Anda di halaman 1dari 3

Dewasa ini banyak pelajar yang berkunjung ke kafe siber sama ada untuk mencari maklumat atau sebaliknya.

Bincngkan kesan-kesan kafe siber kepada para pelajar.

Pada zaman yang rancak dengan ekonomi dan pasti sarat dengan kemajuan ini, setiap pelajar pastilah mempunyai sebuah computer yang memudahkan mereka dalam mencari maklumat atau berkenalan dengan rakan-rakan lain.Walau bagaimanapun, tetap mempunyai banyak pelajar yang masih kerap berkunjung ke kafe siber.Sebagaimanapun kita semua sedia maklum,objektif mereka berkunjung ke kafe siber sama ada untuk melayari internet ,mencari maklumat atau sebaliknya.Memang tidak dapat dinafikan lagi,perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang dapat diibaratkan cendawan selapas hujantelah menambahkan taburan kafe siber di seantero dunia tidak kira di desa ataupun kota. Sebenarnya ,perkembangan tersebut telah mendatangkan maslahat dan juga impak negatifnya.Marilah kita bersama-sama mengkajinya. Pernahkah terlintas sesuatu dalam bernak ada?Kafe siber serba dipenuhi dengan komputer yang canggih belaka.Kecanggihan tersebut turut dapat memudahkan pelajar untuk mencari maklumat dan membantu mereka dalampelajaran dengan lebih berkesan.Apabila seseorang itu mengunjungi kafe siber untuk mencari maklumat,maklumat akan didapat dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja,kafe siber yang dilengkapi dengan komouter canggih memudahkan pelajar mendapatkan maklumat dengan pantas dan mudah.Maklumat tersebut kadangkala sangat berguna kepada pelajar dalam pelajarannya dan juga dari segi psikologi ,rohani ,dan mental.Oleh sebab itu ,pelajar-pelajar dapat belajar denganlebih berkesan apabila kehadiran teknologi yang maju. Memang tidak dapat dinafikan,pelajar-pelajar juga dapat mengunjungi kafe siber untuk melayari internet.Melalui internet,pelajar dapat berkenalan dengan kawan karib yang berasal dari negara yang sama.Internet yang dilengkapi di kafe siber juga dapat memudahkan pelajar menghubungi saudara-mara atau sahabat handai berada di negara asing.Pendek kata,kafe siber yang serba dilengkap dengan kemudahan komputer dapat memudahkan pelajar-pelajar dalam pelajaran dan pergaulan. Disingkap dari perspektif lain,kemunculan kafe siber juga mendatangkan ksan negatif kepada pelajar.Hal ini kerana pelajar-pelajar yang kerap mengunjungi kafe siber akan mudah bergaul dengankumpulan yang bersikap gangsterisme.Memang tidak dapat dipertikaikan lagi,kafe siber telah menjadi tempat bagi pelajar-pelajar melakukan gejala social.Sebagai tamsil, pelajar-pelajar yang terjebak dalam kumpulan gangster akan ponteng sekolah dan pergi ke sana.Mereka melarikan diri dari sekolah.Oleh itu,kafe siber sering kali dikunjungi oleh kumpulan-kumpulan gangster.Oleh itu,jika seseorng itu kerap berkunjung je kafe siber mereka mudah terpengaruh oleh perbuatan yang tidak berilmu,beriman dan berbudaya.Mereka sentiasa membuli pelajar di kafe siber sehingga mengugut pelajar untuk melakukan perbuatan yang dapat mencalarkan akhlak seseorang itu.Apabila seseorang itu mengingkar permintaannya,mereka akan berasa tercabar dan seterusnya,berlakunya pergaduhan atau pertelingkahanantara satu sama lain.Oleh sebab itu,pelajar yang berkunjung ke kafe siber akan mengamalikan sikapseperti rusa masuk ke kampongdan seterusnya,pelajar mudah dipengaruhi oleh

sikap mereka yang tidak bersahsiah.Tegasnya,berkunjung ke kafe siber juga dapat memudahkan seseorang pelajar bergaul dengan kumpulan gangster sehingga meruntuhkan akhlak dalam jiwa pelajar itu. Sebagaimana kita semua sedia maklum,pelajar yang sering berkunjung ke kafe siber akan mudah leka dalam permainan komputer.Hal ini kerana mereka beranggap tekanan mereka dapat dilepaskan melalui permaianan komputer.Lama-kelamaan,mereka akan biasa dengan aktiviti seharian itu,sekiranya pelajar itu tidak mengunjungi kafe siber untuk bermain permainan komputer,pelajar itu akan berasa tidak selesa dan bermakna untuk melangsungkan kehidupannya.Maka, seseorang itu akan menghabiskan waktu senggang dengan berada di kafe siber.Apabila seseorang itu dapat mengunjungi kafe siber seperti biasa,dia akan berasa gembira dan bersemangat.Padahal,aktiviti inni akan menjadikan pelajar terlalu asyik dengan permainan komputer sehinggakan pelajaran dan akademik pelajar itu diabaikan.Pada masa yang sama, keputusan seseorang akanmerosot secara mendadak.Hal ini kerana mereka yang leka dalam permainan komputer sanggup menghabiskan masanya di kafe siber.Mereka tidak tahu bahawa masa itu diibaratkan seperti emas,apatah lagi wang ringgit mereka telah dibazirkan sehari demi sehari,mereka sanggup membazirkan masa dan wang ringgit mereka cuma demi mereka dapat berkunjung ke kafe siber.Sudah terang lagi disulur,kekerapan berkunjung ke kafe siber dapat menyebabkan seseorang itu leka dalam permainan komputer sehingga tidak menggunakan masa dengan bijak. Konklusinya,penambahan kafe siber sama ada membawa manfaat atau sebaliknya?Sikapbuang yang keruh,ambil yang jernih perlu dipraktikan oleh pelajar-pelajar supaya kunjungan ke kafe siber dapat mendatangkan maslahat.Oleh sebab itu, setiap lapisan masyarakat perlulah mengindoktrinasikan pelajar supaya mereka pandai membezakan kaca dengan permata.Ombak yang kecil jangan diabaikan,keburukan yang didatangkan oleh taburan kafe siber juga sewajarnya dibendung sehingga ke akar umbi.Hal ini kerana negara kita memerlukan generasi yang berketerampilan,berbudi dan berakhlak sahsiah untuk membangunkan lagi negara kita.Pelajar-pelajar yang diibaratkan sebagai pemuda pewaris bangsa,pemudi tiang negara seharusnya menyempadani yang buruk dan menelandani yang baik.