Anda di halaman 1dari 5

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan bahan 250 gm mentega 1 cawan gula kastor 1 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 3 cawan tepung gandum .........] 1/2 cawan tepung jagung ........] 1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua 1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. 2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata. 3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. 4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur. 6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak . 7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.

8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

Biskut almond London

250 gm butter 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm ) 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus ) 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm ) 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm ) 1 biji kuning telor Badam biji di panggang secukupnya Badam cincang untuk hiasan Coklat masakan secukupnya Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai Sedikit minyak jagung

Cara-cara
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata. 2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. 3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri.. 4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.

5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)

6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.

7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.

8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

KEK MASAM MANIS

Bhn2 3/4 cwn gula kastor - lau x suka manis, kurangkn ckit 28 keping biskut kraker - pecah2kn 3 biji telur Gred B 1 cwn susu cair 1 tsp soda

1 tsp baking powder 3/4 cwn minyak masak hawflakes secukupnya - kat Tesco & Giant ada jual, beli 1 pek dh cukup pewarna hijau - or apa2 kaler la.. Cara 1. Msukkn semua bhn kecuali hawflakes & pewarna ke dlm blender & blender hgga semuanya hancur 2. Tuang dlm mangkuk & bahagikan kepada 2 bhgian - 1 kaler ori & 1 lg kaler hijau 3. Tuang adunan kaler ori dlm loyang yg telah d alas kertas & disapu mentega/marjerin d tepinya. Kukus dlm 5 minit 4. Kuarkn kek dr pengukus & susun hawflakes & tuang adunan kaler hijau. Kukus 5 minit lg @ hgga masak 5. Ulang langkah 4 hgga adunan habis.. Lapisan akhir, kukus dlm 30min & tutup loyang ngn aluminium foil supaya wap air dr penutup kukusan x terkena pd kek.. Senang kan.. x yah nk kisar biskut & ayak. Masuk je sume dlm blend. Blend pn kejap je. Proses memasak je amik masa sket.. Selamat mencuba...

BISKUT NESTUM KISMIS


BAHAN - BAHAN 250g BUTTER 100g KISMIS 3 cawan tepung gandum 3 cawan nestum 1 1/2 cawan gula halus 1 sudu kecil esen vanila 2 biji telur CARA - CARA 1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur,esen vanila dan pukul lagi. 3. Masukkan tepung dan nestum. gaul. 4. Masukkan kismis dan uli adunan mengikut bentuk yang digemari. 5. Bakar pada suhu 180 selama 20 min.