Anda di halaman 1dari 1

Kursus ini bertujuan untuk memupuk semangat Kerjasama dan motivasi yang tinggi di kalangan pekerja sesebuah organisasi.

Dengan sikap kerjasama yang erat di kalangan kakitangan akan memudahkan organisasi mempertingkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti.Kursus ini menggabungkan pengajaran di dalam kelas dan di luar kelas (outdoor activities).

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk melatih peserta :1. Memahami dan memperolehi kefahaman yang mendalam mengenai diri masingmasing, kekuatan dan kelemahan, konflik serta impak ke atas orang lain. 2. Memahami unsur-unsur yang dapat memupuk semangat kerjasama di dalam sesebuah kumpulan atau organisasi. 3. Memahami kepentingan komunikasi berkesan antara ahli di dalam sesebuah kumpulan untuk membina pasukan yang ampuh. 4. Membina kemahiran membuat keputusan terhadap penyelesaian sesuatu masalah. 5. Menyebarkan dan menerapkan nilai-nilai positif dalam pasukan serta membina peraturan asas untuk memperolehi satu kumpulan yang bersatu-padu dan bersinergi. 6. Memahami, menyedari dan menghayati " 3D - Discipline, Dedication, Determination " melalui " Samurai Warrior Challenge " 7. Membina " WINING TEAM " melalui SINERGI Ahli-Ahli dalam pasukan ke arah keberkesanan kerja berpasukan
Di antara objektif kursus ini ialah:

Memberi kesedaran bahawa sumbangan dan potensi diri menjadi sumber kejayaan dan kecemerlangan organisasi. Menyuntik semangat jati diri, keyakinan, kesabaran, kejujuran, amanah, kecekapan dan semangat bekerja atas dasar keikhlasan. Memantapkan semangat daya tahan dari segi ketahanan mental dan fizikal. Membina kematangan dalam diri setiap peserta mengharungi segala cabaran terutama cabaran dalam tugas/kerja.

Anda mungkin juga menyukai