Anda di halaman 1dari 6

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

BAB 3 PDN - DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI


- Merupakan bukti bertulis yang sah tentang sesuatu urusniaga yang berlaku antara pembeli dengan penjual.

pembeli

penjual

- peruncit membeli barang dari pemborong dan pemborong membeli barang dari pengeluar - dokumen penting bagi setiap peringkat urusniaga dan penting disimpan secara tersusun supaya perniagaan dapat dijalankan dengan lancar sebagai sumber maklumat sebagai sumber rekod bagi tujuan perakaunan - dokumen digunakan untuk tiga peringkat urusniaga i ) sebelum membeli ii ) semasa membeli iii ) selepas membeli

PERINGKAT SEBELUM URUSNIAGA Surat Tanya Surat Jawapan Sebut Harga Senarai Harga Katalog

PERINGKAT SEMASA URUSNIAGA - Nota pesanan - Nota makluman - Nota serahan - Nota kiriman - Invois pro forma - Invois - Nota debit - Nota kredit

PERINGKAT SELEPAS URUSNIAGA - Penyata Akaun - Resit

PERINGKAT SEBELUM MEMBELI 1. SURAT TANYA - Dihantar kepada beberapa pembekal untuk bertanyakan barang yang ingin dibeli - maklumat yang ditanya i ) jenis barang ii ) kuantiti barang iii ) harga barang dan syarat bayaran iv ) syarat dan tarikh serahan v ) kadar diskaun niaga dan diskaun tunai - boleh dihantar melalui mel elektronik ( e-mel ) 34
KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

2. SURAT JAWAPAN - penjual ( pembekal) akan membalas surat tanya - dilampirkan sebut harga, senarai harga, atau catalog 3. SEBUT HARGA - Menyatakan harga barang yang dikehendaki oleh pembeli - butiran maklumat i ) nama dan alamat penjual dan pembeli ii ) jenis dan jenama barang iii ) harga dan kuantiti barang iv ) kadar diskaun niaga dan diskaun tunai v ) syarat serahan dan syarat bayaran Diskaun Niaga dan Diskaun Tunai - dinyatakan dalam invois dan sebut harga - sebelum membuat pesanan, pembeli akan mempertimbangkan kadar diskaun yang diberi kerana peratusannya menentukan margin untung perniagaan Diskaun Niaga - ialah potongan daripada harga yang dinyatakan dalam sebut harga - potongan ditulis dalam bentuk peratus ( % ) - diberi kepada pelanggan untuk menggalakkan mereka membeli dengan banyak Cth: Harga sebuah buku dicatatkan dalam sebut harga ialah RM 10tertakluk kepada diskaun niaga 20 % Maka harga sebenar untuk 100 buah buku ialah : i ) Jumlah harga sebelum diskaun = RM 10 x 100 buah = RM 1 000 ii) Jumlah diskaun = 20 % x RM 1 000 = RM 200 iii) Harga sebenar yang perlu dibayar = ( Harga sebelum diskaun- diskaun niaga) = RM 1 000 - RM 200 = RM 800 ( Jumlah Bersih )

Diskaun Tunai ialah potongan daripada jumlah bersih ( amaun bersih ) yang perlu dibayar oleh pembeli diberi untuk menggalakkan peniaga membayar dengan cepat atau segera kadar diberi berubah mengikut tempoh masa pembayaran cth : 10 % 3 hari, 5% 14 hari dan 2% 30 hari Berdasarkan kes diatas hutang pembeli ialah RM 800 Pembeli menjelaskan hutangnya dalam tempoh 3 hari.Bermakna dia berhak mendapat diskaun tunai sebanyak 10 % Jumlah diskaun tunai ialah Jumlah hutang yang perlu dibayar ialah = 10 % x RM 800 = 80 = ( Jumlah bersih diskaun tunai ) = RM 800 80 35
KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

= RM 720.00 4. SENARAI HARGA - fungsi nya adalah sama seperti sebut harga - menyatakan semua jenis barang yang dijual oleh pembekal

5. KATALOG - Merupakan dokumen atau buku bercetak yang mengandungi gambar berwarna-warni tentang sesuatu barang jualan - harga barang tidak tercatat dalam katalog - nombor rujukan tercatat dalam catalog

PERINGKAT SEMASA MEMBELI 1. BORANG PESANAN - Dilakukan dengan cara i )- menulis surat atau borang pesanan - disediakan dalam dua salinan ii ) pembeli yang dipercayai boleh memesan menerusi telefon, faksimili atau e-mel 2. NOTA MAKLUMAN - dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa barang telah dihantar dan sedang dalam perjalanan. - dihantar lebih awal supaya pembeli bersedia menerima barang tersebut 3. NOTA SERAHAN - Disediakan oleh penjual dan dihantar bersama-sama barang kepada pembeli - menyatakan jenis dan kuantiti barang yang dihantar - harga barang tidak dinyatakan - disediakan dalam bentuk tiga salinan 2 salinan dibawa bersama-sama dan ditandatangani oleh penerima selepas mengesahkan penerimaan 1 salinan disimpan oleh penjual salinan asal disimpan oleh pembeli dan satu salinan lagi dikembalikan kepada penjual 36
KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

- dijadikan bukti penerimaan barang

4.

NOTA KIRIMAN - digunakan apabila barang dihantar menggunakan syarikat pengangkutan awam seperti KTMB atau sya. pengangkutan swasta - disediakan dalam bentuk tiga salinan

1 salinan disimpanoleh penjual 2 salinan dibawa bersama-sama dan ditandatangani oleh penerima selepas mengesahkan penerimaan

salinan asal disimpan oleh pembeli dan satu salinan lagi disimpan oleh sya. Pengangkutan

5.

INVOIS PROFORMA - digunakan untuk i ) sebagai cara sopan untuk meminta bayaran daripada pembeli sebelum barang dihantar kepadanya ii ) digunakan dibawah kaedah urusniaga uji dulu sebelum membeli. Selepas menguji dan berpuas hati, invois proforma akan bertukar menjadi invois biasa iii ) digunakan untukmenggantikan senarai harga buat sementara waktu iv ) digunakan dalam perniagaan antara bangsa untuk memberitahu pengimport anggaran harga barang yang dipesan 6. INVOIS - merupakan dokumen rasmi yang mengandungi maklumat lengkap tentang barang yang dijual secara kredit kepada pembeli dan jumlah hutang yang harus dibayar - dihantar sebaik sahaja barang diserahkan kepada pembeli - disediakan dalam bentuk dua salinan 1 salinan dihantar kepada pembeli 1 salinan disimpan oleh penjual mengandungi i ) nama dan alamat penjual ii ) butir barang dijual 37
KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

iii ) nombor invois, tarikh dan nombor pesanan iv) syarat serahan dan bayaran v) singkatan K & K di K ( Kesilapan dan ketinggalan dikecualikan ) - berfungsi sebagai resit jika penjual menulis perkataan Telah Dibayar, ditandatangani dan dicop fotostat invois ms 86 7. NOTA KREDIT - dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa satu catatan kredit telah dilakukan dalam akaunnya - catatan ini akan mengurangkan hutang pembeli - bertujuan untuk membetulkan kesilapan dalam invois kerana pembeli telah dikenakan bayaran yang lebih daripada sepatutnya - warna nota ini tidak sama dengan invois - dikeluarkan apabila i ) pembeli memulangkan barang yang rosak, salah jenama, salah saiz atau tidak memenuhi kualiti ii ) pembeli memulangkan botol, tin dll yang telah dikenakan bayaran iii ) pembeli diberi diskaun, elaun atau komisen iv) pembeli dikenakan bayaran yang lebih kerana kesilapan pengiraan 8. NOTA DEBIT - dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa satu catatan debit telah dilakukan dalam akaunnya - bertujuan untuk membetulkan kesilapan dalam invois kerana pembeli telah dikenakan bayaran yang kurang daripada sepatutnyaa - catata ini akan menambahkan hutang - dikeluarkan apabila i) pembeli dikenakan harga yang kurang daripada sepatutnya ii) pembeli dikenakan kos angkutan tetapi tidak tercatat dalam invois iii) barang dibekalkan kepada pembeli tetapi tidak tidak dicatat dalam invois iv) mengenakan caj atau faedah bagi hutang yang tidak dibayar PERINGKAT SELEPAS MEMBELI 1 . PENYATA AKAUN - Merupakan petikan buku lejar penjual yang dihantar kepada pembeli - Merupakan ringkasan urus niaga yang berlaku antara penjual dan penghutang dan baki adalah menunjukkan hutang Fungsi penyata akaun i. sebagai rekod hutang pembeli dan kepada penjual ii. sebagai cara sopan untuk meminta pembeli menjelaskan hutangnya iii. membolehkan pembeli membuat perbandingan butir dalam penyata akaun dengan catatan dalam buku akaunnya - iika ada kesilapan pembeli hendaklah memberitahu penjual dengan segera 38
KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

2. RESIT - merupakan bukti atau pengakuan bahawa sejumlah bayaran telah diterima. ( bukti pembayaran dan penerimaan ) - terdiri daripada dual salinan Salinan asal dihantar kepada pembeli

Salinan pendua disimpan sebagai rujukan Pengeluaran resit menandakan sesuatu urusniaga selesai Resit yang melebihi RM 20 perlu dilekatkan setem hasil 10 sen

39
KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Anda mungkin juga menyukai