Anda di halaman 1dari 2

Apakah Program i Think ?

Program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif

Wawasan Memastikan bahawa pelajar dapat mencapai prestasi yang lebih cemerlang dengan menggunakan "Thinking Tools" yang dipelajari.

Visi "Thinking Tools" memacu kecemerlangan pelajar.

Misi Meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Memperkukuhkan kaedah P & P guru. Meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar.

Objektif Guru lebih fokus dalam P & P. Pelajar lebih mudah memahami dan berminat untuk belajar. P & P dapat dilaksanakan dalam situasi yang lebih konduksif. Pelajar lebih aktif dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam P & P.

Apakah program i-think?


Program i-think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Apakah yang diharapkan melalui program ini? -Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus dan berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.

-Aktiviti yang berpusatkan kepada murid. -Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). -Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.