Anda di halaman 1dari 2

Andai Rasulullah masih ada ( lirik dalam Bahasa Melayu) Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa, Namun

setiap orang daripada kami tetap tamakkan, Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia Kami mohon pada-Mu Mohon dengan sangat wahai Tuhanku, Dari sudut hati kami yang paling dalam....

Kalaulah Kekasih-Mu Masih berada bersama-sama kami, Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah. dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya, rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran baginda Jiwa turut menjadi harum, Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan di perkenankan Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah

Kutebus dirku dengan dirimu, wahai Kekasihku Nabi Muhammad yang mulia, yang asing Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum Wahai yang di utuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...

Wahai Kekasihku, wahai Muhammad Wahai doktor hatiku Wahai yang di puji di puja Dirimu memiliki kelebihan yang diakui Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.