Anda di halaman 1dari 9

1.0 PENDAHULUAN Faktor sosiologi amat mempengaruhi tingkah laku muzikal seseorang insan dalam masyarakat.

Namun begitu, masayrakat haruslah sedar akan sumbangan para pemuzik dalam menghasilkan karya-karya yang adakalanya dapat membantu member ketenangan fikiran dan jiwa. Tan Sri P.Ramlee merupakan idola masyarakat dan saya sendiri. Hasil karya beliau sangat popular merentasi zaman dan bangsa tanpa mengira usia dan pangkat. Seniman seperti beliau merupakan ikon kepada masyarakat dan Setiap hasil karyanya mempunyai mesej tersendiri samada negara amnya.

dalam bentuk sindiran atau nasihat yang disampaikan secara unik serta mampu memberi kesan ke dalam jiwa masyarakat. Sebagai seorang seniman serba boleh , P.Ramlee telah menerima banyak anugerah untuk dirinya dan filem-filem arahannya.Filem Sumpah Orang Minyak arahannya telah memenangi Fotografi Hitam Putih Terbaik dan filem Pendekar Bujang Lapok terpilih sebagai filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia ke-6 pada tahun1959 di Kuala Lumpur.Begitu juga dengan filem nujum Pak Belalang dan Madu Tiga telah memenangi anugerah Komedi Terbaik pada tahun 1958. Walaubagaimanapun, dipengaruhi oleh seniman seperti Allahyarhan P.Ramlee banyak

faktor biologi, sosial dan budaya masyarakat setempat.

Disamping itu, faktor teknologi dalam bidang muzik memberi impak penting dalam kerjaya seorang pemuzik.

2.0 Lakaran Peta Minda Sosiologi Tan Sri P.Ramlee BUDAYA Lahir di Pulau Pinang. Masyarakat Melayu. Muzik tradisional Melayu, Jepun, Barat
Terdedah dengan

BIOLOGI Memiliki suara yang lunak. Memiliki bakat semulajadi. Lahir dalam keluarga seni. Sikap yang baik seperti rajin, peka, berdisiplin dan bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu kerja. Boleh bermain banyak alat

aktiviti bangsawan / sandiwara.

SOSIAL Pendidikan dalam aliran yang berbeza (Melayu, Inggeris dan Jepun). Diasuh oleh pemuzik berkaliber. Aktif dalam kegiatan nyanyian. Banyak mencipta lagu untuk filem. Lebih banyak memenangi anugerah dalam bidang perfileman berbandingbidang muzik. Lebih menumpukan kepada penciptaan lagu berbanding senikata.

TEKNOLOGI MUZIK Tiada banyak stesen radio untuk menyiarkan karya pemuzik. Teknologi penulisan skor berkomputer belum wujud. Lagu tidak boleh dimuat turun dari internet. Rakaman/ produksi muzik dalam bentuk analog. Penggunaan teknologi muzik seperti cakera gramafon, rekod piring hitam, pita gelendong terbuka, rakaman tape magnetic dll.

3.0 BIODATA P.RAMLEE Nama : Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh Dikenali sebagai : P Ramlee (since 1947) Warganegara : Malaysia Tempat Lahir : Di rumaha nenek di 40A Counter Hall *, Penang, Malaya (* Dinamakan semula sebagi Jalan P Ramlee on 30 Aug 1983) Tarikh Lahir : 22 Mac 1929 (Rabu) Bapa : Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) Ibu : Che Mah Hussein (1904 - 1967) Adik-beradik : Sheikh Ali Mohamad (Abang tiri.) Isteri: Junaidah Daeng Harris (Berkahwin 1950. Bercerai 1954.) Noorizan Mohd Noor (Berkawin pada 6 Feb 1955. Bercerai 1961.) Salmah Ismail a.k.a. Saloma (Berkahwin pada 21 Nov 1961.) Anak : Mohamad Nasir Arfan Sazali Armali bin Aman Ramlie a.k.a. A R Tompel (Anak tiri.) Safarina bte Mum @ Dian P Ramlee (Anak angkat.) Zakiah bte Ahmad @ Zazaloma (Anak angkat) Sabarudin bin Ramlee @ Badin (Anak angkat.) Pendidikan : Kampung Jawa Malay School Francis Light English School (1939 - 1941) Japanese Navy School 'Kaigun Gakko' (World War II) Penang Free School (1945 - 1947) Profession: Pelakon, penyanyi, pelawak, penulis lirik, penulis skrip dan pengarah filem.
3

4.0 Perbandingan Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Muzikal 4.1 Faktor Biologi Faktor sosiologi amat mempengaruhi tingkah laku muzikal seseorang insan dalam sesuatu masyarakat.Dalam tugasan kali ini saya akan membuat perbandingan faktor sosiologi saya dengan seorang ahli muzik tempatan iaitu Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau dikenali umum sebagai P.Ramlee. Dari segi biologi, beliau telah dilahirkan pada 22 mac 1929 dirumah neneknya yang beralamat 4A Caunter Hall Road,Pulau Pinang. Selepas 44 hari kelahiranya beliau telah dibawa pulang semula kekediaman utamanya di Kampung Jawa Pulau Pinang. Ayahanda beliau berasal dari Lhokseumawe, Acheh dan pernah menjadi kelasi kapal sebelum bertemu jodoh dengan ibunya Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light.Setelah tamat sekolah rendah beliau menyambung pendidikannya di Penang Free School sehingga meletus Perang dunia Kedua. P.Ramlee juga mempunyai suara yang lunak dan terbukti apabila beliau pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian anjuran stesen radio Pulau Pinang Malaya sekitar tahun 1945 hingga 1947.Beliau memiliki bakat semujadi yang unik kerana berkemampuan bermain pelbagai alat muzik antaranya Gitar, Biola, Ukelele dan sebagainya.Beliau juga dibesarkan didalam keluarga berdarah seni dimana ayahanda beliau merupakan pemimpin kumpulan sandiwara di Pulau Pinang pada ketika itu. Selain itu, P.ramlee juga sangat fokus dan berdisiplin terhadap kerjayanya.Ini kerana beliau pernah menerima latihan ketenteraan di Sekolah Tentera Laut Jepun semasa zaman pemerintahan Jepun di Malaya. Saya juga dilahir di dalam keluarga yang berjiwa seni. Nama penuh saya ialah Mohamad Kamal bin Abdul Karim. Saya dilahirkan pada 07 ogos 1982 dirumah nenek saya yang beralamat 83 Jalan Weng, Baling Kedah. Selepas sebulan dilahirkan,saya dipindahkan kekediaman ayah saya yang terletak di Kampung Bawah Gunung yang jaraknya dari kediaman nenek saya kira-kira 3 kilometer. Ayah saya berasal dari Pattani Thailand. Pattani merupakan daerah
4

selatan Thailand yang majoritinya di huni oleh masyarakat Islam sehingga sekarang. Ayah saya sangat mahir bermain gendang silat. Beliau juga mahir membuat baluh rebana menggunakan kayu nangka dan permukaan kulit gendang diperbuat dari kulit kerbau. Ibu saya bernama Siti Zainib binti Abdullah. Beliau aktif pada zaman mudanya sebagai penyanyi jemputan keraian. Saya menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera dan kemudian ke Sekolah Menengah Tunku Putera. Saya mendapat pendidikan formal mengenai bidang muzik di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Saya mempunyai suara tenor dan terbukti semasa disekolah rendah,saya dipilih menyertai pasukan koir,nasyid dan boria.Di peringkat menengah pula, saya telah menyertai kumpulan kompang sekolah dan memimpin Pasukan Gendang Silat Minangkabau sekolah. Manakala di Maktab Perguruan saya telah menyertai pasukan koir maktab dan diundang ke upacara sambutan rasmi seperti sambutan Hari Guru,Hari Polis,Hari Pengguna dan sebagainya. Saya juga berkemahiran bermain alat muzik moden seperti Kibod, Drum dan Gitar. Saya juga berkebolehan bermain alat muzik tradisional seperti Rebana, Gong dan Serunai. Alat muzik ini dimainkan semasa pertunjukkan Silat. 4.2 Faktor Budaya Dari segi faktor kebudayaan P.ramlee, beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan dikelilingi masyarakat Melayu, cina dan India. Beliau dilahirkan ketika negara belum mencapai kemerdekaan dan terdedah dengan pendidikan Melayu,Inggeris dan Jepun. Pendidikan beliau terkandas kerana minatnya terhadap muzik sangat mendalam. Sejak kecil lagi beliau terdedah dengan aktiviti sandiwara dan bangsawan dimana bapa beliau merupakan pemimpin kumpulan sandiwara yang terkenal di Pulau Pinang. Masyarakat Melayu pada ketika itu masih belum menerima dengan corak muzik barat kecuali muzik yang berunsurkan bangsa seperti Boria, Zapin, Joget dan sebagainya. Keadaan inilah yang mempengaruhi tingkah laku P.Ramlee dan hasil karya muzik beliau. Faktor kebudayaan saya juga terdapat persamaan dengan P.Ramlee. Saya

dibesarkan di Baling, Kedah dan bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Saya juga dikelilingi masyarakat Melayu, Cina dan India semasa saya dibesarkan. Sejak kecil lagi saya di terapkan unsur seni muzik gendang silat yang di mainkan oleh
5

kumpulan ayah saya di rumah saya dibesarkan.Pada waktu tersebut, muzik dari barat belum diminati penduduk dikampung kerana muzik tradisional seperti gendang silat dan joget sangat sinonim dengan masyarakat di Kedah. Gendang silat ini dimainkan ketika perkahwinan, pertunjukkan dan sebagainya. Keadaan inilah yang menyebabkan saya sangat meminati muzik berirama Asli sehingga sekarang.

4.3 Faktor Sosial Dari segi faktor sosial P.Ramlee, beliau merupakan tokoh muzik yang menerima pendidikan dari aliran yang berbeza. Contohnya aliran Melayu,Inggeris dan Jepun. Beliau fasih berbahasa inggeris kerana beliau telah bersekolah di Francis Light English School. Ketika menerima pendidikan di Sekolah Tentera Laut Jepun, beliau berpeluang mendalami bahasa jepun dan corak kehidupan Jepun yang berdisiplin. Pendidikkan aliran yang berbeza banyak membantu beliau menjadi seorang yang komited terhadap kerja dan sentiasa mengamal disiplin yang tinggi terhadap bidang yang diceburi. P.Ramlee juga aktif dalam bidang nyanyian dan mahir bermain pelbagai alatan muzik. Pengalamannya mencipta lagu diasah melalui penyertaan beliau dengan kumpulan muzik tempatan. Beliau hanya mencipta lagu berbanding menulis lirik. Lagu lagu yang beliau hasilkan sangat unik dan mempunyai maksud yang mendalam apabila didengar. Beliau banyak memenangi anugerah filem berbanding menulis lirik dan lagu. Mengenai diri saya, saya telah menerima pendidikan khusus muzik sehingga peringkat diploma. Faktor inilah yang mendedahkan saya terhadap komposisi muzik yang kompleks. Saya berpengalaman menyertai kumpulan koir dan mempunyai suara tenor. Pada usia 7 tahun saya dapat bermain Gong untuk mengiringi gendang silat kumpulan ayah saya. Sekitar usia 11 tahun pula, saya telah menyertai pelbagai pertandingan pentas seperti Boria, Dikir Barat dan sebagainya.Pengalaman ini telah mematangkan saya melengkapkan pengetahuan saya dalam bidang muzik.

4.4 Faktor Tekonologi

Faktor teknologi yang mempengaruhi pada zaman P.Ramlee adalah dengan adanya Syarikat Shaw Brothers yang telah menyediakan kelengkapan perfileman sekitar tahun 1940-1960an.Walaupun kemudahan yang disediakan untuk perfileman,namun rakaman muzik perlu mempunyai alatan kursus. Bagi menghasilkan sesebuah rakaman muzik, ramai pemain muzik perlu memainkan muzik secara langsung didalam studio. Sekitar tahun 1940an, teknologi magnethophone yang membolehkan rakaman suara telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jerman. Pada tahun 1950an,beberapa syarikat Amerika telah memperkembangkan teknologi pita rakaman ke pasaran dunia. Kekurangan stesen radio membataskan hasil karya P.Ramlee di hayati oleh masyarakat waktu tersebut. Walau bagaimana pun, P.Ramlee tetap dapat menghasilkan karya yang agung dan bermutu dalam industri seni tanah air walaupun hanya menggunakan teknologi jauh lebih mundur dari sekarang. Nasib P.Ramlee dalam menghasilkan karyanya amat berbeza dengan teknologi yang saya perolehi sekarang. Saya mengenali kibod sebaik saja melanjutkan pendidikan dalam bidang muzik di maktab. Penggunaan kibob jauh lebih mudah dikendalikan dan dapat dimainkan tanpa menjemput ahli muzik yang ramai bagi memainkan lagu yang dikehendaki. Ini kerana kibod dapat menyediakan rentak iringan,di samping itu juga bunyi alat muzik boleh diubah mengikut citarasa pemainnya. Perisian dan perkakasan berkaitan muzik berkembang seiring teknologi computer yang memudahkan kerja-kerja rakaman. Penggunaan CD yang pelbagai format seperti mp3, mp4, wave dan sebagainya untuk penyimpanan lagu mudah dibawa kemana saja dan dapat dimuat turun dalam masa yang singkat malah menjimatkan tenaga saya dan kos berkaitannya. Kemudahan internet adalah besar erti kepada penghasilan karya muzik pada zaman sekarang. Ini kerana, lagu yang di sebar melaluinya dapat dikongsi pendengar di seluruh dunia tanpa batasan. Hakikatnya, teknologi yang saya miliki sekarang ini sangat berbeza dengan apa yang di miliki teknologi pada zaman penghasilan karya P.Ramlee dahulu. 5.0 REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan pembentangan ini, saya dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan saya. Pelbagai masalah timbul semasa menyempurnakan tugasan yang di berikan. Masalah yang saya alami ialah berkenaan dengan menggunakan perisian power point. Saya mengambil masa yang lama untuk mencipta sesuatu paparan. Dengan bantuan buku panduan yang dibeli, saya dapat mengikut langkah-langkah penggunaannya satu persatu. Walau bagaimana pun saya akan memahirkan diri saya dengan penggunaan perisian power point pada masa akan datang. Masalah yang kedua ialah, saya kurang bijak dalam pengurusan masa. Ini kerana saya dibebani dengan tugas di tempat kerja dan sebagainya. Untuk menyelesaikan masalah ini saya telah membuat jadual pengurusan masa yang di syorkan oleh rakan saya. Melalui kaedah ini saya dapat membahagikan masa dengan baik tanpa mengganggu urusan-urusan lain. Masalah yang ketiga yang saya alami ialah berkenaan dengan kesihatan saya. Pada bulan lepas saya telah membuat pemeriksaan di klinik. Setelah menerima keputusan ujian darah, saya di syaki sebagai suspek denggi. Oleh sebab itu saya dikehendaki berehat secukupnya di rumah tanpa menjalankan aktiviti-aktiviti luar. Masalah ini sedikit sebanyak mengganggu saya mencari maklumat dan bahan untuk sesi pembentangan tugasan yang diberikan. Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha menyiapkan bahan pembentangan saya dengan sedaya upaya. Secara kesimpulannya saya akan meningkatkan penambahbaikan pelaksanaan pembentangan yang akan datang dengan menyiapkan bahan-bahan yang kreatif dan berkualiti pada masa yang ditetapkan.

6.0 RUJUKAN
8

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee 2. http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/bio.htm 3. http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Teuku_Zakaria_Bin_Teuku_Nyak_Puteh 4. http://laxamana.multiply.com/journal/item/7 5. http://laxamana.multiply.com/journal/item/4 6. http://laxamana.multiply.com/journal/item/5 7. http://laxamana.multiply.com/journal/item/3 8. http://laxamana.multiply.com/journal/item/6

Anda mungkin juga menyukai