Anda di halaman 1dari 27

Topik

10
HASIL PEMBELAJARAN
1.
2. 3. 4. Membincangkan globalisasi. Nilai-nilai

Tamadun Asia

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan kepelbagaian tamadun Asia; Menyatakan tamadun besar Asia (China); Merumuskan tamadun Asia Selatan (India); dan Sepunya Tamadun Asia dan

PENGENALAN

Apakah yang anda faham mengenai Asia? Secara ringkas, Asia adalah sebuah benua luas yang mempunyai pelbagai tamadun, termasuk tamadun yang telah berusia beribu-ribu tahun. Topik terakhir modul ini memperkenalkan para pelajar kepada budaya-budaya dan pengaruh-pengaruh Asia ke atas tamaduntamadun di seluruh dunia. Topik ini juga akan membincangkan nilai-nilai sepunya budaya Asia. Adalah mustahil untuk memuatkan semua perkara yang perlu kita ketahui tentang ketamadunan Asia di dalam beberapa muka surat. Oleh itu, topik ini hanya akan tertumpu kepada tiga rantau terpenting di Asia iaitu China, India dan Asia Tenggara. Secara tradisinya, penduduk-penduduk Asia lebih padat di kawasan-kawasan pertanian yang subur seperti di kawasan persisiran pantai dan di pulau-pulau yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi. Ini adalah kerana pertanian adalah sumber utama makanan mereka.

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 149

10.1

KEPELBAGAIAN DALAM TAMADUN ASIA

Oleh sebab Asia sebuah kawasan yang sangat luas, kelihatan seperti perkembangan tamadun masyarakat-masyarakat yang berjauhan di sini mempunyai banyak perbezaan. Walaupun begitu, mengikut sejarah, kesemua tamadun di Asia sebenarnya saling kait mengait antara satu sama lain. Walaupun teks-teks sejarah sering membincangkan tamadun-tamadun ini secara berasingan, mengkaji mereka secara asing tidak akan memberikan kita gambaran lengkap tentang kehidupan dan perkembangan tamadun- tamadun ini. Topik ini akan membincangkan tiga tamadun besar di kawasan Asia secara berasingan. Namun, perlu diingatkan bahawa ketiga-tiga tamadun ini saling berkaitan antara mereka.

10.2

TAMADUN BESAR ASIA: CHINA

Menurut Babul (2010), tamadun pertama China ialah tamadun Xia (di antara abad ke-21 dan ke-16 Sebelum Masihi). Berdasarkan penemuan arkeologi, kita tahu yang tamadun ini berasaskan pertanian, memburu dan penternakan. Dua perkembangan penting dari tamadun Xia adalah tulisan dan pembuatan alat-alat daripada tembaga. Berdasarkan artifak tembaga, kita tahu yang ketika itu tercipta tahap ketamadunan yang tinggi di China. Takwim China bermula pada abad ke-14 sebelum Masihi tetapi ia ditetapkan oleh Maharaja Huangdi pada tahun 2637 sebelum masihi berdasarkan penelitian pengiraan kedudukan matahari dan bulan. Ahli astronomi China mula memerhatikan pergerakan angkasa seawal empat puluh abad lalu. Mereka juga merekodnya seawal 896 dan 687 sebelum Masihi. Malah pemerintah-pemerintah China kuno memberi keutamaan kepada penelitian angkasa dan ahli-ahli astronomi sering diminta meneliti angkasa untuk menilik perkara-perkara yang mungkin akan berlaku. Pemerintah-pemerintah ini memandang serius ilmu astronomi dan ilmu tilik sehinggakan pada tahun 2300 SM dua ahli astronomi dihukum bunuh kerana gagal menilik dengan tepat. Orang-orang China juga antara manusia pertama membuat peta bintang-bintang, iaitu melalui Shi Shen, ahli astronomi abad ke-4 SM yang melakarkan peta sebanyak lapan volum. Manakala di Barat, Hiparchus, ahli astronomi Yunani hanya berjaya membuat peta bintang-bintang dua abad kemudiannya. Astronomi dan matematik juga tidak dapat dipisahkan dalam tamadun China. Mereka menguasai sistem desimal terawal, iaitu Zhoubi Suanjing (karya matematik) ditulis pada 1030-1022 SM dan Haidao Suanjing (pengiraan maritim, karya Liu Hui) ditulis pada tahun 220 SM. Manakala Su Song telah mencipta jam astronomi sembilan ratus tahun dahulu.

150 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

Kepesatan perkembangan selepas tahun 700 sebelum masihi menyaksikan berbagai kumpulan cendekiawan bertanding antara satu sama lain dan timbul beberapa pemikir yang masih popular hari ini, contohnya Lao Zu, Sun Tzu dan Sun Wu. Lao Tzu menulis buku Dao De Jing (The Book of Virtue) yang membincangkan pelbagai bentuk perubahan dan ia merupakan salah satu karya yang paling berpengaruh dalam falsafah China. Kun Fu Tze (551-479SM) membuka sekolah dan mengajar lebih daripada 3,000 pelajar. Pengaruh pemikiran beliau masih lagi dirasai di China dan seluruh Asia. Sun Tzu pula seorang ahli strategi yang membantu Ge Lu, Raja Wu. Buku karya beliau tersebar hingga ke Barat seawal Dinasti Tang (618-907) dan kini dialih bahasa ke dalam pelbagai bahasa. Wang Chong (25-220) pemikir Dinasti Han Timur (25-220) pula membincangkan pemikiran materialis. Dinasti Ming menyaksikan lahirnya pemikir bercirikan demokrasi seperti Li Zhi (1527-1602) yang bercanggah dengan pemikiran Kung Fu Tze dan menyanggah pemikiran feudal serta mencadangkan keadilan antara lelaki dan wanita. Namun fahamannya tidak diterima ramai dan akhirnya Li Zhi telah dihukum bunuh. Peperangan antara negeri-negeri di China (475-221 SM) menyaksikan (Negeri Chu) dan Shi Shen (Negeri Wei) yang berkarya bersama menghasilkan carta bintang pertama dunia. Secara amnya, tamadun China telah berjaya merekod cakerawala dengan teliti dan menggunakan pengetahuan itu dalam pelbagai bidang yang lain juga. Malah ada antara hasil karya mereka masih lagi menjadi inspirasi kajian hingga ke hari ini. Zaman antara abad ke-3 dan ke-6, merupakan masa paling penting dalam perkembangan budaya dan sains di China. Pada masa ini, timbulnya Zu Chong Zhi (420-589) pemikir bidang matematik, astronomi dan pembinaan jentera. Beliau adalah orang pertama yang berjaya mengira nilai Pi hingga ke angka ketujuh iaitu di antara 3.1415926 dan 3.1415927. Yi Xing (683-727), mengetuai projek untuk mengenal pasti dan menamakan bintang yang membawa kepada penetapan jarak di antara garisan meridian iaitu 351.27 dalam pengiraan Tang atau 123.7 km, pengiraan jarak meridian pertama di dunia. Perbincangan pertama tentang kompas dan mesin cetak berdasarkan jenis mudah alih didapati dalam penulisan Shen Kuo, iaitu ahli sains dari Dinasti Song Utara. Manakala Su Song, juga ahli sains Dinasti Song Utara menghasilkan instrumen astronomi yang menggunakan kuasa hidrolik iaitu air, pada abad ke12. Guo Shoujing (1231-1316), ahli sains Dinasti Yuan, mencipta jam matahari pertama setinggi 13.33 meter. Ini menjadikannya jauh lebih tepat daripada jam yang sebelumnya. Hasil kiraan beliau, takwim China telah diolah semula. Penemuan ini adalah 300 tahun lebih awal dari penetapan Takwim China oleh Xing Yun Lu, ahli astronomi Dinasti Ming yang melakukannya berdasarkan jam

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 151

matahari setinggi 20 meter. Perbeza kiraanya dan kiraan moden hanya 26 saat. Guo Shoujing menambah baik 13 jenis instrumen astronomi; antaranya torquetum yang beliau hasilkan 300 tahun lebih awal dari ahli astronomi Denmark. Papan abakus dihasilkan semasa Dinasti Song (960-1279) dan ia masih digunakan sehingga ke hari ini. Pengenalan ilmu sains dan ekonomi dari Barat semasa Dinasti Qing (1644-1911) membawa kepada pemesatan perkembangan ilmu di China. Ketika itu, timbullah pemikir-pemikir seperti Ming Antu, ahli matematik Mongolia; Mei Wending, ahli matematik yang mengkaji perbezaan matematik China dan Barat; dan Wang Xichan, ahli astronomi kaedah Xiao An yang berdasarkan kajian perbezaan astronomi China dan Barat. China juga adalah negara pertama yang mengaplikasikan pengetahuan astronomi kepada dunia pelayaran dengan tertulisnya buku pelayaran semasa Dinasti Han. Paling terkenal di Malaysia ialah Nakhoda Zheng He atau Cheng Ho yang berlayar hampir ke seluruh dunia dengan menggunakan kompas, iaitu penentuan posisi berdasarkan pemerhatian dan juga carta astronomi.

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, nyatakan maksud kepelbagaian tamadun Asia. Dengan ringkas, nyatakan ciri-ciri tamadun besar Asia (China).

2.

10.2.1

Ciptaan - ciptaan Terpenting Tamadun China

Amnya, terdapat empat bidang utama dalam ciptaan terpenting tamadun China, iaitu bidang penulisan, pertahanan, pelayaran dan perubatan. (a) Bidang Penulisan Ciptaan pertama yang penting dari tamadun China dicipta semasa Dinasti Han Barat (202 SM - 16 Masihi). Ketika itu, Cai Kum (25-220) menggunakan kulit kayu, cebisan tali, kain buruk dan cebisan jala untuk menghasilkan kertas. Tulisan yang dibuat di atas kertas era ini masih boleh dibaca hingga ke hari ini. Mesin blok cetak juga telah dicipta pada zaman Dinasti Tang. Namun, ia bukanlah ciptaan kedua di China. Bi Sheng dari Dinasti Song Utara mencipta mesin cetak yang menggunakan jenis yang boleh diubah pada tahun 1040 iaitu 400 tahun jauh lebih awal dari mesin ciptaan Gutenberg di Barat.

152 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

(b)

Bidang Pertahanan Ciptaan kedua, adalah berdasarkan tulisan He Hong (abad ke-3), semasa Dinasti Tang (618-907 Masihi) apabila belerang atau serbuk peledak mula digunakan sebagai senjata dan pada tahun 1126, Li Gang menggunakan meriam api untuk mempertahankan bandarnya daripada puak Nuzhen. Belerang pesat digunakan semasa Dinasti Song (960-1126), jauh lebih awal dari kegunaannya di Eropah. Malah, meriam pertama di Eropah pada tahun 1128 secara langsung menunjukkan ciri ianya hasil peniruan dari China. Meriam telah mula digunakan dengan pesatnya di China di antara 1280 dan 1380. Bidang Pelayaran Menurut rekod, kompas mula digunakan pada zaman Dinasti Han di China. Kompas pada masa itu mempunyai 24 arah dan dipanggil Sinan. Kompas pada masa itu dianggap menunjuk ke arah Selatan dan digunakan sehingga abad ke-8 Masihi. Semasa Dinasti Song, Shen Kuo menggunakan kompas terapung yang membolehkan penggunaannya oleh nakhodanakhoda kapal. Ini membolehkan pelayar China menjelajah jauh ke negaranegara Arab dan Eropah. Bidang Perubatan Orang-orang China juga menyerlah dalam bidang perubatan. Rekod menunjukkan rawatan demam berjangkit seawal 2000 SM lagi. Begitu juga untuk penyakit arthralgia dan penyakit kulit eczema, lichen dan alopecia. Mereka juga mempunyai rekod menggunakan bahan-bahan daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan galin untuk tujuan perubatan seawal abad ke-2 SM semasa Dinasti Han (202SM - 220M) yang menjadi asas kepada perubatan China sehingga ke hari ini. Zhang Zhongjing pakar perubatan Dinasti Han Timur menulis buku perubatan yang masih menjadi bahan rujukan hingga ke hari ini. Hua Tuo, ahli sains perubatan Dinasti Han Timur pula, telah menulis tentang beberapa cabang perubatan termasuk pembedahan. Beliau memperkenalkan penggunaan ubat bius keseluruhan badan sebelum pembedahan, supaya pesakit-pesakit tidak merasa sakit ketika dibedah. Dia juga telah menggunakan pergerakan dan pernafasan sebagai teknik perubatan. Sistem perubatan akupunktur (acupuncture) yang popular kini dicipta seawal pemerintahan Tiang Sheng (1023-32) dari Dinasti Song. Ge Hong (Dinasti Jin Timur 317-420) memperkenalkan kajian kimia. Beliau juga orang pertama merekod dan mengkaji demam cacar (small chicken pox)

(c)

(d)

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 153

serta rawatannnya. Manakala di Barat, rawatan ini hanya diketahui pada awal abad ke-19. Buku rujukan perubatan yang dihasilkan ketika Dinasti Tang (618-907) merupakan buku rujukan farmasi pertama di dunia. Ia mengandungi 56 volum dan merekod penggunaan 850 jenis dadah atau ubat. Hasil-hasil perubatan China dikumpul oleh Li Shizhen (1518-93) ketika Zaman Dinasti Ming yang merujuk kepada 800 buku perubatan, yang merekod 1,892 jenis ubat serta 10,000 preskripsi. Ia menjadi buku rujukan perubatan dunia pertama dan diterjemah ke dalam enam bahasa semenjak diterbitkan dalam tahun 1596. (China.org.cn., 2001).

SEMAK KENDIRI 10.2


Subtopik ini menjelaskan empat bidang utama ciptaan terpenting tamadun China. Dengan ringkas, nyatakan dua daripada bidangbidang tersebut.

10.2.2

Kronologi Kerajaan-kerajaan China

Menurut Halsall (1999), sistem pengiraan tahun yang China lama adalah berdasarkan tahun pemerintahan sesuatu raja yang menjadikan sistem ini sukar untuk disamakan dengan pengiraan biasa. "Before the Common Era" atau BCE dan "Common Era" atau CE juga digunakan dalam kronologi ini kerana China bukan sebuah negara Kristian atau mengalami banyak interaksi dengan negaranegara Kristian. Dalam bahasa Melayu, BCE boleh diterjemahkan sebagai Sebelum Masihi atau SM. Jadual 10.1 menyenaraikan kronologi-kronologi Pra-Empayar China.

154 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

Jadual 10.1: Kronologi Pra-Empayar China Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Kronologi Pra-Empayar China Maharaja Yao (legenda) Millennium ke-3 SM Maharaja Shun (legenda) Millennium ke-3 SM Dinasti Xia [Hsia] 2183-1752 SM Dinasti Shang 1751-1112 SM Dinasti Zhou [Chou] 1027-249 SM (Barat) Zhou [Chou] 1066-771 SM (Timur) Zhou [Chou] 771-221 SM

Spring and Autumn 722-481 SM


Negeri-negeri berperang 480-222 SM

Jadual 10.2 menyenaraikan kronologi Empayar Awal China.


Jadual 10.2: Kronologi Empayar Awal China Tempoh Dinasti Qin [Ch'in] (255-) 221 SM ~ 206 SM Dinasti Han 206 SM ~ 220 M Pusat Empayar Berpusat di Changan Ch'ang-an [mod Xian Sian] x x x Era Tiga Kerajaan x x x Dinasti Jin [Chin] 265 ~ 420 x x x Dinasti Selatan dan Utara 420 ~ 589 (a) Berpusat di Changan Ch'ang-an [mod Xian Sian], Luoyang Loyang (Barat) (Pertama) Han 206 BCE-23 CE Jin [Hsin] 9-23 CE (Timur) (Kedua) Han 25-220 Wei 220-265 Shu Han 221-263 Wu 222-280 (Barat) Jin [Chin] 265-316 (Timur) Jin [Chin] 317-420

Sixteen Kingdoms 304 ~ 420


Selatan x x x x Liu Song [Sung] 420-479; Qi Selatan [Ch'i] 479-502; Liang 502-557; dan Qen [Ch'enI] 557-589.

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 155

(b)

Utara x x x x x Wei Utara 386-535; (Timur) Wei 534-550; (Barat) Wei 535-556; (Utara) Qi [Ch'i] 550-577; dan (Utara) Zhou [Chou] 557-581.

Jadual 10.3 menyenaraikan kronologi Empayar Pertengahan China.


Jadual 10.3: Kronologi Empayar Pertengahan China Tempoh Dinasti Sui 581 ~ 618 Dinasti Tang [T'ang] 618 ~ 907 Lima Dinasti 907 ~ 979 Pusat Empayar Tiada pusat empayar. Berpusat di Changan (Ch'ang-an) [mod Xian Sian] x x x x x Liang 907-923; Tang [T'ang] 923-936; Jin [Chin] 936-47; Han 947-950; dan Zhou [Chou] 951-960.

Jadual 10.4 menyenaraikan kronologi Empayar Mutakhir China.


Jadual 10.4: Kronologi Empayar Mutakhir China Tempoh Liao (907-) 947-1125 Dinasti Song [Sung] 960 ~ 1279 Pusat Empayar Tiada pusat empayar. (a) (b) (c) (d) Dinasti Yan [Mongol] 1279 ~ 1368 Dinasti Ming 1368 ~ 1644 Dinasti Qing [Ching] [Manchu] 1644 ~ 1911 Song Utara [Sung] 960-1127 x x Berpusat di Kaifeng Berpusat di Hangzhou (Hangchow) Song Selatan [Sung] 1127-1279 Dinasti (Barat) Xia [Hsi-hsia] (990)-1032-1227 Dinasti Jin [Chin] 1115-1234

Berpusat di Beijing atau Peking Berpusat di Nanjing (Nanking), Beijing (Peking) Berpusat di Beijing (Peking)

156 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

Jadual 10.5 menyenaraikan kronologi Selepas Empayar China.


Jadual 10.5: Kronologi Selepas Empayar China Tempoh Dinasti Sui 581 ~ 618 Dinasti Tang [T'ang] 618 ~ 907 Lima Dinasti 907 ~ 979 Pusat Empayar Tiada pusat empayar. Berpusat di Changan (Ch'ang-an) [mod Xian Sian] x x x x x Liang 907-923; Tang [T'ang] 923-936; Jin [Chin] 936-47; Han 947-950; dan Zhou [Chou] 951-960.

Jadual 10.6 menyenaraikan kronologi China Republik 1912 di Taiwan dan Republik Rakyat China (People's Republic of China) 1949 di Tanah Besar China.
Jadual 10.6: Kronologi Republik China di Tawan (1912) dan Republik Rakyat China (People's Republic of China) di Tanah Besar China (1949) Tempoh Kronologi China Republik di Taiwan (1912) Republik Rakyat China (People's Republic of China) di Tanah Besar China (1949) Pusat Empayar Berpusat di Nanjing (Nanking) Berpusat di Beijing (Peking)

10.3

TAMADUN ASIA SELATAN: INDIA

Ketamadunan India paling awal boleh dilihat pada peninggalan di Mohenjodaro dan Harappa (yang sekarang berada di dalam Pakistan) di mana bandar-bandar ini wujud sejak 5000 tahun dahulu. Semenjak dari itu, tamadun India berkembang dan peninggalan struktur arkitek dan kejuruteraannya boleh dilihat pada seluruh benua India dan kawasan-kawasan sekelilingnya hinggalah ke kawasan yang mengalamai pengaruh tamadun India seperti di Tanah Jawa (contohnya, candi Borobudur) dan Semenanjung Tanah Melayu (contohnya, Lembah Bujang). Dalam bahasa Sanskrit, kejuruteraan sivil dinamakan sthapatya-kala yang bermaksud seni bina. India merdeka pada tahun 1947 dengan menggabungkan pelbagai penduduk, agama, bahasa dan budaya yang amat luas. Bancian pada tahun 1971,

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 157

menunjukkan India mempunyai 33 bahasa yang mempunyai lebih daripada satu juta penutur. Isu bahasa penting di India dan ia tidak mempunyai bahasa kebangsaan yang diterima di keseluruhan India. Bahasa Hindi di utara dan Tamil di selatan diterima pakai sebagai bahasa urusan rasmi. Bahasa Inggeris yang pernah dianggap peninggalan penjajah merupakan bahasa yang paling luas penerimaannya buat masa ini. Hingga kini masih ada yang menganggap bahasa Hindi dan bahasa India lain tidak sesuai untuk digunakan dalam menyampaikan idea sains dan teknologi. Pada zaman kuno India, bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa utama untuk menangani kepelbagaian bahasa di sub-benua itu. Veda Veda (buku agama Hindu) ditulis dalam bahasa Sanskrit mungkin di antara 2000 dan 400 SM. Di samping itu, terdapat juga peninggalan penulisan dari masa Buddha (563-483 SM), karya-karya Nagarjuna (150-250 M) dan Mahavira (599-527 SM) yang menggunakan bahasa Sanskrit.

10.3.1

Perdagangan dan Pengaruh Tamadun India

Pengaruh India kuno meluas kerana ia adalah pusat budaya dan perdagangan di Asia. Pengaruh ini dapat dilihat pada penggunaan bahasa Sanskrit oleh kerajaan Angkor adan golongan elit di Prambanam (Jawa Tengah dan Annam di Vietnam). Kesan-kesan penggunaan Sanskrit juga dapat dilihat di Sri Lanka, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Sehingga hari ini, pelbagai versi lagenda Ramayana dan Mahabarata ditemui di serata Asia. Rekod perniagaan awal menunjukkan perdagangan India meluas hingga China melalui jalan darat dan jalan laut melalui Asia Tenggara terutama sekali semasa Dinasti Tang (618-907). Penyebaran Buddhisme juga melalui laluan dagangan ke China dan pada abad ke-2, 142 rahib yang diketuai An Shigao memulakan penterjemahan teks Buddhisme dari Sanskrit ke dalam bahasa Mandarin. Walau bagaimanapun, penyebaran meluas Buddhisme di China hanya bermula pada abad ke-4. Dinasti Tang menyaksikan jumlah kehadiran orang India yang ramai di bandar-bandar China. Mereka terdiri daripada penyebar agama Buddha dan peniaga seperti Bodhiruchi (508-537). Pada masa yang sama, pengaruh humanisme dan falsafah politik Barat terus menular dalam kalangan orang India yang berpendidikan British. Antaranya, Mohandas Karamchand Gandhi. Beliau kemudiannya menjadi pejuang kemerdekaan India yang terulung. Perkembangan komunikasi pada masa itu membolehkan orang India disatukan mereka sebagai satu bangsa.

158 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

SEMAK KENDIRI 10.3


1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, huraikan sejarah tamadun India. Apakah yang dimaksudkan dengan perdagangan dan pengaruh tamadun India? Bincangkan.

2.

10.3.2

Sumbangan Tamadun India Kepada Dunia Moden

Sains dan teknologi yang berasal dari India kuno merangkumi pelbagai cabang termasuk kejuruteraan, struktur binaan (architecture), penulisan (kesusasteraan), matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan, perdagangan dan pelayaran. (a) Bidang Kejuruteraan, Struktur Binaan dan Penulisan Pembinaan di kota-kota kuno Harappa dan Mohenjodaro menunjukkan kejuruteraan dan struktur arkitek yang kompleks, seperti juga pelbagai monumen di serata India. Manakala penulisan bahasa Sanskrit dan penggunaan tulisan Pali berpengaruh hingga hampir keseluruh Asia termasuk di semenanjung Tanah Melayu. Bidang Matematik Penulisan Veda India menggunakan konsep angka Kosong (0) yang mereka namakan Sunya (kekosongan/rongga) jauh lebih awal dari penggunaannya di Barat. Begitu juga dengan teknik algebra, algoritma, punca ganda dua dan punca ganda tiga. Kalkulus juga digunakan di India 300 tahun sebelum Leibnitz dan Newton. Matematik moden pula dikatakan berasal dari tulisan Veda seawal 4000 SM di India. Antaranya, penulisan matematik yang masih meninggalkan kesan sehingga kini adalah Panch Siddhanatika yang bermaksud Lima Prinsip, yang ditulis pada abad ke-5M. Dalam penulisan Aryabhattiya, Aryabhatta seorang ahli matematik India abad ke-5M menceritakan perihal algebra yang beliau panggil Bijaganitam. Para ahli matematik kemudiannya seperti Al Khwarizmi telah mengambil konsep-konsep yang berasal dari tamadun India dan memperelokkannya sehingga ia berbentuk yang boleh kita fahami pada hari ini. Malah, tulisan Al-Khawarizmi merujuk kepada karya Hindsa yang bermaksud Hindi atau India. Kemajuan tamadun ini boleh dilihat pada karya-karya seperti tulisan Jyestadeva yang menulis tentang

(b)

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 159

kalkulus yang hanya diulang kaji semula oleh ahli matematik Barat pada abad ke-17M. (c) Bidang Astronomi Pengetahuan astronomi terawal di India boleh ditemui di dalam Rig Veda (2000 SM) dan kajian astronomi menjadi sebahagian daripada sebarang kajian ke atas tamadun India. Antara pencapaian awal astronomi India termasuklah, pengiraan berlakunya gerhana, penentuan ukur lilit bumi, teori awal graviti, mengenal pasti matahari sebagai sebuah bintang dan penentuan jumlah planet dalam sistem solar. Namun demikian, sebahagian besar penemuan astronomi India dikait rapat dengan hal-hal keugamaan dan ramalan menjadikannya lebih ke arah astrologi. Bidang Fizik Dalam bidang fizik, ahli-ahli falsafah India kuno membahagikan semu kejadian kepada lima elemen asas iaitu bumi (prithvi), api (agni), udara (vayu), ait (jaal) dan angkasa atau ruang (aksha). Lima elemen ini juga dikaitkan dengan deria manusia iaitu bumi dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan penglihatan, air dengan rasa dan ruang/angkasa dengan bunyi. Klasifikasi ini telah wujud di India sejak 3000 tahun Sebelum Masihi. Ahli falsafah beragama Buddha kemudiannya mengkaitkan ruang/angkasa dengan kehidupan, kebahagiaan dan kemurungan. Ahli-ahli falsafah India kuno ini juga percaya sebenarnya semua elemen ini, kecuali ruang/angkasa, terdiri daripada bahan yang amat kecil. Bahan atau zarah terkecil dan tidak boleh dibahagikan lagi kepada benda yang lebih kecil dipanggil paramanu. Perkataan Sanskrit ini terdiri daripada dua perkataan yang membawa makna lebih kecil dari anu, dan anu itu bermaksud atom. Ini membayangkan yang ahli falsafah India kuno telah menyedari akan konsep tenaga nuklear. Mereka juga telah ada konsep yang hampir dengan konsep relativiti yang diperkenal oleh Albert Einstein dalam abad ke-21, yang dinamakan sapekshavad. Ahli sejarah Yunani menceritakan teknik peleburan pelbagai jenis logam di India seawal abad ke-4 SM. Bidang Kimia Dalam bidang kajian kimia, dipercayai pengetahuan asas bidang peleburan logam dibawa ke India kuno dari Mesopotamia seawal abad ke-8 SM hingga abad ke-17 Masihi. Orang Hindu lama percaya yang tuhan tarian mereka, Nataraja, dibuat daripada lima jenis logam, iaitu Pancha Datu. Menurut Herodotus, tentera Yunani pada abad ke-5 SM, menggunakan mata panah logam yang dibuat daripada besi India. Di India sendiri, di Qutub Minar sebuah monumen di Delhi, terdapat sebuah tiang logam yang dibuat pada Zaman Gupta. Tiang itu telah berdiri lebih 1500 tahun tanpa

(d)

(e)

160 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

terhakis. Teknologi kalis hakis ini hanya kita perolehi beberapa dekad lalu. Teknologi kimia India kuno juga menunjukkan keutuhan yang menakjubkan, contohnya lukisan di Ajanta dan Ellora masih kelihatan berseri 1000 selepas ia dilukis. (f) Bidang Perubatan Perubatan Ayurveda yang berasal dari India, dalam bahasa Sanskrit 'ayur' bermakna umur atau kehidupan dan 'veda' bermakna ilmu. Sistem perubatan ini menggunakan ubat-ubat daripada herba. Buku perubatan karya Charaka-Samahita yang ditulis 2000 tahun dahulu telah diterjemah ke dalam bahasa Arab, Latin dan beberapa bahasa lain. Pakar pembedahan utama India kuno, Shushruta hidup pada tahun 800 SM dan beliau menulis Shushruta-Samahita yang menceritakan tujuh cabang pembedahan dan juga teknik-teknik rhinoplasty (pembedahan plastik) dan opthalmology (pembedahan mata). Teknik riadah juga telah wujud sejak beribu tahun. Buku yang mengumpul teknik-teknik ini dinamakan Yogasutra karya Patanjali (200SM). Kompendium (himpunan) perubatan pertama di India ditemui pada tahun 800 SM. Bidang Perdagangan dan Pelayaran Dari segi perdagangan, teknologi pemprosesan makanan dan bahan-bahan wujud di India sejak zaman kuno untuk membolehkan mereka memproses bahan mentah menjadi bahan yang boleh mereka dagangkan jauh ke negara-negara lain. Perkara ini dapat kita lihat dalam buku-buku penulisan para pengembara dan penulis sejarah seperti Megashanes, Ptolemy, Faxian, Xuanzang, Marco Polo, Al-Baruni dan Ibn Batutta. Malah, faktor kedudukan dan perdagangan ini disokong oleh lukisanlukisan kuno yang ditemui di Mohenjodaro dan Ajanta (beribu tahun kemudian) yang menunjukkan aktiviti pelabuhan kapal laut. Teks-teks Sanskrit dan Pali banyak menceritakan tentang pelayaran dan bukti artifak menunjukkan penempatan pinggir laut di pesisir Teluk Bengal, Kemboja, Jawa, Sumatra, Borneo dan China di Timur serta benua Arab, Mesir dan negara-negara Parsi di Barat mempunyai talian perdagangan dengan benua India sejak beribu tahun dahulu. Rekod juga menunjukkan mereka menggunakan kompas dan sextant seawal 500 Masihi. Jadual 10.7 menyatakan kronologi ringkas tamadun India Kuno.

(g)

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 161

Jadual 10.7: Tamadun India Kuno Tempoh 3000 SM 2500 SM 2000 SM 1600 SM 1100 SM 1000 SM 750 SM 700 SM 600 SM 543 SM 527 SM 500 SM 493 SM 461 SM 327 SM 304 SM 300 SM 300 SM 290 SM 259 SM 220 SM 200 SM 200 SM 184 SM Kronologi Tamadun India Kuno Tamadun bermula di Lembah Indus. Kota Harappa dan Mohenjo-Daro di Lembah Indus. Kejatuhan tamadun Lembah Indus. India diceroboh puak Aryan dari Barat dan mengusir puak Dravidian ke Selatan. Penemuan besi. Puak Indo-Aryan mula menggunakan peralatan besi. Rig-Veda ditulis. Indo-Aryans memerintah 16 mahajanapadas (negeri) di India utara, dari Indus ke Ganga. Permulaan sistem kasta. Upanishad ditulis dalam bahasa Sanskrit. Bimbisara dari Bihar menakluki jajahan Magadha di Timur Utara. Putera Siddhartha Gautama menjadi Buddha. Putera Mahavira menubuh ajaran Jainisme di Utara India. Kematian Bimbisaranti diganti oleh Ajatashatru. Ajatashatru membesarkan jajahan ke wilayah Magadha dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Alexander the Great dari Macedonia menakluki Lembah Indus dan


telah berperang dengan Porus. Raja Magadha, Chandragupta Maurya membeli Lembah Indus dan membina dinasti Maurya yang berpusat di Pataliputra. Ramayana ditulis. Dinasti Chola di Selatan India berpusat di Thanjavur. Anak Chandragupta, Bindusara, membesarkan jajahan ke Dakka. Maharaja Maurya, Ashoka memeluk mengembangkan agama itu di jajahannya. agama Buddha dan

Dinasti Maurya Dinasti berkembang hampir ke seluruh India. Mahabarata ditulis. Andhras menakluki pantai Timur India. Dinasti Maurya berakhir dan bermulanya Dinasti Sunga.

162 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

150 SM 100 SM 78 SM 50 Masihi 50 Masihi 200 Masihi

Patanjali menulis Yoga Sutras. Bhagavata Gita ditulis. Berakhirnya Dinasti Sunga. Thomas, pengikut Nabi Isa a.s melawat India. Stupa Buddha pertama dibina di Sanchi. Kod Manu menetapkan undang-undang harian yang membahagikan masyarakat kepada empat kasta utama (Brahmin, Kesatria, Waisiya (peladang dan peniaga) dan Bukan-Aryan). Dinasti Pallava di Kanchi. Sangam dan Purana ditulis. Dua patung besar Buddha diukir di Afghanistan. Chandra Gupta II melebarkan kerajaan Gupta ke Gujerat. Kumaragupta membina universiti keagamaan di Nalanda. Ahli matematik Hindu, Aryabhatta menulis "Aryabhattiyam", iaitu buku Algebra pertama. Ajaran Bhakti di Tamil Nadu. Kejatuhan Empayar Gupta. Kerajaan Chalukyan di India Tengah berpusat di Badami. Dinasti Pallava memerintah India Selatan dari Kanchi. Harsha Vardhana, membina kerajaan di Thanesar di utara India dan Nepal berpusat di Kannauj di Punjab. Pulikesin melebarkan empayar Chalukyan ke India Tengah. Raja Harsha Vardhana dikalahkan tentera Chalukya di Malwa. Pallava dari Kanchipuram dikalahkan oleh tentera Chalukya. Kerajaan Pallava di Mamallapuram. Gurjara-Pratiharas memerintah di India utara dan Palas memerintah di timur India. Rashtrakutas, satu Dinasti Chalukya merebak dari Dakka selatan dan pertengahan India. Chalukya dikalahkan Rashtrakuta dan pusat kerajaan berubah ke Kalyani. Kerajaan kerajaan Rajput di India Tengah dan Rajastan. Chola mendapat kemerdekaan dari kerajaan Pallava.

300 Masihi 350 Masihi 380 Masihi 390 Masihi 450 Masihi 499 Masihi 500 Masihi 528 Masihi 550 Masihi 600 Masihi 606 Masihi 625 Masihi 647 Masihi 650 Masihi 670 Masihi 750 Masihi 753 Masihi 775 Masihi 800 Masihi 846 Masihi

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 163

885 Masihi 888 Masihi 985 Masihi 997 Masihi 998 Masihi 1000 Masihi 1019 Masihi 1050 Masihi 1084 Masihi 1190 Masihi

Empayar Pratihara merebak dari Punjab ke Gujerat ke India Tengah. Berakhirnya Dinasti Pallava. Raja Chola menakluk Selatan India dan membina kuil di Thanjavur. Mahmud Al-Ghazni menyerang India Utara. Mahmud Al-Ghazni menakluki Punjab. Rajaraja Chola membina kuil Brihadeshvara di Thanjavur. Mahmud Al-Ghazni menyerang India Utara dan menghancurkan Kannauj, pusat empayar Gurjara-Pratihara. Empayar Chola menakluki Srivijaya, Malaya dan Kepulauan Maldives. Mahipala mengetuai kerajaan Pala. Empayar Chalukya berpecah kepada Hoysala, Yadava dan Kakatiya.

Jadual 10.8 menyatakan kronologi ringkas tamadun India pertengahan.


Jadual 10.8: Tamadun India Pertengahan Tempoh 1192 Masihi 1206 Masihi 1250 Masihi 1290 Masihi 1325 Masihi 1343 Masihi 1345 Masihi Kronologi Tamadun India Pertengahan Mohammad dari Ghori mengalahkan Prithvi Raj, menakluki Delhi dan membina kesultanan Islam di Delhi. Putera Qutub-ud-din Aibak menjadi Sultan pertama di Delhi. Dinasti Chola berakhir. Jalal ud-Din Firuz membina kesultanan Khilji di Delhi. Orang Turki menakluki Delhi dan Muhammad bin Tughlaq menjadi Sultan. Kerajaan selatan membina kota di Vijayanagar (Hampi). Kenamaan Muslim memberontak dan mengalahkan Muhammad bin Tughlaq serta mengisytiharkan kemerdekaan kesultanan Delhi. Kerajaan Bahmani di Dakka. Kerajaan Vijayanagar menakluk Kesultanan Muslim di Madura di Tamil Nadu. Guru Nanak Dev Ji memulakan agama Sikh di Amritsar. Babur, raja Afghan, pemerintah Ferghana dan membina dinasti Mughal di India. Babur meninggal dunia dan digantikan anaknya, Humayun sebagai maharaja.

1370 Masihi 1490 Masihi 1497 Masihi 1530 Masihi

164 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

1540 Masihi 1555 Masihi 1556 Masihi 1605 Masihi 1611 Masihi 1617 Masihi 1627 Masihi 1631 Masihi 1658 Masihi 1707 Masihi

Humayun dikalahkan Sher Shah dan lari ke Parsi. Humayun kembali mengalahkan Sher Shah dan menakluki India. Humayun meninggal dunia dan digantikan anaknya Akbar yang menjadi pemerintah teragung India. Akbar meninggal dunia dan digantikan anaknya Jahangir.

East India Company ditubuh di India oleh British.


Anak Jahangir, Putera Khurram menerima gelaran Shah Jahan. Shivaji membina kerajaan Maratha. Shah Jahan menggantikan Jahangir dan membina Taj Mahal. Anak Shah Jahan, Aurangzeb merampas kuasa. Aurangzeb meninggal dunia, empayar Mughal runtuh.

Jadual 10.9 menyatakan kronologi ringkas tamadun India Moden.


Jadual 10.9: Tamadun India Moden Tempoh 1751 Masihi 1757 Masihi 1761 Masihi 1764 Masihi 1769 Masihi 1773 Masihi 1793 Masihi 1799 Masihi 1829 Masihi 1831 Masihi 1848 Masihi 1853 Masihi 1857 Masihi Kronologi Tamadun India Moden British menjadi kuasa kolonial utama di India. British mengalahkan Siraj-ud-daulah di Perang Plassey. Maratha memerintah sebahagian besar utara India. Britain berkembang ke Bengal dan Bihar. 10 juta rakyat meninggal dunia kerana kebuluran di Bengal dan East

India Company tidak memberi sebarang bantuan.


Warren Hastings, Gabenor Bengal memonopoli jualan candu.

Regulating Act diluluskan Britain.


Penempatan British yang tetap di Bengal. Pihak British mengalahkan Tipu Sultan. Undang-undang pengharaman Sati.

East India Company mengambil alih pemerintahan Mysore.


Lord Dalhousie menjadi Gabenor-Jeneral di India. Kereta api, khidmat pos dan telegraf diperkenalkan di India. Perang Kemerdekaan Pertama India yang juga dikenali sebagai Pemberontakan 1857 atau Sepoy Mutiny.

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 165

1858 Masihi 1877 Masihi 1885 Masihi 1899 Masihi 1905 Masihi 1906 Masihi 1912 Masihi 1919 Masihi 1920 Masihi 1922 Masihi 1928 Masihi 1930 Masihi 1931 Masihi 1934 Masihi 1942 Masihi 3 Jun 1947 Masihi 15 Ogos 1947 Masihi

Mahkota British dengan rasminya mengambil alih pemerintahan India. Permaisuri England dimahsyurkan sebagai Maharani India. Pertemuan pertama Indian National Congress. Lord Curzon menjadi Gabenor - Jeneral dan Wizurai di India. Pembahagian Bengal. Liga Muslim ditubuh. Tapak pemerintahan berubah dari Calcutta ke Delhi. Pembunuhan beramai-ramai di Jallianwalla Bagh kerana memprotes Akta Rowlatt.

Non-Cooperation Movement dilancarkan.


Rusuhan Chauri-Chaura kerana Civil Disobedience Movement.

Simon Commission tiba di India dan diboikot semua parti. Satyagraha Garam dilancarkan menentang cukai garam. Konferens
Meja Bulat diadakan. Konferens Meja ditandatangani. Bulat Kedua dan Perjanjian Irwin-Gandhi

Civil Disobedience Movement ditamatkan. Cripps Mission ditubuhkan;


Pergerakan Quit India dilancarkan; Tentera Nasional India ditubuh.

Rancangan Lord Mountbatten membahagi India. Pembahagian India dan kemerdekaan dari pemerintahan British.

Sumber: http://www.iloveindia.com/history/timeline-of-india.html

AKTIVITI 10.1
1. Subtopik ini menghuraikan tujuh bidang utama tamadun India. Dengan ringkas, nyatakan tiga daripada bidang-bidang tersebut. Pada pendapat anda, bidang manakah yang paling ketara pengaruhnya sehingga ke harini ini? Bincangkan dengan rakan anda dalam myVLE.

2.

166 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

10.4

NILAI-NILAI SEPUNYA ASIA DAN GLOBALISASI

Tamadun Asia dalam konteks sejagat. Hubungan antarabangsa di Asia bukanlah perkara baru yang wujud semenjak kemunculan kuasa-kuasa Barat. Malah, kedatangan dan kolonisasi Barat hanyalah salah satu frasa dalam sejarah Asia yang berlaku selama ribuan tahun. Perkara ini mungkin hanya disedari Barat apabila dua akademik Kanada, Marshall McLuhan (1911-1980) dan Harold Innis (1894-1952), menemui perkaitan antara tamadun Barat dan Timur dalam kajian mereka yang dinamakan globalisasi. Innis mengatakan yang keharmonian masa dan ruang (space) perlu dalam membina dan mengekalkan masyarakat yang sihat. Namun demikian, tamadun Barat menolak keagamaan dan tradisi oral demi menerima pemikiran rasional dan budaya bertulis. Lantas ia menghilangkan kestabilan (equilibrium) dan membawa kepada tamadun Barat menakluk tamadun lain yang telah memberi asas dalam membina tamadun mereka sendiri. Mengikut McLuhan (1964:19), penguasaan elektrik dan elektronik meletakkan ruang dan masa dalam jangkauan sistem saraf manusia. Ini menjadikan planet ini satu perkampungan global di mana semua orang boleh ambil tahu tentang hal semua orang lain. Maka timbullah terma Global Village dan proses itu dinamakan globalisasi. Menurut McLuhan (1964:19), globalisasi dunia memerlukan pengetahuan dan kepandaian Barat dan Timur, bukannya dominasi pemikiran Barat ke atas minda Timur. Minda Barat mementingkan hubungan linear dan kaedah kuantitatif, manakala minda Timur pula mementingkan pandangan holistik (keseluruhan) dan kaedah kualitatif. Tim OSullivan et al. pula mengatakan globalisasi adalah proses peningkatan hubungan ekonomi dan budaya pada skala dunia. Proses ini menyaksikan pelbagai proses melangkaui batasan politik dan negara. Di Asia, terutama sekali di China, globalisasi (quanqiuhua) tidak sama dengan pengantarabangsaan (guojihua). Pengantarabangsaan adalah perniagaan dengan negara-negara lain (terutamanya negara yang membangun) demi kebaikan negara (China). Manakala, globalisasi pula merujuk kepada perubahan sejagat dan ia mungkin membawa kepada keburukan daripada kebaikan. Di Jepun, pengantarabangsaan (kokusaika) boleh dianggap membawa kebaikan atau keburukan bergantung kepada persepsi kita. Namun, globalisasi (gorubarizeshon atau gurobaruka) menimbulkan perasaan ketinggalan di belakang. Contohnya, perasaan ketinggalan yang dirasai penduduk Jepun apabila China dianggap sebagai kuasa ekonomi dunia.

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 167

Sejarah awal Jepun menyaksikan peperangan yang berpanjangan dan kecenderungan menolak dunia luar. Pada akhir era Muromachi Bakufu, timbul tiga pemimpin (Daimyo) yang akhirnya menyatukan Jepun: Oda Nobunaga (1534 1582), Toyotomi Hideyoshi (1536 1598), and Tokugawa Ieyasu (1542 1616). Mereka membuka Jepun kepada pengaruh Barat demi kepentingan mereka sendiri. Contohnya, apabila Oda mendapatkan bantuan puak Jesuit (satu mazhab Kristian) dan apabila Totomi juga menggalakkan penglibatan puak Jesuit dalam perdagangan di Jepun serta menghantar kapal dagangnya ke Filipina dan Siam. Malah, Omura Sumitada (juga seorang Daimyo) memeluk agama Kristian pada tahun 1570 lalu membuka Nagasaki kepada pengaruh Portugis serta menyerahkannya kepada puak Jesuits. Ketika itu, dua tempoh pemerintahan utama di Jepun adalah: (a) Pemerintahan Tokugawa Pemerintahan Tokugawa (1600-1868) mengubah semua ini dengan memulakan polisi pintu tertutup yang kekal sehingga 1868. Langkah ini menyaksikan pengharaman agama Kristian dan kebangkitan semula agama Shinto. Walau bagaimanapun, Jepun tidak terpencil sepenuhnya kerana pada masa yang sama terdapat peningkatan kedatangan pedagang dari Eropah dan Asia. Ini membawa pertukaran pengaruh masuk dan keluar dari Jepun dalam berbagai bentuk daripada bidang perniagaan, industri dan budaya. Pemerintahan Meiji Pemerintahan Meiji (1868-1911) menyaksikan polemik antara keinginan untuk menerima dan menolak pengaruh luar berterusan. Ketika ini, ia membawa kepada mulanya pembinaan kereta api, telegraf, kapal wap dan lain-lain ciptaan Barat hinggalah ke Perang Dunia Pertama.

(b)

Setelah menghilang dari pentas dunia buat seketika, kebangkitan Jepun pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk menjadi antara negara-negara besar di dunia terutama sekali dengan sokongan industri komunikasi dan pembikinan. Jepun, di zaman ini dikatakan mencari semula identitinya sebagai negara Asia setelah membuka pintunya dengan luas kepada pengaruh dan inovasi negara asing. Di China, globalisasi atau pengantarabangsaan telah bemula ribuan tahun dahulu apabila Kerajaan Pertengahan (Zhongguo) mula berdagang dengan negara-negara lain di Asia dan Barat selama beratus ratus tahun. Bezanya, penjelajahan Zhongguo (contohnya pelayaran Zheng He) adalah untuk tujuan diplomatik, berdagang dan mencari ilmu bukannya untuk penaklukan. Penerokaan ini berterusan selama pemerintahan kerajaan Ming hinggalah ia

168 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

diberhentikan pada tahun 1433 dan kemudiannya pergolakkan politik menyebabkan rekod pelayaran itu di musnahkan pada 1479. Menurut rekod yang tinggal dan spekulasi pengkaji sejarah, Zheng He pernah sampai ke Amerika Utara menaiki kapal sepanjang 500 kaki. Dapat kita ringkaskan bahawa, bangsa-bangsa di Asia mempunyai pengalaman dan sejarah yang berbeza walaupun terdapat kaitan antara negara-negara tersebut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

10.4.1

Nilai Sepunya Asia

Bahagian ini akan memperkenalkan isu Nilai Sepunya Asia (Asian Common Values) dengan lebih lanjut. Nilai-nilai Sepunya Asia diwujudkan dari kepelbagaian budaya di Asia. Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah: (a) (b) (c) Kesetiaan kepada keluarga, syarikat dan negara; Pengorbanan untuk kestabilan dan kemajuan masyarakat; dan Mengejar kecemerlangan akademik dan teknologikal, etika kerja dan penjimatan.

Pengkritik Nilai Sepunya Asia mengatakan bahawa penyokong konsep Nilai Sepunya datang daripada kalangan kerajaan autoritatif. Mereka mengatakan yang kerajaan-kerajaan autoritatif ini menggunakan konsep Nilai Sepunya untuk menjustifikasikan yang mereka lebih sesuai untuk Asia dari segi bentuk kerajaan dan institusi Barat yang kononnya lebih liberal. Nilai Sepunya mula disuarakan di Deklarasi Bangkok 1993 yang menekankan prinsip-prinsip kedaulatan, keazaman dan tanpa sebarang gangguan atau halangan. Berikut adalah antara senarai nilai Sepunya Asia: (a) (b) Kecenderungan ke arah kerajaan satu-parti dan bukan pemerintahan dan politik pluralisme. Kecenderungan ke arah keharmonian sosial (dikaitkan dengan berbaik-baik yang merangkumi fenomena nepotisme dan kronisme) dan persetujuan bersama bukannya konflik dan pertentangan pendapat. Mementingkan keselesaan sosio-ekonomi melangkaui kebebasan sosial dan hak asasi manusia. Ini secara tidak langsung mengatakan yang budaya Asia tidak cenderung kepada kebebasan sosial dan hak asasi manusia. Keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan kolektif masyarakat daripada hak individu.

(c)

(d)

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 169

(e) (f) (g) (h)

Kesetiaan dan rasa hormat terhadap bentuk-bentuk kuasa termasuk ibu bapa, guru dan kerajaan. Lebih kepada konsep kolektivisme dan komunitarianisme daripada individualisme dan liberalisme. Kerajaan autoritarian (yang mempunyai tanggungjawab tertentu serta keistimewaan) bertentangan dengan demokrasi liberal. Signifikasi politik.

Konsep Nilai Sepunya Asia popular di China, Malaysia, Singapura, Indonesia dan dalam kalangan beberapa kumpulan di Jepun kerana ia menggabungkan pengaruh dan idea-idea daripada Islam, Confucianisme dan Hindu. Populariti ini timbul kerana: (a) (b) (c) Mewujudkan nilai kesatuan antara pelbagai pihak di Negara-negara yang disebut di atas. Mewujudkan sesuatu yang boleh orang Asia gunakan sebagai tanda identiti mereka yang berlainan dengan Barat. Membolehkan orang Asia melakukan perkara-perkara yang berlainan daripada Barat.

Berdasarkan Nilai Sepunya Asia, ada yang cuba menengahkan idea yang kita di Asia boleh lakukan perkara-perkara dalam cara kita tersendiri, yang distinctive. Dua penyokong utama Nilai Sepunya Asia adalah Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri Malaysia) dan Lee Kuan Yew (mantan Perdana Menteri Singapura). Pengkritiknya yang terbesar ialah, Amartya Send dan antara penulis yang banyak membincangkannya adalah Fareed Zakaria. Antara idea-idea yang diketengahkan oleh pengkritik Nilai Sepunya Asia adalah, Asia terlalu luas dan besar untuk dikatakan mempunyai nilai sepunya yang merangkumi semuanya. Konsep Nilai Sepunya Asia mula menurut popularitinya apabila krisis kewangan melanda dan membawa kepada runtuhnya beberapa kerajaan seperti pemerintahan Suharto di Indonesia. Secara amnya, konsep Nilai Sepunya Asia diwujudkan untuk menjadi asas ideologi untuk mengekang ideologi Barat kian yang melanda. Ia memberi satu keyakinan bahawa orang-orang Asia boleh berkongsi satu set nilai yang membolehkan mereka memperdebatkan perbezaan antara mereka dan tamadun Barat. Tentunya nilai dan budaya Timur tidak lari daripada mempunyai kelemahan seperti dengan wujudnya conficianisme. Malah sejarah menunjukkan yang ia membawa kepada nepotisme dan pilih kasih.

170 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

Di Indonesia, Jusuf Kalla mengkaitkan Nilai Sepunya Asia dengan East Asian Free Trade Agreement dan East Asian Community yang timbul dari Perhimpunan Agung Asia (East Asia Summit). Beliau mempertahankan nilai utama yang lebih memberatkan kooperasi dan bukan pertandingan dan perbalahan. Pengkritik seperti Lung Ying dari Taiwan, mengatakan yang Nilai Sepunya Asia cuma retorik yang digunakan untuk menindas dan menolak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Antara pengkritik-pengkritik Nilai Sepunya Asia yang lain adalah, Lee Teng-hui (mantan Presiden Republik Rakyat China) dan Kim Dae Jung (mantan Presiden Korea Selatan). Di sini, kita dapat lihat konsep Nilai Sepunya Asia serta pengkritik-pengkritik konsep itu. Mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, merupakan salah seorang penyokong usaha mempopularkan Nilai Sepunya Asia. Beliau juga kritikal terhadap media Barat yang memanipulasi isu tersebut demi kepentingan mereka. Dalam satu wawancara, beliau mengatakan perhatian yang isu itu wujud daripada pihak Barat yang lazimnya datang dari pihak yang fikir Asia seharusnya menjadi serupa dengan Barat. Kata beliau lagi, mereka lupa yang Asia bangkit dengan cepat ketika itu (tahun 80an) kerana mereka berbeza daripada Barat. Mereka mempunyai sejarah dan nilai sosial yang tersendiri. Media Barat mengatakan yang Nilai Sepunya Asia inilah yang menjadi sebab timbulnya krisis ekonomi. Sekiranya ini benar, kata beliau, mengapa Hong Kong dan Singapura tidak terancam oleh krisis itu? Negara-negara yang pesat membangun ini tentunya mempunyai bank-bank milik badan-badan konglomerat yang meminjamkan wang kepada satu sama lain tanpa melakukan kajian kewajaran yang teliti. Maka ini menjadi salah satu sebab wujudnya krisis kewangan. Walaupun begitu, beliau mengatakan apa yang mereka amalkan itu sebenarnya pemesongan nilai yang diajar Kung Fu Tze. Memang seseorang itu semestinya setia kepada keluarganya tetapi menurut ajaran Kung Fu Tze, kita perlu membantu mereka apabila mereka dalam kesusahan. Bantuan perlu diberi dengan menggunakan wang dan harta kita sendiri, dan bukannya harta kepunyaan orang ramai. Menurut beliau ini cara Barat, bukan cara Timur. Menurut pandangan Lee Kuan Yew, sesuatu nilai seperti kejujuran perlu dipertahankan dan sesuatu masyarakat itu akan berpecah belah apabila kejujuran tidak dihargai dan korupsi dibiarkan berleluasa. Cara yang paling baik untuk menghindar korupsi ialah dengan menghapuskan ruang untuknya. Kakitangan awam harus menggunakan budi bicaranya sendiri sebagai panduan. Untuk ini kita perlukan peraturan yang nyata dan tetap, yang telah dikuatkuasakan oleh undang-undang. Namun begitu, beliau juga menyuarakan keresahan di atas kelesuan Negara-negara Asia lain untuk bertindak.

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 171

10.4.2

Nilai Sepunya Asia dari Kaca Mata Barat

Bahagian ini adalah berdasarkan tulisan Hugh Cortazzi, duta British ke Jepun dari 1980 ke 1984 dalam The Japan Times. Hugh Cortazzi berkata yang Nilai Sepunya Asia itu sebenarnya tidak eksklusif pada orang Asia sahaja. Contoh yang beliau beri adalah nilai kerajinan dan jimat cermat. Kedua-duanya nilai yang juga diajar agama Kristian, malah dipegang oleh setiap masyarakat terutamanya masyarakat yang pernah melalui zaman kemiskinan. Tambah beliau, mementingkan pendidikan dikatakan antara Nilai Sepunya Asia tetapi pemimpin di Barat juga berterusan menggalakkan masyarakat mementingkan pendidikan. (http://www.singapore-window.org/1014st.htm.) Kata beliau lagi, orang muda di Barat mungkin tidak begitu menghormati orang yang lebih tua dan mereka lebih gemar gaji diberi berdasarkan kebolehan dan bukannya usia. Namun masyarakat berusia di Barat juga mendapat kelebihan seperti jagaan kesihatan istimewa oleh kerajaan. Cuma bezanya, menurut beliau, di Asia mereka lebih menghormati pihak berkuasa, manakala di Barat kuasa perlu dihormati apabila ia berlaku adil dan menghormati hak orang lain. Kata Cortazzi lagi, satu-satunya perbezaan yang ketara antara nilai Barat dan nilai Timur ialah perbezaan antara hak individu dan tanggungjawab individu kepada masyarakat. Di Barat, tidak dinafikan bahawa seseorang itu mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat tetapi mereka lebih mementingkan kebebasan individu daripada ahli politik di Asia. Perbezaan antara nilai Barat dan Asia sebenarnya bukan pada nilai itu sendiri tetapi pada berbezanya kepentingan yang diletakkan kepada nilai itu sendiri oleh kedua budaya ini. Perbezaannya mungkin kecil tetapi tetap dianggap penting. Orang Asia dikatakan mementingkan ijtimak (consensus), tetapi menurut Cortazzi, ia juga penting dalam politik dan industri Jerman tetapi kurang penting di Negara-negara Anglo-Saxon (British dan Perancis) di mana mereka lebih mementingkan keputusan majoriti. Dari perspektif Barat, ahli politik Asia menggunakan Nilai Sepunya Asia untuk menjustifikasi penolakan hak asasi manusia di atas sebab hak-hak itu mengganggu ketenteraman dan keamanan yang lebih diberikan keutamaan. Hujah beliau, budaya Barat juga mementingkan ketenteraman dan keamanan tetapi mereka tidak melihatnya sebagai justifikasi untuk menolak hak asasi manusia dan ekspresinya, walaupun mereka sendiri meletakkan had apabila berdepan dengan isu-isu seperti keganasan. Cara pengurusan Jepun juga dikatakan punca kejayaan mereka tetapi pengurusan Jepun telah banyak membuat perubahan pada cara pengurusan mereka untuk terus berkompetitif di ekonomi dunia antaranya perubahan kepada fenomena pekerjaan seumur hidup dan sistem kenaikan pangkat.

172 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

Perubahan ini juga dapat dilihat pada runtuhnya sistem keiretsu yang menyaksikan syarikat Jepun beralih dari mementingkan kakitangan kepada mementingkan pemegang saham. Cortazzi menyatakan yang beliau tidak yakin dengan Nilai Sepunya Asia sama ada dalam politik, masyarakat atau ekonomi. Beliau mahukan pemimpinpemimpin yang menyokong konsep ini memberi definisi yang terperinci dan menyatakan perbezaannya dengan nilai dunia Barat. Beliau fikir, ahli politik Barat dan Asia sepatutnya lebih menitikberatkan nilai universal, hak asasi manusia dan tanggungjawab asasi manusia.

AKTIVITI 10.2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Nilai-nilai Sepunya Asia? Nyatakan. Nilai-nilai Sepunya Asia dan globalisasi telah membawa kepada satu debat yang hebat antara cendekiawan Asia dan cendekiawan Barat. Bagaimanakah itu boleh berlaku? Bincangkan dan buat perbandingan jawapan anda dengan rakan sekelas.

2.

Sesuatu yang sering dilupakan apabila menilai tamadun Asia ialah tamadun di kawasan ini telah wujud dan berkembang beribu tahun sebelum bangkitnya tamadun Barat. Sejarah dan keadaan setempat menjadikan perkembangan tamadun di Asia amat berlainan antara satu sama lain. Namun, mengikut sejarah, kesemua tamadun di Asia berkait rapat antara satu sama lain. Tamadun pertama China ialah tamadun Xia (di antara abad ke-21 dan ke-16 Sebelum Masihi). Amnya, terdapat empat bidang utama dalam ciptaan terpenting tamadun China, iaitu (a) (b) Bidang Penulisan; Bidang Pertahanan;

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

W 173

(c) (d)

Bidang Pelayaran; dan Bidang Perubatan

Ketamadunan India paling awal boleh dilihat pada peninggalan di Mohenjodaro dan Harappa yang wujud sejak 5000 tahun dahulu. Sains dan teknologi yang berasal dari India kuno merangkumi pelbagai cabang termasuk kejuruteraan, struktur binaan (architecture), penulisan (kesusasteraan), matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan, perdagangan dan pelayaran. Pengalaman kolonisasi membuat ramai beranggapan yang ketamadunan di Asia hanya bermula setelah berakhirnya kolonisasi, walhal pengalaman kolonisasi itu hanya satu frasa dalam kronologi ketamadunan Asia yang telah berusia beribu tahun. Pengkritik kepimpinan Asia sering mempersoalkan kepimpinan di Asia tetapi mereka juga sering berbuat demikian berdasarkan idea-idea yang datang dari Barat, suatu tamadun yang berbeza.

Empayar Awal China Empayar Mutakhir China Empayar Pertengahan China Nilai Sepunya Asia

Pra-Empayar China Tamadun India Kuno Tamadun India Moden Tamadun India Pertengahan

174 X

TOPIK 10 TAMADUN ASIA

Arif Babul. (2010). The Chinese civilization. Dicapai pada Ogos 15, 2011, daripada http://visav.phys.uvic.ca/~babul/AstroCourses/P303/chinese.html. China.org.cn. (2001). Formation of the Chinese civilization. Dicapai pada Ogos 15, 2011, daripada http://www.china.org.cn/e-gudai/7.htm. Halsall, P. (1999). Chinese cultural studies: A brief Chinese chronology. Dicapai pada Ogos 15, 2011, daripada http://academic.brooklyn.cuny.edu/ core9/phalsall/texts/chron.html. iloveindia.com. (n.d). History of India. Dicapai pada Ogos 15, 2011, daripada http://www.iloveindia.com/history/timeline-of-india.html.

Anda mungkin juga menyukai