Anda di halaman 1dari 3

HASLIANI BT MOHD HAMALI REFLEKSI Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurniaanNya dapatlah

saya menyiapkan tugasan KKBI SCE 3016 bagi semester 3 ini. Banyak dugaan, cabaran dan kekangan ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan - rakan yang lain mula mendapat tugasan ini ketika perjumpaan tutorial yang pertama bagi semester 3 ini yang bertarikh 23 Julai 2012. Hati dan perasaan saya bercampur baur ketika menerima tugasan ini. Mana tidaknya tugasan kali ini memerlukan saya dan rakan kumpulan mengumpul maklumat yang relevan berkaitan tajuk Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik, Saya dan rakan juga dikehendaki mengumpul dan menyusun maklumat berkaitan dengan aktiviti 5 hingga 10 dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengannya. Tidak cukup dengan itu kami dikehendaki lagi melakukan eksperimen yang bertujuan untuk mengkaji kesan rangsangan suhu, cahaya dan bau terhadap gerakbalas cacing. Bayangkanlah macamana perasaan saya ketika itu kerana saya sangat geli dengan cacing. Terasa macam hendak menangis pun adatapi rakan kumpulan memberi semangat kepada saya agar eksperimen ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin dan mendapat keputusan yang tepat. Sebaik saja tamat tutorial pertama, selang beberapa hari saya dan rakan kumpulan yang lain membuat perjumpaan untuk berbincang mengenai tugasan tersebut. Kami agihkan soalan dan tajuk kepada setiap ahli kumpulan. Pada asalnya saya dikehendaki menyelesaikan tugasan berkaitan kemahiran manipulatif sains, aktiviti 9 dan 10. Sementara tugasan melakukan eksperimen mengkaji kesan rangsangan terhadap gerakbalas cacing akan dilakukan bersama-sama ahli kumpulan. Setelah selesai mengagihkan tugas, saya mula merangka deraf jawapan bagi setiap permasalahan itu ketika minggu terakhir sebelum menyambut Aidilfitri. Cabaran menjalankan tugasan ketika berpuasa ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi, apatah lagi sibuk dengan persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba.

Aidilfitri tahun ini disambut meriah tapi fikiran sentiasa teringat dengan KKBI ini yang masih belum siap dan masih banyak yang mesti disempurnakan. Saya mengambil masa beberapa hari juga (selepas raya) untuk menyambung semula KKBI ini, mungkin kerana kepenatan melayan tetamu, makan bermacam-macam jenis kuih raya maka badan pun terasa agak penat. Selepas raya, banyak juga program-program di sekolah seperti majlis sambutan Aidilfitri dan persiapan menyambut kemerdekaan yang membantutkan usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini, tambahan pula kebiasaannya akhir tahun banyak pula kursus, seminar dan mesyuarat yang mesti dihadiri. Untuk memulakan tugasan, tugasan pertama yang saya lakukan ialah membuat peta minda bagi kemahiran manipulatif sains. Saya sanggup membeli beberapa buah buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dalam kesibukan itu, berlaku sesuatu yang diluar jangkaan saya. Rakan sekumpulan dengan saya; Pn. Zarilawati mengalami beberapa masalah yang menyebabkan beliau tidak dapat menyempurnakan tugasan beliau. Ini

menyebabkan saya hampir berputus asa kerana tidak menjangkakan ianya berlaku ketika tempoh menghantaran tugasan ini hanya berbaki beberapa hari lagi. Tanpa membuang masa saya berbincang dengan seorang rakan kumpulan saya yang lain; Pn. Suriani dan beliau pun bersetuju untuk kami berdua menyelesaikan semua tugasan ini. Kami berdua lakukan eksperimen cacing walaupun terasa agak terkilan dengan keadaan ini. Pada mulanya kami kesukaran mendapatkan jenis cacing yang dikehendaki sebagaimana arahan, tetapi kami menggantikannya dengan cacing tanah walaupun mungkin hasil eksperimen kurang menepati dan mungkin juga ada kelemahan. Disaat-saat akhir menghantaran tugasan, saya sempat lagi menghubungi Pn Rafidah; tutor kami sendiri untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang eksperimen tersebut. Untuk pengetahuan puan, tugasan ini dimurnikan oleh saya dan Pn. Suriani. Ketika orang lain sibuk menyambut Hari Kemerdekaan negara ke 55, saya sibuk menyiapkan tugasan aktiviti 7 yang mana aktiviti ini memerlukan saya mengenali pembolehubah dalam penyiasatan. Saya pergi ke sekolah SK Ulu Sungai (tempat saya mengajar) dan lakukan sendiri aktiviti ini dan ditemani oleh suami. Ini kerana
ii

pada hari berkenaan adakah cuti umum, jadi saya berasa takut dan mengajak suami untuk menemani. Akhirnya tugasan KKBI ini dapat juga disiapkan dan akan menyerahkannya kepada Pn. Rafidah pada 01 September 2012. Biar pun terpaksa meredah segala cabaran, menjalani tugas sebagai seorang pendidik, isteri, ibu dan pelajar; sedikitpun tidak mematahkan semangat saya untuk terus maju dan menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan bagi menambahkan kefahaman dan meningkatkan profesionalime diri. Jutaan terima kasih kepada ahli keluarga terutama suami dan anak-anak, adik beradik, rakan-rakan guru, dan pensyarah pembimbing; Pn Rafidah Bt Wahab di atas, kerjasama, sokongan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Semoga pengalaman ini akan mematangkan saya dan menjadikan saya sebagai seorang guru yang berjaya.

TERIMA KASIH SEMUA.

iii