ASAS Bidang Pembelajaran : Jisim Objektif Pembelajaran : Murid akan di ajar untuk menimbang dan menyatakan jisim sesuatu bahan menggunakan alat penimbang. Hasil Pembelajaran Murid akan dapat : I. Menganggar jisim bahan II. Menentukan jisim bahan III. Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim. Pengetahuan Sedia Ada I. Mengukur Jisim dalam Unit Metrik II. Menukar Unit Jisim daripada Suatu Unit kepada Unit yang lain Antara gram, Kilogram dan Tonne Masa : 2 waktu (80 minit) UKURAN ASAS
Cadangan aktiviti Murid dipisahkan dalam 5 kumpulan. Murid di beri lembaran masalah (LAMPIRAN1) Murid memahami masalah yang telah di berikan. Murid menentukan maklumat yang diberikan dalam lembaran masalah dengan menggunakan Rangka Pembelajaran seperti di Lampiran 2. 5. Murid berbincang bersama dengan rakan.
Cadangan komunikasi Apakah maklumat yang anda faham dari lembaran yang diberi? Apakah yang anda faham dengan masalah yang diberikan? Bagaimana kamu mendapat idea sedemikian
1. Murid menentukan maklumat berkaitan dengan jisim makanan bijirin. 2. Perbincangan antara murid dan guru untuk menjana idea bagi mengenal pasti kaedah pembahagian makanan bijirin. 3. Murid menentukan jisim bijirin yang akan di beri kepada setiap murid.
Apa yang perlu kamu buat untuk mendapatkan maklumat berkaitan kandungan jisim bagi kedua-dua bijirin tersebut ? Bagaimanakah caranya untuk kamu menentukah jisim yang sepatutnya diterima oleh setiap orang murid? Mengapakah kamu menggunakan kaedah tersebut?
1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu kotak makanan bijirin dan alat penimbang makanan untuk membahagikan kepada 10 bahagian yang sama. 2. Murid menentukan jisim makanan yang setiap seorang pelajar dapat . 3. Murid menimbang makanan bijirin menggunakan alat penimbang. 4. Murid membentangkan hasil kajian di hadapan kelas.
Berapakah jumlah bijiran yang akan setiap seorang dapat? Apakah operasi matematik yang anda gunakan ? Bolehkah kita gunakan kaedah ini untuk mengira bahan atau objek lain? Apakah alat yang kamu boleh gunakan? Kenapa anda memilih alat tersebut?
1. Murid membandingkan hasil pembentangan dengan kumpulan lain. 2. Murid diberikan lembaran kerja (lampiran 3) yang mengandungi 4 soalan penyelesaian masalah. 3. Murid berbincang dan menentukkan kaedah dan operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. 4. Rumusan aktiviti yang telah dijalankan. 5. Perbincangan antara murid dan guru untuk memastikan penyelesaian masalah semua kumpulan adalah betul.
Apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ? Mengapakah cara yang dipilih itu merupakan cara yang terbaik? Berikan penjelasan bagi pilihan anda itu. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang kamu perolehi dari aktiviti yang telah dijalankan?
Berdasarkan kepada keupayaan murid menyelesaikan masalah yang diberikan dalam Lembaran Kerja 1. 1. Saling bekerjasama untuk menjalankan aktiviti kumpulan. 2. Berupaya menaakul 3. Yakin dengan keputusan sendiri
LAMPIRAN 1 LEMBARAN MASALAH Anda merupakan Pengerusi Kelab Seni Lukis dan telah berjaya memenangi hadiah pertama dalam pertandingan melukis mural. Hadiah adalah merupakan satu hamper tajaan Nestle Sdn Bhd. Hamper terdiri dari 10 air kotak MILO , 10 bar coklat Nestle dan 2 kotak makanan bijirin . Ahli Kelab Seni Lukis adalah seramai 10 orang dan anda sebagai pengerusi di minta oleh guru penasihat untuk membahagikan hamper di antara ahli . Anda berjaya membahagikan air kotak dan coklat tetapi menghadapi masalah untuk membahagikan makanan bijirin. Makanan bijirin adalah sekotak Cornflake dan sekotak Kokokrunch. Bentangkan penyelesaian
Jumlah jisim kotak bijirin corn flakes Jumlah jisim kotak bijirin kokokrunch.
Cara mengenalpasti jisim bijirin yang di bekalkan. Cara paling sesuai untuk membahagikan bijirin sama rata antara 10 orang ahli Mengukur Jisim dalam Unit Metrik Menukar Unit Jisim daripada Suatu Unit kepada Unit yang lain Antara G, Kg dan Tonne
LAMPIRAN 3
LEMBARAN KERJA 1. Sebotol jem kacang berjisim 550 g dan sebuku roti berjisim 485 g. Hitung jumlah jisim, dalam kg, bagi dua botol jem kacang dan 3 buku roti.
2.
Jisim sebiji kek ialah 1.85 kg. Jika empat potong kek, setiap satu berjisim 320 g dipotong keluar dan dimakan, berapakah jisim, dalam g, kek yang tinggal?
3. Seorang tukang masak membuatsebiji pudding yang berjisim 18 kg. Puding itu dikongsi makan oleh 60 orang. Berapakah jisim dalam g, pudding yang dimakan oleh setiap orang?
4. Kamala memerlukan 60 g gula dan 0.75 kg tepung untuk membuat sebiji kek. Berapakah jumlah jisim, dalam g, gula dan tepung yang diperlukan untuk membuat 4 biji kek?