Anda di halaman 1dari 3

TEKS EMCEE MAJLIS RESTU ILMU 2012

PERISTIW A / CUE

BUTIRAN PERISTIWA Bismillahirahmanirahim. Assalamu'alaikum wbt. & salam sejahtera. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pasir Dusun; En. Mohd Shukri bin Ibrahim, Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SK Pasir Dusun, En. Mohd Sabri bin Jusoh, Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran; Pn. Hjh. Siti Meriam binti Hamid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum; Pn. Wan Razita binti Wan Daud, para ibu bapa/ ajk PIBG, rakan-rakan guru dan muridmurid calon UPSR 2012 yang dikasihi. Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin sekalian ke Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 SKPD 2012. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul bagi meraikan majlis ini. Hadirin sekalian. Majlis Restu Ilmu yang saban tahun diadakan ini merupakan antara persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan manusia kepada Khalik (Pencipta) untuk bertawakal kepada-Nya setelah segala usaha dilakukan oleh murid-murid, barisan guru SKPD serta ibu bapa khususnya dalam memastikan anak-anak kita semua mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR kelak. INSHAALLAH.

Bacaan Doa

Orang Jeli berdagang ke kota, Singgah di Tumpat membeli gamat, Tangan dirafak, restu dipinta; Doa diamin moga selamat. Bagi memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput _______________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Amin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________ di atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Hadirat hadirat sekalian, Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya. Bagi memulakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Tn. Guru 2 Besar, Encik Mohd Shukri bin Ibrahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Restu Ilmu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Selesai Bacaan Doa Ucapan Alualuan dan Perasmian