Anda di halaman 1dari 22

GURU SEBAGAI SATU PROFESION 1.

0 PENDAHULUAN Kerap kali kita mendengar, melihat dan membaca di dada-dada akhbar tentang isu-isu dan permasalahan yang sering dikaitkan dengan guru sekolah. Selain itu, prestasi pelajar juga lantang dibicarakan dalam media-media tempatan entah itu baik, entah itu buruk. Apakah faktor-faktor yang menyebebkan masalah-masalah sebegini berlaku? Saya berpendapat bahawa kebanyakkan masalah yang dikaitkan dengan guru sekolah bersangkut-paut dengan kadar kesedaran para guru tentang kerjaya mereka, iaitu Guru Sebagai Satu Profesien.

Pertama sekali, guru haruslah mengetahui apa itu profesien. Mereka perlu menghayati konsep sebenar profesion keguruan dan perguruan. Saya percaya, konsep ini jika dihayati sepenuhnya oleh para guru, nescaya masalah-masalah yang dikaitkan dengan guru tidak akan berlaku.

Kedua, para guru haruslah tahu tentang kod etika keguruan di negara ini. Hal ini penting kerana melalui kod etika inilah yang menghuraikan tugas dan peranan yang harus dilaksanakan guru ketika berkhidmat. Oleh yang demikian, amat penting bagi seorang guru untuk mengetahui dan menghayati sepenuhnya kod etika ini.

Selain itu, masalah-masalah yang berlaku di sekolah sebenarnya memberitahu kita bahawa kurangnya ciri-ciri profesionalisme yang terdapat dalam sifat guru sekolah. Oleh yang demikian, semua guru sekolah seharusnya mempunyai ciri-ciri profesionalisme demi melahirkan modal insan seperti yang dicita-cita oleh negara.

2.0 KONSEP PROFESION Menurut Lieberman, sesuatu pekerjaan yang boleh digolongkan sebagai satu profesion haruslah mengandungi ciri-ciri berikut:

Satu perkhidmatan yang unik dan penting serta mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.

Menggunakan banyak keupayaan intelek.

Mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikthisas mengikut satu tempoh masa tertentu.

Kepatuhan ahli profesien terhadap kod etika yang ditentukan oleh organisasi.

Ahli sesuatu profesien bertanggungjawab terhadap semua tindakan yang dibuat olehnya.

Pekerja merupakan ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kriteria-kriteria kemasukan, kawalan mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

Mementingkan ganjaran.

mutu

perkhifmatan

sebaliknya

tidak

mementingkan

Ahli sesuatu profesion mestilah pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi.

2.1 Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan Konsep Perguruan: Kamus Dewan (1989) mentakrifkan perguruan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru - pelatih, murid dan sebagainya.

Konsep Keguruan: Kamus Dewan (1989) mentakrifkan keguruan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, contohnya; tugas, peranan, kelayakan, sifat, kualiti dan sebagainya.

Profesion Perguruan: Profesion perguruan ialah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, contohnya: latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru.

Profesion Keguruan: Profesion Keguruan ialah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan, tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Guru Sebagai Profesional Profesional: Pekerja yang bergiat dalam bidang profesion dipanggil sebagai seorang professional. Oleh yang demikian, guru sebagai seorang professional ialah orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.

Guru dan Ikhtisas Keguruan Ikhtisas: Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam.

Guru dan Ikhtisas Keguruan: Bagi seorang guru, mengajar ialah suatu pekerjaan yang melibatkan keupayaan intelek, kemahiran dan tindakan yang cekap. Tugas guru melibatkan proses berfikir, merancang, melaksanakan pengajaran dan membuat penilaian yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu.

3.0 KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA 3.1 Konsep Etika: Etika ialah prinsip moral (akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, persatuan atau pekerjaan. Ada juga yang mentakrifkan etika sebagai perbuatan nilai dan garis panduan yang harus dipatuhi. Dalam erti kata yang lain, etika ialah suatu sistem berkaitan dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek moral yang baik atau buruk, betul atau salah.

3.2 Kepentingan Kod Etika Perguruan: Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

i.

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion keguruan. Sebagai seorang guru, kita haruslah bertingkah laku sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

ii.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru haruslah lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang guru.

iii.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikkan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

iv.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat melalui sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

v.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi seterusnya membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan negara.

vi.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli organisasi.

Etika bertujuan untuk memberi garis panduan masyarakat menggunakan etika untuk menganalisis, menilai dan menetukan sama ada tingkah laku manusia itu telah mematuhi peraturan yang digariskan atau sebaliknya bagi menjaga status, akhlak dan maruah profesionnya.

3.3 Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia. Etika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan, manusia atau organisasi. Setiap badan professional mempunyai kod etika masing-masing. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai kod etika. Justeru, etika professional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-

tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan intergriti moral sesuatu profesion. Setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan.

3.3.1 Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajar:

Mengutamakan kebajikan pelajar. Bersikap adil. Merahsiakan maklumat pelajar. Tidak meminta bayaran/ upah. Menjadi role model Mempertingkat & memperbaik kecekapan.

Guru hendaklah mengutamakan kebajikan pelajar dalam apa keadaan sekalipun. Kebajikan ini bukan hanya merangkumi kesihatan fizikal pelajar tetapi melibatkan masalah peribadi yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu, seorang guru mestilah bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira status
9

sosial, bangsa dan agama pelajar. Guru hendaklah melayan semua pelajar secara adil dan saksama bagi membina perpaduan 1 Malaysia.

Selain daripada itu, sikap amanah amatlah wajar diamalkan oleh seorang guru. Sebagai contohnya, guru hendaklah merahsiakan setiap maklumat peljar yang perlu dirahsiakan. Sikap guru yang tidak amanah akan menjejaskan profesion keguruan kerana sekiranya kita seorang guru itu tidak amanah, kepercayaan dan keyakinan pelajar terhadap profesion keguruan akan terjejas. Hal ini akan membawa pelbagai implikasi negatif terhadap profesion keguruan, seterusnya sistem pendidikan negara. Seterusnya, guru adalah seorang yang menjadi role model kepada pelajar. Oleh yang demikian, guru hendaklah sentiasa mempamerkan sikap yang baik dan bersedia membantu pelajar tanpa meminta bayaran atau upah.

Disamping itu, guru bertanggungjawab dalam mempertingkat dan memperbaiki kecekapan setiap pelajar. Untuk perkara ini, guru itu sendiri haruslah mempunyai kemahiran dalam memberi didikan dan peningkatan ilmu kepada pelajar.

10

3.3.2 Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa Pelajar.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anakanak mereka. Mewujudkan hubungan mesra antara institusi pendidikan dengan ibu bapa. Menjaga kerahsiaan maklumat yang diberi oleh ibu bapa. Memberi maklumat tentang anak-anak kepada ibu bapa. Tidak terpengaruh oleh status sosio-ekonomi ibu bapa. Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa.

Selain daripada tanggungjawab guru terhadap pelajar, guru mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar. Guru hendaklah menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi seorang guru mewujudkan hubungan mesra antara institusi pendidikan dengan ibu bapa. Hubungan yang mesra memudahkan perkongsian maklumat pelajar oleh guru kepada ibu bapa, mahupun ibu bapa kepada guru. Dalam hal ini, guru haruslah pandai menjaga kerahsiaan maklumat pelajar yang diberi oleh ibu bapa agar tidak menjejaskan kepercayaan ibu bapa kepada guru.

11

Selain daripada itu, guru tidak seharusnya terpengaruh oleh status sosio-ekonomi ibu bapa. Dalam erti kata yang lain, guru hendaklah memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa memandang asal-usul kekeluargaan pelajar ataupun faktor-faktor yang lain.

3.3.3 Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara.

Tidak

menyebarkan

ajaran

yang

boleh

merosakkan

kepentingan masyarakat dan negara. Memupuk semangat pelajar agar menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab, menghormati perbezaan agama dan budaya. Menghormati nilai dan budaya masyarakat tempat berkhidmat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatka kehidupan bermoral, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Berpegang teguh kepada tingkah laku sopan dan diterima oleh masyarakat. Menghormati nilai dan budaya masyarakat tempat berkhidmat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman. yang

12

Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan bermoral, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Berpegang teguh kepada tingkah laku sopan dan yang diterima oleh masyarakat.

Sebagai penjawat awam, guru seharusnya tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan masyarakat dan negara. Ajaran-ajaran yang bercanggah dengan aspirasi negara haruslah dielakkan sama sekali. Guru perlu memupuk semangat pelajar agar menjadi warga negara yang taat setia, bertaanggungjawab, menghormati perbezaan agama dan budaya. Guru haruslah peka kepada nilai dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat setempat. Hal ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara negatif berlaku akibat ketidak sefahaman antara amalan budaya.

Selain

itu,

guru

hendaklah

menggalakkan

kerjasama

dan

persefahaman dalam kalangan masyarakat setempat. Disamping itu, guru perlu mencari setiap peluang untuk memberi sumbangan cergas bagi meningkatkan kehidupan bermoral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat serta berpegang teguh kepada tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.

13

3.3.4 Tanggungjawab Guru Terhadap Profesion dan Rakan Sejawat

Menjaga nama baik rakan guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kerjaya. Berusaha bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat. Sentiasa mengawasi diri daripada sifat-sifat negatif. Menjadi ahli persatuan guru.

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menjaga nama baik rakan sejawat selain daripada nama baik diri sendiri dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kerjaya seperti jenayah, perhimpunan haram dan lain-lain lagi.

Setiap

guru

haruslah

bersungguh-sungguh

menunaikan

tanggungjawab dan sentiasa bersedia membantu rakan sejawat ketika bantuan diperlukan. Selain itu, guru hendaklah mengawasi diri mereka daripada sifat-sifat negatif yang boleh menjejaskan nama baik profesion. Pada masa yang sama, guru boleh menyumbang dalam pemahsyuran profesion keguruan dengan menjadi ahli dan bergiat aktif dalam persatuan guru.

14

3.4 Implikasi Kod Etika Keguruan Malaysia kepada Akauntabiliti Guru Setelah memahami prinsip akauntabiliti guru dan kod etika keguruan, guru dapat memahami tanggungjawab mereka yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti dan kod etika haruslah dihayati sepenuhnya kerana perkara ini dapat meningkatkan profesionalisme keguruan. Hal ini sedemekian kerana penghayatan tersebut embolehkan semua guru dapat tugasnya dengan penuh dedikasi. menjalankan tanggungjawab dan tugas-

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya sesorang itu benar-benar menjalankankan tanggungjawabnyasebagai seorang pendidik dengan berkesan melalui penghayatan kepada kod-kod etika keguruan tersebut. peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Selain itu, guru juga dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh berdedikasi sekiranya guru tahu tentang tanggunjawab mereka terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang perlu

15

dilaksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti dan kod etika perlulah dihayati oleh semua guru.

Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan perkara ini akan membuatkan mereka gagal melahirkan modal insan cemerlang seperti yang dicita-citakan oleh negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak

bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

16

4.0 CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah telah menyenaraikan ciri-ciri guru yang berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:

1. Bersikap professional.

2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

3. Mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas.

4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

5. Mempunyai moral yang tinggi.

6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

17

9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

11. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas.

12. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti, sihat dan serba boleh.

13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan pandai menyesuaikan siuasi tertentu).

15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya.

16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

18

17. Professional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Zainal Abidin melalui blognya telah menyarikan Apple for the teacher menyenaraikan sepuluh ciri bagi seorang guru yang professional. Ciri-ciri tersebut ialah:

1. Sentiasa bertenaga untuk pelajarnya. Seorang guru yang baik sentiasa menaruh perhatian pada siswa di setiap perbualan atau perbincangannya dengan pelajar. Guru yang baik juga mempunyai kemahiran mendengar yang saksama.

2. Mempunyai matlamat yang jelas mengenai pelajarannya. Seorang guru yang baik menetapkan tujuan yang jelas untuk setiap pelajaran dan bekerja untuk memenuhi tujuan tertentu dalam setiap kelas.

3. Mempunyai keterampilan mendisiplinkan yang efektif. Seorang guru yang baik memiliki keterampilan disiplin yang efektif sehingga boleh mempromosikan perubahan perilaku positif di dalam kelas.

19

4. Mempunyai keterampilan pengurusan kelas yang baik. Seorang guru yang baik memiliki keterampilan menguruskan kelas yang baik dan dapat memastikan perilaku pelajar yang baik semasa belajar dan bekerjasama secara efektif, membiasakan dan menanamkan rasa hormat kepada seluruh komponen di dalam kelas.

5. Mampu berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar dengan baik. Seorang guru yang baik menjaga komunikasi terbuka dengan ibu bapa pelajar dan membuat mereka sentiasa menerima maklumat tentang apa yang terjadi di dalam kelas dalam hal kurikulum, disiplin, dan isu lainnya. Mereka membuat diri mereka selalu bersedia memenuhi panggilan telefon, rapat, email dan lain-lain lagi.

6. Memiliki harapan yang tinggi terhadap pelajarnya. Seorang guru yang baik memiliki harapan yang tinggi dari siswa dan mendorong semua siswa dalam kelasnya supaya selalu bekerja dan mengerahkan potensi terbaik mereka.

20

7. Pengetahuan tentang Kurikulum. Seorang guru yang baik memiliki pengetahuan mendalam tentang kurikulum sekolah dan standard-standard lainnya. Mereka dengan sekuat tenaga memastikan pengajaran mereka memenuhi standard-standard itu.

8. Pengetahuan tentang subjek yang diajarkan. Seorang guru yang baik memiliki pengetahuan yang luar biasa untuk subjek yang mereka ajarkan. Mereka siap untuk menjawab pertanyaan dan menyimpan bahan menarik bagi para siswa, bahkan bekerja sama dengan bidang pembelajaran lain demi menghasilkan pembelajaran yang kolaboratif. 9. Selalu memberikan proses pengajaran yang terbaik kepada pelajarpelajarnya. Seorang guru yang baik memiliki keghairahan yang tinggi untuk mengajar dan bekerjasama dengan pelajarnya. Mereka berasa gembira boleh mempengaruhi pelajar dalam kehidupan mereka dan memahami

pengaruh yang mereka miliki dalam kehidupan siswanya, pada masa kini dan pada masa hadapan.

10. Mempunyai hubungan yang berkualiti dengan pelajar. Seorang guru yang baikmengembangkan hubungan yang kukuh dan saling hormat-menghormati dengan siswa dan membangun hubungan yang dapat dipercayai.

21

5.0 KESIMPULAN Setelah mebincangkan konsep profesien, kod etika perguruan dan ciri-ciri guru yang berkualiti, memang tidak dinafikan bahawa unsur-unsur tersebut diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.

Kedua guru disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, bapa borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkahlaku bapa mereka di rumah, murid akan meniru tingkah laku guru mereka di sekolah. Tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkahlaku empat puluh orang murid yang diajar.

Sebagai rumusan, maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru amat penting untuk kita berganding bahu dalam hal tersebut demi kepentingan negara amnya dan generasi muda khasnya.

22

Anda mungkin juga menyukai