Anda di halaman 1dari 7

Manusia dan Pendidikan 1

Manusia dan Pendidikan


Mengapakah manusia itu perlu dididik? atau mengapakah manusia itu perlukan pendidikan? Ini sebenarnya adalah satu persoalan yang sangat umum, akan tetapi

jawapannya mungkin agak berbeza memandangkan faktor kepelbagaian masa kini yang tampak boleh mempengaruhi sesuatu sistem pendidikan, para pendidik atau yang dididik (anak didik, murid atau pelajar).

Pendidikan sebenarnya adalah suatu bentuk pedagogi dari zaman Yunani. Pada asalnya pedagogi (pedagogiek) ini ialah tentang ilmu yang menerangkan cara bagaimana untuk membimbing anak. Pada zaman moden ini, pedagogi juga ditafsir sebagai struktur, konsep, pentafsiran dan pengintegrasian ilmu.

Di dalam bahasa Inggeris pendidikan disebut education yang bermaksud pembelajaran. Education berasal dari perkataan Yunani iaitu educare. Educare bermaksud membawa keluar sesuatu yang tersimpan di dalam jiwa anak untuk tumbuh, diperhatikan dan dikembangkan. Ia adalah berkenaan dengan potensi diri, individu atau manusia.

Pada umumnya, walaupun pendidikan itu berlaku secara rasminya di sekolah atau institusi pengajian, ia juga berlaku di luar sekolah, di pasaraya, di pawagam dan di mana jua
Manusia dan Pendidikan 2

manusia itu berada. Hanya sifat pembelajarannya sahaja yang berlaku secara tidak rasmi atau tidak formal. Orang Yunani dahulu kala adalah pencetus utama kepada sistem

pendidikan moden sekarang.

Maksud pendidikan itu pula sangatlah meluas. Ia meliputi bukan hanya matlamat atau tujuan pendidikan, para pendidik atau anak didik. Ia merangkumi proses penyampaian ilmu dan penerapan nilai, samada secara tersurat maupun tersirat. Ia juga bermaksud penyerapan ilmu serta penghayatan nilai.

Pendidikan juga harus ditakrif dari sudut keberhasilannya. Bagi tujuan ini, maka pendidikan sudah semestinya memerlukan kesedaran dan harus disertai dengan keikhlasan, baik dari pihak pendidik atau guru maupun anak didik atau murid. Jika tidak ianya akan menjadi satu usaha yang sia-sia seperti mencurah ari di daun keladi. Jangan sampai sijil pendidikan itu hanya menjadi simpanan atau tontonan di dinding, Sekiranya pendidikan itu tidak dapat dijiwai maka hasilnya hanyalah umpama sebuah trofi kehormatan yang tidak dapat dimanfaatkan. Berhasilnya pendidikan itu adalah apabila ianya memberi kebaikan kepada umat sejagat.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan pula bertujuan untuk membawa perubahan keseluruhan kepada individu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan juga intelek ke arah kebaikan bagi membentuk suatu kesinambungan wawasan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tidak dinafikan bahawa pendidikan boleh

Manusia dan Pendidikan 3

menghasilkan samada kejayaan atau juga kegagalan. Maka dengan sebab ini, pendidikan mestilah dimulakan dengan sesuatu matlamat yang berteraskan falsafah kehidupan insan.

Tiada jawapan yang mudah untuk soalan mengapakah manusia itu perlu dididik?. Persoalan ini boleh dijawab dari pelbagai sudut dan pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, ia juga akan memberikan jawapan, persepsi dan tafsiran yang berbeda juga mengikut konsep pemikiran individu tersebut.

Pada zaman pasca modenisme ini, keperluan pendidikan adalah ibarat makanan (food) dan tempat tinggal (shelter). Ia telah menjadi keperluan asas manusia. Jika makanan diperlukan secara fizikal oleh jasmani (tubuh badan) maka pendidikan pula diperlukan sebagai makanan rohani kepada seseorang individu.

Pendidikan mempunyai berbagai kepentingan. Pendidikan boleh membentuk potensi manusia ke arah kreativiti yang boleh menyumbang kepada perkembangan peribadi dan profesional individu. Pada masa yang sama ia juga akan menyumbang kepada Dalam ertikata

perkembangan sosio-budaya, ekonomi, politik dan juga alam sekitarnya.

lain, pendidikan boleh menyumbang kepada kesejahteraan individu, bangsa dan negara bagi membentuk kehidupan harmonis seperti yang diimpikan.

Pendidikan boleh dilihat sebagai perisai kebudayaan bagi membentuk warisan budaya dan bangsa. Pendidikan juga boleh memacu keamanan dan demokrasi. Ia juga boleh

Manusia dan Pendidikan 4

membentuk kefahaman antarabangsa dan kefahaman antara budaya dengan bangsa yang lain. Pendidikan boleh memberikan pengetahuan yang kritis, mencipta kebolehan,

melahirkan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk mencari dan menyelesaikan masalah secara lokal dan juga global. Hasil pendidikan pula boleh diterjemahkan sebagai keberhasilan peradaban sesuatu bangsa yang pernah menerajui sesuatu zaman.

Pendidikan adalah asas untuk membina sesebuah masyarakat yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi tetapi juga mampu bertanggung jawab kepada individu yang lain di dalam sesuatu kelompok masyarakat. Pendidikan amat perlu untuk mencipta individu atau golongan yang berani tampil untuk amal maaruf dan nahi munkar. Pendidikan juga amat penting dalam membentuk ego manusia yang sentiasa mengatakan diri mereka betul dalam menunjukkan kehebatan sendiri. Pendidikan juga perlu untuk manusia belajar

mengatasi ketakutan dan kegagalan demi meriah sebuah kejayaan yang diidamkan. Disebabkan berbagai kepentingan pendidikan ini, maka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah memaktubkan pendidikan sebagai salah satu daripada hak asasi kemanusiaan.

Akan tetapi apa yang paling penting sekali untuk menjawab persoalan mengapa manusia itu harus dididik? adalah kerana nafsunya yang pelbagai dan ketiadaan batasannya. Kesan daripada keterlampauan kehendak dan keinginan manusia itu sendiri akhirnya telah membawa kepada porak-perandanya manusia dan alam sekitarnya di mukabumi ini sehingga ianya menjadi musuh bagi sesetengah pihak yang lain. Ini perlu diatasi dan hanya pendidikan sahaja yang boleh menjadikan manusia itu manusia.

Manusia dan Pendidikan 5

Apabila disebut perkataan musuh pada sesetengah pihak maka akan terbayang wajah Yahudi, Amerika, PAS, UMNO dan DAP sebagai musuh mereka. Walhal yang sebenarnya musuh itu adalah diri kita sendiri iaitu nafsu kita dan juga minda ganas kita. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengatakan bahawa tiadalah perang lain yang terlebih besar sepulangnya baginda daripada salah satu perang yang besar, akan tetapi perang hawa nafsulah sebagai perang yang akhbar (besar).

Selagi ada nafas, selagi itulah adanya nafsu manusia ini dan nafsu itu pula akan sentiasa bersultan di mata dan beraja di hati. Seterusnya Tuhan juga telah menegaskan di dalam Surah Yusuf, ayat 53 yang bermaksud Sesungguhnya nafsu itu sangat mengarah kepada kejahatan. Maka kerana itulah manusia itu harus dididik dan perlu kepada pendidikan supaya kita boleh hidup tenteram di bawah satu bumbung dunia secara sihat, adil dan saksama. Nafsu dan keinginan yang tidak terbatas ini perlu ditundukkan dengan

pendidikan yang berkesan supaya tidak bersalahan dengan kehendak individu atau anggota lain dalam sesuatu kelompok masyarakat dan juga alam sekitarnya.

Hanya apabila telah ditundukkan nafsu itu, maka barulah syaitan itu dapat dikalahkan kerana nafsu itu adalah musuh yang tersembunyi di dalam diri manakala syaitan itu pula adalah musuh yang nyata sebagaimana yang telah banyak disebutkan di dalam Al Quran. Salah satunya ialah dari Surah al-Isra, ayat 53 yang bermaksud Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Manusia dan Pendidikan 6

Nafsu yang juga kehendak perasaan ini adalah bersamaan dengan keinginan untuk melihat, merasa, menyentuh, membau, mendengar, dan juga bersifat ingin tahu. Sifat ingin tahu (ingin belajar) ini juga merupakan salah satu jawapan kepada mengapa manusia itu perlu dididik dan memerlukan pendidikan. Tanpa pendidikan manusia itu akan serupa seperti haiwan atau binatang.

Akhirnya, manusia itu perlu dididik bagi membentuk akal budinya sesuai dengan takrif kejadian manusia sebagai makhluk yang berbudi (homo sapien), makhluk yang berakal (homo rational), makhluk yang beragama (homo religious), makhluk yang kreatif (homo faber), makhluk yang bijaksana (homo genious) dan makhluk yang boleh dididik (homo educandum).

Penulis: Skype: dzamiri.jahaya Email: dzamiri@yahoo.com

Manusia dan Pendidikan 7

Anda mungkin juga menyukai