Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

Al-Fatihah....


,


,
,

Ya Allah Berkatilah majlis perkahwinan kedua mempelai ini iaitu antara


...................................................................................................................................
Jadikan lah jodoh mereka mendatangkan kebaikan. Jalinkan lah kasih sayang dan
kemesraan antara mereka.Kurniakan lah mereka keturunan yang baik dengan mendapat
anak anak yang soleh dan solehah hingga ke cucu cicit mereka.Lapangkan lah rezeki
mereka dan peliharalah mereka drp tipudaya makluk2 yang lain,

, ,

, ,

Ya Allah damaikan lah hidup mereka dengan amalan yang baik.Jalinkan lah hati mereka
dengan keimanan.Perbanyakkan lah anak mereka yang soleh dan solehah.Jangan
jadikan mereka dalam keadaan sengketa dan fitnah, dengan kemurahan MU dan
kemulian MU, Wahai tuhan Yang Maha Penyayang dikalangan yang mereka yang
menyayangi


, ,
, , , ,




,
Ya Allah jalinkan lah kemesraan antara kedua pengantin sepertimana Engkau jalinkan
air dan tanah,Adam dan Hawa,Ibrahim ,Hajar dan Sarah,Yusuf dan Zulaikhah,Ayub
dan Rahmah,Sulaiman dan Balqis,Nabi Muhammad SAW dan isteri2 baginda yang
suci.

Ya Allah berkati lah Mereka berdua dan limpahkan lah keberkatan tersebut dan semoga
Allah menghimpun kan kamu berdua dalam kebaikan

Ya Allah, Tuhan Maha Pencinta lagi Maha Memiliki,


Anugerahkanlah perkahwinan mereka dengan tujuan yang lebih mulia, kerana melalui
perkahwinanlah generasi manusia menghasilkan keturunan-keturunan menurut titah
perintahMu
Ya Allah,
Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat, jua keampunanMu
kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari
permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi
setiap dugaanMu

........