Anda di halaman 1dari 7

Like

13k

Sumbangan Dana Kebajikan

Borang Sukarelawan HALUAN

Keahlian HALUAN

UTAMA

KENALI KAMI

KHIDMAT KAMI

PROGRAM UTAMA

MEDIA HALUAN

HUBUNGI KAMI

Search...
Bahan Tarbiah 11) Taqwa

Ikuti HALUAN di:

11) Taqwa
Share Tweet 0

Pengertian taqwa Suatu hari Syaidina Umar Radhiallahuanhu pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai. Kata Ubai, Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?. Jawab Umar, Ya, saya pernah. Kata Ubai, Apakah yang engkau buat?. Kata Umar, Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah. Kata Ubai, Itulah taqwa. Taqwa adalah satu pengawasan. Untuk sampai ke peringkat taqwa seperti ini, maka seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar akan Islam terutama perkara-perkara yang fardhu dan wajib difahami. Kalau tidak melalui jalan ini maka seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa pada Allah Subhanahuwataala dalam ertikata yang sebenarnya. Dia tidak akan tahu hendak mengawasi diri, dia akan terpijak duri dan tidak tahu mengikuti nilai Allah Subhanahuwataala. Justeru itu seseorang mestilah terlebih duhulu beriman pada Allah dan Islam

sepenuhnya. Taqwa juga adalah neraca. Taqwa membezakan diantara buruk dengan baik. Taqwa kepada Allah juga akan memurahkan rezeki. Taqwa akan memudahkan segala kesusahan. Taqwa menyebabkan pintu syurga Allah akan dibuka. Taqwa lahir daripada perasaan takutkan Allah Takutkan Allah Subhanahuwataala akan melahirkan taqwa kepada-Nya. Mengenai takut: Takut kepada Allah Subhanahuwataala bermakna bahawa kita mematuhi dan mendampingi Allah Subhanahuwataala dalam semua urusan. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam ada bersabda bahawa baginda adalah orang yang paling takut kepada Allah Subhanahuwataala. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam juga ada bersabda bahawa baginda adalah orang paling mengenali Allah Subhanahuwataala dan takut kepada-Nya. Orang yang takut kepada Allah Subhanahuwataala akan berjaga-jaga dan berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang dimurkai-Nya. Dia berjaga-jaga agar tidak terjatuh ke dalam perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwataala. Allah Subhanahuwataala mencampakkan ke dalam hatinya sifat berani dan Izzah (rasa mulia) dengan iman. Orang yang takut kepada Allah Subhanahuwataala akan takut kepada musuh-musuh Allah Subhanahuwataala. Dia tidak merasa segan silu dalam memperkatakan kebenaran. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bahawa sesiapa takut kepada Allah Subhanahuwataala maka semua yang lain akan takut kepadanya. Tetapi sesiapa yang takut kepada selain daripada Allah Subhanahuwataala, maka dia akan takut kepada selain daripada Allah Subhanahuwataala. Sesiapa yang takutkan Allah Subhanahuwataala, dia akan dapat mengawal nafsu syahwat. Maksiat akan dapat ditinggalkannya. Maksiat itu umpama madu yang telah bercampur dengan racun. Dia akan meniggalkannya setelah diketahuinya. Dengan rasa takut kepada Allah Subhanahuwataala, maka anggota zahir seseorang itu akan terbentuk dengan baik, termasuklah tingkahlakunya. Sifat angkuh, ujub dan riya akan hilang. Lahirlah rasa khusyu dan tawadhu. Dengan takut, hatinya menjadi bersih serta suci, jiwanya luhur, matanya mudah mengeluarkan airmata dan tangannya menjadi pemurah. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah bersabda bahawa baginda berdoa (yang bermaksud):

Ya Allah kurnialah kepadaku kedua mata yang mudah mengeluarkan airmata, yangmana lelehan air mata itu adalah kerana takut kepada-Mu sebelum lelehan darah.
Orang yang takut kepada Allah Subhanahuwataala juga akan sentiasa sedar bahawa Allah Subhanahuwataala memerhatikannya. Dia tidak merasa mudah selamat daripada azab dan

tindakan Allah Subhanahuwataala. Firman Allah Subhanahuwataala:

Barangsiapa yang tidak ingat kepada Ar-Rahman (Allah) maka Kami akan adakan baginya syaitan, maka syaithan itu sebagai teman karibnya. (Surah az-Zukhruf: ayat 36)
Sifat-sifat orang Muslim yang mulia dijelaskan oleh Allah Subhanahuwataala di dalam Firman-Nya:

Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka, dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka, dan orang yangmana apa-apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut, sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka. Mereka itu akan segera untuk mendapat kebaikan dan merekalah orang-orang yang memperolehinya.
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa baginda bersumpah: Yang bermaksud:

Demi Allah, sekiranya kamu sedar sepertimana apa yang akau tahu nescaya kamu akan ketawa sedikit dan menangis banyak (Bererti kamu akan menangis panjang jika kamu tahu terhadap apa yang akan menungguh kamu di masa hadapan. Inilah jiwa yang sentiasa takut kepada Allah Subhanahuwataala. Jiwa yang berkesan takut kepada Allah Subhanahuwataala).
Contoh sifat Taqwa para sahabat ialah pada suatu hari Abu Bakr as-Siddiq telah pergi ke sebuah taman dan ia melihat seekor burung sedang bersiul-siul. Dia berkata: Wahai burung sungguh

bertuah kamu. Kamu makan, minum dan berterbangan di bawah pokok tanpa sebarang takut kepada hari perkiraan (Hisab). Aku ingin menjadi seperti kamu.
Contoh sifat taqwa lagi ialah pada suatu hari berlaku perselisihan antara Abu Dzar al-Ghifari dan Bilal Ibn Rabbah. Dalam perselisihan itu Abu Dzar telah memanggil Bilal dengan dengan panggilan,

Hai anak orang hitam. Bilal telah mengadu kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam tentang
kata-kata Abu Dzar tersebut. Nabi Sallallahualaihiwasallam berkata (yang bermaksud):

Sesungguhnya pada diri kamu (Abi Dzar) masih terdapat saki-baki Jahiliyyah.
Mendengar berita ini Abu Dzar terus tunduk melutut agar Bilal memijak kepalanya. Begitulah gambaran ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh beberapa orang sahabat nabi. Firman Allah Subhanahuwataala: Sesungguhnya orang yang paling takut kepada-Ku ialah golongan ulama. (Surah al-Fatir: ayat 28) Semakin kukuh iman seseorang maka akan semakin bertambah takutnya kepada Allah Subhanahuwataala. Allah Subhanahuwataala akan memberi pertunjuk kepadanya. Bila dia melakukan kebaikan Allah Subhanahuwataala akan memberikan berbagai-bagai kemudahan kepadanya. Memelihara taqwa Suatu hari Abu Dzar Al Ghifari datang kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dan meminta nasihat kepada baginda: Wahai Rasulullah, berikanlah wasiat kepada saya. Jawab Rasulullah,

Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya dialah (taqwa) bagi segala-galanya.

Kemudian, berkata Abu Dzar lagi, Ya Rasulullah, tambahkanlah sedikit lagi. Jawab Rasulullah,

Hendaklah kamu membaca Al Quran. Sesungguhnya ia (membaca Al Quran) adalah cahaya di dunia dan simpanan di Akhirat nanti.
Rasulullah juga berpesan kepada Abu Dzar supaya membaca Al Quran. Sesungguhnya para sahabat sangat mengambil berat membaca Al Quran. Pada bulan Ramadhan rumah mereka kedengaran seperti bunyi lemah kerana membaca Al Quran. Sehubungan dengan Al Quran, Ibn Taimiyyah ada menegaskan:

Sesiapa yang tidak membaca Al Quran, bermakna dia hijrah meninggalkan Al Quran. Sesiapa yang membaca tanpa tadabbur bermakna dia hijrah meninggalkan Al Quran. Sesiapa yang tadabbur tanpa mengamalkan Al Quran bermakna dia juga hijrah meninggalkan Al Quran.
Firman Allah Subhanahuwataala (yang bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah. Seseorang itu hendaklah melihat apa yang akan dikemukakan pada hari esok.
Muaz bin Jabal ialah seorang yang membuka institusi pendidikan di Sanak. Sebuah institusi pendidikan yang masih kekal hingga hari ini. Sebelum Rasulullah Sallallahualaihiwasallam melepaskan Muaz bin Jabal ke Yaman sebagai wakilnya, Rasulullah memegang tali kudanya dan berkata (yang bermaksud):

Sesungguhnya orang yang paling hampir denganku ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah walau bagaimana pun keadaan mereka.
Pesan Rasulullah lagi (yang bermaksud):

Kamu mungkin tidak akan berjumpa saya lagi selepas ini. Hanya engkau kan menziarahi maqam saya sahaja.
Itulah natijah pentarbiyahan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Para sahabat sentiasa dipesan supaya memelihara taqwa mereka.

BERITA HALUAN KOLUMNIS BAHAN TARBIAH TOPIK PILIHAN PALESTIN KAUNSELOR HALUAN KALENDAR AKTIVITI

Bacaan Popular
Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian semua pihak yang cintak Read More...

Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza

GAZA, 3 Mei 2012 -- Di tengah-tengah keperitan Jalur Gaza yang terkepung dari dunia luar oleh sekata Read More...

Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yan

Read More...

Gaza terkini: 660 terbunuh, 2950 cedera Gaza - Pada hari ke-11 aksi jenayah penaklukan mereka ke atas bumi Palestin, tentera Israel berhadap Read More...

Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

20 Muharram 1423 AH 4 April 2002 Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Isra Read More...

HALUANSiswa
Bersahsiah - Dekat - Beerti

KeARAH
Kehadapan - Aktif - Responsif

Kursus Jati Diri


Dan Kesukarelawanan Remaja

MuBIN
Multi-Business International Network

Copyright 2013 HALUAN Malaysia. All Rights Reserved.

Senarai Bahan Tarbiah

Login