Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN B

Setujukah anda dengan pandangan yang mengatakan perubatan warisan

sudah tidak releven lagi untuk masyarakat kini.

Perubatan tradisional merupakan sistem perubatan lama yang telah wujud

sebelum adanya perubatan moden. Perubatan tradisional adalah warisan turun

temurun. Ia telah bermula pada nenek moyang kita lagi dalam usaha mengubati

penyakit. Perubatan tradisional telah banyak memberi sumbangan kearah

mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat melayu. Pada hari ini, perubatan

tradisional masih lagi diterima oleh masyarakat walaupun perubatan moden

semakin maju. Ini kerana ada penyakit yang tidak dapat diubati dengan cara

perubatan moden. Malahan dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan

tradisional lebih berkesan daripada perubatan moden. Di Negara kita, setiap

bangsa mempunyai cara perubatan yang tersendiri. Misalnya bangsa melayu

dengan perbomohannya dan bangsa cina dengan akupunturnya. Sebenarnya

Negara kita kaya dengan system perubatan tradisional.

Terdapat beberapa faktor masyarakat hari ini masih lagi menggunakan

sistem perubatan tradisional. Antaranya ialah kepercayaan animisme yang masih

lagi wujud dalam pemikiran masyarakat melayu terutama masyarakat

pendalaman walaupun arus pemodenan kencang pertiup. Masyarakat masih lagi

percaya bahawa setiap penyakit ada kaitan dengan makhluk halus. Oleh itu

perubatan tradisional diperlukan untuk mengubati sedangkan perubatan moden


tidak mampu untuk mengubati. Ini kerana perubatan moden masih gagal untuk

mengubati penyakit seperti ini.

Faktor seterusnya ialah perubatan tradisional masih lagi diperlukan

kerana mampu untuk mengubati pelbagai penyakit yang berbahaya. Rawatan

tradisional benar-benar menyakinkan masyarakat kerana masih lagi mendapat

sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuaan ubat –ubatan

yang mampu menyembuh penyakit tanpa memberi kesan sampingan ke atas

pesakit. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lelah, lumpuh, patah tulang dan

penyakit yang berkaitan dengan urat saraf biasanya diubati melalui cara urutan

tradisional dan ianya lebih berkesan daripada perubatan moden. Perubatan

tradisional juga dikatakan mampu mengubati penyakit yang masih lagi tidak

ditemui penawarnya dan tidak dapat diubati melalui perubatan tradisional.

Misalnya jangkitan HIV atau AIDS, penagihan dadah, kencing manis dan juga

penyakit mental. Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang

dapat disembuhkan melalui cara perubatan trdisional tanpa menjalani

pembedahan. Selain itu, perubatan tradisional juga mampu mengubati penyakit

yang berkaitan dengan “perbuatan orang” dan rasukan makhluk halus seperti

santau, dirasuk hantu, terkena ilmu guna-guna dan sebagainya. Sedangkan

perubatan moden tidak mampu pengubati penyakit seperti ini. Oleh itu,

perubatan tradisional mampu mengubati penyakit yang tidak dapat dilakukan oeh

perubatan moden.

Perubatan tradisional masih lagi menjadi pilihan masyarakat melayu

kerana kos perubatan tradisional murah daripada perubatan moden. Perubatan


tradisional merupakan pilihan utama masyarakat yang berpendapatan rendah

dan masyarakat pendalaman kerana kos perubatan yang rendah. Kos perubatan

tradisional lebih murah adalah kerana konsep perubatan melayu itu sendiri.

Biasanya perkhidmatan perubatan tradisional yang ditawarkan berlandaskan niat

ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan. Oleh itu bayaran

biasanya mengikut keihlasan dan kemampuan pesakit. Biasanya bayaran yang

dikenakan ialah diantara RM10 hingga RM15. Bagi penyakit yang serius dan

perlu diubati dalam jangka masa yang lama dikenakan bayaran maksimum lebih

kurang seratus ringgat. Berbanding dengan kos perubatan moden, kadar

bayarannya begitu tinggi dan kadang-kadang membebankan pesakit. Ini kerana

cara perubatan yang digunakan untuk mengubati penyakit menelan belanja yang

tinggi. Anggaran kos perubatan moden boleh mencecah seratus ribu ringgit

berdasarkan penyakit. Oleh itu, kebanyakan masyarakat pendalaman memilih

perubatan tradisional untuk mengubati penyakit kerana kosnya yang rendah dan

tidak membebankan pesakit serta ahli keluarga.

Perubatan tradisional menggunakan ubat-ubatan tradisional yang masih

merupakan satu warisan iaitu penghayatan adalah menerusi kepada satu

generasi yang berikutnya. Ia diwarisi turun-temurun yang disampaikan melalui

mulut ke mulut. Bahan-bahan yang digunakan untuk mengubati penyakit dalam

sistem perubatan tradisional adalah terdiri daripada akar kayu, buah-buahan,

daun, kayu dan haiwan. Berbanding dengan perubatan moden, ubat-ubatannya

dihasilkan mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan pesakit dalam

jangka masa panjang walaupun memberi kesan keatas penyembuhan penyakit.


Sekiranya ubat-ubatan yang diambil tidak mengikut peraturannya, ianya boleh

mengancam nyawa pesakit. Sedangkan perubatan tradisional hanya

menggunakan tubuh-tumbuhan untuk menghasilkan penawar atau ubat untuk

menyembuh penyakit. Tumbuhan yang digunakan tidak memudaratkan ke atas

pesakit kerana ubat yang dihasilkan adalah datangnya dari alam semulajadi dan

tidak dicampur dengan bahan kimia. Ubat-ubatan tradisional begitu mudah

didapati pada hari ini kerana ubat-ubatan tradisional banyak dijual di kaki lima.

Perubatan tradisional sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita.

Sedangkan masyarakat lain turut menggunakan perubatan melayu untuk

mengubati penyakit. Begitu juga masyarakat melayu yang menggunakan system

perubatan bangsa lain untuk mengubati penyakit perubatan tradisional telah

begitu sebati dengan masyarakat melayu terutama masyarakat luar Bandar

kerana ianya merupakan sebahagian daripada kepercayaan mereka yang

diwarisi daripada nenek moyang sejak berzaaman-zaman lagi. Masyarakat

melayu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada bomoh atau dukun untuk

mengubati penyakit. Mereka berpegang kepada amalan dalam agama islam

bahawa tidak boleh disembuhkan.

Kesimpulannya, sistem perubatan warisan sudah tidak lagi relevan

dengan masyarakat kini adalah tidak benar kerana ianya masih lagi diamal oleh

masyarakat pada hari ini. Ini kerana perubatan tradisional merupakan jalan

kedua sekiranya penyakit yang diubati melalui sistem perubatan moden tidak

dapat diubati. Selain itu, penyakit yang berpunca daripada makhluk halus dan

perbuatan orang lain tidak mampu diubati melalui sistem perubatan moden.
Jelaslah disini bahawa sistem perubatan warisan masih lagi diterima oleh

masyarakat dalam usaha untuk mengubati penyakit walaupun dunia perubatan

semakin maju.

Anda mungkin juga menyukai