Anda di halaman 1dari 34

Sistem longkang

Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat pembuangan dan perawatan khas.

Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut : 1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor 2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang. 3.Dapat menahan tekanan tanah serta building settlement 4.Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.

Jenis-jenis longkang: 1. Bentuk U 2. Separuh bulat 3. Bentuk V

Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia: 1. Longkang jenis konkrit. 2. Longkang jenis tembikar 3. Longkang PVC

Longkang jenis konkrit

Longkang jenis tembikar

Longkang PVC Bahan-bahan bagi membuat longkang konkrit: 1. Simen 2. Batu baur. 3. Pasir

Langkah-langkah kerja bagi pemasangan longkang: 1. Menyediakan bahan dan alatan. 2. Mengorek tanah 3. Meletakkan pasir. 4. Memasang dan memaras. 5. Menyambung ikatan antar longkang

Alatan memasang longkang : 1 1. Cangkul 2 2. Penggali 3 3. Aras spirit - mendapatkan kerataan. 4 4. Benang - bertujuan untuk mendapatkan jajaran lurus bagi jarak yang panjang.

Peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan longkang: 1.Kecerunan - longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan tersumbat. 2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Contoh : kenderaan. 3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang menyenangkan 4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang laluan 5. Laluan - laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika longkang tersekat 5. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan 6. Sambungan - sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau keretakkan pada longkang 7. Penahan -untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah. 8. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang.

Sistem kumbahan
Pengenalan

-Dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. -terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut. -Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. -Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit)@ silinder (plastik atau fiber). -Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. -Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. -Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. -Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe. -Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum. Lurang Dikenali sebagai lubang periksa, ialah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang 1. Lurang Cetek Ciri-ciri: -Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm. -Saiz 450mm x 600mm -Biasanya dibina pada kedudukan pertama. 2. Lurang Biasa Ciri-ciri: -Kedalaman adalah 1500mm -Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm 3. Lurang Dalam Ciri-ciri: -kedalaman melebihi 1500mm

4. Lurang Tirai Belakang Ciri-ciri: -Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran. -Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang -Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Pembinaan Lurang Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah: -pada setiap kecerunan -pada setiap perubahan saiz paip saliran -pada jarak maksima 1200mm -pada pertemuan paip saluran. Sump Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.

Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran. Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Culvert Pengenalan Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain. Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya . Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang, besi atau PVC. Jenis-jenis Culvert. 1.Box Culvert Ciri-ciri: -Berbentuk segiempat -diperbuat daripada konkrit Fungsi-fungsi: -Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. -Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit -Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat.

2.Round Culvert Ciri-ciri: -Berbentuk bulat -bahan buatan konkrete, besi Fungsi-fungsi: -Dibina sebagai terowong saliran air. -bisanya terletak di tepi jalan -menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit

Paip Salir

Rajah menunjukkan bagai sisa air buangan di salur ke paip salir

Paip salir ialah paip yang dipasang di bawah tanah dan berfungsi sebagai menyalirkan najis dan air sisa serta air permukaan dari sesebuah banguna. Sistem paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah pemasangan yang berbeza daripada system paip lekapan.

Oleh sebab di tanam dalam tanah, maka paip salir memerlukan bahan yang tahan asak dan tahan kepada tekanan kerana sentiasa terdedah kepada beban, terutama jika terdapat kenderaan yang lalu di atasnya. Kebanyakkan paip salir yang dipadang di dalam tanah utnuk menyalirkan najis dan sisa terdiri daripada paip tanah liat dan paip besi tuang.

Jenis-jenis paip salir 1. Paip tanah liat

2. Paip besi tuang 3. Paip PVC 4. Paip uPVC 5. Paip gentian 6. Paip konkrit

Paip tanah liat

Paip besi tuang

Paip pvc

Paip konkrit

Paip uPVC

Paip yang diperbuat daripada gentian kaca, konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini sesuai digunakan sebagai paip salir terutama di kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid. Ciri-cirinya: 1.Harganya murah, 2.tahan lasak, 3. tahan hakisan, 4.mudah dipasang, 5. mudah dipotong 6. mudah disambung.

Paip besi tuang diperbuat daripada besi melalui proses penuangan di kilang. Paip jenis ini lebih kukuh daripada paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang lebih kukuh. Paip besi tuang sesuai digunakan di dalam tanah liat yang tidak stabil tetapi kurang seseuai digunakan dalam tanah yang berpaya dan mengandungi sulfat yang tinggi.

Prinsip pemasangan paip salir

1. Mutu Paip salir yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi. Ketahanlasakannya bergantung kepada mutu bahan paip yang digunakan. Paip yang bermutu akan menghasilkan sistem paip salir yang tahan lama. Selain daripada kedalaman adalah mencukupi bagi menggelakkan paip mengalami kerosakan jika ada objek berat di atas permukaan tanah. Selain sambungan yang dilakukan hendaklah sempurna.

2. Kedap air Paip salir dianggap mencapai tahap kualiti pemasangan yang baik jika paip salir berkeadaan kedap air. Kedap air bererti air dari luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir. Najis dan air sisa pula tidak boleh keluar dair paip salir serta mencemarkan persekitaran. Paip salir hendaklah dipasang oleh pekerja mahir bagi memastikan sambungan paip berada dalam kedap air.

3. Kecerunan Kecerunan merupakan factor penting bagi pemasang paip di bawah permukaan tanah kerana proses rawatan berlaku dalam paip salir. Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun yang disaran dalam piawai pemasangan. Tujuan ialah supaya pepejal dalam kumbahan tidak mengenap ke dasar paip lalu menyebabkan kumbahan tersekat atau paip tersumbat . Jika kecerunancerun paip terlalu landau, kumbahan akan disalirkan dengan perlahan. Pepejal yang terkandung dalam kumbahan akan tertinggal di dasar paip. Paip juga tidak boleh dipasang terlalu curam untuk mengelakkan daripada mengorek tanah terlalu dalam ketika memasang paip. Paip salir juga akan terhakis jika dibina terlalu curam disebabkan kelajuan kumbahan.

4. Kelurusan Penyaliran kumbahan akan lebih berkesan jika paip disambung dalam keadaan lurus dari titik kepada satu titik yang lain. Liku pada paip salir perlu dikurangkan dan hanya dibuat dalam keadaan tertentu sahaja. Liku diperlukan apabila paip perlu dibengkokkan untuk disambung kepada paip salir yang lain. Pemasangan lurus juga mengurangkan kerja senggaraan.

5. Pengalihudaraan Pengalihudaraan dalam paip salir diperlukan supaya sebarang gais yang terhasil tidak terkumpul. Gas yang terkumpul dalam paip salir akan menyebabkan tekanan udara turun dan naik. Untuk menghindarkannya, proses pengalihudaraan yang berkesan sangat diperlukan. Pengalihudaraan ke atas paip salir dipastikan berlaku dengan memasang paip tumpu bolong hendaklah berada

setinggi kurang dari 900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang udara bangunan, serta jarak 3 m dari mana-mana cucur atap bangunan, tingkap atau lubang udara bangunan. Bahagian atas paip bolong hendaklah ditutup dengan bebola dawai bagi mengelakkan sampah masuk ke dalam paip.

Memasang Paip Pembentung - Kaedah Papan Tolok


Langkah kerja. 1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki. 2. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan. 3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan. 4. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit ditempatkan di atas papan tolok itu menjadi rata. 5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup dengan mortar. 5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang.

Bahan dan alatan 1. paip salir tanah liat 2. Penggali 3. Cangkul 4. Pita ukur 5. Aras spirit Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung. 1. Kaedah menggunakan papan tolok. 2. Kaedah menggunakan rod aras

Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 12:37 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Paip salir Thursday, October 18, 2012

Melepa
Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata. Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu. Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :1) Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan 2) Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata. 3) Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air. 4) Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat. 5) Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor

6) Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba 7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding 8) Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

Jenis peralatan melepa 1. Pemaras keluli

2. Pemaras kayu

3. Pemegang mortar - hawk

4. Comb spreader

5. Pemaras kayu panjang ( darby float )

6. Aras spirit

Bahan untuk melepa Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :Simen: Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu Wallcrete dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur : Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan hydrated lime yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air : Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan simen. b) Memudahkan kerja bancuhan c) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering. Bahan Plasticisers dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6 (simen:pasir) ataupun ditambah

dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana 1 : 1 : 6 (simen : kapor : pasir)

Jenis lepaan Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

1. Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama :

bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal

10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua :

Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan

diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland, kapor dan pasir ialah :-

1: : 4 1 : 1 : 5-6

atau atau

1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.

3. KEMASAN GRANOLITIK

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 36mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

4. KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna.

5. KEMASAN Textured atau Scraped

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.

6. KEMASAN Rough cast atau wetdash

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : : 4 pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah 1 : : 1 - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa. Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.

Rough casting machine

7. KEMASAN Pebble-dash atau drydash

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 dengan campuran water proofer dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

8. KEMASAN tyrolean atau smooth cast

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir. Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

How to plaster an already plastered wall

HOW TO MIX PLASTER

Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 8:45 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: melepa

Sanitari dan alat lekapan


Alat lekapan - Dalam kerja-kerja perkhidmatan bekalan air, kerja-kerja pemasangan alat lekapan amat perlu diketahui bagaimana cara pemasangannya dan di mana kedudukan yang paling tepat dalam sesebuah bangunan. - Alat kelengkapan sanitari bermaksud sumber air yang digunakan untuk membersih dan menyalurkan kotoran yang kotor.

Jenis-jenis alat lekapan

1. Tempat mandi panjang ( Long bath / Tab mandi) Biasa berbentuk empat segi bujur. Pengeluaran air biasa melalui pillar tap yang mengeluarkan air panas atau sejuk. Bahannya diperbuat dari porcelain enamelled cast iron ( tanah liat) dan fibre glass da.

2. Sink Kebanyakan digunakan di dapur bagi tujuan memasak dan membasuh kain. Tinggi pemasangan 863 mm 915 mm. 915 mm digunakan bagi tujuan memasak dan 863 mm untuk tujuan membasuh. Bahan membuat sinki adalah keluli, plastik dan fire clay ( tanah liat ).

3. Basin Biasanya diperbuat dari tembikar atau tanah liat. Tinggi pemasangan basin ialah di antara 762 mm hingga 812 mm. Iaitu dari aras lantai sehingga aras atas basin. Bagi kegunaan dewasa ukuran pemasangan adalah 812 mm. Manakala 787 mm pemasangan di rumah. Bahan pemasangan basin. 1. Paip buangan basin saiz 32 mm setiap pemamasangan menggunakan perangkap jenis botol atau S. 2. Palam lubang luar digunakan menakung air dalam basin. 3. Lubang limpah semasa memasang lubang keluar basin tentukan lubang limpah dihalakan pada lubang limpah basin.

Jenis basin 1. Angle corner basin

2. Pedestal basin

4. Dulang pacuran Tempat tadahan air mandi yang diperbuat dari tembikar bergelis bagi tujuan mengalirkan air ke lubang lurang.

5. Mangkuk tandas - Kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang najis dan membersih kekotoran dalam takung kandung air sistem simbah perlu mencukupi untuk menggerakkan najis didalamnya. - Kebanyakan direka dengan menggunakan perangkap dengan tujuan untuk menakung air.

Jenis tandas: a. Tandas duduk

Bahagian tandas duduk

b. Tandas cangkung

Cara pemasangan tandas.

6.Bidet - Bidet adalah jenis alat lekapan yang digunakan untuk membuang air kecil bagi wanita. Ia berbentuk bujur bulat dengan flushing Rim di bawah tempat duduknya. Ukuran bidet 0.40m tinggi 0.38 m lebar dan 0.70 m panjang. Diperbuat dari tembikar, seramik dan plastik.

7. Urinal - Fungsinya adalah untuk membuang air kecil bagi orang lelaki. Diperbuat dari tembikar dan seramik.

Jenis urinal

Urinal jenis kandang

Alatan yang digunakan pemasangan alat lekapan. 1. Gergaji besi - pemotong pelbagai jenis paip upvc, galvani dan pvc.

2. Pemotong pvc - fungsi memotong paip pvc.

3. Pemotong paip beroda - memotong paip bergalvani.

4. Aras spirit - memastikan permukaan rata dan tegak.

5. Pita ukur - digunakan untuk mengukur jarak dan kedudukan.

6. Pemutar skru - mengetat dan melonggarkan skru.

7. Mesin gerudi - membuat lubang mengikut saiz yang dikehendaki.

8. Sepana - digunakan untuk membuka dan mengunci benda yang bersegi seperti bolt dan nat. Jenis sepana terdiri a. Sepana boleh laras.

b. Sepana hujung terbuka.

9. Playar - digunakan untuk memotong, mencengkam, memintal, menarik dan menekan benda kerja.

Playar cengkam seribu