Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI BIN KAMSULBAHRI

Ciri-ciri biologi ataupun gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anaknya. Trait yang diwarisi dari ibubapa adalah terkandung di dalam genetik. Pertumbuhan & perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik seperti saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata.

Pengalaman seseorang individu akan hadapi di rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada. Termasuk pengalaman sebelum lahir : Merangkumi pemakanan & kesihatan sewaktu dalam kandungan. Pengalaman selepas lahir : Pemakanan, taraf sosioekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dll.

Bidang yang mengkaji peranan baka dan persekitaran dalam perkembangan individu. Thomas J. Bouchard Jr. menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait seperti kecerdasan & emosi. Aspek minat kerjaya turut dipengaruhi persekitaran & pengalaman. Penyakit Down Syndrome & Schizophrenia dipengaruhi oleh genetik.

AKIM & IQBAL

Diperkenalkan pada 1979 oleh Urie Bronfenbrenner, seorang ahli psikologi kanak2 Amerika Dilahirkan pada 29 April 1917 25 September 2005 (88 tahun) merupakan ahli psikologi Amerika. Kelahiran bangsa yahudi USSR dan berhijrah dari USSR ke Amerika pada 1923. Mendapat BA dalam bidang psikologi & muzik dan MA/PhD dalam pembangunan psikologi.

Menjelaskan perkembangan kanak2 sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak2 tersebut. Persekitaran kanak2 terdiri daripada 1 sistem sosial yang kompleks dan strukturnya berlapis-lapis.
MIKROSISTEM

TEORI BRONFENBRENNER

MESOSISTEM EKSOSISTEM MAKROSISTEM KRONOSISTEM

MAKROSISTEM EKOSISTEM

JIRAN
MESOSISTEM MIKROSISTEM KRONOSISTEM

SEKOLAH IBUBAPA
KANAK2

Merujuk kepada persekitaran yang dekat dengan kanak-kanak tersebut. Lapisan pertama yang menunjukkan interaksi kanak2 dengan ibubapa, jiran, sahabat dan di sekolah.

Ibubapa yang memberikan didikan baik akan memberikan kesan berbeza kepada kanak2 berbanding ibubapa yang memberikan layanan tidak baik spt garang.
Hubungan antara ibubapa dan kanak2 turut memberikan kesan kepada pengalaman kanak2.

Melibatkan interaksi antara ibubapa dengan pengasuh, ibubapa dengan jiran, ibubapa dengan sekolah serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ianya mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Contoh : Penglibatan ibubapa dalam aktiviti anak2 di sekolah akan membantu meningkatkan motivasi anak2 dan meningkatkan akademiknya.
Keadaan di rumah turut mempengaruhi tingkahlaku anak2 di sekolah.

Mewakili organisasi yang tidak melibatkan kanak2 tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak.

Contoh : Peraturan tempat kerja ibubapa seperti cuti atau waktu kerja yang fleksi mempengaruhi masa ibubapa bersama anak-anak. Eksosistem turut merangkumi saudara-mara dan rakan ibubapa yang membantu keluarga.

Mewakili norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.

Contoh : Di sesetengah negara, lelaki lebih diberikan peranan lebih dominan di mana mereka lebih diutamakan dalam kerjaya yang penting. Ini memberikan kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat.

Persekitaran kita tidak kekal sama. Ia berubah mengikut peredaran masa.

Contoh : Kehadiran adik baru dalam sesebuah keluarga membawa perubahan kasih sayang dari ibubapa kepada si anak yang tua.

Anda mungkin juga menyukai