Anda di halaman 1dari 12

Pelajaran 1

Membina Peribadi yang luar biasa

i. Inferiority Complex
Bermaksud, seseorang yang menganggap dirinya sangat berkekurangan dan sentiasa memikirkan tiada perkara yang lebih berharga dapat dilakukan oleh dirinya. Akibatnya, dia sentiasa merendahkan diri (memperkecilkan kemampuannya) kerana menganggap dirinya lemah dan tiada kebolehan .

ii. Perfomance Outward


Kita selalu melihat kemampuan luaran yang kita dapat perlihatkan kepada orang lain. Kita sudah dibiasakan dengan keadaan ini dari kecil. Sedangkan, kita masih ada sifat dan kebolehan dalaman yang kita pelum pernah terokai. Akibatnya kita cuma berani melakukan sesuatu apabila kita merasakan kita siap menonjolkan kebolehan luaran pada masa itu.

iii. Anxiety
Bermaksud kebimbangan yang melampau. Ada orang yang tidak dapat melakukan sesuatu kerja kerana asyik takut salah. Akibatnya, dia memikirkan; lebih baik tak buat daripada salah.

iv. Fears
Bermaksud takut. Ada orang yang langsung tidak mahu mencuba kerana sudah banyak melihat kerumitan situasi yang hendak dibuatnya.

v. Fobias
Bermaksud pernah melalui tapi gagal dengan keadaan yang lebih tragik dan tidak mahu mencuba lagi kerana benar-benar takut. Akhirnya dia berpendapat, dirinya sentiasa membawa kegagalan. Lebih teruk lagi kalau dia memikirkan dirinya boleh saja pembawa malang atau mala petaka

Apa kaitan pendidikan psikologi ini kepada kita

Dalam Alkitab ada contoh yang kita boleh belajar


Keluaran 3:11 Tetapi Musa berkata kepada Allah; Siapakah aku ini?, maka aku menghadap Firaun dan membawa orang Israel keluar dari Mesir

*** ceritanya: Musa cuma seorang gembala kambing di Yitro. Ketika sampai di gunung Horeb, Tuhan memerintahkan Musa supaya menjadi pemimpin yang akan membebaskan Israel

Mazmur 23nyanyian Daud


Tuhan adalah gembalaku, takkan kekurangan aku. Dia membaringkan aku di padang yang berumput hijau, Ia membimbing ku ke air yang tenang, Ia menyegarkan jiwaku. Ia menuntunku ke jalan yang benar oleh kerna namaNya. Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman. Aku tidak takut bahaya sebab Engkau besertaku. Gada Mu dan tongkat Mu itulah yang menghiburkan ku

Lukas 12:24
Perhatikanlah burung-burung gagak yang tidak menabur dan tidak menuai dan tidak mempunyai gudang atau lumbung, namun demikian diberi makan oleh Allah. Betapa jauhnya kamu melebihi burung-burung itu!

Aplikasi
1. Kita tidak perlu takut kalau kita dipertanggungjawabkan sesuatu pelayanan walaupun kita merasa banyak kekurangan Seperti Musa tetap dipimpin Tuhan

2. Tuhan menjadi pelindung yang sejati: seperti nyanyian Daud, Tuhan adalah gembala yang baik
3. Tuhan berjanji; burung yang tak menanam pun dipeliharaNya, apalagi kita manusia yang percaya kepadaNya.

Sekian, Terima Kasih


TUHAN MEMBERKATI KITA

Anda mungkin juga menyukai