Anda di halaman 1dari 6

Pelajaran 1

Membina Peribadi yang luar biasa

i. Inferiority Complex
Bermaksud, seseorang yang menganggap dirinya sangat berkekurangan dan sentiasa memikirkan tiada perkara yang lebih berharga dapat dilakukan oleh dirinya. Akibatnya, dia sentiasa merendahkan diri (memperkecilkan kemampuannya) kerana menganggap dirinya lemah dan tiada kebolehan .

ii. Perfomance Outward


Kita selalu melihat kemampuan luaran yang kita dapat perlihatkan kepada orang lain. Kita sudah dibiasakan dengan keadaan ini dari kecil. Sedangkan, kita masih ada sifat dan kebolehan dalaman yang kita pelum pernah terokai. Akibatnya kita cuma berani melakukan sesuatu apabila kita merasakan kita siap menonjolkan kebolehan luaran pada masa itu.

iii. Anxiety
Bermaksud kebimbangan yang melampau. Ada orang yang tidak dapat melakukan sesuatu kerja kerana asyik takut salah. Akibatnya, dia memikirkan; lebih baik tak buat daripada salah.

iv. Fears
Bermaksud takut. Ada orang yang langsung tidak mahu mencuba kerana sudah banyak melihat kerumitan situasi yang hendak dibuatnya.

v. Fobias
Bermaksud pernah melalui tapi gagal dengan keadaan yang lebih tragik dan tidak mahu mencuba lagi kerana benar-benar takut. Akhirnya dia berpendapat, dirinya sentiasa membawa kegagalan. Lebih teruk lagi kalau dia memikirkan dirinya boleh saja pembawa malang atau mala petaka

Anda mungkin juga menyukai