Anda di halaman 1dari 29

Antara kebaikan dan keburukan Internet ORANG ramai berbelah bahagi mengenai cadangan menguatkuasakan undang-undang mengawal salah

guna Internet. Perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Mereka yangmenyokong khuatir terhadap

kemungkinan kanak-kanak terdedah kepada gejala negatif seperti pornografi, di samping penyebaran berleluasa makalah dan berita berunsur fitnah atau menghasut. Sementara mereka yang menentang , mempertahankan prinsip penyaluran maklumat secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka yang dipertahankan pengusaha Internet. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undangundang."Cuma, untuk membuktikan kesahihan sesuatu berita atau mengesan sumber berita di Internet agak sukar berbanding yang disiarkan akhbar.Namun, sudah ada orang yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita angin, yang menjejas ketenteraman negara di Internet," kata Safar.Menurutnya, siapa saja boleh mendapatkan maklumat di Internet. Tetapi masalah perundangan akan timbul bila maklumat itu dipindah turun, dicetak dan disebarkan kepada ramai, walaupun hakcipta kebanyakan bahan dalam Internet adalah terpelihara. Safar berkata, undang-undang di negara ini adalah cukup untuk mengatasi pelbagai perbuatan jenayah dan hasutan menerusi penyebaran berita negatif. Pengerusi Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom),Shaifubahrim Saleh, pula mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu kumpulan pengawas dikenali sebagai'Cybercop' untuk membendung kegiatan negatif melaluiInternet termasuk penyebaran khabar angin. Beliau berkata,kumpulan itu boleh dianggotai oleh beberapa pakar teknologi komputer. Dengan adanya badan seumpama itu, katanya,pendaftaran pengguna yang mahu menggunakan Internet di siber kafe dapat dijalankan lebih berkesan. Ini kerana mereka akan lebih berhati-hati menggunakan Internet. Ada pihak pula mencadangkan pendaftaran kafe siber diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menentukan pengawalan lebih berkesan. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar Majlis Belia Melaysia (MBM), Norizan Sharif menentang kerana menganggap tindakan seumpama itu akan mewujudkan tanggapan salah di kalangan organisasi korporat luar, malah bertentangandengan piagam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin

penyaluran maklumat secara bebas, tanpa ditapis Beliau berkata, langkah sedemikian secara langsung membantut perkembangan dunia teknologi maklumat khususnya Internet yang memang memanfaatkan masyarakat termasuk generasi muda jika digunakan sebaik-baiknya. "Pemimpin masyarakat dan ibu bapa harus melihat Internet secara positif dan akur kepada fungsinya sebagai wadah pendidikan yang cukup berkuasa," kata Norizan. Berhubung langkah mengelak kanak-kanak daripada mendekati halaman yang dianggap tidak sihat seperti pornografi, beliau berkata, ini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tapisan sepertiCyberpatrol, Cybersitter, Surfwatch dan Net-Nanny pada komputer. Dalam pada itu, kafe siber yang menjadi tempa tumpuan belia atau kanak-kanak tanpa mengira had umur berupa fenomena baru dalam masyarakat hari ini. Kebanyakan kafe siber yang mengenakan bayaran antara RM4 hingga RM10 sejam biasanya dibuka sepanjang 24 jam. Sebaik saja berdepan dengan komputer,pengunjung siber kafe bebas menonton apa saja termasuk video lucah atau "melayari"pelbagai bahan yang mereka gemari melalui Internet tanpa sekatan. Malah sesetengah kafe siber dipasang pula dengan lampu malap yang kadangkala boleh menimbulkan keraguan ibu bapa mengenai apa yang berlaku di dalamnya. TimbalanMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin, baru-baru ini berkata kementerian sedang merangka satu undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat-pusat Internet kafe siber. Katanya, undangundang yangsedang digubal itu akan diguna pakai oleh semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Presiden GabunganPersatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Prof Hamdan Adnan, berkata, kafe siber biasanya tertakluk kepada Undang-undang Kecil Pelesenan, Perdagangan dan Perindustrian, Undang kecil Pengendalian Makanan, danEnakmen Hiburan dan Premis Hiburan oleh majlis daerah atau majlis perbandaran di negeri-negeri dan ia tidak menyentuh secara langsung mengenai penyalah gunaan Internet.Beliau berkata, kebanyakan undang-undang itu terhad kepada soal-soal mengawal premis terbabit daripada kegiatan perjudian dan kebersihan di persekitarannya. Bagi mengelak pembabitan kanak-kanak terlalu muda, beliau mencadangkan larangan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dari memasuki kafe siber. Kini tiada had umur dikenakan kepada pelanggan kafe siber. Katanya, langkah memendekkan waktu operasi kafe siber juga perlu dipertimbangkan memandangkan tempoh operasinya adalah 24 jam kerana masih didaftar sebagai restoran.Safar pula berkata, bagi mengatasi gejala kurang sihat yang mungkin berlaku dikafe siber yang banyak muncul sekarang, kafe ini harus diletakkan di

tempat terbuka. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Abu Hassan Omar barubaru ini berkata, kerajaan negeri akan mengkaji secara menyeluruh masalahyang timbul berikutan kewujudan siber kafe yang beroperasi 24 jam. Beliau berkata, ia boleh menimbulkan masalahsosial di kalangan pengguna terutamanya golongan remaja. Bagaimanapun, sesetengah pekerja sebelah malam sepertiwartawan, pekerja hospital, serta petugas radio dan tv berpendapat kafe siber wajar beroperasi 24 jam bagimembolehkan mereka mendapatkan kemudahan itu selepas habis bertugas pada awal pagi. Menteri Perumahan danKerajaan Tempatan Datuk Dr Ting Chew Peh baru-baru ini berkata kawal selia terhadap kafe siber akan diperketatkan untuk mengelak penyalahgunaan premis terbabit.Seorang pengusaha kafe siber di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur berkata, pelanggan kafe siber kebanyakannya belia yang menyukai suasana luar rumah. Beliau berkata, bagi sesetengah remaja, setakat untuk bermain komputer dan memasuki Internet boleh dilakukan di rumah, tetapi mereka lebih suka melakukannya di luar untuk bertemu dan berinterksi dengan kawan-kawan. Sehingga kini tidak ada undang-undang khusus mengenai kafe siber dan sesiapa saja boleh memohon membukanya semudah membuka restoran. Semoga penggubalan undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat Internet kafe siber dapat mengawal salahguna Internet seperti menyebarkan khabar angin, maklumat palsu atau mengembar-gemburkan keadaan

Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar 1.0 PENGENALAN Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar.

2.0 REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan gejala sosial akan bermula. Memahami siapa remaja adalah penting bagi mengetahui mengapa mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Ini kerana faktor personaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi tingkahlaku yang dilakukan olehnya. Perkataan remaja ataupun adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu adolscere yang bermaksud membesar

atau membesar menjadi matang (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remaja merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap kehidupannya. Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress). Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang

sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesankesan disebaliknya. De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada umumnya bermula pada usia 12 tahun atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan. Manakala menurut Adams & Gullota (1997), masa remaja meliputi usia antara 11 tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18 tahun) dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat, pada masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahanperubahan yang berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses pembentukan orientasi masa depan. Daripada definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara mendalam zaman remaja sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada tahap ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja dari aspek biologi. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki dan perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh. Dari segi kematangan biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya. Mereka akan sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang.

Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja. Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang, terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat, dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta. Baligh pula merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling

ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan. Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal, mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, dan mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Manakala menurut Sigmund Freud dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa tersebut. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.

4.0 TEORI PUNCA SALAH LAKU DAN MASALAH SOSIAL PELAJAR Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian. Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai

tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

5.0 5.1 MASALAH SOSIAL PELAJAR Seks Bebas Dan Jenayah Seksual Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan

terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakanrakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anakanak dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini

perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.

5.2 Samseng Dan Gengsterisme Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya. Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan . Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah

ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja . Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.

5.3 Ponteng Sekolah Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32 092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80 937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar. Di antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan

mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.

5.4 Black Metal Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti

upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam. Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita. Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.

5.5 Penyalahgunaan Dadah Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32 808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Manakala berdasarkan laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalah ini benar, ini bermakna jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia boleh menjadi sejuta orang berbanding hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan

arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risio yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

6.0 6.1 FAKTOR- FAKTOR MASALAH SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR Peranan Ibubapa Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial ini. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula seperti sekolah dan masyarakat. Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktorfaktor seperti

dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran. Dalam kajian ke atas 408 orang kanak-kanak, pengkaji mendapati keadaan di rumah adalah lebih cepat dikaitkan dengan kemajuan sekolah daripada kecerdasan. Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Contohnya, ibu bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autokratik dipercayai menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu agresif, memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Remaja yang bersifat agresif dan memberontak kebiasaannya lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, dari sini bermulalah pengaruh-pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-kawan yang devian, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak dengan najis dadah.

6.2 Masalah Keluarga Faktor kedua penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kerana mempunyai masalah keluarga. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow, 1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.

Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan Wan Azmi, 1987). Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan obor panduan hidup. Maka, lahirlah personaliti remaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya. Seterusnya menyumbang kepada pelbagai gejala negatif termasuklah penagihan dadah, ponteng sekolah, buli dan lain-lain. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga menentukan jenis-jenis kemudahan yang dapat disediakan untuk anak-anak. Keluarga yang berada mampu menyediakan bahan-bahan pengajaran tambahan seperti komputer, tutor bimbingan, alat permainan (raket, tenis, skuasy, alat muzik seperti piano, organ elektrik) dan sebagainya. Dengan kemudahan ini anak-anak mendapat pendedahan yang begitu luas. Seseorang remaja yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta dapat bermain pelbagai permainan dan alat muzik, memang mempunyai aras keyakinan diri yang tinggi. Sebaliknya, remaja daripada keluarga yang miskin mengalami pelbagai jenis masalah seperti ketiadaan tempat khas hendak belajar ataupun ketiadaan tutor ataupun buku panduan tambahan. Walaupun remaja itu mungkin hendak menyertai permainan tenis ataupun skuasy, mereka menghadapi masalah hendak membeli raket

berkenaan. Perkembangan personaliti remaja berkenaan turut terjejas dan mempengaruhi proses pembelajarannya. Hal ini, jika tidak dibimbing dengan baik akan membawa kepada hilangnya minat belajar, ponteng kelas atau sekolah seterusnya membawa kepada masalah yang lebih serius seperti menghidu gam, mencuri, dan menagih dadah.

6.3 Pengaruh Sekolah Faktor ketiga pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T. Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan Sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh menyebabkan remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifatsifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untuk belajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka, pelbagai pengaruh negatif akan melanda remaja tersebut antaranya ialah penyalahgunaan dadah.

6.4 Rakan Sebaya Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin

seseorang remaja. Sekiranya nilainilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktivit yang negatif.Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir

jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah, merogol, merompak, dan membunuh.

6.5 Masyarakat Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah sosial ini.

6.6 Diri Sendiri (Rasa Ingin Tahu) Faktor lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Sebagai contohnya fenomena lumba haram, di mana mereka ingin menunjukkan belang mengecap keseronokan bersama rakan sebaya. Selain itu juga, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut dengan gaya, cara hidup lain daripada orang lain. Jika tidak kena pada caranya, masalah seperti hamil luar nikah mudah terjadi. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah di kalangan remaja. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima. Perkara sedemikian hanya mengundang pada keruntuhan akhlaknya sendiri. Masalah jenayah seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

Masalah dadah yang merupakan masalah utama, masih merupakan ancaman besar negara (Utusan Malaysia, 2004). Ini membuktikan, betapa seriusnya masalah dadah yang kebanyakan penagihnya terdiri daripada golongan remaja. Selain itu, remaja sering dilabelkan sebagai moodiness kerana sekiranya remaja gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa pada masalah remaja seperti penyalahgunaan dadah, delinkuensi dan kecenderungan hendak membunuh diri. Menurut penterjemah buku berjudul Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah Yaakub (1991), beliau menyatakan sebab utama berlakunya delinkuensi adalah perasaan kekecewaan. Keadaan ini menunjukkan remaja yang mengalami tekanan dalam diri cenderung melakukan masalah. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara negatif seperti mengambil dadah, merogol, dan membunuh. Menurut Dr Syed Hasan Ahmad (2004) menyatakan, Apabila remaja membuat andaian bahawa ibubapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga terbabit, remaja itu akan berasa marah, kecewa dan memendam perasaan. Keadaan ini membawa pada perilaku yang tidak baik seperti vandalisme, lepak dan penyalahgunaan dadah kerana mereka ingin mengelak daripada berada di rumah. Andaian yang dibuat oleh remaja ini menjejaskan hubungan antara ahli keluarga dan sekiranya tidak

diatasi pasti semakin seriuslah masalah remaja. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan oleh pakar motivasi iaitu Rubiah Hamzah (Utusan Malaysia, 1999) iaitu sikap marah dan tidak puas hati dapat memberi kesan negatif dan positif. Kesan negatif adalah apabila seorang itu mengambil sikap berdiam diri serta memendam rasa tanpa mahu meluahkan atau menceritakan masalah yang membelenggu diri kepada orang lain.

7.0 7.1 CARA MENGATASI Peranan ibubapa Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

7.2 Peranan Sekolah Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan

mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan program pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara programprogram yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT.

7.3 Peranan Masyarakat Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah dan samseng. Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di

satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

8.0 PENUTUP Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang

dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hajan walaupun berbagaibagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindaktanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin

mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajarpelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan. Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anakanak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara

rasional. Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajarpelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam. Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

9.0 RUJUKAN 9.1 Rujukan Utama (Pautan Luar) http://www.scribd.com (Akses 5 Jun 2009) http://asnahhamid.blogspot.com/ (Akses 5 Jun 2009) http://www.pemudaumno.org.my/modules.php (Akses 5 Jun 2009) Mingguan Malaysia Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja, Ahad, 16 Disember 2007 Utusan Malaysia (30 September 2002) http : //www.brandeis.edu/gradjournal (akses 5 Jun 2009). Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak. Dadah: Senario Sejagat Yang Membimbangkan. http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 5 Jun 2008). http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml (akses 5 Jun 2009). 9.2 Rujukan Sukender

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti Adalah Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd. Jamal Darus, 1989. Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura: Sempurna Jaya Publishing. Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terselindung. Universiti Kebangsaan Malaysia. Maslow, A. H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper and Row Publishers. McCrae.R Robert and Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: Guiford Press. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari. Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd. T. Marimuthu, 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Terry F. Pettijohn. 1998. Psychology: A connectext. Fourth Edition. Dushkin/Mc Graw-Hill. Wan Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. Hubungan Antara Tingkahlaku Keibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja. Dr Tam Cai Lian. 2007. Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Mingguan Malaysia. Muka Surat 8. 16 Disember 2007. Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro Ahad. Muka Surat 28. 9 Disember 2007. Margot Trotter Davis. 2004. Spirituality in Adolescent Decision to use drugs: A review of the literature and theory.

Anda mungkin juga menyukai