Anda di halaman 1dari 5

Like

13k

Sumbangan Dana Kebajikan

Borang Sukarelawan HALUAN

Keahlian HALUAN

UTAMA

KENALI KAMI

KHIDMAT KAMI

PROGRAM UTAMA

MEDIA HALUAN

HUBUNGI KAMI

Search...
Bahan Tarbiah 07) Tarif Iman

Ikuti HALUAN di:

07) Tarif Iman


Share Tweet 0

Pengertian dan ciri-ciri Iman Iman adalah membenarkan dengan hati, mengaku dengan aqal fikiran dan membuktikan dengan amalan-amalan. Hati yang beriman ialah hati yang benar-benar yakin dan percaya kepada Allah Subhanahuwataala dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa tidak layak, rasa lapuk dan rasa was-was terhadap segala ajaran Allah Subhanahuwataala. Inilah keimanan yang penuh yakin dan tidak bergoncang lagi. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, menggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah Subhanahuwataala, menjadikan perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka seolah-seolah hadir di hadapan mata, memenuhkan jiwa dengan peranan tenang, tabah dan tetap pendirian. Orang-orang yang mempunyai iman seperti ini akan sanggup bekorban apa sahaja di jalan Allah Subhanahuwataala. Mereka bergantung, percaya, tawakkal,

berharap, takut dan menyerah kepada Allah Subhanahuwataala. Kesan iman pada hati dan kehidupan Apabila pengertian iman seperti di atas memenuhi hati seseorang muslim, maka jiwanya akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kepada Allah Subhanahuwataala. Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi hati seseorang muslim. Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah muslim, sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekali pun kulit muslim itu hitam atau sawo matang. Manakala di akhirat pula kemanisan iman ini akan dapat dirasakan lebih manis daripada madu. Tanda kemanisan iman Sebahagian daripada tanda-tanda lahir kemanisan iman ialah kecintaan seseorang mumin untuk melakukan ibadah. Ia merasa selesa, tenang, rindu dan lapang melakukannya. Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang mulia telah menyebut, yang bermaksud: Jika terdapat perkara ini pada seseorang, beliau akan merasakan kemanisan iman: Beliau

mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapi hanyalah kerana Allah.
Iman itu ada kemanisannya. Kemanisan tersebut akan bertambah apabila iman bertambah kuat. Rujukan: 1. At-Tarif jilid 1. 2. Penjelasan tentang iman oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna.

BERITA HALUAN KOLUMNIS BAHAN TARBIAH TOPIK PILIHAN PALESTIN KAUNSELOR HALUAN KALENDAR AKTIVITI

Bacaan Popular
Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian semua pihak yang cintak Read More...

Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza

GAZA, 3 Mei 2012 -- Di tengah-tengah keperitan Jalur Gaza yang terkepung dari dunia luar oleh sekata Read More...

Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yan

Read More...

Gaza terkini: 660 terbunuh, 2950 cedera Gaza - Pada hari ke-11 aksi jenayah penaklukan mereka ke atas bumi Palestin, tentera Israel berhadap Read More...

Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

20 Muharram 1423 AH 4 April 2002 Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Isra Read More...

HALUANSiswa
Bersahsiah - Dekat - Beerti

KeARAH
Kehadapan - Aktif - Responsif

Kursus Jati Diri


Dan Kesukarelawanan Remaja

MuBIN
Multi-Business International Network

Copyright 2013 HALUAN Malaysia. All Rights Reserved.

Senarai Bahan Tarbiah

Login