Anda di halaman 1dari 25

BAHAGIAN 1

IKATAN DAN SIMPULAN

Setiap orang yang melibatkan diri dalam Pendidikan Luar perlu mengetahui cara-cara mengikat tali kerana banyak kerja ikat mengikat yang terpaksa dilakukan dalam menjalankan aktiviti. Kemahiran mengikat tali dapat membantu seseorang menghasilkan ikatan yang berkesan, selamat dan tepat dengan tujuan ikatan itu dibuat. Berikut adalah tiga jenis tali yang selalu digunakan dalam melakukan aktiviti ikatan dan juga simpulan :

JENIS-JENIS TALI 1. Nylon/Perton Ringan Tidak mendap air Cepat cair (haba) Mudah putus (bergesel) Sesuai untuk menyeberang sungai Tidak sesuai untuk mendaki

2. Hawser-Laid Berat Mendap air Dikenali dengan nama manila/belati Tahap anjalan rendah Tidak sesuai untuk mendaki kerana kurang anjal Saiz besar Diperbuat daripada pintalan jut

3. Kernmantel Ringan tidak telap air Lembut dan kuat Tahap keanjalan tinggi Diperbuat daripada ribuan jalinan fiber nylon Tahan geseran

Berikut pula merupakan enam jenis ikatan dan simpulan : 1. 2. 3. 4. 5. 6. BUKU SILA ( REEF KNOT) TINDIH KASIH (BOWLINE) SIMPUL BALAK (TIMBER HITCH) SIMPUL MANOK (CLOVE HITCH) SIMPUL BUNGA KETI (SHEET BEND) SERAYA (SQUARE LASHING)

1. BUKU SILA @ SIMPUL HIDUP (REFF KNOT) FUNGSI Mengikat 2 utas tali yang sama tebal atau besar. Sering digunakan dalam pertolongan cemas iaitu ikatan kain pembalut pertolongan cemas dan tornique. Mematikan sesuatu ikatan atau simpulan.

KELEBIHAN Simpulan ini senang dibuka bila dikenakan regangan yang sederhana dan mudah dibuat dengan menarik A dan B (lihat gambarajah). Tidak terlalu kuat untuk menerima regangan di dalam menjalankan aktiviti Flying Fox. Boleh digunakan untuk mengikat bungkusan.

KEKURANGAN Bagi mengikat luka, kain dibelit dahulu kemudiannya baru dibuat ikatan buku sila. Sebagai ingatan, jangan terlalu bergantung kepada ikatan ini bagi menyambungkan 2 utas tali kerana ia kurang kuat bagi tujuan tersebut.

Buku Sila

2. SIMPUL TINDIH KASIH (BOWLINE) FUNGSI Membuat gelung yang tidak akan tergelincir keluar pada hujung tali dan tidak boleh mencerut untuk : Simpulan untuk menyelamat iaitu membawa seseorang mangsa turun dari Simpulan untuk digunakan pada tali safety line semasa aktiviti Ikatan pada pangkal pokok untuk tali pembantu semasa menurun dan bangunan yang tinggi (dimasukkan pada bahagian dada dan pinggang mangsa) abseiling. menaiki bukit. KELEBIHAN Tidak terkejut bila dikenakan tarikan yang kuat dan lama. Tidak mudah terbuka semasa digunakan.

Simpul tindih kasih

3. SIMPUL BALAK (TIMBER HITCH) FUNGSI Digunakan untuk mengikat tali pada tiang, balak atau batang pokok dengan tujuan untuk menariknya. KELEBIHAN Dapat menarik barang-barang berat seperti kayu balak tanpa menggunakan alatan dan bantuan yang lain. Senang diikat dan dibuka.

KEKURANGAN Tali tidak akan kukuh lagi setelah kayu balak itu ditarik begitu lama.

Simpul balak

4. SIMPUL MANOK (CLOVE HITCH) FUNGSI Memulakan atau mematikan sesuatu jenis simpulan dan ikatan. Boleh digunakan untuk mengikat tali pada pancang atau tiang dan batang pokok.

KELEBIHAN Simpulan ini tidak akan terurai jika kedua-dua hujung ditarik sama rata atau satu hujung sahaja ditarik lurus di hadapan simpulan Tidak mudah terbuka bila dikenakan regangan yang kuat. Selalu digunakan dalam aktiviti tali sebagai permulaan dan penamat membuat simpulan dan ikatan. Boleh dijadikan ikatan sementara untuk perahu.

KEKURANGAN Tidak sesuai untuk binatang keran ia boleh bergerak.

Simpul Manok 5. SIMPUL BUNGA KETI (SHEET BEND) FUNGSI Digunakan untuk mengikat dua utas tali yang sama saiz atau tebalnya. Boleh juga digunakan untuk mengikat dua utas tali yang tidak sama saiz atau tebalnya. KELEBIHAN Ikatan yang senang dibuka dan diikat. Tidak mudah terbuka dan ikatan kukuh. Kerapkali digunakan untuk mengikat bendera.

Simpul Bunga Keti

6. IKATAN SERAYA (SQUARE LASHING) FUNGSI Mengikat 2 palang dalam posisi sudut tepat iaitu satu menegak dan satu melintang supaya palang itu tidak tergelincir. KELEBIHAN Tidak mudah terbuka bila dikenakan regangan yang kuat. Simpul ini sangat kukuh jika diikat dengan betul. Digunakan untuk semua projek kerja merintis.

KEKURANGAN Mudah terlerai jika ikatan tidak kukuh dan betul. Susah untuk dibuka jika salah melakukan ikatan.

Ikatan Seraya PENJAGAAN TALI Simpan di tempat yang bersih dan terhindar dari serangga perosak. Elakkan dari pancaran terus matahari atau di bilik yang bersuhu tinggi. Jangan jemur di bawah matahari, ampaikan di tempat yang teduh. Jangan biarkan tali teregang ketika dalam simpanan. Hujung tali hendaklah diikat supaya tali tidak terbuka dari bentuk asalnya (terburai). Elakkan tali terletak di atas tanah. Jangan heret tali. Basuh tali dengan kadar yang sesuai untuk mengeluarkan pasir dan batu-batu halus yang terdapat di celah-celah serabut tali. Tali seboleh-bolehnya disimpan dalam keadaan digulung dengan cara butterfly atau mountaineers.

BAHAGIAN 2

KHEMAH Perkataan khemah dipercayai berasal daripada bahasa Arab dan menurut Kamus Dewan, khemah adalah sejenis pondok yang diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang didirikan sebagai tempat kediaman sementara atau sebagai tempat berteduh. Perkhemahan moden dipercayai telah dipelopori oleh Lord Baden Powell, pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia. Tetapi pada masa kini, perkhemahan tidak sahaja dikaitkan dengan pengakap tetapi turut menjadi sebahagian daripada kegiatan rekreasi, ekspedisi dan kembara.

Khemah didirikan(dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya khemah dibuat daripada daripada kain tebal, kain layar, campuran plastik (nilon) dan sebagainya. Sekarang khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia ringan dan senang dibawa ke tempat perkhemahan. Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bilangan seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angin, tiang daripada kayu atau besi dan pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin. Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain itu, terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge. Berikut merupakan tiga jenis khemah yang amat popular sekali dalam menjalankan aktiviti perkhemahan dan rekreasi. Tiga jenis khemah tersebut adalah : 1. 2. 3. Khemah Bentuk A. Khemah Bentuk Kubah (dome). Khemah Bentuk Dinding.

JENIS-JENIS KHEMAH 1. KHEMAH SATU TIANG Khemah ini dikenali sebagai khemah satu tiang kerana ia mempunyai satu tiang sahaja untuk menegakkannya.

TIANG KHEMAH

TALI PANCANG

PANCANG

PINTU

PENAHAN ANGIN

SIFAT SAINTIFIK Ringan dan senang didirikan Sesuai untuk perkhemahan ringkas. Boleh ditegakkan dengan menggunakan satu tiang seperti gambar di atas. Dapat digunakan oleh seorang atau dua orang peserta sahaja.

JENIA-JENIS KHEMAH 1. KHEMAH BENTUK A Khemah ini dikenali sebagai khemah bentuk A kerana bentuknya menyerupai huruf A. Merupakan antara khemah yang popular yang selalu digunakan dalam aktiviti perkhemahan berkumpulan.

PENEBAT PENJARAK PALANG GYLINE PINTU

FLYSHEET TIANG DINDING KHEMAH GROUNDSHEET PANCANG

SIFAT SAINTIFIK Dapat digunakan oleh seramai tiga hingga enam orang peserta. Sesuai untuk perkhemahan ringkas dan kumpulan. Senang dibawa dan didirikan serta ringan. Boleh ditegakkan dengan menggunakan dua tiang dan satu batang bumbung. Juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan untuk membentuk bumbung khemah.

2. KHEMAH BENTUK KUBAH Ia dipanggil khemah bentuk kubah kerana bentuk luarnya yang menyerupai kubah.

FLYSHEET

PINTU

RANGKA

GROUNDSHEET

DINDING DALAM

TALI

PANCANG

SIFAT SAINTIFIK Berbentuk kubah dapat atasi rintangan angin, tidak mudah terbalik jika angin kuat. Semua komponennya dibuat dari bahan ringan mudah dibawa. Kalis air.

Boleh diisi dalam beg kecil. Mudah dibuka dan dipasang. Mempunyai ruang yang luas kerana tiada tiang yang menyokongnya, tetapi rangka. Sesuai untuk perkhemahan pusat.

3. KHEMAH BENTUK DINDING Khemah ini merupakan khemah yang paling popular sekali dalam aktiviti perkhemahan.

PALANG FLYSHEET TIANG GYLINE ZIP

PENEBAT PENJARAK GROUND SHEET PANCANG TALI PANCANG

SIFAT SAINTIFIK Sesuai untuk perkhemahan berkumpulan. Senang dibawa, didirikan dan disimpan. Bentuk adalah lebih kurang dengan khemah bentuk A. Mempunyai penahan angin (tinggi 15-25 cm). Khemah ini berukuran 7.75 meter panjang dan 3.9 4.2 meter lebar (termasuk penahan angin). Lebih selesa. Dapat memuatkan enam hingga lapan orang peserta,

KOMPONEN-KOMPONEN KHEMAH

PANCANG

TALI PANCANG

PENEBAT

PENJARAK

TIANG

GYLINE

BEG

FLYSHEET

DINDING & GROUNDSHEET KOMPONEN-KOMPONEN DAN FUNGSINYA

KOMPONEN Pancang Tali pancang Penebat Penjarak Tiang Gyline Beg Flysheet Dinding dan groundsheet

FUNGSI Mengikat dan memancang tali khemah ke dalam tanah Mengikat khemah pada pancang di tanah Menghalang air masuk melalui lubang flysheet yang dimasukkan tiang Memisahkan flysheet dengan dinding dalam memberi satu kusyen udara Menegakkan khemah Menstabilkan khemah/tegangkan bumbung khemah Menyimpan khemah Berfungsi sebagai bumbung kalis air Membentuk ruang dalam khemah

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM

PENDIDIKAN LUAR

( SJ 1033 )

TAJUK : 1 2 1. IKATAN & SIMPULAN 2. JENIS - JENIS KHEMAH 3. PRINSIP SAINS YANG DIAPLIKASIKAN DALAM MENDIRIKAN KHEMAH

Disediakan untuk : En. Abu Bakar Sidek bin Mohd. Ibrahim ( Pensyarah )

Disediakan oleh : 1. 2. 3. Izawati binti Taha Sherlyna Hasan Haniff bin Hashim Program Sains Sukan Tahun Satu Semester Satu 04459 04995 04452

TARIKH HANTAR : 8 JULAI 2000

BAHAGIAN 3

PRINSIP SAINS YANG DIAPLIKASIKAN DALAM MENDIRIKAN KHEMAH

Dalam bahagian ini ingin disentuh tentang prinsip-prinsip

sains yang diaplikasikan

dalam mendirikan sesebuah khemah. Ini perlu kerana untuk memudahkan kerja pemasangan, keadaan tempat, keselamatan serta beberapa faktor lain yang diperlukan supaya dapat melancarkan kelancaran dalam menjalankan aktiviti perkhemahan ini. Di antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut : 1. Khemah hendaklah didirikan di atas tapak yang sesuai dan selamat. 2. Jika memasang khemah ketika angin bertiup kuat, tentukan supaya bahagian belakang khemah sahaja yang menghadap ke arah datangnya angin. Jika bahagian hadapan khemah menghadap ke arah datangnya angin, angin akan meluru masuk ke dalam khemah melalui pintu khemah, dan ini akan menyukarkan pemasangan khemah atau mungkin khemah itu akan terus derbang oleh angin. (lihat Rajah A)

Rajah A : Memasang khemah ketika angin bertiup kencang. 3. Jika memasang khemah di atas pasir atau tanah yang lembut atau di kawasan angin yang bertiup kuat, kayu pacakan hendaklah dibuat sebagai ganti paku khemah supaya tali dan gelang penegang khemah dapat dipasang dengan lebih kuat. (lihat Rajah B). saoz kayu bagi membuat pacakan tersebut ialah kira-kira sebesar batang pai biasa dan setinggi lebih kurang satu meter. Hujungnya hendaklah ditajamkan supaya mudah dipacakkan dan di hujung yang satu lagi dibuatkan takuk supaya tali atau tali penegang khemah tidak terlucut. (lihat Rajah B). kayu itu kemudiannya hendaklah dipacakkan lebih dalam daripada yang termampu oleh paku supaya teguh. 4. Kedudukan paku khemah atau kayu pacakan apabila dipacakkan ke tanah hendaklah bersudut tepat dengan tali atau penegang khemah dan bersudut 45 darjah pula dengan tanah. (Lihat Rajah B). 5. Bersihkan tapak khemah daripada sampah sarap dan objek-objek yang mengganggu seperti kayu dan batu. 6. Apabila hujan, tali khemah hendaklah dikendurkan sedikit. Jika terlalu tegang, ia akan menjadi lebih tegang apabila ditimpa hujan. Tali yang terlalu tegang boleh menyebabkan khemah mudah koyak. 7. Jarak antara satu khemah dengan yang lain janganlah terlalu dekat hingga menyusahkan pergerakan di kawasan perkhemahan. Jarak yang terlalu dekat juga akan memudahkan api merebak jika berlaku kebakaran pada khemah lain. Jarak yang terlalu jauh pula akan menyukarkan perhubungan. Jarak yang dikira sesuai ialah lebih kurang enam hingga lapan meter.

Rajah B : Kayu pacakan khemah

RUJUKAN 1. Abdul Alim Abdul Karim. (1992). Panduan Perkhemahan dan Simpulan Pioneering. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2. 3.

Terence K Y. Yun. (1996). Keperluan Pengakap. Percetakan Longman Sdn. Bhd. Mohd Yusof Abdullah. (1992). Teknik Kegiatan Luar. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

MEMILIH TEMPAT BERKHEMAH

Sebelum mendirikan sesuatu khemah kita seharusnya mengetahui beberapa perkara bagi menjamin keselamatan diri dan keselesaan kita. Di antara perkara yang seharusnya diteliti dan difikirkan semasa mendirikan khemah adalah seperti berikut :1. Khemah kita tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah. 2. Khemah hendaklah didirikan dikawasan tanah yang rata atau agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan peredaran darah ke seluruh badan kita. Jangan tidur kaki lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya. 3. Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang bisa seperti kala jengking, ular, semut dan sebagainya. 4. Kita seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, kita seharusnya menggelakkan cahaya matahari terus memancar ke dalam khemah. Apabila berkhemah di musim hujan, kita perlu mendirikan khemah berlawanan arah tiupan angin. Ini bertujuan untuk menggelakkan angin yang bertiup membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah di musim kemarau, khemah seharusnya didirikan menghadap

tiupan angin. Keadaan ini bertujuan supaya udara yang nyaman bertiup ke dalam khemah. 5. Kita seharusnya memilih tempat yang selesa dan teduh terutama semasa tengah hari. Tujuan khemah didirikan ialah untuk keselesaan dan kerehatan sepanjang masa.

LAMPIRAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM

PENDIDIKAN LUAR ( SJ 1033 ) TAJUK : 1. IKATAN DAN SIMPULAN 2. JENIS JENIS KHEMAH 3. PRINSIP SAINS YANG DIAPLIKASIKAN DALAM MENDIRIKAN KHEMAH