Anda di halaman 1dari 2

Nama Tahun

: _____________________________ : _____________________________

AZAN

1. DEFINISI AZAN : BAHASA ----- Memberitahu SYARAK ----- Azan merupakan perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardhu.

2. LAFAZ AZAN :

Rajah 1 : Lafaz Azan Umum dan Bagi Waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isya

Rajah 2 : Lafaz Azan Solat Subuh

3. PERKARA YANG DISUNATKAN UNTUK MELAUNGKAN AZAN

1. Azan dan iqamah kepada bayi yang baru lahir.

2. Ketika berlaku kebakaran kerana syaitan secara tidak langsung memarakkan lagi nyalaan api kerana kejadian syaitan adalah daripada api.

3. Ketika sesat di dalam hutan atau perjalanan kerana azan dapat memberi petunjuk dengan izin Allah.

4. Orang yang dirasuk syaitan. Syaitan menjadi gerun apabila mendengar kalimah-kalimah azan.

5. Bagi orang yang hendak memulakan perjalanan jauh seperti mengerjakan haji. Mudah mudahan kalimah azan memberi keberkatan kepada perjalanannya dan dia mendapat kekuatan dengan azan tersebut.

Dari :
Ustazah Salihah Ustazah Najwa Ustazah Sakinah