Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan :

Hakikat kehidupan manusia di akhir zaman ini menyaksikan mereka bekerja dan berusaha
keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. Sesungguhnya
lumrah naluri yang dibekalkan hawa nafsu mendambakan kehidupan yang serba mewah
dengan berkereta besar, mendiami rumah yang dilengkapi dengan perabot dan kemudahan
yang serba canggih dan eksklusif, berpakaian dan memiliki aksesori diri berjenama terkenal,
tampak bergaya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak semua orang dapat menikmati
keindahan dan keseronokan dunia meskipun setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas
mencari rezeki. Ini kerana soal takdir, rezeki, nasib baik dan buruk seseorang itu terletak
dibawah kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang Maha Mengetahui segala hikmah dan rahsia
lagi Maha bijaksana dalam mengatur perjalanan kehidupan seluruh umat manusia. Hakikat ini
dapat difahami menerusi firman Allah SWT :
- 4pOO^4C =e4uO4O
El)4O _ }^4 E4;=O~
4LuO4 g44=1gE` O)
jE_O41E^- 4Ou^O- _
4Lu4O4 g=^u4 -O
*u4 eE_4OE1 EOgC+-4Og
gO^u4 V_u4 C@OuCc
e4uO4O4 El)4O OOE= Og)`
4pONE^_ ^@g
Maksudnya:
(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-
bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan Yang menjadi sebesar-besar) rahmat
Tuhanmu (Wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa Dalam perkara kebendaan
dan keduniaan sahaja? mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka
Segala keperluan hidup mereka Dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya
raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah
mereka tertinggi dari darjat setengahnya Yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari
mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya
Yang lain. dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah
lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata Yang mereka kumpulkan
1
.

Komuniti besar didalam masyarakat di Malaysia pada hari ini terpaksa berhutang atau membuat
pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dengan tujuan untuk
memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya. Terdapat juga
mereka yang berhutang bagi tujuan menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau
meluaskan lagi empayar perniagaan. Malah seakan-akan sudah menjadi trend dalam dunia hari
ini, ramai yang terpaksa mendapatkan pinjaman kewangan bagi tujuan melanjutkan pelajaran
atau mendapatkan pendidikan dengan dibiayai oleh pihak-pihak tertentu. Dalam situasi ini,
seseorang itu boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut mestilah berkadaran dengan
jumlah pendapatan di mana individu tersebut dapat melunaskan hutangnya dan menjalani
kehidupan dengan baki pendapatan yang ada.
Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, sehingga September
2008, nilai pinjaman menerusi kad kredit yang direkodkan di negara ini adalah berjumlah
RM23.8 billion. Manakala jumlah pinjaman peribadi adalah sebanyak RM4.5 billion. Statistik
tersebut menggambarkan bahawa berhutang sebenarnya telah sebati dan menjadi sebahagian
daripada gaya hidup masyarakat pada hari ini.
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama
sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. Fenomena yang menimbulkan
kerisauan dalam masyarakat hari ini ialah wujudnya sikap segelintir anggota masyarakat yang
membenarkan tabiat berhutang menguasai kehidupan mereka sehingga membawa
kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri malah ahli keluarga. Lebih-lebih lagi dalam dunia
hari ini di mana pelbagai pihak misalnya bank, koperasi juga khidmat pinjaman menerusi
saluran yang tidak diiktiraf oleh undang-undang seperti syarikat pemberi pinjaman wang tidak
berlesen atau ah long begitu mudah menyediakan pinjaman kepada orang ramai melalui skim
pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya.
Senario ini menyebabkan tabiat berhutang semakin menular dalam masyarakat yang bukan
sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di

1
Surah Az Zukhruf , ayat 32 .
peringkat pertengahan, berpendapatan tinggi dan profesional sama ada kakitangan kerajaan,
swasta atau bekerja sendiri.
Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia ini
menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan
mengutamakan sikap qana`ah
2
. Keinginan manusia terhadap kesenangan dunia
sememangnya tiada batasan dan sempadan namun keinginan tersebut wajar diseimbangkan
dengan keimanan serta penghayatan nilai-nilai murni yang digariskan oleh Islam.
Terdapat suatu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW enggan
menyembahyangkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui
sahabat yang meninggal dunia tersebut belum melangsaikan hutangnya. Tindakan Rasulullah
SAW ini menggambarkan dosa orang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi
dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba.
Di sebalik kesenangan dan kemewahan harta yang dipamerkan oleh orang yang banyak
berhutang, jiwa mereka sebenarnya diselubungi keresahan dan tekanan perasaan siang dan
malam. Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada tabiat
berhutang dan antara doa yang sering diamalkan oleh Baginda adalah seperti berikut:



Ertinya :
Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada perasaan sedih dan gelisah, aku mohon
perlindunganMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku mohon perlindunganMu dari sifat
pengecut dan kedekut, dan aku mohon perlindunganMu daripada cengkaman hutang dan
penindasan orang.
3




2
Qanaah ialah menerima dengan cukup.-Prof.Dr Hamka.
3
Al-Suyuti, Jami al-Ahadith, juz 6, hadith no. 4522, m.s 476; Al-Athir, Jami al-Usul min Ahadith al-Rasul, hadith no.
2296, Juz 4, m.s 2296.



Isi kandungan perbincangan :
Al-Qardhu atau Al-Qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau
komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.
Kadangkala orang Arab menyebutnya sebagai salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik
kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan sementara
4
menurut pandangan syara adalah
sesuatu yang dipinjamkan atau hutang diberikan. Menurut istilah para fuqaha, hutang ialah
memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut
memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan. Dengan lain perkataan, al-Qardhul
Hasan adalah merupakan suatu kontrak hutang yang diasaskan atas dasar bantu membantu,
sukarela (tabarru) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan.

Firman Allah S.W.T :
}E` -O Og~-.- O@O^NC -.-
O~ 4L=OEO +OEg_N1
N. +E; LE4OOg1 _
+.-4 +*):^4C 7O:4C4
gO^1)4 ]ONE_O> ^gj)
Yang bermaksud;

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman (al-Qardhu) kepada Allah, sebagai
pinjaman yang baik (Hasan) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-
ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan
(pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.
5



4
Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha, Fiqh al-Manhaji, Juz 3, m.s 89.
5
Surah al Baqarah , ayat 245 .
Al-Qardhu (pinjaman) dalam ayat di atas adalah merupakan al-Qard al-Hasan iaitu pinjaman
yang baik. Ini bermaksud jika seseorang meminjamkan sesuatu kepada orang lain, pinjaman
tersebut mesti dipulangkan kepada tuannya dalam jumlah atau bentuk yang sama dan tidak
boleh ada penambahan pada barangan tersebut. Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih
kekal pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada
peminjam sendiri
6
.
Terdapat 4 rukun asas bagi qard iaitu:
i) Dua pihak yang berakad (penghutang dan pemiutang)
Al-Sheikh Sayyid Sabiq menerangkan bahawa akad qard adalah dianggap sebagai akad
memberi milik manfaat (tamlik), maka ia tidak boleh dilakukan melainkan oleh orang yang
mempunyai kuasa tasarruf.
Kedua-dua pihak hendaklah berakal waras, baligh, tidak ditegah menggunakan harta (bukan
mahjur alaih), sukarela dan mempunyai hak tasarruf kamil terhadap harta. Al-Syarbini dalam
Mughni al-Muhtaj menyatakan sah qard yang dibuat oleh pihak yang memiliki manfaat harta
walaupun dengan cara wasiat (wali bagi pihak anak bawah umur) atau wakaf, meskipun dia
tidak memiliki zat harta itu. Ini kerana qard itu hanya melibatkan pemindahan hak
memanfaatkan, bukan pemindahan hak milik zat harta. Ibn Rifah menambah bahawa harus
seseorang mawquf alaih (penerima manfaat wakaf) melakukan qard terhadap harta wakaf
(mawquf) sekiranya ia adalah nazir (pemegang amanah) harta wakaf itu. Al-Nawawi pula
menukilkan pendapat Sahih dalam mazhab Syafii bahawa harus bagi penyewa (al-mustajir)
melakukan qard ke atas harta yang disewanya kerana dia adalah pemilik manfaat harta itu.
Kesimpulannya, Pemiutang iaitu orang yang memberikan pinjaman mestilah ahli tabarru`
7
yang
boleh menguruskan harta, berurusniaga (ahliyyah al-mu`amalah) dan memiliki harta tersebut.
8

Bukan seorang yang gila atau kanak-kanak atau mahjur alaih iaitu orang yang disekat daripada

6
Saiful Azhar Rosly (1997), Bon Islam. Dataniaga . Februari , 1997 . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Halaman 55 56 .
7
Akad qard terdapat padanya ciri-ciri tabarru (kebajikan), justeru pemiutang mestilah berkelayakan untuk berbuat
demikian iaitu boleh menguruskan harta dan memiliki harta tersebut. Sekiranya seorang wali (pemegang amanah)
memberi pinjaman harta yang diuruskannya bagi pihak orang lain bukan atas sebab hajah atau darurah maka akad
tersebut adalah batal. Rujuk Fiqh Manhaji, Juz 3 m.s 92.
8
Disyaratkan pemiutang dan penghutang merupakan seorang yang rushd iaitu baligh, dan arif tentang agama dan
soal harta, rujuk Fiqh Manhaji, Juz 3, m.s 92.
menguruskan harta disebabkan safih (bodoh dalam hal ehwal pengurusan harta) dan
hendaklah orang yang member hutang ini member dengan relahati bukan dengan paksaan iaitu
redho dengan tindakan akal fikirannya yang waras.
Sementara bagi penghutang atau peminjam pula hendaklah terdiri dari mereka yang bukan
seorang yang mahjur alaih kerana safih, orang gila atau kanak-kanak. Bagi kanak-kanak dan
anak-anak yatim, mereka harus meminjam sekiranya mempunyai wali yang boleh
menguruskannya. Imam Subki berpendapat bahawa mereka hanya boleh meminjam sekiranya
terdapat darurah dan jika sebaliknya, maka pinjaman itu terbatal dan akhirnya syarat bagi
peminjam juga hendaklah tiada unsur paksaan (redha) serta berkemampuan untuk membayar
balik pinjaman yang dibuat
9
.
ii) Lafaz ijab dan qabul
Al-Nawawi menukilkan pendapat yang paling sah (asah) dalam mazhab Syafii, qard tidak akan
terlaksana melainkan dengan lafaz, kerana lafaz dapat menzahirkan kerelaan hati. Ini
diqiyaskan kepada akad jual beli dan hibah. Akan tetapi memadai dengan lafaz oleh salah satu
pihak disertai dengan perbuatan pihak yang lagi satu. Tidak sah qard dilakukan dengan
perbuatan oleh kedua-dua pihak tanpa lafaz. Sekiranya barang yang hendak dipinjamkan
tersebut merupakan barang yang mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad
pinjaman tersebut tidak sah
10
.
Qard boleh terlaksana engan lafaz sareh yang difahami seperti meminjamkan (qard) atau
mendahulukan (salf) atau saya menghutangkan atau aku serahkan harta dengan engkau
memberikannya semula dan semua lafaz yang membawa kepada makna yang sama. Menurut
mazhab Maliki, pemilikan akan sabit dengan wujudnya akad, walaupun harta qard belum
diserah terima. Pendapat yang paling sah (asah) dalam mazhab Syafii, penghutang akan
memiliki manfaat qard hanya setelah berlaku penerimaan.
iii) Harta yang dipinjam/dihutang (al-mustaar)
Al-Nawawi menyebutkan bahawa syarat utama bagi harta yang dipinjamkan ialah harta yang
bermanfaat dan kekal zatnya (sama seperti apa yang disyaratkan dalam mauquf, harta wakaf).
Sifat kekal pada zat harta diperlukan bagi membolehkan proses pemulangan balik harta itu

9
Dinyatakan dalam kitab al-Mughni al-Muhtaj, sekiranya seseorang peminjam didapati tidak mampu melunaskan
hutangnya, pemiutang hendaklah menyembunyikan kekayaan dan kemampuan untuk memberi hutang. Tetapi
tidak harus menyembunyikan kekayaan atau kemampuan dalam bab memberi sedekah, al-Syirbini, juz 2, m.s 153.
10
Mustafa al-Khind dan Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji, jld 3, 201.
dilakukan. Namun begitu boleh juga memberi qard menggunakan harta yang tidak kekal, iaitu
harta yang diguna-habis seperti sabun, garam, gula beras dan sebagainya.
Jika zat harta qard itu telah binasa, diguna-habis atau rosak, maka harus bagi orang yang
meminjam memulangkan semula harta yang senilai dengannya. Jika zat harta itu masih elok
dan tidak berubah, maka ia haruslah memulangkan harta yang asal itu sendiri sama ada senilai
atau tidak senilai selagi ia tidak berubah (terkurang nilai) disebabkan oleh perbuatan peminjam.
Jika harta itu telah berubah disebabkan perbuatan peminjam, maka wajiblah dikembalikan yang
senilai dengannya, atau dipulangkan zat harta bersama tambahan nilai yang terkurang.
Para fuqaha sebenarnya telah berselisih pendapat tentang barang-barang yang sah diberi
pinjam atau hutang. Fuqaha mazhab Hanafi mengatakan sah berhutang barang-barang mithliy
(yang mempunyai unit yang serupa di pasar) iaitu yang boleh disukat, ditimbang dan dibilang
dan mempunyai saiz yang hampir serupa seperti wang, telur, buah kelapa dan sebagainya.
Manakala fuqaha mazhab Maliki, Syafi`i dan Hanbali mengatakan harus diberi hutang bagi
barang-barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas, perak dan makanan termasuk
barang-barang qimiy seperti batu permata. Walau bagaimanapun, pandangan yang asah/rajih
mengatakan barang-barang yang jarang atau sukar atau tidak boleh dipulangkan seperti batu
permata adalah tidak sah dijadikan hutang.
11

(iv) Sighah

Mestiah mempunyai lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian pinjaman dan
hutang
12
seperti Aku membenarkan engkau meminjam RM100 dan hendaklah digantikan
kembali wang ini. Kemudian hendaklah disusuli dengan lafaz penerimaan/persetujuan daripada
peminjam .
Objektif pelaksanaan al-qard al-hasan ialah :
1. Membantu golongan yang memerlukan.
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan
kekayaan dan sumber dalam masyarakat.

11
Dr Wahwah Al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz 5, muka surat : 3789-3790.
12
Sekiranya tidak dinyatakan syarat dikembalikan gantian dalam lafaz: Aku beri engkau wang ini atau ambilllah
wang ini, maka ia akan menjadi hibah. Al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, juz 2, m.s 154.
3. Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di
kalangan umat Islam.
4. Mengukukuhkan sektor sosio ekonomi negara.
5. Menyediakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk
menceburkan diri dalam sektor perniagaan dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran
yang ada di samping membantu menjana peluang pekerjaan kepada orang lain.
6. Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat.
7. Sebagai salah satu wasilah da`wah kepada golongan bukan Islam mengenai kesyumulan
dan keindahan Islam dengan memberikan bantuan pinjaman kewangan secara qard hasan.
8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

Al-qard al-hasan juga memainkan peranan yang penting sebagai instrumen penjana sosio
ekonomi ummah di Malaysia ini.
Pelaksanaan skim perkhidmatan pemberian hutang atau pinjaman wang secara qard hasan
telah diaplikasikan oleh beberapa institusi dan agensi di Malaysia dengan inisiatif untuk
meringankan beban golongan yang terdesak dan tersepit dalam kancah krisis kewangan. Skim
pembiayaan secara mikrokredit dilihat dapat membantu proses penjanaan pendapatan secara
tetap kepada golongan yang berpotensi untuk meningkatkan taraf hidup mereka di samping
menjadi pemangkin untuk memajukan sektor ekonomi tertentu khususnya industri kecil dan
sederhana. Antara agensi yang menawarkan skim pinjaman secara qard hasan ialah Amanah
Ikhtiar Malaysia dan beberapa koperasi Islam di negara ini. Memandangkan pelaksanaan
pinjaman ini tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman, pemantauan yang berterusan oleh
pihak berkenaan kepada peminjam amat penting bagi memastikan bayaran pinjaman
dilunaskan pada kadar dan tempoh yang telah dipersetujui bersama.
Prinsip qard hasan juga digunakan secara meluas dalam skim pajak gadai Islam atau al-rahnu
di Malaysia yang ditawarkan oleh koperasi dan bank. Skim Al-rahnu merupakan transaksi
pemberian kemudahan pinjaman wang di mana seorang penggadai (al-rahin) akan meletakkan
barang gadaian (al-marhun) yang bernilai seperti emas kepada pemegang gadaian sebagai
cagaran terhadap pinjaman yang dibuat. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai
emas semasa dan bergantung kepada peratusan had pinjaman yang dibenarkan oleh sesebuah
institusi al-rahnu. Biasanya jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah sekitar 50-75% daripada
harga barang gadaian mengikut nilai emas semasa. Pinjaman yang ditawarkan adalah
berlandaskan kepada qard hasan iaitu tidak dikenakan sebarang kadar faedah.
Bagi menampung kos pengurusan, pemegang barang gadaian dibenarkan untuk mengenakan
caj upah simpan pada kadar yang rendah terhadap penggadai. Apabila cukup tempoh matang,
penggadai hendaklah mengambil barang gadaian tersebut dan membayar jumlah pinjaman
beserta dengan kos upah simpan. Sekiranya tamat tempoh matang atau tempoh lanjutan
penebusan barang, pemegang barang gadaian berhak untuk menjual barang gadaian melalui
proses lelongan terbuka dan adil. Pemegang pajak gadai dibenarkan untuk mengambil jumlah
wang yang dipinjam beserta dengan kos upah simpan daripada hasil lelongan barang gadaian.
Sekiranya terdapat lebihan, maka ia hendaklah dipulangkan kepada penggadai.
Selain itu, terdapat juga beberapa institusi kewangan dan koperasi di Malaysia yang
menawarkan skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah
meskipun tidak semua pinjaman tersebut adalah berlandaskan kepada prinsip qard hasan.
Selaras dengan prinsip perundangan Islam yang bersifat murunah, seseorang itu dibenarkan
berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan menunaikan rukun Islam yang kelima
sekiranya dia yakin mampu membayar balik pinjaman tersebut. Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-69 pada 13-
15 Jun 2005 telah memutuskan seperti berikut Adalah harus seseorang berhutang untuk
menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik pinjaman hutang
tersebut dan tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan skim pinjaman tersebut hendaklah
diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, ta?awun, adil dan
telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba.
Prinsip-prinsip umum ketika berhutang
Meskipun Islam mengharuskan seseorang muslim untuk berhutang ketika dilanda kesempitan,
kelonggaran ini tidak seharusnya disalahertikan. Terdapat pandangan di kalangan mazhab
Hanbali yang mengatakan sedekah adalah lebih baik daripada hutang dan tidak berdosa
seseorang yang meminta tetapi tidak berhutang
13


13
Dr Wahwah Al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz 5, m.s 3787.
Justeru, hukum syara telah menggariskan beberapa prinsip yang harus diberikan perhatian
ketika berhutang seperti berikut:
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang
berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing
untuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan pembayaran yang dibuat
bagi mengelakkan berlakunya penipuan. Firman Allah SWT :

E_GC^4C -g~-.-
W-EONL4`-47 -O) 7+L4C-E>
^E) -O) E_ O=OG`
+O+l+- _ U+-'4O^4
74LuO+ lUg>
;E^) _ 4 =4C
RUg>~E p =U+'4C E
+OE^U4N +.- _ U+--:4OU
)U;N1^4 Og~-.- gO^OU4N
O-E^- -+-4O^4 -.-
+O+4O 4 ECl4C +OuLg`
6*^OE- _ p) 4p~E Og~-.-
gO^OU4N O-E^- _1gEc
u Og= u
7OgC4-OEC p EgNC 4O-
)U;N1U +OGOg4
;E^) _
W-);=4c-4
^EOjgE+ }g` :g~E}jO W
p) - 4^O74C u-UN_4O
N_4O p>=O-4 }Og`
4pO=O> =}g`
g7.-EOgO- p E_>
E_.Eu) 4O]EO+
E_.Eu) O4Ou=1- _ 4
=4C +7.-EOgO- -O)
4` W-ONN1 _ 4 W-EO4*O>
p +O+l+'> -OO= u
-OO)l -O) g)-E_ _
7gO 7O=O^~ ELgN *.-
N4O^~4 jEEOgOUg
-OE+u14 W-EO+>O>
W ) p ]O7> E4OEg>
LE4Og~4 E_4^NOCg>
:E4uO4 "^1U 7^OU4
NE4LN_ E-O+l+'>
W-)_;-4 -O)
+u4C4:> _ 4 O._NC
_Ug>~E 4 /O)_E- _ p)4
W-OUE^> +O^^) -OOO
:) W-OE>-4 -.- W
N:ggUENC4 +.-
+.-4 ]:) 7/E* _1)U4
^ggg





Maksudnya :

Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah
seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh
itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan
(isi surat hutang itu Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah
Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian
jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak
merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan adil
benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan
kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang
lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi,
supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu maka
dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila
mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang
Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian
itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi,
dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu
mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah
salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli.
dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu
melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka Sesungguhnya Yang demikian adalah
perbuatan fasik (derhaka) Yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa
kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan
Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
14
.


ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang
diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah
dipersetujui atau disyaratkan di awal kontrak. Sebarang faedah atau lebihan dalam
bentuk wang, barang, manfaat dan sebagainya adalah riba dan hukumnya adalah
haram. Isu yang sering dibahaskan oleh ulama ialah mengenai kos perkhidmatan
yang dikenakan ke atas pinjaman qard hasan. Sebarang kos perkhidmatan yang
dikenakan ke atas orang yang berhutang hendaklah berdasarkan kepada kos
sebenar pengurusan dan perkhidmatan yang disediakan dan tidak boleh dikaitkan
dengan jumlah pinjaman sebagaimana yang ditetapkan dalam AAOIFI Shariah
Standards
15
. Manakala Resolusi Majma` al-Fiqh al-Islamiy kali ketiga telah

14
Surah Al Baqarah , ayat 282 .
15
AAOIFI Accounting and Shariah Standards, m.s 337.
menetapkan bahawa kos perkhidmatan boleh dikenakan dengan syarat kos tersebut
merupakan kos sebenar dan cara kiraan hendaklah dibuat secara tepat dan
sebaiknya. Turut dinyatakan bahawa kos-kos pengurusan sesebuah institusi seperti
gaji pekerja, dan sewaan bangunan tidak boleh dimasukkan dalam kos
sebenar.Memandangkan prinsip utama yang mendasari kontrak qard hasan ialah
ta`awun atau semangat tolong menolong, maka sewajarnya tiada sebarang caj
perkhimatan dikenakan kepada pihak yang meminjam bagi meringankan beban yang
dihadapi oleh golongan ini.

iii) Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan iaitu
sebelum sesuatu harta pusaka dibahagikan secara faraid, segala hutang piutang si
mati hendaklah dibereskan terlebih dahulu.

iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh
sebagaimana yang dijanjikan. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa perbuatan
melengah-lengahkan hutang merupakan suatu kezaliman. Sabda Baginda SAW:
Orang yang melengah-lengahkan penjelasan hutang sedang dia berkemampuan
berbuat demikian adalah seorang yang zalim.




Penutup :
Kesimpulan dari perbincangan ini , saya dapati bahawa Islam merupakan agama yang telah
menyediakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan menganjurkan umatnya bijak
menguruskan kehidupan temasuk dalam aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam
mengharuskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan
tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan
terdesak atau sangat memerlukan. Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya
mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga
menjejaskan kerukunan institusi kekeluargaan serta merenggangkan hubungan persaudaraan
dan persahabatan. Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan
bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya usaha masing-masing. Malah
mereka diseru agar berhati-hati ketika membuat pinjaman kewangan agar tidak terjebak dalam
kancah hutang yang bukan sahaja bertentangan dengan aspek perundangan negara malah
melampaui batas-batas murni yang digariskan oleh Islam.
Islam telah mensyariatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membebankan
pengguna menerusi prinsip al-qard al-hasan. Prinsip al qard al hasan ini sebenarnya amat
bertentangan dengan konsep pinjaman konvensional hari ini yang berteraskan riba semata-
mata sedangka nabi kita amat melarang keras dalam bab berkenaan makan riba ini
sebagaimana hadisnya menyebut :
: :
Terjemahan:
Rasulullah SAW mengutuk penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi dan
Baginda bersabda: Mereka semuanya adalah sama dalam melakukan dosa.
16

Pelan pinjaman al-qard al-hasan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya
sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada
elemen riba. Pelaksanaannya walau bagaimanapun memerlukan kajian yang lebih teliti dengan
mengambil kira pengalaman dan pandangan pihak-pihak yang menjalankan skim pinjaman
tersebut pada masa sekarang. Hasrat murni ini sewajarnya didokong oleh semua agensi yang
terlibat secara langsung dalam usaha memartabatkan taraf sosio ekonomi umat Islam di negara
ini.

RUJUKAN


Bil.

Sumber


1.

Dr.Mustafa al-Khin , Mustafa al-Bugha dan Ali Asy Syarbaji, Fiqh al-Manhaji Mazhab Al
Syafiei, Penterjemah : Dr.Zulkifli b. Mohamad al Bakri dan rakan-rakan.Terbitan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cetakan Pertama 2001. ISBN 978-983-042-486-6


2.

Abu Muhammad Abdullah Ibnu Ahmad (1972) , Al Mughni . Beirut .Darul Kitab Al Arabi .

16
Muhammad bin Ismail al-Amir al-Yamini al-Sinai, Subul al-Salam, Juz.3, m.s 48.


3.

Al Dusuqi , Syams al-Din Muhammad arfah. (t.t) Hasyiyat al-Dusuqi ala al-Syarh al-
Kabir. Beirut : Dar Ihya` al-Kutub al-arabiyyah.


4.

Muhammad bin Ismail al-Amir al-Yamini al-Sinai, Subul al-Salam, Dar Al Arqam .
ISBN no 978-9953-72-153-8


5.

AAOIFI Accounting and Shariah Standards, m.s 337.
http://www.aaoifi.com/aaoifi/


6.

Dr Wahwah Al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Gema Insani
Darul Fikir . 2006


7

Al-Suyuti, Jami al-Ahadith, Dar al-Fikr, Beirut, Lebanon. 2002


8

Haji Abdul Malik Karim Amrullah@Professor Dr. Hamka.Tafsir Al Azhar.
Pustaka Panjimas . Jakarta .Cetakan kelapan 2009 .


9

Al-Syabir , Muhammad Uthman (1996) . al Muamalat al-Maliyyah al-Muassarah fil al-fiqh
al-Islami. Jordan : Dar al-Nafais.


10.

Saiful Azhar Rosly (1997), Bon Islam. Dataniaga . Februari , 1997 . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka .

Anda mungkin juga menyukai