Anda di halaman 1dari 2

KELANTAN

Kelantan Darul Naim

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna itu tanda kesucian Raja negeri ini

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke-14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai