membantu seseorg atau kump yg berhak dr sudut kebenaran dan keadilan walaupn melibatkan musuh peribadi serta tidak ada keistimewaan kpd individu2 walaupn kawan setia.

Wujudnya hak/tanggungjawab bersifat timbal balik ant pimpinan dgn rakyat. Ini berasaskan bhw kedua2nya berkedudukan sbg khalifah Allah dr perspektif umum dan khusus. Berikutan kedua2 pemimpin dan yg dipimpin menjalinkn dan menunaikn tanggunjwb atas prinsip ikhlas kpd Allah, mematuhi perintahnya dan ditunaikan dgn peraturan serta secara beretika, ia mnjd suatu ibadat kpd Allah yg akan disediakan ganjaran oleh Allah di akhirat kelak.

Pimpinan dan kaitannya dgn pertumbuhan


dan pembangunan tamadun
Ibn Khaldun dlm huraiannya berkaitan pertumbuhan dan pembangunan tamadun bangsa dan negara tlh menyifatkn pimpinan adlh pembantu paling utama krn berasaskn kedudukan keperluan asasi manusia. Ia jg adlh penentu pengekalan manusia dan komuniti manusia. Yg dimaksudkan olh Ibn Khaldun dgn keperluan asasi ialah keperluan makanan dan pertahanan bg menjamin kelangsungan hidup. Ibn Khaldun menyifatkn penghasilan makanan memerlukn kerjasama manusia dan dan manusia memerlukn hidup bersosial utk mendptkan kerjasama. Kehidupan bermasyarakat dan bekerjasama pula berkehendakkan kepimpinan.

Tabiat manusia fitrahnya cenderung kpd perkara bertentangan spt kebaikan dan keburukan, kerjasama dan permusuhan keadaan ini memerlukn tenaga pengimbang bg menjamin keamanan utk perkembangan tamadun dan menghalang manusia drp menuju kehancuran. Tenaga pengimbang ini dpt dilakukan oleh pimpinan dgn strategi dan dsr kepimpinan yg nyata dan jelas. Kepimpinan atau al-Malik adlh jwtn yg lahir dr tabiat manusia yg memerlukan kerjasaman dan kerjasama memerlukn kepimpinan.

Pimpinan seterusnya membantu ke arah pertumbuhan dan pembangunan tamadun melalui perancangan dan pelaksanaan dsr, pengawasan aktiviti dan strategi pembangunan manusia. Mewujudkan suasana aman dan stabil melalui dasar dan strategi keamanan,pemerintahan dan pentadbiran adil, penguatkuasaan dan kawalan keamanan. Pertahanan negara drp musuh luar dan anasir asing melalui dasar luar yg baik.

Kategori pemimpin dan sistem pemerintahan


dalam peradaban manusia
Kategori pimpinan oleh Ibn khaldun:
al-Malik al-Tabiii al-Istibdadi - kepimpinan yg meletakkan tanggungjawab keseluruhan berasaskan objektif kebendaan dan nafsu syahwat, iaitu individu mempunyai kekuatan memaksa dirinya ke atas rakyat sbg pemimpin. Pemerintahan btk ini tdk berpegang kpd rasional akal dan syariah, ia hanya berobjektif utk menghasilkan kemaslahatan bersifat persendirian yg sempit. Btk ini dpt dikategorikan sbg btk bersifat autokrasi. - Ibn Khaldun menyifatkan pimpinan kategori ini sbg tercela dan membawa kehancuran krn manusia/rakyat sukar menrima ciri autokrasi, bersifat persendirian dan keakuan yg membawa pertentangan dan berakhir kehancuran pemerintahan.

al-Malik al-Siasi al-akli al-Tabii -tanggungjawab keseluruhannya dibina berasaskan rasional akal utk kemaslahatan kehidupan dunia dan menolak kemudaratan. Ia berasaskan undang2 dan peraturan ciptaan manusia semata2 drp kalangan ahli falsafah dan tokoh kemasyarakatan dgn berobjektifkan kemaslahatan dunia danmenghindar kemudaratan. - Pemerintahan jenis ini dgn kepimpinannya adalah hampir sama dgn sis sekular. Ia adalah undang2 ciptaan rasional akal semata2 dan bukan ciptaan agama, berkemungkinan pemimpin mengeksploitasi kedudukannya dgn membelakangkn undang2 sehingga menjd autokrasi.

al-Malik al-Khalifah al-Syariah ialah tanggungjawab keseluruhannya berasaskan perspektif syariah. Tujuannya utk kemaslahatan dunia/akhirat. Ia terikat dgn al-siasah(politik) dan al-syariah menjadikannya bersifat politik syariat atau al-siasah syariah iaitu suatu pemerintahan yg menjadikan hukum syariah sbg kuasa tertinggi dan berdaulat. - Ia sistem berasaskan wahyu drp Allah melalui perutusan Nabi dgn objektif mencapai kesejahteraan manusia dunia dan akhirat serta menolak kemudaratan di samping meletakkan urusan pemerintahan, pentadbiran danpembangunan negara sbg sebahagian drp ibadat kpd Allah.

Sekiranya kepimpinan al-malik al-TabiI (autokrasi) berasas kekuatan dan kecenderungan kemnusiaan semata2 yg akhirnya mengakibatkan kezaliman dan permusuhan, maka pemerintahan kepimpinan alMalik al-siasi yg berdsrkn pemikiran dan politik semata2 adlh baik dlm jangka masa pendek. Dr sudut jangka pjg berkemungkinan terdedah kpd kecenderungan kemanusiaan yg akhirnya membawa akibat yg hampir sama dgn al-malik al-Tabii. Sistem al Malik al-Khalifah atau al-Khalifah al-Syariah disifatkan paling ideal dan terbaiki. Ia meletakkan syariah kuasa tertinggi serta memberikan syariah Islamiah peranan dlm kehidupan dunia utk membtk manusia dgn pembudayaan akhlak yg berasaskan wahyu dan kemampuan (syariah) menyatukan manusia dan patuh kpd Allah.

Teori kitaran pimpinan dan tamadun Ibn Khaldun


Pemerintahan, tamadun dan kepimpinan adlh sesuatu yg tdk akan berada dan didominasi secara kekal oleh satu kumpulan masy manusia. Kitaran berlaku sbg sunnah (nature) spt sunnah hidup satu individu yg bermula dari kanak-kanak, dewasa, tua, mati. Dlm analisis Ibn Khaldun, proses ini berlaku dlm 3 generasi/peringkat (setiap peringkat mengambil masa maksimun 40 thn. Tempoh kepimpinan terpanjang ialah 120 thn). Al-Quran: ... dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dgn peristiwa2 kemenangan atau kekalahan) kami gilirkan dia antara sesama manusia (spy menjadi pengajaran) dan spy nyata yg diketahui Allah ttg org2 tetap beriman dan sebaliknya. (Surah al-Imran, 3:141).

Pertukaran merupakan satu sunnah yg bersifat pasti berlaku bertujuan utk membersihkan anasir tdk baik dan utk memberi harapan ke arah perjuanan dan jihad kebaikan. Proses ini berkait dgn peubahan iaitu kpd nilai dan pelaksanaan ke arah kebaikan utk kebangkitan satu bangsa dan kumpulan yg akann mengakhiri tempoh kepimpinannya dan kecemerlangan tamadunnya.

Bertamadun

Lemah dan runtuh


MUNDUR Mundur

Ia merupakan satu huraian dan analisis kpd kenyataan al-Quran krn pemerhatian Ibn Khaldun kpd perkmbgn sejarah politik dan peradabanmanusia. Ibn Khaldun tlh menganalisis proses berlaku dan terlaksananya kitaran ini pd mana2 masy/bangsa atau kump negara, termasuk di klgn umat Islam.

Faktor-faktor kitaran pimpinan politik dan tamadun


Berdsrkn penjelasan Al-Quran perkmbgn tamadun melibatkn peranan byk phkbersama spt tokoh politik, pentadbiran, ehali ekonomi, ilmuwan, tokok masyarakat dlm masy atau bangsa dan negara: Peranan tokoh politik: melibatkan penguasaan politik/kepimpinan yg cenderung guna kuasa ke arah jenayah/kezaliman. pentadbiran: Perubahan2 kpd nilai yg buruk akan mempengaruhi pentadbiran dan institusi pengurusan yg mnjd pelengkap kitaran keruntuhan. ahli ekonomi: ahli ekonomi mengeksploitasi masy ke arah kerosakan mll penggunaan harta/ekonomi. tokoh kemasyarakatan/ahli ilmuwan: meninggalkan peranan dlm memperbaiki penghayatan agama di klgn masy sebaliknya bekerjasama dgn pihak2 dlm masy spt ahli ekonomi dan politik dlm mengejar kepentingan kebendaan.

Al-Imam al-Ghazali menyatakan bhw rakyat menjd rosak krn pemerintah yg rosak dan keroskan pemerintah berlaku disebabkn kerosakan ilmuwan/agama dan kerosakan ilmuwan/agama krn dikuasai keptgn kebendaan, mrk tdk berupaya berfungsi memperbaiki masy bwhn. Jg tdk berkuasa memperbaiki kerosakan dan nilai serta amalan buruk pemimpin krn terikat dgn memperoleh kebendaan.

Ibn Khaldun memberikn dua faktor utama keruntuhan pimpinan dan kuasa politik: i. penguncupan asabiyah (memandang mulia kabilahnya dan memandang hina kabilah lain)pd satu pihak dan pembaikiannya pd kump lain. ii. sikap melampau pd aktiviti projek mega berobjektifkan kemewahan pd satu kump dan pembetulan persoalan itu kpd pihak yg lain. Kebangkitan pimpinan, pemerintahan dan pertumbuhan tamadun mempunyai pertalian dgn sokongan majoriti komunit yg mempunyai asabiyah yg sama dgn pimpinan itu. Apabila berlaku di puncak kekuasaan, akan berlaku perubahan kpd pimpinan hingga menyebabkn penguncupan asabiyahnya kpd komuniti seasabiyah iaitu golongan yg hampir dgnnya shj. Perkmbgn ini akan membawa tindakbalas drp majoriti. Konsep ini dpt difahami dgn dsr kronisme.

Langkah utk mengekalkn pengurusan kewangan negara yg mengutamakn projek mega mengakibatkan sebhgn kecil masy yg menikmati hasil dan bukan majoriti rakyat. Ini akan menganggu kemampuan negara memenuhi keperluan aktivit lain yg menjadi kptgn rakyat majoriti dan mendorong pimpinan memperkenal dasar cukai lbh tinggi. Kedua2 faktor utama mempengaruhi kitaran atau perubahan pemimpin dan berlaku dlm semua peradaban manusia sbg suatu sunnah yg menunjukkan bhw hanya faktor masa menentukan kadar cepat atau lambat.

Kepimpinan, syarat pelantikan dan tanggungjwb


Islam memperkenalkan asas syarat bg pemilihan pimpinan dan menjelaskn tanggungjwb pemimpin dan rakyat. Syarat pemimpin merangkumi kemampuan pemikiran dan pengetahuan serta kemampuan fizikal utk menjlnkn tgjwb kepimpinan. Syaikh al-Kudhari menjelaskan individu yg hdk dipilih memegang jwtn tertinggi dlm negara mesti memiliki empat prasyarat utama: i. ilmu pengetahuan yg memungkinkan berijtihad syarat ini ptg krn pemimpin adlh pelaksana kpd hukum2 Allah. Sekiranya jahil ini memungkinkn tidak berupaya utk melaksanakan ketentuan Allah setepatnya. Dr sudut keutamaan tertakluk kpd kondisi dan suasana dlm negara, cthnya jika suasana dan kondisi dlm negara lbh memperlihatkn kegawatan yg berunsur pemberontakan yg memerlukn keutamaan diberikn kpd individu yg lbh nerkemahiran dgn strategi ketentaraan, maka ia perlu diutamakn. Jika negara lbh menunjukkn komleksiti pemikiran, pemikiran yg tinggi perlu diutamakn dlm pemilihn pemimpin. Namun, penguasaan ilmu yg tinggi merupakn syarat ptg.

ii. Keadilan kepimpinan merupakn tgjwb agama dlm melaksanakn hukum Islam. Keadilan mnjd prasyarat ptg. Jika pemimpin tdk berlaku adil dan zalim kekuasaan yg dimiliki akan memungkinkannya mengeksploitasi pihak lain ke arah menjayakan perlakuan dan tindakan ketidakadilannya itu.

iii. Berkemampuan dr sudut keperibadian antaranya ialah keberanian utk melaksanakan hudud dan undang2, menghadapi permusuhan kuasa asing, berjihad dan menegakkan agama dan menguruskn kptgn hak2 asasi dan rakyat. Kesemua ini memerlukn keperibadian yg amat tinggi.

iii. Kesempurnaan anggota fizikal khususnya angggota2 bdn yg memberikn kesan kpd kemampuan kerja dan penghormatan dan kesetiaan rakyat.

Tanggungjwb pemimpin i. Pemerintahan dilaksanakan berasaskan syura Konsep syura merupakn asas dlm menentukn spy setiap keputusan berpaksikn kemaslahatan umum mengatasi kemaslahatan dan keptgn bersifat individu. Ia jg merupakn asas hbgn ant pemerintah dan rakyat krn syura membolehkn rakyat melalui wakil2nya mengemukakn masalah. Syura memberikn kebebasan kpd anggotanya mengemukakn dan membentangkn pemikiran serta memberi kritikan. Syura tdk dibenarkn membuat keputusan bercanggah dgn syarak. Perbezaan antara sis syura Islam dgn demokrasi moden ialah sumber kuasa mutlak bg demokrasi moden ialah rakyat sdgkn syura Islam berasaskn hukum Allah.

ii. Pemerintahan berasaskan amanah Antara tuntutan amanah dlm pemerintahan Islam ialah memenuhi hak rakyat dan melantik tenaga pembantu pemerintahan dan pentadbiran drp kalangan yg berkeupayaan utk memenuhi tgjwb. Amanah jg melibatkn pengurusan dan pemerintahan spt pelaksanaan pemerintahan berasaskn sistem yg digariskn Allah, pengurusan kewangan secara telus, bertgjwb dan amanah, penjagaan keperluan rakyat drp unsur2 yg merosakkan kptgn, penjagaan agama dan rahsia negara.

iii. Menjalankan pemerintahan secara adil Islam menuntut manusia spy membudayakn keadilan dlm seluruh tindakannya sbg jaminan penghidupan manusia dlm keadaan aman dan sejahtera. Islam melihat keadilan sbg salah satu di antara nilai dan tuntutan akhlak yg mulia. Bg mewujudkn proses pembudayaan keadilan dlm kehidupan manusia, Islam menentukn peraturan dan akhlak dlm seluruh proses pengadilan dan mengikat setiap tindakan manusia dgn pengadilan Allah di akhirat. Khalifah Umar Abd Aziz jg menjlnkn dasar pembangunan dan pengurusan ekonomi dgn adil . Tindakan2 ekonomi mestilh berobjektif membangunkn bumi dan memenuhi peluang memperoleh kptgn secara seimbang dan adil.

iv. Menunaikan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar pemimpin bertgjwb melahirkan warganegara cemerlang dan baik. Hendaklah dilaksanakn dgn pembaikan pegangan dan penghayatan agama di kalangan rakyat krn agama merupakn asas utama kebaikan. Selain itu jg melalui penyebaran ilmu melalui dsr pelaksanaan pendidikan yg baik dan melibatkn seluruh rakyat. Jg memperkenalkn institusi kehakiman dan pengadilan serta penguatkuasaan yg meliputi dan menyeluruh serta melibatkan penguatkuasaan terhdp penyelewengan amalan agama dlm masy, kerosakan sosial, pembangunan perumahan, kegiatan ekonomi, perhubungan dll. Kesemuanya adalah bg memastikn kehidupan rakyat dlm keadaan aman dan sejahtera serta menepati undang2 dan peraturan.

Tanggungjwb Rakyat Terhdp Kepimpinan Antara kewajipan dan tanggunjwb utama rakyat merangkumi: Membuat pemilihan menggunakn kuasa membuat pemilihan ketua negara yg terdiri drp ketua negara yg terdiri drp individu yg paling sempurna utk memenuhikewajipan sbg ketua negara. Ini adalh utk memastikn negara dan pemerintah sentiasa berada di landasan yg baik dan betul.

i.

ii. Memberi kerjasama dan mentaati memilih pemimpin yg baik, rakyat jg berkewajipan memberi kerjasama yg berterusan dan mentaati pemimpin atas segala gerak kerjanya ke arah kebaikan dan ksejahteraan seluruh rakyat. Asas pendekatan dan penyelesaian dlm krisis dan konflik pemikiran dlm masy termasuk melibatkan rakyat dan pemimpin adalh dgn kembali kpd kitab Allah dan sunnah Rasulullah.

iv. Membuat penyeliaan dan teguran terhadap pimpinan drpd kesilapan tiada ketaatan yg bersifat mutlak oleh seorg Muslim terhdp individu Islam lain walau pemimpin tertinggi negara. Ketaatan hanya dlm aspek menepati kehendak kitab dan sunnah shj. Islam memperakui dan memberi hak kpd rakyat yg dipimpin atau melalui wakil utk membuat teguran dan kritikan atas prinsip kebenaran secara beretika. - Pemimpin dan rakyat hdklah saling mempunyai tgjwb bg menentukn satu sama lain bergerak di landasan yg benar dan mentaati syariah Allah. Pimpinan bertgjwb membetulkn rakyat ke arah kebaikan melalui dasar dan peranan pendidikn dan penguatkuasaannya. Rakyat yg dipimpin bertanggungjwb memperbaiki pimpinan berasaskn landasan syarak melalui kerjasama, bantu membantu dan nasihat serta teguran melalui pendekatan berakhlak dan beretika.

Pimpinan pentadbiran tamadun Islam


1. Wazir (menteri) sbg pimpinan pentadbiran bererti pembantu. Para shbt Rasulullah seolah2 bertindak sbg pembantu dan wazir. Pemakaian istilah wazir (menteri) secara rasmi berlaku pd masa pemerintahan Bani Abbasiyah. Memperkenalkan sistem wazir tanfiz dan wazir tafwidh. - Sistem wazir tanfiz mempunyai kedudukan terbatas dlm melaksanakn dasa dan keputusan pentadbiran yg ditentukn oleh khalifah. Ia bertindak sbg perantara khalifah dgn rakyat dan menteri tdk mempunyai kebebasan mutlak dlm pentadbiran krn khalifah memilki kuasa eksekutif. - Sistem Wazir tafwidh adlh sistem pentadbiran Islamyg memakai kaedah sistem perdana menteri yg memilki kuasa eksekutif luas sehingga khalifah dlm sistem ini seolah2 simbol kesatuan dan kedaulatan

2.

Diwan atau Jabatan - Khalifah Umar Ibn al-Khattab pengasas sistem jabatan atau diwan. Pengaruh pentadbiran berbangsa Parsi yg memeluk agama Islam. Antara jbtn yg diwujudkn ialah jabatan pertahanan, jbtn percukaian, jbtn pos dll. - Zmn Khalifah Umaiyah, Abbasiah dll sistem diwan berkembang mengikut keprluan semasa turut diperkenalkn pejbt cwgn kpd jbtn2 peringkat wilayah dan daerah di seluruh negara dgn ibu pejabatnya di pusat pmrnthn di Madinah pd zamn Khulafa al-Rasyidin., di Damsyik pd zmn Umaiyah dan di BAghdad pd zamn Abbasiyah

3.

Al-Imarah (Pentadbiran wilayah dan daerah) - Sistem pentadbiran wilayah dijlnkn sama ada mengikut kaedah Imarah Istikfa atau Imarah al-Istila. Kaedah Istikfa biasanya utk wilayah yg tdk terlalu jauh dr pusat pentadbiran negara Islam di Syria atau Baghdad pd waktu itu di mana gabenor dan pegawai daerah ditentukn dan dihantar dr ibu kota pemerintahan Islam. - Bg wilyah yg agak jauh dr pusat pemerintahan, pentadbiran wilayah akan menggunakan kaedah al-Istila, iaitu khalifah sekadar mengesahkn gabenor yg dipersetujui di peringkat tempatan dan gabenor tersbt mengiktiraf kekhalifahan Islam. - Dlm kaedah al-Istila, gabenor di wilyah selalunya memperoleh kuasa yg lbh bebas, hingga ada sesetgh wilayah kedudukan bersifat autonomi dgn pengiktirafan dan bernaung bwh sistem khalifah Islam. - Secara umumnya pemakaian sistem Istikfa atau Istila bertujuan utk kemaslahatan dan kptgn rakyat atau masy Islam.

4. Pimpinan dlm keluarga - suami adlh pemimpin atau ketua keluarga yg dipertanggungjwbkn menguruskn keluarga dgn amanah dan adil. - Islam menuntut isteri dan anak2 mentaati suami dlm pengurusannya yg baik, beramanah dan adil. Dgn ini kerukunan berumahtangga dan keharmoniankeluarga akan terserlah. Kerukunan keluarga merupakan asas kpd perkmbgn tamadun krn ia memainkn peranan dan tanggungjwb negara dlm mendidik masy mnjd warganegara yg sempurna.

Isu-isu kepimpinan Islam


Merupakan negara yg kaya dan berada di laluan strategik dunia dgn sumber2 tabii muka buminya, kuantiti dan sumber manusia yg besar. Negara2 Islam berpotensi utk membangun dgn asas potensi agama Islam itu sendiri. Oleh itu kedudukan kepimpinan adlh sgt ptg utk mengatur strategi dan gerak kerja bg menggarap dan menggemblengkn sumber2 yg ada utk dimanfaatkn ke arah kemajuan utama negara Islam dan dunia Islam seluruhnya. Kesedaran di kalangan pimpinan Islam ttg musuh Islam. Kembali kpd asas pemikiran dan tamadun Islam yg berasaskan al-Quran dan Sunnah.

Kesimpulan Pimpinan merupakan antara faktor terptg bg kebangkitan dan perkembangan tamadun berdasarkn hakikat bhw pimpinan adalh golongan yg menguasai sistem dan dpt menggunakn dasar, polisi, pendekatan pemerintahan dan pentadbiran serta dasar pembangunan utk memajukn tamadun. Tamadun Islam memberikn perhatian yg sgt ptg terhdp persoalan pimpinan. Islam tlh memperkenalkan konsep dan sistem kepimpinan tersendiri. Umat Islam disaran menuju ke arah penghayatan nilai yg lbh baik dan pelaksanaan kerja yg baik krn ia merupakn prasyarat utk mengembalikn status baru kpd konsep pimpinan Islam dlm kehidupan manusia dan sekaligus mengembalikn kegemilangan tamadun Islam.

Anda mungkin juga menyukai