Anda di halaman 1dari 152

TEMA 1 :

GANGSTERISME
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 BULI (PENGENALAN) BULI (JENIS-JENIS BULI) BULI (DATA) BULI (PUNCA-PUNCA BULI) BULI (KESAN-KESAN BULI) BULI (LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA BULI) 1.7 1.8 BERGADUH MENGAMBIL HAK ORANG LAIN ATAU MENCURI 1.9 1.10 1.11 1.12 1.13 PERAS UGUT (PENGENALAN) PERAS UGUT (DEFINISI) PERAS UGUT (PUNCA) PERAS UGUT (KESAN) PERAS UGUT (LANGKAH PENCEGAHAN)

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Buli (Pengenalan)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid akan dapat: 1. Memahami secara umum tentang maksud gejala buli. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Lampiran 1(Gambar-gambar berkaitan buli)

LANGKAH :

1. Guru menunjukkan beberapa gambar yang berkaitan dengan perbuatan membuli. (Sila rujuk lampiran sebagai rujukan atau bahan lain yang sesuai) 2. Guru menerangkan secara umum tentang apa yang dimaksudkan dengan gejala buli. Perbuatan membuli membawa maksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak diterima.

RUMUSAN : Murid-murid akan dapat gambaran secara jelas tentang gejala buli.

Lampiran 1 Gambar-gambar Buli

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Buli (Jenis-jenis Buli)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat: 1. Mengetahui jenis-jenis perbuatan membuli. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru menerangkan secara terperinci jenis-jenis perbuatan membuli, contohnya; mengejek kata-kata sindiran gurauan yang melampau melalui lukisan dan tulisan memaksa melakukan sesuatu kerja.

2. Guru meminta murid-murid memberikan contoh-contoh lain yang berkaitan dengan perbuatan membuli.

RUMUSAN : Murid-murid akan memahami dengan lebih jelas tentang perbuatan membuli.

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Buli (Data)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat: 1. Didedahkan dengan data dan peratusan kes buli yang telah berlaku di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Carta mengenai data / statistik kes buli/ Lampiran 2

LANGKAH :

1. Guru menunjukkan carta mengenai data, statistik atau peratusan jumlah kes buli yang telah berlaku di pelbagai peringkat. 2. Guru menerangkan berdasarkan carta tersebut akan betapa seriusnya perbuatan membuli ini yang kini telah mula menular di peringkat sekolah rendah.

RUMUSAN : Murid-murid mengetahui secara umum mengenai data kes buli yang menunjukkan ia di tahap yang membimbangkan.

Lampiran 2 Contoh Data Berkaitan dengan Buli

Peratus Kejadian Buli Di Sekolah Kajian di Sekolah-sekolah Negeri Perak 2004 (M elibatkan 2,528 mangsa buli di sekolah)

13.1 11.7 10.7

23.9 Pulang dari sekolah Koridor Kelas 16.6 Kantin Padang Sekolah

17.4 18

Perhimpunan Tandas Perjalanan ke Sekolah

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Buli (Punca-Punca Buli)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat: 1. Mengetahui akan punca-punca perbuatan membuli. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru menerangkan kepada murid-murid punca-punca yang mempengaruhi melakukan perbuatan membuli, contohnya; Untuk menunjukkan kuasa. Pengaruh rakan sebaya. Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri. Pengaruh media massa.

2. Guru meminta murid-murid memberikan contoh-contoh lain yang menyebabkan perlakuan membuli ini. Murid-murid berbincang di dalam kumpulan. Murid-murid akan membentangkan hasil perbincangan. (Mengikut kesesuaian masa)

RUMUSAN : Murid-murid akan memahami dengan lebih jelas tentang punca-punca utama perbuatan membuli.

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Buli (Kesan-kesan Buli)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat: 1. Menyedari akan kesan-kesan negatif buli. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Lampiran 3 dan 4 (Keratan Akhbar/Artikel)

LANGKAH :

1. Guru memberi salinan keratan akhbar artikel bertajuk Kena Buli: Mangsa tidak tahu mengapa kepada murid-murid. Sila rujuk keratan akhbar yang dilampirkan. (Guru juga boleh menggunakan sebarang keratan akhbar atau artikel lain yang sesuai dan berkaitan) 2. Guru memberi ulasan mengenai artikel tersebut dan sesi soal jawab dijalankan. Kesan kepada emosi. Kesan kepada kehidupan seharian. Kesan kepada pembelajaran.

RUMUSAN : Murid-murid mengetahui akan kesan-kesan buruk buli kepada mangsa buli yang boleh meninggalkan kesan yang negatif seperti takut, trauma dan tekanan emosi.

Lampiran 3

KAUNSELING

Kena buli : Mangsa tidak tahu mengapa


17/02/2004 12:35 p.m.

Oleh Marzita Abdullah KAJIAN buli di sekolah rendah oleh Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub mendapati ada mangsa buli sebenarnya tidak tahu mengapa mereka dibuli. Seorang mangsa buli iaitu murid perempuan pernah ditolak murid lain sehingga jatuh bukit dan berubah perangai menjadi seorang yang penakut dan murung kerana sering dibuli dan tidak tahu mengapa dibuli. Namun daripada pemerhatian yang dibuat semasa kajian tersebut Noran mendapati, mangsa berkenaan dilakukan sedemikian kerana keadaan fizikalnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap.
NORAN FAUZIAH YAAKUB

``Disebabkan dia gemuk dan sering berjalan lambatlah maka murid lain menolak dan mengejeknya,'' katanya. Tegas Noran walaupun kejadian buli dianggap oleh pihak sekolah suatu perkara biasa atau sekadar `gurauan' di kalangan murid namun perkara tersebut sebenarnya mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.

10

``Ibu bapa dan guru seringkali tidak menjangka teruknya kesan buli dan memandang remeh perbuatan tersebut,'' katanya. Katanya, kesan-kesan buli membawa kepada sikap negatif dari segi jangka panjang malah di luar negara kesan buli boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid yang menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol dan perompak. Terdapat dua kategori buli iaitu buli fizikal antara lain melibatkan perbuatan memukul, menendang, menarik rambut, menolak mencubit manakala buli psikologi melibatkan kata-kata (verbal) seperti mengejek, menggelar murid dengan nama yang tidak baik dan sebagainya. Di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Norway, England, Australia dan Jepun kajian tentang buli di peringkat sekolah rendah mendapati ia banyak melibatkan buli verbal manakala tingkah laku buli di Itali banyak melibatkan buli fizikal dan peras ugut. ``Bagaimanapun di Jepun buli verbal banyak melibatkan kejadian bunuh diri dikenali sebagai `ijime' iaitu murid dibuli kerana tidak mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang sehingga menyebabkan mereka membunuh diri,'' katanya. Di luar negara seperti Norway dan Australia kejadian buli berlaku semasa waktu rehat atau di padang permainan iaitu semasa ketiadaan guru. ``Tetapi di negara kita kejadian buli berlaku di dalam kelas semasa guru mengajar dan sebelum guru masuk mengajar,'' katanya. Kejadian buli di kantin dan padang sekolah di negara ini hanya mencatatkan masing-masing 18.0 peratus dan 17.4 peratus. Kejadian buli juga banyak berlaku semasa murid pulang dari sekolah (23.9 peratus), koridor kelas (16.6 peratus), perjalanan ke sekolah (13.1 peratus), perhimpunan (10.70 peratus) dan tandas (11.7 peratus). Dalam pada itu beliau berkata, dapatan kajiannya juga mendapati hanya 8.6 peratus sahaja murid tidak pernah menjadi mangsa buli dan sebanyak 14.5 peratus murid tidak pernah membuli.

11

Malah katanya, majoriti kejadian buli melibatkan murid lelaki Tahun 6 membuli rakan sekelasnya yang juga murid lelaki Tahun 6 manakala jumlah murid perempuan yang menjadi pembuli dan mangsa buli adalah terlalu sedikit. ``Murid-murid ini terlibat membuli secara fizikal seperti menendang, menolak dan memeras ugut manakala buli psikologi melibatkan perbuatan mengejek, menyindir atau memanggil rakan dengan panggilan tidak baik,'' katanya. Sementara itu, kajiannya juga mendapati murid yang dibuli lazimnya akan bertindak semula menjadi seorang pembuli kerana ingin membalas dendam sama ada kepada pembuli atau murid lain. Daripada jumlah tersebut 53.6 peratus murid yang dibuli secara fizikal akan membuli rakan yang lain secara fizikal manakala 49.4 peratus yang dibuli secara psikologi akan melakukan perkara yang sama kepada rakannya. Kajian Noran itu yang dijalankan pada tahun lalu meliputi 2,528 murid di 29 sekolah di Perak iaitu di Ipoh, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Teluk Intan dan beberapa sekolah di hulu Perak. Daripada jumlah tersebut sebanyak 818 murid sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan SJKT dengan masing-masing sebanyak 750 dan 950 responden manakala pembahagian jantina pula ialah 51.2 peratus murid lelaki dan 48.8 peratus murid perempuan.

Portal Pendidikan Utusan 2001-2009 Hak Cipta Terpelihara UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

12

Lampiran 4

Kes Buli di Sekolah Dilaporkan Media Massa


o

2004 - Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

LUKA...mangsa buli, Muhammad Rizwan Roslan luka di badan selepas dibelasah hampir dua jam.
o

2006 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.

2007 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

13

2008 - Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.

2009 (Februari) - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.

Mac - Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.

Ogos - Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.

HAMPIR LUMPUH...Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin terlantar di hospital berikutan dibesalah pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga. Sumber : Metro : 180110

14

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Buli (Langkah-langkah Mengatasi Gejala Buli)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid akan dapat: 1. Mengetahui cara-cara menangani masalah gejala buli. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru menerangkan kepada murid-murid langkah-langkah yang perlu diambil jika menjadi mangsa buli. Contohnya; Melaporkan kepada guru. Mengisi Borang Aduan di sekolah. Berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid. Contohnya; Pernahkah anda menjadi mangsa buli? Apa tindakan anda jika rakan anda membuli anda?

RUMUSAN : Murid-murid akan memahami cara-cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa buli di sekolah.

15

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Bergaduh

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. dapat mengetahui bahawa bergaduh adalah satu amalan yang tidak baik. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit. : Semua murid : Lampiran 6 (Gambar pergaduhan)

LANGKAH :

1. Guru mempamerkan gambar yang diberi. 2. Bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti. Bagaimanakah sikap murid ini? Apakah punca pergaduhan ini? Bagaimanakah perkara ini boleh dielakkan?

3. Guru menerangkan kesan-kesan berdasarkan aktiviti. Kesan terhadap ibu bapa. Kesan kepada diri sendiri. Kesan terhadap rakan.

RUMUSAN : Murid dapat menyatakan akibat daripada pergaduhan.

16

Lampiran 6

17

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Mengambil hak orang lain atau mencuri

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Mengetahui bahawa mengambil hak orang lain adalah satu kesalahan. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit. : Semua murid : Lampiran 7 (Gambar-gambar berkaitan dengan tajuk)

LANGKAH :

1. Guru mempamerkan gambar berkaitan dengan tajuk seperti mencuri. 2. Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar. Apakah yang kamu dapat saksikan dalam gambar ini? Apakah pendapat kamu tentang perbuatan ini? Bagaimana perasaan kamu jika kamu berada ditempat tersebut?

3. Guru menerangkan kesan-kesan berdasarkan gambar. Kesan terhadap ibu bapa. Kesan terhadap diri sendiri. Kesan terhadap sekolah.

RUMUSAN : Murid dapat menyatakan kesan mengambil hak orang lain.

18

Lampiran 7

19

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Peras Ugut (Pengenalan)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Dapat memaparkan senario gejala peras ugut yang berlaku. 2. Dapat menanam azam dalam kalangan murid agar menghindari perlakuan peras ugut. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Gambar berkaitan dengan peras ugut / Lampiran 8

LANGKAH :

1. Guru mempamerkan gambar yang berkaitan. 2. Menerangkan senario yang berlaku. 3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Memahami bahawa perlakuan peras ugut tidak membawa sebarang kebaikan malahan menimbulkan ketegangan dalam hubungan sesama rakan.

20

Lampiran 8

21

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Peras Ugut (Definisi)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Murid mengetahui pengertian peras ugut dengan jelas serta dapat membezakan perbuatan peras ugut dengan tingkah laku yang lain. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru menerangkan pengertian peras ugut dan perlakuan yang dikategorikan sebagai peras ugut. 2. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid dapat menilai perlakuan yang dikategorikan sebagai perlakuan peras ugut.

22

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Peras Ugut (Punca)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Murid mengetahui punca-punca berlakunya peras ugut serta dapat menghindarkan diri daripada punca yang menyebabkan berlakunya kejadian peras ugut. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Gambar berkaitan / Lampiran 9

LANGKAH :

1. Guru mempamerkan gambar berkaitan dengan tajuk. 2. Guru menerangkan punca-punca berlakunya peras ugut. 3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid menyedari punca-punca berlakunya peras ugut dan berusaha menghindarinya.

23

Lampiran 9

24

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Peras Ugut (Kesan)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. 2. Murid mengetahui kesan daripada perlakuan peras ugut. Menimbulkan kesedaran dalam diri murid agar menjauhi perlakuan peras ugut. MASA SASARAN BAHAN : : : 5 minit Semua murid Gambar/ Lampiran 10

LANGKAH :

1. Guru mempamerkan gambar yang bersesuaian dengan tajuk. 2. Guru menerangkan kesan daripada perlakuan peras ugut. 3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid menyedari kesan daripada perlakuan peras ugut dan berusaha menghindarinya.

25

Lampiran 10

26

TEMA TAJUK

: Gangsterisme : Peras Ugut (Langkah Pencegahan)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Murid mengetahui langkah pencegahan salah laku peras ugut. 2. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada Murid dapat mempraktikkan langkah pencegahan peras ugut.

LANGKAH :

1. Murid menyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala peras ugut di sekolah. 2. Guru memberi ulasan mengenai langkah-langkah pencegahan peras ugut. 3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan peras ugut dan berusaha menghindarinya.

27

TEMA 2 :

VANDALISME
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 SENARIO VANDALISME DEFINISI VANDALISME (DATA) PUNCA PERLAKUAN VANDALISME KESAN VANDALISME LANGKAH PENCEGAHAN VANDALISME

28

TEMA TAJUK

: Vandalisme : Senario Vandalisme

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Dapat memaparkan senario gejala vandalisme yang berlaku. 2. Dapat menanam azam dikalangan murid agar menghindari perlakuan vandalisme. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Gambar yang berkaitan / Lampiran 11

LANGKAH :

1. Guru mempamerkan gambar yang berkaitan dengan vandalisme. 2. Menerangkan senario yang berlaku. 3. Bersoaljawab dengan murid.

RUMUSAN : Memahami bahawa perbuatan vandalisme tidak membawa sebarang kebaikan malahan menyebabkan kerugian.

29

Lampiran 11

30

TEMA TAJUK

: Vandalisme : Definisi

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. 2. Murid mengetahui pengertian vandalisme dengan jelas. Dapat membezakan perbuatan vandalisme dengan tingkahlaku yang lain. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Lampiran 12

LANGKAH :

1. Guru menerangkan pengertian vandalisme dan perlakuan yang dikategorikan sebagai vandalisme. 2. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid dapat menilai perlakuan yang dikategorikan sebagai perlakuan vandalisme.

31

Lampiran 12

Pengertian Vandalisme Tindakan atau vandaliseme adalah satu tindakan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain. Contohnya, menconteng dinding di sekolah, merosakkan kerusi dan meja di dalam kelas, menconteng buku teks, merosakkan harta benda awam lain seperti telefon, tandas, pondok menunggu bas dan lain-lain.

Soalan-soalan berkaitan vandalisme 1. Adakah anda pernah melihat gejala vandalisme di sekolah anda? 2. Pernahkan anda atau rakan-rakan melakukan perbuatan vandalisme? 3. Apakah tindakan anda apabila melihat perbuatan ini berlaku di sekolah anda?

32

TEMA TAJUK

: Vandalisme : Vandalisme (Data)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Dapat mendapat pendedahan mengenai data salahlaku vandalisme pada peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. 2. Dapat menanam azam dalam kalangan murid agar menghindari perlakuan vandalisme. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Carta dan data / Lampiran 13

LANGKAH :

1. Guru mempamerkan carta dan data. 2. Menerangkan senario yang berlaku. 3. Bersoaljawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid mengetahui data dan keadaan sebenar kejadian salahlaku vandalisme.

33

Lampiran 13 Contoh data vandalisme

Telefon awam cukup sinonim dengan masalah vandalisme. Tidak lengkap rasanya, jika wayar ganggang telefon tidak diputuskan, dicungkil punat nombor, peti simpanan syiling dipecahkan dan pondoknya ditampal iklan serta poster yang begitu serabut.

Berdasarkan statistik vandalisme 2001 hingga Jun 2007 yang dikeluarkan oleh Muzium Telekom Malaysia, tahun 2004 menyaksikan angka vandalisme yang paling tinggi (10,898 kes), berbanding 7,404 kes pada tahun 2003.

34

TEMA TAJUK

: Vandalisme : Punca perlakuan Vandalisme

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. 2. Murid mengetahui punca-punca berlakunya vandalisme. Murid dapat menghindarkan diri daripada punca yang menyebabkan berlakunya kejadian vandalisme. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada 1. Guru menerangkan punca-punca berlakunya vandalisme. 1.1 Pengaruh Rakan Sebaya 1.2 Pengaruh Media Massa dan lain-lain 2. Bersoaljawab dengan murid.

LANGKAH :

RUMUSAN : Murid-murid menyedari punca-punca berlakunya vandalisme dan berusaha menghindarinya.

35

TEMA TAJUK

: Vandalisme : Kesan Vandalisme

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. 2. Mengetahui kesan daripada perlakuan vandalisme. Menimbulkan kesedaran dalam diri murid agar menjauhi perlakuan vandalisme. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1 Guru menerangkan kesan daripada perlakuan vandalisme. 1.1 Kesan terhadap sekolah 1.2 Kesan terhadap masyarakat 1.3 Kesan terhadap diri sendiri 2. Bersoaljawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid menyedari kesan daripada perlakuan vandalisme dan berusaha menghindarinya.

36

TEMA TAJUK

: Vandalisme : Langkah Pencegahan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat : 1. Murid mengetahui langkah pencegahan salah laku vandalisme. 2. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Tiada Murid dapat mempraktikkan langkah pencegahan vandalisme.

LANGKAH :

1. Guru menerangkan langkah-langkah pencegahan vandalisme. 2. Bersoaljawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan vandalisme dan berusaha menghindarinya.

37

TEMA 3 :

GANGGUAN SEKSUAL
3.1 3.2 APA ITU GANGGUAN SEKSUAL BATAS PERGAULAN DENGAN KELUARGA BERLAINAN JANTINA 3.3 3.4 3.5 ANGGOTA SULIT SAYA GANGGUAN SEKSUAL DALAM BENTUK LISAN GANGGUAN SEKSUAL DALAM BENTUK ISYARAT / BUKAN LISAN 3.6 3.7 3.8 3.9 GANGGUAN SEKSUAL DALAM BENTUK VISUAL GANGGUAN SEKSUAL DALAM BENTUK PSIKOLOGI GANGGUAN SEKSUAL DALAM BENTUK FIZIKAL LAMPIRAN JENIS GANGGUAN SEKSUAL

3.10 PANDUAN PENCEGAHAN DARIPADA GANGGUAN SEKSUAL 3.11 TINDAKAN APABILA MENGALAMI GANGGUAN SEKSUAL 3.12 HARGA DIRI (SAYA SAYANG DIRI SAYA) 3.13 ROGOL ATAU LIWAT 3.14 CERITA PENDEK GANGGUAN SEKSUAL 3.15 PUNCA GANGGUAN SEKSUAL 3.16 KATAKAN TIDAK PADA GANGGUAN SEKSUAL 3.17 JANGAN CEPAT TERMAKAN PUJUKAN 3.18 CARA BERPAKAIAN 3.19 BERITA HARI INI

38

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Apa Itu Gangguan Seksual? : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Murid dapat mengenalpasti makna gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 14

LANGKAH

1. Guru menulis perkataan gangguan seksual pada sekeping kad dan bersoal jawab dengan murid. 2. Guru menerangkan maksud gangguan seksual dan memberikan contoh.

RUMUSAN

: Murid dapat memahami maksud gangguan seksual.

39

Lampiran 14

GANGGUAN SEKSUAL
Maksud gangguan seksual: Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak diterima seperti: Kata, jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar, tulisan dan poster lucah. Mencabul kehormatan seperti meraba, memegang, dan menggesel dengan sengaja. Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi. Mencadangkan atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks. Memalukan seseorang dari segi seksual. Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan. Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu

Contoh Gangguan seksual Sentuhan , tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba, rogol, liwat, sumbang muhrim, mencabul kehormatan.

40

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Batas Pergaulan Dengan Keluarga Berlainan Jantina : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui batas sentuhan dengan bapa, abang dan datuk

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 15

LANGKAH

1. Guru menunjukkan gambar di lampiran. 2. Guru bertanyakan murid batas-batas sentuhan antara bapa, abang atau datuk. 3. Guru menerangkan tentang batas sentuhan; - membezakan sentuhan kasih sayang dan gangguan seksual, contoh: - menyentuh bahagian yang boleh dikategorikan sebagai sulit dengan niat adalah gangguan seksual.

RUMUSAN

: Murid mengetahui batas sentuhan dengan keluarga terdekat.

41

Lampiran 15

Soaljawab: 1.Apakah yang dapat kamu lihat dari gambar ini? - kemesraan antara bapa dan anak-anaknya 2. Adakah bapa kamu turut melakukan perkara yang sama?

42

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Anggota Sulit Saya : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui anggota sulit yang perlu dilindungi.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Poster/gambar tubuh badan manusia (bahan dari makmal sains)

LANGKAH

1. 2.

Guru menunjukkan gambar tubuh badan manusia. Guru bertanyakan murid bahagian sulit anggota badan bagi lelaki dan perempuan.

3.

Guru menerangkan tentang bahagian sulit anggota badan dan bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. 5 bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh jantina yang berlainan: Bibir, Dada, Punggung, Peha dan Kemaluan

RUMUSAN

: Murid mengetahui anggota badan yang perlu dilindungi.

43

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Gangguan Dalam Bentuk Lisan. : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk lisan. 2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 16

LANGKAH

1. Guru menerangkan definisi gangguan secara lisan. 2. Guru memberikan contoh gangguan secara lisan.

RUMUSAN

: Murid mengetahui tentang gangguan dalam bentuk lisan.

44

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Gangguan Dalam Bentuk Isyarat / Bukan Lisan. : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk isyarat atau bukan lisan. 2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 16

LANGKAH

1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam bentuk isyarat/bukan lisan. 2. Guru memberikan contoh gangguan seksual dalam bentuk isyarat/bukan lisan.

RUMUSAN

: Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk isyarat / bukan lisan.

45

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Gangguan Seksual Dalam Bentuk Visual : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual. 2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 16

LANGKAH

1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam bentuk visual. 2. Guru memberikan contoh gangguan dalam bentuk visual.

RUMUSAN

: Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual.

46

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Gangguan Seksual Dalam Bentuk Psikologi : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk psikologi. 2. Murid dapat mengelakkan diri daripada gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 16

LANGKAH

1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam bentuk psikologi. 2. Guru memberikan contoh gangguan dalam bentuk psikologi.

RUMUSAN

: Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual.

47

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Gangguan Seksual Dalam Bentuk Fizikal : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk fizikal. 2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 16

LANGKAH

1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam bentuk fizikal. 2. Guru memberikan contoh gangguan dalam bentuk fizikal.

RUMUSAN

: Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual.

48

Lampiran 16 JENIS JENIS GANGGUAN SEKSUAL Gangguan secara lisan Gangguan secara isyarat/bukan lisan Gangguan visual Gangguan psikologi Gangguan fizikal GANGGUAN LISAN Kata-kata, komen, gurauan, usikan,bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual. contohnya: mencarut atau mengeluarkan kata-kata lucah. GANGGUAN SECARA ISYARAT/BUKAN LISAN Pandangan atau kerlingan yang isyarat/ bukan lisan membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan lain-lain. GANGGUAN VISUAL Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan lain-lain. GANGGUAN PSIKOLOGI Undang- undang social yang tidak diingini, kekerapan mengajak dan mengadakan temujanji, intimasi fizikal ( mempamerkan aksi lucah) memalukan seseorang dari segi seksual. GANGGUAN FIZIKAL contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

49

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Panduan Pencegahan Dari Gangguan Seksual : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui langkah pencegahan dari gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 17

LANGKAH

1. Guru menerangkan tentang panduan pencegahan gangguan seksual. 2. Guru mengingatkan murid supaya mengikuti panduan yang telah diberikan.

RUMUSAN

: Murid mengetahui tentang panduan pencegahan gangguan seksual.

50

Lampiran 17

MENGAMALKAN AKHLAK YANG MULIA

ELAKKAN KELUAR BERSENDIRIAN PADA WAKTU MALAM

PANDUAN PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL

ELAKKAN PAKAIAN MENCOLOK MATA/TUTUP AURAT

MENGETAHUI APAKAH PERLAKUAN YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI GANGGUAN SEKSUAL

ELAKKAN BERJALAN BERSENDIRIAN DI TEMPAT SUNYI/GELAP/KAWASAN HITAM

51

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Tindakan Apabila Mengalami Gangguan Seksual. : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui cara-cara yang boleh dilakukan jika mengalami gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 18

LANGKAH

1. Guru memilih dua orang murid untuk memegang kad-kad perkataan yang disediakan.Murid lain membacakan kad tersebut. 2. Guru menerangkan cara cara yang perlu dilakukan apabila mengalami gangguan seksual.

RUMUSAN

: Murid mengetahui tindakan yang perlu dilakukan jika mengalami gangguan seksual.

52

Lampiran 18

MENJERIT SEKUAT HATI

MERAUNG MEMBAWA WISEL

JALAN SECARA BERKUMPULAN


JANGAN MELAYANI ORANG YANG TIDAK TEMA : Gangguan Seksual DIKENALI
53

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Harga Diri ( Saya Sayang Diri Saya) : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menghargai diri sendiri dan menjaga maruah diri.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH

1. Guru meminta murid membuat pergerakan interaktif: Saya( meletakkan kedua ibu jari di dada) Sayang ( kedua tangan di dada) Diri( meletakkan kedua ibu jari di dada) Saya ( kedua tangan di dada) 2. Guru menerangkan kepentingan menyayangi diri sendiri dan cara menyayangi diri sendiri.

RUMUSAN

: Murid mengetahui harga diri dan kepentingan menyayangi diri sendiri.

54

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Rogol/Liwat : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui cara cara yang boleh dilakukan jika telah dirogol atau liwat.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 19

LANGKAH

1. Guru menerangkan maksud rogol dan liwat. 2. Guru menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil jika telah dirogol atau liwat.

RUMUSAN

: Murid mengetahui tindakan yang perlu dilakukan jika telah mengalami gangguan seksual seperti rogol atau liwat.

55

Lampiran 19 DEFINISI ROGOL Serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Kanun Keseksaan di Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan wanita di bawah umur 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan wanita itu atau tidak. Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu: "Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

DEFINISI LIWAT Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA DIROGOL ATAU DILIWAT 1. 2. 3. Melaporkan kepada ibubapa , kaunselor atau kawan rapat. Tindakan susulan adalah dibawah kuasa pihak yang berkaitan. Menyimpan bukti-bukti yang berkaitan dengan kes.

56

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Cerita Pendek Gangguan Seksual : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Murid dapat mengetahui dengan jelas apa itu gangguan seksual.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 20

LANGKAH

1. Guru membaca cerita pendek seperti di lampiran. 2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai cerita tersebut. 3. Guru menerangkan pengajaran yang diperoleh daripada cerita tersebut.

RUMUSAN

: Murid dapat memahami dengan lebih jelas mengenai gangguan seksual.

57

Lampiran 20 Contoh cerita pendek Cerita ini mengisahkan ada dua murid lelaki yang bernama A dan B. Mereka telah menulis surat kepada seorang murid perempuan di dalam kelas tersebut. A dan B menyuruh murid perempuan tersebut menunggu mereka di dalam kelas selepas waktu balik dari sekolah. Murid perempuan itu menunggu kedua-dua murid lelaki tersebut. Mereka menyuruh murid perempuan itu supaya membenarkan mereka menyentuh bahagian sulitnya. Mereka akan memberi wang sebanyak RM1 kepada murid perempuan tersebut.

Soalan 1. Sekiranya kamu menjadi murid perempuan tersebut, adakah kamu akan membenarkan murid lelaki menyentuh bahagian sulit badan kamu?

Pengajaran Murid perempuan tidak boleh membenarkan murid lelaki menyentuh mana-mana bahagian sulit badan.

58

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Punca Gangguan Seksual : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Murid dapat mengenalpasti punca gangguan seksual

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 21

LANGKAH

1. Guru mengedarkan peta minda yang kosong kepada murid. 2. Guru menerangkan punca gangguan seksual melalui peta minda.

RUMUSAN

: Murid dapat memahami punca gangguan seksual.

59

Lampiran 21

PUNCA-PUNCA GANGGUAN SEKSUAL

60

Contoh jawapan

Memakai pakaian yang menarik minat lelaki. Contoh, memakai baju yang sendat dan menunjukkan bahagian tubuh.

Melayan ajakan orang luar.

PUNCA-PUNCA GANGGUAN SEKSUAL

Mudah terpedaya dengan ganjaran yang diberi seperti coklat, duit, gulagula.

Kurang pegangan agama dan nilai moral

61

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Katakan TIDAK Pada Gangguan Seksual : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Murid dapat menjauhkan diri daripada gangguan seksual

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 22

LANGKAH

1.

Guru membacakan serangkap pantun. Anak cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati, Sanggupkah kita menggadai maruah, Kerana mengikut kata hati?

2.

Guru bersama-sama murid mengatakan Tidak kepada gangguan seksual sebanyak 3 kali.

RUMUSAN

: Murid akan dapat menjauhkan diri dari gangguan seksual.

62

Lampiran 22

Pantun Masalah remaja masalah sosial, Makin meningkat saban hari, Jauhilah gangguan seksual, Demi kebahagiaan kehormatan diri.
Ayuh, murid-murid .. apa tunggu lagi. Marilah kita laungkan TIDAK pada gangguan seksual sebanyak tiga kali.

63

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Jangan Cepat Termakan Pujukan : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Lebih berhati-hati semasa berjumpa dengan orang yang tidak dikenali oleh mereka.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 23

LANGKAH

1. Guru memilih beberapa orang untuk melakonkan teks. 2. Guru bersoaljawab dengan murid berkenaan dengan teks.

RUMUSAN

: Murid tidak akan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dengan orang yang tidak dikenali.

64

Lampiran 23

CONTOH TEKS
Pada suatu hari, semasa Siti sedang menunggu bas di tempat perhentian bas, tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertanyakan arah jalan untuk ke suatu tempat. Siti memberitahu arah tempat tersebut. Namun begitu, lelaki tersebut masih tidak pasti arah yang hendak dituju kerana dia mengatakan dia ialah orang baru di sini. Lelaki tersebut meminta Siti menunjukkan jalan tersebut dan berjanji akan menghantar Siti pulang ke rumah. Pada mulanya , Siti berasa berat hati untuk mengikutnya. Namun setelah berulang kali lelaki tersebut memujuknya, akhirnya Siti termakan pujukan lelaki tersebut. Lantas, Siti pun menaiki kereta bersama lelaki tersebut tanpa mengesyaki bahawa lelaki tersebut mempunyai niat yang buruk. Tiba-tiba....

Soalan Apakah yang akan berlaku ke atas Siti?

65

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Cara Berpakaian : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Maklumat mengenai kepentingan berpakaian dengan sopan.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 24

LANGKAH

1. Guru menunjukkan contoh gambar cara berpakaian yang sopan. 2. Guru menerangkan kepentingan berpakaian sopan untuk mengelakkan gangguan seksual.

RUMUSAN

: Murid mempelajari cara-cara berpakaian yang sopan.

66

Lampiran 24

Contoh cara berpakaian yang sopan

67

TEMA TAJUK OBJEKTIF

: Gangguan Seksual : Berita Hari Ini : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Mengetahui batasan antara jantina.

MASA SASARAN BAHAN

: 5 minit : Semua murid : Lampiran 25

LANGKAH

1. Guru membacakan berita pendek mengenai kes gangguan seksual. 2. Guru bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN

: Murid memperoleh pengajaran daripada berita tersebut.

68

Lampiran 25 CONTOH BERITA PENDEK KUALA LUMPUR: Gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali, seorang murid perempuan tahun lima di bandar raya ini dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya itu selepas dia gagal menunaikannya. Malah, kanak-kanak perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, berkata tiga lagi rakan lelaki yang lain turut tumpang sekaki dengan mengejek sesuatu mengenai payudaranya. Dalam kejadian Oktober tahun lalu itu katanya, dia berseloroh dengan rakan lelaki di kelasnya yang tunjuk kuat supaya menumbuk dinding kelas itu sebanyak 35 kali jika benar-benar gagah. Ketika itu guru tiada di kelas. Saya katakan akan beri RM2 jika mereka berani menumbuk dinding itu. Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka berani menyahut cabaran saya itu. Saya kemudian pergi ke tandas sebelum kembali ke kelas. Seorang daripada rakan kelas lelaki itu datang kepada saya sambil menunjukkan penumbuknya yang merah kerana mendakwa menumbuk dinding. Oleh itu, dia menuntut RM2 seperti dijanjikan. Tetapi saya katakan padanya bahawa dia tidak melakukan aksi tumbuk depan saya dan menipu. Namun, dia marah sebelum meminta juga RM2 itu. Saya kemudian beri dia tidak sampai RM2 dan dia marah sebelum bertindak meraba payudara saya, katanya yang trauma dengan kejadian sehinggakan terpaksa meminta ayahnya menukarkan dia ke sekolah lain. Katanya, dia merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu namun tidak diendahkan malah tiga lagi rakan lelaki yang lain membuat riuh-rendah sambil mengatakan sesuatu mengenai payudaranya. Sejak kejadian itu dan hari berikutnya saya bimbang untuk ke sekolah. Takut kejadian itu berulang. Apatah lagi, budak lelaki di kelas masih mengganggu saya dengan perkataan lucah, katanya. Sementara itu, bapa mangsa, berkata dia kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat murid lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap anak sulungnya itu. Malah, katanya, dia terpaksa menukarkan anaknya itu dan seorang lagi anak perempuannya awal tahun ini ke sekolah khas untuk perempuan kerana mangsa takut jika berjumpa lelaki. 1. Nyatakan pengajaran yang anda peroleh daripada berita tersebut.
69

TEMA 4 :

MENGHIDU GAM
4.1 PENERANGAN TENTANG MENGHIDU GAM 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 DEFINISI MENGHIDU GAM JENIS-JENIS BAHAN KESAN MENGHIDU GAM TANDA-TANDA PENGHIDU GAM PENYAKIT AKIBAT MENGHIDU GAM FAKTOR MENGHIDU GAM LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

70

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Penerangan Tentang Menghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami secara umum tentang senario penglibatan murid dengan menghidu gam. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid. : Gambar keratan akhbar mengenai menghidu gam / Lampiran 26

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang penglibatan pelajar dengan aktiviti menghidu gam. (Rujuk keratan akhbar)

RUMUSAN : Murid mengetahui apa itu menghidu gam.

71

Lampiran 26

72

73

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Definisi Menghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Pelajar memahami pengertian menghidu gam. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid. : Tiada

LANGKAH :

1.

Guru membuat penerangan tentang definisi menghidu gam. Menghidu bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat. Bahan ini boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu. Menghidu gam boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penghidu gam yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala bahan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.

RUMUSAN : Murid telah memahami pengertian menghidu gam.

74

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Jenis-jenis Bahan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan untuk menghidu gam. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar / Lampiran 27

LANGKAH :

1.

Guru membuat penerangan tentang bahan yang digunakan untuk menghidu gam.

Bahaya bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan Didapati dalam inhalan Amil nitrit, Butil nitrit Poppers, Climax, Rush Benzene Butane, Propane Metilena klorida Nitrous oksida, Toluin Minyak petrol Cecair pemetik api, semburan cat dan rambut Penanggal/penipis cat, penyahgris Krim whipping, tangki gas Minyak petrol,gam, penanggal/penipis cat, cecair pemadam Penanggal kotoran, penyahgris, cecair pemadam Gam, Minyak petrol

Trikloroetilena Heksana

RUMUSAN : Murid telah mengetahui tentang bahan-bahan yang digunakan untuk menghidu gam.
75

Lampiran 27

76

77

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Kesan Menghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami kesan menghidu gam. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar kesan menghidu gam / Lampiran 28

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang kesan menghidu gam. PENERANGAN GURU : Kematian mengejut kerana menghidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah. Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakar yang teruk. Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung. Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas. Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang.

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya menghidu gam.

78

Lampiran 28

MENGHIDU GAM MEMBAWA PADAH

TRAGEDI 10 APRIL, 2000 , 3 REMAJA MAUT AKIBAT MENGHIDU GAM

79

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Tanda- tanda Penghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami tanda-tanda penghidu gam. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid. : Tiada

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang tanda-tanda menghidu gam. PENERANGAN : Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibubapa, rakan sebaya, dan guru mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anakanak, rakan-rakan dan murid-murid: Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur . Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian. Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung . Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair.
80

Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci atau almari di bilik tidur.

Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus .

Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah dan murung.

RUMUSAN : Murid telah memahami kesan menghidu gam terhadap kesihatan.

81

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Penyakit-penyakit Akibat Menghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami penyakit-penyakit akibat menghidu gam. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid. : Tiada

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang penyakit-penyakit akibat menghidu gam. PENERANGAN GURU : Tabiat Menghidu Gam Membawa Kematian Kuala Lumpur (Malaysia) - Satu gejala yang semakin berleluasa kebelakangan ini ialah mengamalkan tabiat menghidu gam di kalangan remaja. Gam yang mengandungi bahan organik atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene itu adalah toksik yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Selain itu, ia juga boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euforia iaitu kelihatan seronok tanpa sebab. Kesan lain pada fungsi otak akibat menghidu gam ialah risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu

RUMUSAN : Murid telah memahami penyakit-penyakit akibat menghidu gam.


82

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Faktor Menghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami faktor-faktor seseorang itu menghidu gam. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang faktor-faktor seseorang menghidu gam. PENERANGAN GURU : -. Faktor utama mendorong remaja menghidu gam akibat

kelalaian ibu bapa yang tidak mengambil tahu kegiatan dilakukan anak mereka. -. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka mudah

terpengaruh dengan kawan, selain didorong keinginan mencuba sesuatu yang baru kononnya menghilangkan tekanan, tanpa menyedari kesan buruk akibat penagihan gam.

RUMUSAN : Murid telah memahami faktor-faktor menghidu gam.

83

TEMA TAJUK

: Menghidu Gam : Langkah-langkah Pencegahan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami langkah-langkah pencegahan menghidu gam yang diterangkan oleh guru. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang langkah-langkah pencegahan menghidu gam kepada semua murid. PENERANGAN : Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah: Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini

dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui

tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah


84

serta inhalan. Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti

bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produkproduk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada. Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan,

sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau

rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka. Elakkan sikap tidak apa- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan

mungkin akan membunuh orang tersayang.

RUMUSAN : Murid telah memahami langkah-langkah pencegahan menghidu yang diterangkan oleh guru.

85

TEMA 5 :

ROKOK
5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 PENGENALAN ROKOK DEFINISI MEROKOK KANDUNGAN ROKOK BAHAYA ROKOK (1) BAHAYA ROKOK (2) BAHAYA ROKOK (3) KESAN ROKOK TERHADAP KESIHATAN 5.8 5.9 TANDA-TANDA KETAGIHAN ROKOK PENGARUH ROKOK KEPADA MURID SEKOLAH 5.11 PENYAKIT-PENYAKIT AKIBAT MEROKOK 5.12 5.13 5.14 FAKTOR MEROKOK PANDUAN BERHENTI MEROKOK PANDUAN BERHENTI MEROKOK 3M

86

TEMA TAJUK

: Rokok : Pengenalan Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami secara umum tentang senario penglibatan murid dengan rokok. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan dan bersoal jawab dengan murid tentang penglibatan pelajar dengan aktiviti merokok. Contoh : 1. Siapa pernah melihat dan memegang rokok ? 2. Adakah rakan-rakan atau ahli keluarga anda merokok?

RUMUSAN : Murid mengetahui apa itu rokok.

87

TEMA TAJUK

: Rokok : Definisi Merokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami pengertian rokok. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Tapak Perhimpunan/Kelas : Tiada 1. Guru membuat penerangan tentang definisi rokok.

LANGKAH :

PENERANGAN GURU : Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan merokok sebagai satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung boleh

menyebabkan seseorang itu terbabit dengan najis dadah kerana rokok bunga kepada dadah.

MEROKOK adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman serba moden ini, malah ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang beranggapan merokok kononnya

melambangkan kedewasaan dan kematangan.

RUMUSAN : Murid telah memahami pengertian rokok.

88

TEMA TAJUK

: Rokok : Kandungan Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami isi kandungan rokok MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar Rokok dan kandungannya / Lampiran 29

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang bahan yang terkandung di dalam sebatang rokok. (Rujuk Gambar)

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang isi kandungan dalam sebatang rokok.

89

Lampiran 29

90

TEMA TAJUK

: Rokok : Bahaya Rokok (1)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami bahaya merokok. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar kesan merokok / Lampiran 30

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan dan bersoaljawab dengan murid tentang bahaya merokok. 1. Adakah anda tahu bahaya rokok ? 2. Apakah kesan merokok ? Sebutkan. 3. Sebutkan satu penyakit akibat merokok.

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya merokok.

91

Lampiran 30

KANSER PARU-PARU

KANSER MULUT

92

TEMA TAJUK

: Rokok : Bahaya Rokok (2)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami bahaya merokok MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar kesan merokok / Lampiran 31 dan 32

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang bahaya merokok berdasarkan gambar.

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya merokok.

93

Lampiran 31

94

Lampiran 32

95

TEMA TAJUK

: Rokok : Bahaya Rokok (3)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami bahaya merokok. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar kesan merokok / Lampiran 33

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang bahaya merokok. 1) Memudaratkan kesihatan dan boleh membawa kematian. 2) Pembaziran Wang. 3) Menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. 4) Mengganggu keselesaan orang lain.

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya merokok.

96

Lampiran 33

97

TEMA TAJUK

: Rokok : Kesan Rokok Terhadap Kesihatan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami kesan rokok terhadap kesihatan. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1.

Guru membuat penerangan tentang bahaya merokok. 1.Barah paru-paru 2. Sesak nafas 3. Sakit jantung 4. Kerosakan pada salur darah 5. Kanser pundi kencing 6. Lemah ingatan 7. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat 8. Jangkitan (melalui asap rokok)

RUMUSAN : Murid telah memahami kesan rokok terhadap kesihatan.

98

TEMA TAJUK

: Rokok : Tanda-tanda Ketagihan Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami tanda-tanda ketagihan rokok. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang tanda-tanda ketagihan rokok. 1. Tidak dapat tidur 2. Mudah marah 3. Resah gelisah 4. Keinginan untuk merokok 5. Tidak dapat menumpukan perhatian 6. Tertekan 7. Selera makan menurun 8. Denyutan jantung yang lemah

RUMUSAN : Murid telah memahami tanda-tanda ketagihan rokok.

99

TEMA TAJUK

: Rokok : Pengaruh Rokok Kepada Murid Sekolah

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami pengaruh rokok dikalangan murid sekolah. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar yang dilampirkan / Lampiran 34

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang pengaruh rokok dikalangan murid sekolah. Contoh soalan: 1) 2) 3) Adakah anda sendiri merokok? Adakah diantara ahli keluarga anda yang merokok. Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang rapat dengan kamu?

RUMUSAN : Murid telah memahami tanda-tanda ketagihan rokok.

100

Lampiran 34

101

TEMA TAJUK

: Rokok : Penyakit-penyakit Akibat Merokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Memahami penyakit-penyakit akibat merokok. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar / Lampiran 35

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang penyakit-penyakit akibat merokok. (Rujuk gambar yang dilampirkan)

RUMUSAN : Murid telah memahami penyakit-penyakit akibat merokok.

102

Lampiran 35

103

TEMA TAJUK

: Rokok : Faktor Merokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami faktor-faktor seseorang itu merokok MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Peta Minda / Lampiran 36

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang faktor-faktor seseorang merokok. (Rujuk peta minda)

RUMUSAN : Murid telah memahami faktor-faktor merokok.

104

Lampiran 36

105

TEMA TAJUK

: Rokok : Panduan Berhenti Merokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami panduan berhenti merokok MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

Guru membuat penerangan tentang panduan berhenti merokok. 1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 2. Yakinkan diri 3. Buat nota peringatan 4. Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 5. Sentiasa berfikiran positif 6. Dapatkan sokongan 7. Lawan keinginan untuk merokok 8. Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai 9. Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

RUMUSAN : Murid telah memahami panduan berhenti merokok.

106

TEMA TAJUK

: Rokok : Panduan Berhenti Merokok 3M

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami panduan berhenti merokok. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1. Guru membuat penerangan tentang panduan berhenti merokok. 1. Melengah-lengah tabiat menghisap 2. Minum banyak air 3. Menarik nafas panjang 4. Membuat sesuatu 5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok 6. Mengunyah sesuatu 7. Membasuh tangan 8. Mandi dengan kerap 9. Melakukan senaman rengangan 10. Memohon doa

RUMUSAN : Murid telah memahami panduan berhenti merokok.

107

TEMA 6 :

PONTENG
6.1 6.2 6.3 APA ITU PONTENG PENERANGAN APA ITU PONTENG LATIHAN FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PONTENG 6.4 6.5 GEJALA PONTENG TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG 6.6 6.7 6.8 6.9 6.10 SAYA SUKA DATANG SEKOLAH HINDARI PONTENG TINDAKAN SAYA MENGAPA KE SEKOLAH NYANYIAN LAGU BILA SUKA KE SEKOLAH 6.11 6.12 6.13 6.14 PERKATAAN AJAIB SYAIR NASIHAT BERITA HARI INI AKIBAT PONTENG

108

TEMA TAJUK

: Ponteng : Apa Itu Ponteng ?

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memahami maksud ponteng. MASA SASARAN BAHAN : 5 minit : Semua murid : Peta Minda / Lampiran 37

LANGKAH :

1. Guru mengedarkan peta minda kepada setiap murid. 2. Guru menerangkan mengenai peta minda 3. Bersoaljawab mengenai peta minda.

RUMUSAN : Murid mengetahui maksud ponteng.

109

Lampiran 37 PETA MINDA

Ponteng kelas ialah ke sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran di jalankan atau menghilangkan diri pada waktu mata pelajaran tertentu.

Ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga.

Ponteng ialah lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.

Ponteng Perhimpunan ialah tidak berada di tempat perhimpunan pada waktu perhimpunan di jalankan.

Ponteng aktiviti ko kurikulum ialah tidak menghadirkan diri sewaktu aktiviti kokurikulum dijalankan.

110

TEMA TAJUK

: Ponteng : Jenis-jenis Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Melengkapkan peta minda dengan jenis-jenis ponteng. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Lampiran 38

LANGKAH :

1. 2.

Guru mengedarkan peta minda yang kosong. Murid melengkapkan peta minda berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehi.

RUMUSAN : Murid dapat mengetahui jenis-jenis ponteng.

111

Lampiran 38

Jenis-jenis ponteng dan maksudnya

112

TEMA TAJUK

: Ponteng : Faktor-faktor Penyebab Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenaraikan sebab sebab ponteng MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Imbasan / Lampiran 39

LANGKAH :

1. 2.

Guru mempamerkan kad imbasan. Guru bersoaljawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid dapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan ponteng.

113

Lampiran 39

TIDAK SIAP KERJA SEKOLAH

PENGARUH RAKAN

PENGARUH MEDIA MASSA

PERSEKITARAN SEKOLAH YANG TIDAK KONDUSIF

MASALAH KELUARGA

114

TEMA TAJUK

: Ponteng : Gejala Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenaraikan tempat-tempat tumpuan murid ponteng. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gambar gejala negatif ponteng / Lampiran 40, 41 dan 42

LANGKAH :

1. 2.

Guru mempamerkan gambar. Guru bersoaljawab dengan murid berkenaan gambar.

RUMUSAN : Murid dapat mengutarakan pendapat berkanaan gambar yang ditunjukkan.

115

Lampiran 40

KAFE SIBER

116

Lampiran 41

PUSAT MEMBELI BELAH


117

Lampiran 42

SEMAK / HUTAN / TEMPAT AWAM


118

TEMA TAJUK

: Ponteng : Tindakan Terhadap Murid Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenaraikan tindakan yang boleh diambil jika murid ponteng. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1.

Guru bersoaljawab dengan murid berkenaan tindakan yang boleh diambil.

RUMUSAN : Murid dapat menyenarai tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah jika murid ponteng.

CADANGAN JAWAPAN :

1. DIBERI SURAT AMARAN 2. DIDENDA 3. DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN 4. DIGANTUNG PERSEKOLAHAN 5.

119

TEMA TAJUK

: Ponteng : Saya Suka Datang Sekolah

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyebut perkataan mengikut intonasi guru. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad perkataan / Lampiran 43

LANGKAH :

1. 2. 3.

Guru mempamerkan kad. Guru menyebut perkataan mengikut intonasi dan pergerakan badan. Murid menyebut perkataan dan mengikut pergerakan guru.

RUMUSAN : Murid dapat membuat aplikasi maksud perkataan tersebut.

Lampiran 43

SAYA SUKA DATANG SEKOLAH

120

TEMA TAJUK

: Ponteng : Hindari Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menurunkan tandatangan tanda iltizam membasmi gejala ponteng. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kertas sebak, pen marker

LANGKAH :

1. 2.

Guru menyediakan kertas sebak yang tertulis BENCI PONTENG. Murid-murid menurun tandatangan di atas kertas tersebut.

RUMUSAN : Murid bersetuju menghindari daripada ponteng sekolah.

BENCI
.

PONTENG

121

TEMA TAJUK

: Ponteng : Tindakan Saya

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Memberi pendapat terhadap soalan situasi yang diberikan secara spontan. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Petikan Situasi

LANGKAH :

1.

Guru membacakan situasi.

Amir dan Razif bercadang untuk ponteng sekolah. Mereka mengajak kamu untuk menyertai mereka. Apakah tindakan kamu?

2.

Murid-murid memberi pendapat secara spontan.

RUMUSAN : Murid berjaya mengeluarkan pendapat mengenai ponteng.

122

TEMA TAJUK

: Ponteng : Mengapa Ke Sekolah?

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenaraikan sebab-sebab mereka datang ke sekolah. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Tiada

LANGKAH :

1.

Guru menyoal murid-murid beberapa soalan berkaitan tajuk :1.1 1.2 1.3 Siapa suka datang sekolah ? Mengapa kamu ke sekolah? Apa yang kamu suka mengenai sekolah kita?

RUMUSAN : Murid menyedari kepentingan datang ke sekolah.

123

TEMA TAJUK

: Ponteng : Nyanyian Lagu Bila Suka Ke Sekolah

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyanyi dan memahami maksud lagu. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Senikata Lagu / Lampiran 44

LANGKAH :

1. 2.

Guru mengedarkan senikata lagu. Guru dan murid menyanyi bersama mengikut irama lagu Bila Rasa Gembira.

RUMUSAN :

Murid dapat memahami maksud lagu .

124

Lampiran 44 Bila Suka Ke Sekolah Bila suka ke sekolah Petik Jari Bila suka ke sekolah Belajar sama-sama Bila suka ke sekolah .. Petik Jari (2X) Bila suka ke sekolah Hentak Kaki (2X) Bila suka ke sekolah Belajar sama-sama Bila suka ke sekolah Hentak Kaki

Bila suka ke sekolah . Tepuk tangan Bila suka ke sekolah Belajar sama-sama Bila suka ke sekolah Tepuk Tangan

(2X)

Bila suka ke sekolah Buat semua (petik jari, tepuk tangan, hentak kaki) Bila suka ke sekolah Belajar sama-sama Bila suka ke sekolah .. Buat Semua (petik jari, tepuk tangan, hentak kaki)

(2X)

125

TEMA TAJUK

: Ponteng : Perkataan Ajaib

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyusun huruf menjadi perkataan. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Perkataan / Lampiran 45

LANGKAH :

1.

Guru memaparkan kad huruf dan meminta murid susun jadi perkataan.

2.

Murid cuba menyusun huruf tersebut.

RUMUSAN : Murid boleh mengecam perkataan dan memperolehi mesej yang ingin disampaikan.

126

Lampiran 45

A,K,H,E,S,O,L

U,K,S,A

SUKA SEKOLAH
E,N,B,C,I G , E , T , N , O, P, N

BENCI PONTENG

127

TEMA TAJUK

: Ponteng : Syair Nasihat

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menghayati isi kandungan syair. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Syair / Lampiran 46

LANGKAH :

1.

Guru meminta seorang murid mendeklamasikan syair di pentas perhimpunan/kelas.

RUMUSAN : Murid dapat menghayati isi kandungan syair.

128

Lampiran 46

SYAIR NASIHAT Pada zaman usia muda Jiwa meronta ingin mencuba Lepak dan ponteng jadi angkara Kelak binasa hidup sengsara Usia muda di dunia ini Takkan ia berulang lagi Gunakanlah kesempatan ini Untuk di hari tua nanti Pengaruh kawan memangnya kuat Banyak perangai yang boleh dapat Kerja aneh mulalah dibuat Mulanya sedikit kemudiannya melarat Bila ilmu banyak di dada Baik dan buruk dapat dibeza Disertai dengan semangat waja Nasib akan sentiasa ceria.

129

TEMA TAJUK

: Ponteng : Berita Hari Ini

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenarai isi-isi penting yang terkandung di dalam berita. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Berita (Rujuk Lampiran) / Lampiran 47

LANGKAH :

1.

Guru meminta seorang murid membaca berita di pentas perhimpunan/ kelas.

RUMUSAN : Berita mengenai ponteng dapat disebarkan kepada murid.

130

Lampiran 47
BUDAYA LEPAK DAN PONTENG SEKOLAH SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

SELAIN ponteng sekolah, banyak lagi kesan sampingan berpunca budaya melepak di kafe siber, kata Penolong Pengarah Unit Kaunseling Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan. Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai laporan mengenai kegiatan negatif pelajar yang gemar melepak di kafe siber, antaranya merokok, berjudi, memeras ugut, melayari laman web lucah dan hisap dadah. Demikian juga pinjam-meminjam wang yang ada kala berlaku pergaduhan kerana masalah mendapatkan belanja untuk berseronok di premis itu. Namun apabila pelajar terbabit ditangkap, polis dan sekolah tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka masih di bawah umur. Polis tidak akan menggari kerana mereka dikategorikan sebagai pelajar sekolah, manakala bidang kuasa pihak sekolah hanya sehingga pintu pagar sekolah, akhirnya mereka diserahkan kepada ibu bapa, katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini. Raja Mazlan berkata, kebanyakan laporan diterima berlaku di kawasan pinggiran bandar, pekan kecil dan luar bandar yang mana majoriti pelajar tidak mempunyai kemudahan internet di rumah. Dalam hal ini, beliau menjelaskan pihak sekolah akan membantu pelajar bermasalah dengan memberi bimbingan kaunseling dan bertanya punca utama mengapa mereka melakukan sesuatu kesalahan.
131

TEMA TAJUK

: Ponteng : Akibat Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenaraikan akibat-akibat gejala ponteng berdasarkan gambar. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Gambar / Lampiran 48

LANGKAH :

1. 2.

Guru mempamerkan gambar kepada murid. Guru meminta murid menyenaraikan akibat ponteng .

RUMUSAN : Murid mengetahui akibat jika ponteng.

132

Lampiran 48

AKIBAT-AKIBAT PONTENG SEKOLAH

1. Membahayakan diri 2. Pelajaran terabai 3. Mengundang maut


133

1. Melanggar Peraturan 2. Ditangkap Polis 3. Memalukan Diri Sendiri dan Keluarga


134

1. Membuang masa 2. Merempit 3. Menyumbang kepada gejala sosial


135

1. Dimarahi guru 2. Melanggar Peraturan Sekolah 3. Terpaksa Menerima Hukuman


136

TEMA TAJUK

: Ponteng : Pantun

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Memahami maksud pantun tentang gejala ponteng. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Pantun / Lampiran 49

LANGKAH :

1.

Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan pantun di tapak perhimpunan atau di hadapan kelas.

RUMUSAN : Murid memahami maksud pantun.

137

Lampiran 49

Pantun Ponteng Tun Perak Bendahara gagah, Kekal masyhur seluruh Melaka; Ponteng dan lepak harus ditegah, Kelak binasa bangsa merdeka. Rusa betina berbelang dahi, Mati terkena jerat sembat; Budaya ponteng kita jauhi Agar hidup kekal selamat. Pahlawan gunakan kapak, Untuk menebang pohon suasa Jangan kawan suka melepak, Kelak hanya membuang masa. Ramai orang menggali perigi, Ambil buluh lalu diikat; Ilmu dicari tak akan rugi, Buat bekalan dunia akhirat.

138

TEMA 7 :

PENGGUNAAN BAHASA SOPAN

7.1 7.2 7.3 7.4 7.5

SIFIR BESTARI BAHASA KITA CABUTAN BERTUAH CERITA TELADAN TATACARA BERSOPAN SANTUN

139

TEMA TAJUK

: Penggunaan Bahasa Sopan : Sifir Bestari

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Membentuk perkataan daripada huruf yang diperolehi. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Sifir dan Huruf / Lampiran 50

LANGKAH :

1. 2.

Guru memilih beberapa orang murid untuk mempamerkan kad. Murid akan menjawab soalan sifir dan jika jawapan diberikan betul kad akan dipusingkan kepada huruf yang tertentu.

3. .

Huruf-huruf tersebut akan membentuk perkataan.

RUMUSAN : Murid memahami maksud perkataan

140

Lampiran 50

Hadapan

Belakang

2x2 4x3 8x4 5x6 7x8 4x5 6x5 5x3 6x6 7x4 8X8
141

B A H A S A S O P A N

TEMA TAJUK

: Penggunaan Bahasa Sopan : Bahasa Kita

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyebut perkataan yang sopan. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Perkataan / Lampiran 51

LANGKAH :

1. 2.

Guru memilih beberapa orang murid untuk mempamerkan kad. Murid lain menyebut perkataan tersebut dengan intonasi yang betul. .

RUMUSAN : Murid memahami maksud perkataan

142

Lampiran 51

BERCAKAP SOPAN

TERIMA KASIH

SELAMAT SEJAHTERA

SILAKAN DUDUK

SILAKAN MASUK

MAAFKAN SAYA

143

TEMA TAJUK

: Penggunaan Bahasa Sopan : Cabutan Bertuah

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenaraikan contoh ucapan yang sopan. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Gulungan kertas, kotak/baling / Lampiran 52

LANGKAH :

1.

Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat cabutan gulungan kertas.

2. 3.

Murid tersebut akan membacakan ayat yang tertera pada kertas. Murid lain memberikan contoh ucapan yang berkaitan dengan perkataan itu.

RUMUSAN : Murid berjaya menyenaraikan ucapan yang sopan.

144

Lampiran 52

CTH : GULUNGAN KERTAS

CTH : JAWAPAN MURID

SAYA MENGGUNAKAN BAHASA YANG SOPAN

Contoh : Mengucapkan salam Tidak menggunakan perkataan yang cela Lain-lain

SAYA MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA

Contoh : Boleh saya tolong pak cik Ada apa-apa yang boleh saya bantu cikgu? Lain-lain

BERBUDI BAHASA AMALAN MULIA

Contoh : Silakan masuk Silakan duduk Maafkan saya Bole saya bantu dll

MENGHORMATI WARGA SEKOLAH

Contoh : Memberikan salam Menghulurkan bantuan

145

TEMA TAJUK

: Penggunaan Bahasa Sopan : Cerita Teladan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyenaraikan pengajaran di sebalik cerita. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Cerita / Lampiran 53

LANGKAH :

1. 2. 3.

Guru memilih murid untuk membacakan cerita. Bersoaljawab dengan murid mengenai cerita. Guru memilih murid secara rawak untuk menyatakan pengajaran cerita.

RUMUSAN : Murid dapat mengambil teladan berdasarkan cerita.

146

Lampiran 53

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubanglubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
147

TEMA TAJUK

: Penggunaan Bahasa Sopan : Tatacara Bersopan Santun

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyatakan perlakuan sopan berdasarkan gambar. MASA SASARAN BAHAN : 5 Minit : Semua murid : Kad Gambar / Lampiran 54

LANGKAH :

1. 2.

Guru mempamerkan kad gambar. Murid menyatakan perlakuan yang dilihat berdasarkan gambar.

RUMUSAN : Murid dapat menyenaraikan contoh perlakuan yang sopan.

148

Lampiran 54

BERJABAT TANGAN / BERSALAMAN

149

MENGUCAPKAN SALAM/ UCAPAN SELAMAT SEJAHTERA/ SELAMAT PAGI/SELAMAT TENGAH HARI


150

TOLONG-MENOLONG SESAMA RAKAN

151

MENGHORMATI IBU BAPA

152